Khamis, 29 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kes culik pula menjadi jadi, apa dah jadi Index Jenayah

Posted: 29 Jul 2010 02:41 AM PDT

Apa dah jadi dengan index jenayah ? Terkini pelajar perempuan 15 tahun telah diculik di Terengganu. Malaysia negara bahaya ! Saman Ekor tetap kena bayar , adakah rondaan polis akan lebih kerap, kereta peronda akan bertambah meronda siang malam di negara Malaysia yang penuh dengan para penjenayah. Sibuk pengkhianat negara dan pengkhianat Melayu sedangkan Penjenayah Semakin BERMAHARAJA LELA.

******************************
Pelajar perempuan terselamat bila kereta penculik kemalangan
Berita Harian 29 Julai 2010

JERTIH: Seorang pelajar perempuan terselamat daripada menjadi mangsa penculik apabila kereta yang digunakan penjenayah terbabit terbabas semasa membawa lari pelajar berkenaan di Kampung Limbongan, dekat sini, petang semalam.

Pelajar berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Nur Zahirah (SMKNZ), Besut, itu diculik dua lelaki ketika berada di luar pagar sekolah berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut,DSP Noor Zainy Mohd Nor, berkata ketika kejadian jam 4.30 petang itu, pelajar terbabit sedang menunggu ibunya mengambil beliau pulang selepas mengikuti kelas tambahan di sekolah berkenaan. "Bagaimanapun, ketika mangsa sedang menunggu ibunya, dua lelaki berusia 23 dan 15 tahun yang memandu Perodua Kenari memberhentikan kenderaan lalu turun mengheret pelajar terbabit ke dalam kereta.

"Namun, kereta yang dipandu seorang daripada lelaki terbabit terbabas lalu terjatuh ke dalam parit kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Noor Zainy berkata, polis yang sampai ke tempat kemalangan lima belas minit kemudian mendapati suspek sudah melarikan diri dan pelajar berkenaan pengsan dalam kereta terbabit.

Katanya, pelajar itu yang cedera parah di kepala dan leher dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) jam 8.30 malam tadi.
"Berikutan kejadian itu, polis melancarkan gerakan mencari dan mengesan suspek dan bertindak atas maklumat awam polis berjaya menangkap dua lelaki berkenaan sejam kemudian di sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarperempuanterselamatbilakeretapenculikkemalangan/Article

Mad Hasan kekal MB lepas Pilihanraya Umum ?

Posted: 28 Jul 2010 08:56 PM PDT


Tidak mustahil Mohamad Hasan akan kekal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang mungkin diadakan pada tahun 2010 atau 2011 nanti. Ini adalah kerana terdapat begitu banyak DUN Bonus untuk UMNO di kawasan kem tentera dan Felda. Kawasan Felda di N.Sembilan ialah ke 3 terbesar di Malaysia.

Kem tentera terbesar di Malaysia juga berada di Negeri Sembilan, di Gemas dan Port Dickson.

Kepada puak-puak dalam UMNO yang tidak sebulu dengan Mad Hasan jangan mimpilah nak naikkan nama orang lain jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Buatlah kerja masing-masing untuk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Artikel sebelum ini Pakatan Rakyat Sukar Tawan N.Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/07/pakatan-rakyat-sukar-tawan-nsembilan.html

Letupan gempar penduduk

Posted: 28 Jul 2010 07:53 PM PDT


Sinar Harian 29 Julai 2010

KAMPUNG MANTAI , Melaka – Kedudukan kawasan kuari batu yang terletak hanya 300 meter dengan kawasan perumahan penduduk menimbulkan rasa kurang selesa.

Penduduk, Idros Sabar, 49, berkata, sebelum ini, memang terdapat aktiviti kuari dilakukan dan sudah ditutup sekitar 2006, namun sejak awal tahun lalu, kawasan terbabit dibuka semula di kawasan tanah milik persendirian.

Menurutnya, kebiasaannya, sebelum melakukan kerja-kerja letupan kuari batu berkenaan, siren akan dibunyikan di kawasan penempatan penduduk bagi memaklumkan bahawa kerja-kerja letupan akan dilakukan.

"Namun, dua bulan lepas, letupan berlaku secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang menggemparkan kawasan sekitar kampung ini.

"Penduduk terkejut dengan letupan kuat itu dan menyangka sesuatu berlaku," katanya.

Idros berkata, beberapa penduduk membuat laporan polis mengenai letupan kuat itu.

"Dua minggu selepas kejadian, penduduk dipanggil mengadakan perbincangan dengan pengusaha kuari terbabit namun, pihak pengurusan memberitahu bahawa letupan terbabit adalah seperti biasa.

"Letupan daripada kawasan berkenaan menyebabkan saya mengesan beberapa retakan di dalam rumah dan letupan luar biasa dua bulan lepas memang memeranjatkan kami," katanya.

Sementara itu, penoreh getah, Dzainordin Samad, 41, berkata, dia sekeluarga belum sempat berpindah ke rumah barunya namun, terdapat beberapa kesan retakan di dalam rumah itu.

Menurutnya, rumahnya yang bernilai RM33,000 di bawah sumbangan Risda Melaka melalui Projek Program Bantuan Rumah (PBR) itu bakal didiami Oktober ini.

"Saya pernah memaklumkan kepada syarikat kontraktor dan pihak mereka turut membuat kerja-kerja menampal di bahagian kesan retakan yang ada.

"Saya kecewa, apabila melihat rumah yang belum sempat kami sekeluarga diami mengalami keadaan seperti ini," katanya.

Dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit di Balai Polis Nyalas.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8003584.asp

Trauma banjir di Johor

Posted: 28 Jul 2010 06:29 PM PDT

Berita Harian 29 Julai 2010

Projek EDL didakwa punca tiga kampung 8 kali banjir

JOHOR BAHRU: Projek Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) berdekatan Kampung Setanggi, Tok Siak dan Hajah Hasnah, bukan saja menjejaskan kehidupan harian penduduk, malah menyebabkan mereka rugi apabila sudah lapan kali dilanda banjir sejak projek itu bermula setahun lalu.

Terbaru, pada 20 Julai lalu, rumah mereka dinaiki air hingga paras pinggang menyebabkan semua kelengkapan rumah dan peralatan sekolah anak rosak mengakibatkan kerugian ribuan ringgit. Mereka mendakwa, sikap tidak bertanggungjawab pemaju menimbus sebatang anak sungai di Kampung Tok Siak, menyebabkan aliran air di kawasan tiga perkampungan berkenaan kini bertumpu di sebatang anak sungai di Kampung Hajah Hasnah. Penduduk mendakwa mereka kini trauma dan fobia setiap kali hujan kerana khuatir kawasan itu akan dinaiki air, selain sudah tidak mampu membaiki rumah dan membeli peralatan rumah yang baru.

Penduduk Kampung Tok Siak, Khalilah Daud, 44, berkata, beliau terpaksa menanggung kerugian besar dan menuntut pemaju tampil membayar pampasan.

Akibat daripada banjir yang berlaku Selasa lalu, empat kereta baru milik ahli keluarga ditenggelami air sehingga terpaksa dihantar ke bengkel, manakala perkakasan rumah seperti peralatan elektrik kini sudah tidak boleh digunakan.

Kami tidak dapat mengalihkan kenderaan ke tempat tinggi kerana jalan utama sudah ditenggelami air, selain kami sibuk memindahkan harta benda. Semua berlaku dengan pantas, katanya ketika ditemui di kediamannya.
Saodah Jasman, 51, berkata, beliau kesal terhadap sikap pemaju yang enggan bersemuka dengan penduduk seperti yang dijanjikan pada 21 Julai lalu pada jam 2 petang.

Saya diberitahu pihak pemaju hadir untuk bertemu penduduk pada tarikh yang ditetapkan, tetapi pulang dengan alasan kami tiada di lokasi seperti dijanjikan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju ternyata mengelirukan kerana kami datang tepat pada jam pertemuan ditetapkan, tetapi mereka berdolak dalik mengatakan sudah datang pada jam 12 tengah hari, katanya.

Mariam Yahya, 70, berkata, beliau yang uzur nyaris dihempap almari pakaian ketika air mulai naik dalam rumahnya.

Apabila mengenang kembali banjir kilat yang berlaku tempoh hari, saya nyaris maut kerana almari pakaian jatuh, tetapi sempat mengelak. Saya sedih kerana sejak berpuluh tahun tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku banjir kilat, namun persekitaran selamat penduduk mulai berubah selepas projek pembangunan berdekatan bermula, katanya.

Penduduk Kampung Setanggi, Mohd Yusof Juraimi, 25, berkata, kerajaan negeri perlu membantu menyelesaikan masalah penduduk itu yang berpunca daripada sikap pemaju yang tidak bertanggung jawab.

Kami tidak mendapat sebarang wang pampasan atau ganti rugi daripada kejadian banjir yang berlaku awal tahun ini, malah terpaksa berdepan kesulitan, " katanya.

Suhairi Noh Daud, 25, turut mendakwa sikap tidak bertanggungjawab pemaju menutup Sungai Tok Siak menjadi punca takungan air Sungai kampung Hajah Hasnah bertambah selain hujan turun tanpa henti selama beberapa jam.

Jika dulu, Sungai Tok Siak akan mengalir terus ke arah laut, keadaan itu sudah tidak berlaku kerana sudah ditutup oleh pemaju seterusnya menyebabkan satu aliran saja wujud iaitu Sungai Hajah Hasnah. Tambahan pula, kelebaran sungai itu dikecilkan daripada 12 meter kepada 4.5 meter oleh pemaju, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Traumabanjir/Article

Nelayan Tanjung Leman rayu bantuan

Posted: 28 Jul 2010 06:27 PM PDT

Utusan Malaysia 29 Julai 2010

MERSING 28 Julai - Lebih 50 nelayan Tanjung Leman dekat sini merayu agar Jabatan Perikanan daerah menghulurkan bantuan peralatan bagi meningkatkan hasil tangkapan dan sumber pendapatan mereka.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Tanjung Leman, Sahdan Isnin, 53, berkata, ia penting bagi membolehkan mereka turut menerima bantuan seperti nelayan lain di kawasan lain di daerah ini.

"Waktu ini, nelayan di Mersing dan Sedili Kota Tinggi menerima bantuan peralatan tetapi kami di Tanjung Leman tak dapat apa-apa jadi terasa seperti dianaktirikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, persatuan itu telah mengutarakan masalah tersebut kepada jabatan itu namun pihak terbabit mengatakan tiada peruntukan bantuan untuk nelayan-nelayan di Tanjung Leman.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka berasa seolah-olah dipinggirkan daripada mendapat bantuan sedangkan mereka adalah nelayan sah yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Mersing.

Nelayan bot kecil, Rohim Man, 48, pula berkata, hasil perbincangannya dengan pihak terbabit mendapati alasan yang diberikan oleh jabatan agak pelik iaitu kedudukan Tanjung Leman berada di tengah-tengah antara Mersing dan Sedili menyebabkan bantuan itu tidak dapat diberikan.

"Mereka kata, kami bukan nelayan Mersing dan bukan juga nelayan Sedili jadi kami sendiri tak tahu kami ini di daerah mana?

"Walhal lesen nelayan kami dikeluarkan oleh pejabat Perikanan Mersing," katanya.

Nelayan lain, Misman Darkob, 48, berkata, walaupun kenaikan harga minyak baru-baru ini dilihat tidak menjejaskan nelayan namun bantuan peralatan itu dilihat akan melegakan perbelanjaan harian mereka.

"Sehari kos minyak lebih kurang RM54 untuk 45 liter, itu tiada masalah tetapi kalau ada bantuan enjin, jaring, pukat atau peralatan lain maka semakin kurang belanja dan kos kami," jelasnya.

Tambahnya, dengan peralatan tambahan seperti pukat maka hasil tangkapan juga dapat ditingkatkan kerana banyak lokasi boleh dilabuhkan jaring tersebut.

Bagaimanapun, anaknya, Mohd. Saiful, 19, berkata, awak-awak seperti dia juga sepatutnya dipertimbangkan untuk diberi bantuan tersebut dan ia tidak wajar dihadkan kepada pemilik bot sahaja.

Nelayan muda itu berkata, bantuan tersebut perlu diberikan kepada golongan awak-awak dengan kadar berpatutan kerana mereka setakat ini tidak menerima sebarang bantuan seperti subsidi minyak dan sebagainya.

Justeru, dia meminta agar jabatan itu mempertimbangkan rayuan itu agar kebajikan mereka lebih terbela.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

Malaysia negara bahaya, pelagar dirogol dlm bas

Posted: 28 Jul 2010 05:59 PM PDT

Apa nak jadi Malaysia ni, semua tempat tak selamat. Pelajar sekolah dalam bas pun dirogol dalam bas sekolah oleh pemandu bas sendiri disaksikan oleh pelajar lain di Petaling Jaya lapor akhbar The Star 29 Julai 2010. Dalam kes lain pemandu van sekolah pula mencabul pelajar perempuan juga di Malaysia.

Apa nak jadi Malaysia ni ? Jenayah seks makin banyak, orang gila seks makin berani.

Adakah kita terlalu sibuk dengan politik hingga perkara sebegini bukan perjuangan utama untuk rakyat ? Perjuangan parti lebih penting dari perjuangan rakyat ?

Inilah yang dinamakan Kuman seberang laut nampak , Gajah depan mata tak nampak

Sibuk dengan pengkhianat negara dan pengkhianat Melayu tapi penjenayah depan mata , depan laman rumah tak nampak, tunggu masa menerkam kita dan keluarga kita.

******************************
Thursday July 29, 2010
Girl raped in school bus

PETALING JAYA: A school bus driver allegedly raped a 10-year-old girl in full view of other pupils in the bus.

A kindergarten teacher who was passing by heard screams for help and alerted members of the public, who caught the 51-year-old driver red-handed.

The incident took place along Jalan Othman, Petaling Jaya, at 12.40pm on Monday.

It is learnt that the driver had stopped the bus by the roadside and approached his victim. He forcefully undressed her in front of the horrified children.

He then forced himself on the terrified girl.

People who went to the girl's aid grabbed the man and bashed him up before handing him over to the police.

Meanwhile, another pupil, aged 12, lodged a report alleging she was molested by her school van driver in Kelana Jaya.

The 6.45pm incident allegedly took place near a disabled welfare centre when the girl was alone in the van and on her way to extra classes.

The 37-year-old driver allegedly grabbed her from behind and fondled her private parts.

The girl put up a fierce struggle and managed to free herself before running off and screaming for help.

The driver who chased after her gave up when he saw her seeking help from her friend.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed, who confirmed both cases, said police are looking for the van driver.

"The bus driver has been remanded until tomorrow.

Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said a special task force has been set up in light of the two incidents.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/29/nation/6753637&sec=nation

Tiada ulasan: