Jumaat, 30 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang

Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor

Posted: 30 Jul 2010 01:07 AM PDT

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negara akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

"Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai 'ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27877:kempen-10-juta-tandatangan-bantah-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

Veteran UMNO terbiar di Rumah Orang Tua Selangor ?

Posted: 30 Jul 2010 12:38 AM PDT

Tak pasti siapakah kawan lama Tan Sri Mohamad Isa Samad, Adun Bagan Pinang, di Port Dickson ( juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ) yang bernama Mat Sulong yang kini berada di Rumah Orang-orang Tua di Kuala Kubu Bahru, Selangor. Adakah pakcik Mat Sulong ini veteran UMNO , rakan perjuangan Isa Samad atau raka sekolah, itu tak pasti.

Bekas wartawan itu minta sangatlah Isa Samad, atau sesiapa yang mengenali beliau, atau tak kenal pun tak apa, termasuk pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor untuk ziarah pakcik Mat Sulong ini.

Mungkin pakcik Mat Sulong ini perkara kecil agaknya. Yang penting UMNO mesti dedahkan siapa dalang korek pasir di Selangor, PKR juga mesti dedahkan siapa dalang korek pasir masa Khir Toyo jadi MB Selangor. Pakcik Mat Sulong ni tak penting agaknya.

Ikuti rayuan untuk melawat pakcik Mat Sulong di Rumah Orang-orang Tua di Kuala Kubu Bahru, Selangor pada pautan berikut http://singalautmetro.blogspot.com/2010/07/kepada-sesiapa-yang-kenal-tan-sri.html

PAS bentuk jawatankuasa Anti Saman Ekor

Posted: 29 Jul 2010 05:05 PM PDT

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.

Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.

Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.

Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.

"Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.

Timbalan ketuanya, azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai 'ISA Kedua' seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.

Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.

"Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan," ujarnya.

Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.

"Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan 'penyelarasan subsidi'. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan," katanya.

Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.

Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan.

"Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang," ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27865:pas-bentuk-jawatankuasa-anti-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

Lara nelayan Orang Asli di Johor

Posted: 29 Jul 2010 05:05 PM PDT

Berita Harian 30 Julai 2010

32 keluarga di Kampung Bakar Batu dakwa hilang sumber rezeki akibat projek penambakan laut sekitar perairan Tebrau

JOHOR BAHRU: Lara hati 32 keluarga Orang Asli Kampung Bakar Batu, di sini memerlukan 'ubat' sebelum kehidupan mereka terus melarat berikutan kehilangan mata pencarian akibat projek penambakan laut di sekitar perairan Tebrau kini.

Malah, tinjauan ke lokasi berkenaan dengan menaiki bot penduduk mendapati dakwaan Orang Asli bahawa kehidupan laut seperti ikan, kupang, ketam yang ditangkap berhampiran pokok paya bakau pupus berasas, selepas air laut kini dicemari air tanah merah dari tapak projek. Tok Batin, Kais Ki, 47, berkata, sejak kerja pembinaan berhampiran kampung mereka bermula, penduduk mengeluh kerana air laut kotor menyebabkan hasil laut susah diperoleh dan benih kupang yang dibela turut mati. "Sudahlah pokok bakau tidak lagi menjadi lubuk rezeki, nelayan Orang Asli berpakat sesama sendiri terpaksa menyusuri hingga ke Tanjung Pelepas dan kawasan berdekatan untuk menangkap ikan.

"Kehidupan penduduk makin susah dan saya berharap pemaju memberikan pampasan kerana kami sudah kehilangan mata pencarian kerana hasil laut seperti ikan, ketam, kupang susah diperoleh, "katanya ketika ditemui di sini.

Maya Lam, 30-an berkata, kerana hasil laut susah diperoleh penduduk melakukan pekerjaan sampingan bagi menampung perbelanjaan barang dapur, susu anak dan perubatan.

"Hidup Orang Asli memang susah. Hendak memperoleh RM10 hasil jualan pumpun (umpan cacing) pun payah walaupun sudah menunggu pelanggan sejak awal pagi sampai tengah hari.
"Kami mengutip tin kosong, botol plastik yang hasilnya yang tidak seberapa, hendak cari besi buruk nanti dianggap mencuri pula tetapi pendapatan itulah digunakan untuk beli barang dapur, susu anak dan ubat, " katanya.

Kok Usop, 33, berkata, beliau berpakat bersama rakan meredah hingga ke sungai berhampiran kerana ikan sudah 'segan' hidup di tempatnya.

"Selalu saya bersama kawan akan tangkap ikan di Sungai Pendas, Sungai Melayu, Bakar Batu Skudai dan pergi ke Tanjung Pelepas Pontian tetapi itu pun nasib jika ada ikan.

"Jaring pun kami sewa dengan harga RM100 bagi tempoh seminggu daripada kawan yang tidak turun ke laut dan biasanya kalau belanja minyak diesel pergi serta balik adalah RM70. Jika ada ikan kira nasib baiklah, kalau tidak ada, kami akan rugi kerana duit belanja yang tidak seberapa sudah habis, " katanya.

Yang Tom, 40-an berkata, akibat kerja penambakan dan pengorekan dasar laut bagi menanam cerucuk, 14 rumah yang diberikan percuma oleh kerajaan negeri kini mengalami keretakan.

"Sejak projek ini bermula, hampir 14 rumah sederet rumah kami retak. Bukan saja dinding malah lantai juga sama bukan saya tipu tapi tengoklah dan tanyalah jiran lain.

"Ke mana kami nak mengadu? sejak pemaju mulakan kerja pembinaan rumah kami pecah sana-sini kerana tanah di pinggir laut seperti kami ini tidak kuat, " katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_LaranelayanOrangAsli/Article

Tiada ulasan: