Khamis, 15 Julai 2010

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Gantung permit mungkin formula APCO

Posted: 14 Jul 2010 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Keputusan kerajaan menggantung kesemua permit akhbar milik PAS, DAP dan PKR mungkin hasil nasihat Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa demikian kerana firma yang dikaitkan dengan proksi Yahudi itu sebelum ini bertanggungjawab mempopularkan Umno sebagai sebuah parti yang demokratik lagi toleransi di beberapa media antarabangsa, khususnya di Amerika Syarikat sendiri.

"Di luar negara, APCO memberi gambaran bahawa Umno ini demokratik dan toleransi," katanya petang tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen.

"Saya tidak faham, mungkin APCO ada memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk membuat keputusan."

Difahamkan, APCO mula dipandang sebagai proksi Yahudi di Dewan Rakyat sejak pertengahan April lalu apabila Anwar mendedahkan Simen Stein (bekas duta Israel di Jerman), Itamar Robinovich (bekas duta Israel di Amerika Syarikat) dan Doron Bergerbest-Eilon (bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel-ISA/Shin Bet).

Sejak dari itu, Suara Keadilan milik PKR, Harakah (PAS) serta Roket (DAP) itu dilihat kian menjadi perhatian rakyat apabila mengaitkan kepemimpinan tertentu Umno dengan rangkaian misteri Yahudi-Israel khususnya di Amerika Syarikat.

Akibatnya, Anwar sendiri pada 1 Julai lalu mengaku bahawa beliau mulai menjadi mangsa serangan balas APCO melalui tulisan seorang kolumnis berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam akhbar The Washington Post.

Pun begitu, beliau yang juga Ketua Umum PKR meminta Najib supaya tidak tunduk pada telunjuk APCO lagi.

Di sebalik penggantungan permit akhbar-akhbar terbabit, beliau yakin bahawa tindakan keras itu bukan hasil pendirian Najib dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri) semata-mata.

"Saya kurang pasti sama ada tindakan keras yang dilakukan ke atas media-media alternatif oleh Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri kerana pilihan raya dekat," ujarnya.

Sambil mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sedia menangguhkan penerbitan akhbar milik parti masing-masing, beliau berkata, tindakan Najib dan Hishammuddin itu seakan mencerminkan bahawa media-media penerangan oposisi banyak menyuntik kesedaran dalam kalangan rakyat.

"Tapi, ternyata penerangan yang disampaikan oleh media-media Pakatan Rakyat ini berkesan," katanya.

Dakwanya lagi, keberkesanan media-media terbabit turut menggamit kesedaran ahli-ahli Umno sendiri.

Ekoran itu, katanya, Umno dalam suasana tertekan hatta terpaksa mengambil tindakan tidak demokratik dengan menggantung permit akhbar-akhbar terbabit.

"Jadi, Umno nampaknya begitu tertekan dan terpaksa mengambil tindakan autokratik ini," tambahnya sambil diakui bersama-sama oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Lim Kit Siang (Penasihat DAP) serta beberapa anggota majlis yang lain.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan Najib supaya memulihkan semua kebebasan akhbar demi kepentingan negara.

"Berilah ruang supaya jangan Malaysia ini dilihat sebagai negara kuku besi," ujar beliau dalam nada yang kesal.

Kepil Maklumat Curi Pasir, Khalid Cabar Muhyiddin Selesai Isu Pasir berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah (BN).

Posted: 14 Jul 2010 08:55 AM PDT

Kerajaan Selangor sudah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi jenayah ini.

Salinan surat itu dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khali berkata, surat yang dihantar ini kepada kedua-dua pemimpin Umno menyatakan penjelasan bahawa kejadian curi pasir ini berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan negeri sekarang membuat pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menolong menangkap penjenayah terlibat.

"Saya juga menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya Timbalan Menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan yang sewajarnya," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Khalid berkata, kerajaan negeri berharap, pemimpin – pemimpin Umno tidak hanya mengutarakan isu pasir ini atas dasar politik dan berharap agar dokumen yang diberikan adalah memadai untuk Timbalan Perdana Menteri untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk bertindak secara professional.

Katanya, walaupun kerajaan negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010

Utusan & UMNO Pembohong Besar..

Posted: 14 Jul 2010 08:31 AM PDT

Penafian CNN mengundang reaksi Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution berkata penafian CNN ini membongkar strategi jahat UMNO BN yang terdesak mahu membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim. " Barangkali UMNO BN terlupa, sepanjang penglibatan Anwar dalam dunia politik beliau telah dilabel dan ditohmah dengan pelbagai gelaran. Semasa beliau sebagai aktivis belia, beliau dituduh sebagai agen Libya- agen Muammar Gaddafi.

Kemudian selepas penyingkirannya dari kerajaan, beliau digelar sebagai pengkhianat negara, itu oleh Tun Dr Mahathir. Pengkhianat ini kalau ikut undang-undang negara hukumnya mati. Kemudian beliau dituduh sebagai agen asing, agen Yahudi, perpecah belah perpaduan Melayu, alat tunggangan kepada DAP dan yang terbaru ialah agen CIA," jelas Saifuddin.

Utusan Malaysia pada 9 Julai lalu memuatkan laporan "Anwar didakwa bayar CNN". Laporan berkenaan berkata penulis mendakwa Anwar telah mengupah Cable News Network untuk mewawancara beliau. Selang beberapa hari kemudian, pada 11 Julai, Utusan sekali lagi mencetuskan kontroversi. Kali ini memetik penulis blog, Elaine Meinel Supkis yang menurut Utusan mendakwa Anwar adalah alat CIA.

Namun ujar Saifuddin, dalam keghairahan menyerang peribadi Anwar, malang bagi UMNO BN senjata telah memakan tuannya. "Tidak mungkin satu peribadi itu menjadi agen kepada banyak pihak yang berbeda-beda," kata Saifuddin. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa lucu dengan media milikan kerajaan yang sewenang-wenangnya memetik sumber yang tidak diragui kesahihannya. Walhal baru-baru ini sahaja kerajaan berhasrat untuk menubuhkan jawatankuasa khusus menangani penyebaran berita palsu.

"Utusan Malaysia ketika memainkan isu ini mengambil dari sebuah blog kononnya, yang dijadikan sebab dan alasan untuk mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim. 24 jam bertalu-talu media milik BN melabel Anwar talit-barut CIA," kata Zulkefly. "Bagaimana pula dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin yang telah lama menyatakan keterlibatan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu. Mengapa kerajaan membisu?" tambah beliau.

"Saya kira CNN dan Datuk Seri Anwar perlu menyaman kesemua media-media ini dan peribadi-peribadi yang secara keterlaluan membuat serangan kepada peribadi beliau yang tidak perlu seya sebutkan betapa jelik dan buruknya kecaman-kecaman itu," katanya lagi. Sementara itu pemimpin lain berpendapat bahawa adanya usaha terancang untuk menyerang keperibadian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 diadakan.

"Itu menandakan bahawa apa yang berlaku pada hari ini khususnya apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang dirancang, sesuatu yang mereka cuba ambil kesempatan di atas apa sahaja isu tanpa mereka mengambil kira kebenaran fakta itu," kata Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa. "BN yang tidak dapat menafikan mereka membayar APCO RM77 juta, mereka tidak dapat menafikan fakta itu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub.

Fitnah Anwar 'bayar' CNN: CNN nafi laporan utusan meloya

Posted: 14 Jul 2010 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- CNN berkata laporan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program "Connect the World" adalah rekaan semata-matanya.

Jurucakap CNN Selasa melahirkan rasa kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu.

Mereka merujuk kepada tulisan Joshua Trevino dalam The Ledger, sebuah penerbitan online di Amerika Syarikat, yang juga memetik satu atau dua buah akhbar tempatan di sini.

Trevino hanya menyebut secara tidak langsung bahawa mereka yang dilantik oleh Anwar untuk mengendalikan kempen perhubungan awamnya di Amerika Syarikat mempunyai pertalian yang baik dengan media.

Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang

Posted: 14 Jul 2010 08:14 AM PDT

Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan 'kejelekan' produk-produk '1Malaysia' ciptaan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Najib Razak.

Anwar menepis fitnah yang menuduh beliau menggadaikan 'Melayu' demi cita-citanya untuk menjadi PM dengan membongkar kejelekan gagasan 1Malaysia ciptaan Najib.

Menurutnya, 1Malaysia Najib lah merampas dan menggadaikan tanah-tanah bersaiz mega dalam dan pinggiran bandaraya Kuala Lumpur.

Katanya, George LowTanah Kem Tentera Udara Sungai Besi , Tanah Institut Penyelidikan Getah (FRIM) Sungai Buluh dan Tanah Jalan Cohchrane Kampung Pandan tersebut kemudiannya telah diberikan 'tanpa tender' kepada seorang ahli perniagaan Cina, .

"Satu perkara yang disebut Dato' Seri Najib (dalam) Rancangan Malaysia Ke-10 yang saya (rasa) cukup bahaya,

"di Kuala Lumpur tanah yang paling besar di Sungai Besi (Kem Tentera Udara), kemudian tanah yang paling besar di Sungai Buluh (FRIM), tanah Jalan Cochrane (Kampung Pandan),

"saudara tahukah? Ini pemimpin Melayu Umno, semuanya (tanah-tanah tersebut) telah diberikan kepada Yayasan 1Malaysia, semua tanpa tender, tanah yang boleh dibangunkan (bernilai) berbilion ringgit,

"diberikan begitu saja kepada Geoge Low,"jelasnya.

Selain itu, Anwar turut menceritakan 'kebobrokan' pemimpin Melalyu Umno Menteri Wilayah Persekutuan yang telah bertindak mahu menyerahkan 40 peratus tanah rezab Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur kepada orang Cina.

Katanya, cadangan raja Nong Chik itu telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali

Warga Felda Seluruh Negara Berkumpul Di SPRM Esok, Untuk Dedah Penyelewengan Felda

Posted: 14 Jul 2010 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Peneroka Felda dari seluruh negara akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya esok bagi membuat laporan berkenaan dakwaan penyelewengan Felda.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) sewaktu mengesahkan perkara itu berkata, rombongan mereka akan ke sana menyerahkan dokumen yang didakwa sebagai bukti penyelewengan ke SPRM jam 11 pagi esok.

"Setelah laporan polis dibuat berkenaan penyusutan rizab tunai Felda, jadi sekarang kita akan hantar laporan dan dokumen kepada SPRM, beserta dengan lampiran- lampiran tambahan berkenaan isu-isu yang berkait rapat dengan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya.

Laporan serupa jelasnya turut disampaikan kepada SPRM di setiap negeri dalam masa terdekat.

Tindakan ke SPRM itu dibuat selepas penolakan debat oleh menteri berkaitan dan setelah beberapa laporan polis dibuat di seluruh negara.

Mengulas penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, beliau berkata kebanyakan pimpinan Umno BN di peringkat akar umbi sendiri turut gusar dengan debat tersebut kerana khuatir lebih banyak salah urus Felda akan dibongkar.

"Isu Felda kini telah menjadi isu nasional yang paling hangat. Inilah pertama kalinya dalam sejarah di mana kewibawaan pimpinan Barisan Nasional tergugat. Mereka berusaha untuk menutup isu ini, tetapi tidak boleh. Bila pimpinan Umno BN diajak berdebat, mereka tidak mahu. Dari sudut lain, integriti Felda itu sendiri dipersoal," katanya lagi.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bangunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Tiada ulasan: