Ahad, 11 Julai 2010

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan


'Akar umbi Umno PJ Selatan masih berpecah'

Posted: 10 Jul 2010 11:18 PM PDT


Pemangku ketua Umno Petaling Jaya Selatan Datuk Hanipuddin Raja Nong Chik mengakui masih wujudnya pepecahan ahlinya di peringkat akar umbi di bahagian tersebut.

"Saya melawat beberapa cawangan Umno, ada pepecahan sesama kita telah saya rasai," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu hari ini.

Lebih 300 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut yang oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Musa Aman yang juga ketua menteri Sabah.

"Kalau kita tidak berjaya dalam pilihan raya umum ke-13, saya berpendapat kita bakal gulung tikar pada masa depan," katanya. Tetapi sekarang kedua-dua kawsan tersebut jatuh ke tangan Keadilan, tambahnya.

Timbalan Ketua AMK PJS Saudara Shamsul Aznan berkata Pengakuan yang dikeluarkan oleh Pemagku Ketua Umno PJS itu , menjelaskan UMNO PJS diambang kehancran kerana mereka menpunyai sikap yang tidak sihat di hati melayu. Ada dikalangan mereka menpunyai sikap saling benci-membenci dan hasad dengki sesama mereka malah dendam mendendam dari tahun 1999 lagi, masih kuat di hati mereka.  

Menurut Shamsul lagi, Keadilan PJS akan teruskan Perjuangan untuk rakyat terbanyak. Kami di PJS akan sedaya upaya untuk mempertahankan kemenangan ini dan kami telah bersedia untuk bertempur di PRU13  pada bila bila.

Tiada ulasan: