Selasa, 27 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dato Dr Haron Din 3 Ogos 2010 Port Dickson

Posted: 26 Jul 2010 11:52 PM PDT


CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Oleh : Tn. Guru Dato Dr Haron Din
Tarikh : 3 Ogos 2010 / Selasa
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson
Masa : Selepas Maghrib

Semua Dijemput Hadir
Maklumat lanjut sila hubungi En Saleh Hamid 019-6543570

Tidak tahan bau busuk setiap hari

Posted: 26 Jul 2010 09:14 PM PDT


Sinar Harian 27 Julai 2010

KUALA SUNGAI BARU – Penduduk Taman Rebana Jernih, di sini terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, sejak dua minggu lalu akibat masalah longgokan sampah berhampiran yang tidak dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mereka mendakwa, biarpun sudah beberapa kali melaporkan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengenai longgokan sampah itu, namun sehingga kini ia masih tidak berangkat.

Lebih membimbangkan, sampah tersebut kini sudah berulat dan menyebabkan persekitaran yang menjijikkan.

Penduduk, Robini Sado, 40, berkata masalah longgokan sampah itu menyebabkan penduduk sekitar terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, sekali gus mengganggu keselesaan mereka.

Menurutnya, pihak berkenaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap longgokan sampah berkenaan, walaupun sudah beberapa kali membuat aduan kepada MPAG.

"Sebelum ini, pegawai terbabit ada datang, tetapi mereka hanya melihat longgokan sampah tersebut, namun tidak mengutip dan membuangnya ke tempat lain.

"Saya bimbang keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk kerana banyak anjing liar berkeliaran pada waktu malam menyelongkar sampah dan menyelerakkan di merata kawasan ini," katanya.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan, Ali Nasir, 58, berkata longgokan sampah itu bukan saja mengundang bau busuk, malah mencacatkan permandangan sekitar.

"Selain anjing liar menyelongkar sampah itu, terdapat juga lembu membuat perkara yang sama pada sebelah malam.

"Pihak yang ditugaskan mengutip sampah di sini juga datang tidak mengikut jadual ditetapkan dan sehingga kini, kelibat lori sampah pun tidak pernah kelihatan.

"Mungkin kerana taman ini tersorok punca mereka tak mahu datang ke sini," katanya.

Sehubungan itu, dia dan penduduk taman berkenaan menggesa MDAG meninjau sendiri masalah itu, seterusnya mengambil tindakan segera demi keselesaan penduduk sekitar.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7996068.asp

Coca Cola N.Sembilan dan pasir Selangor

Posted: 26 Jul 2010 05:57 PM PDT


Pelik ya. Bercakap mengenai pencemaran alam sekitar , bahaya kepada rakyat isu pasit di Selangor. Tapi bakal muncul kilang gergasi Coca Cola di Negeri Sembilan dan impaknya kepada alam sekitar dan kesihatan manusia , media seperti Utusan Malaysia dan TV3 membisu senyap. Sedangkan Coca Cola ada di mana-mana, hampir setiap isu rumah, mengancam setiap rakyat dan anak cucu generasi akan datang.

KILANG COCA-COLA DI MALAYSIA. IMPAKNYA.. (BAHAGIAN 2)

Pada bahagian pertama saya membicarakan tentang kesan pembinaan kilang Coca-cola di Nilai, Negeri Sembilan yang akan membawa peluang pekerjaan yang besar kepada masyarakat. Tapi pada masa yang sama terpaksa membayar dengan harga yang mahal, risiko ditimpa pelbagai penyakit akibat sisa pembuangan daripada pemprosesan coca-cola ini iaitu kadmium (Cd). Kadmiun merupakan logam berat yang digunakan di dalam industri pembuatan bateri sebagaimana merkuri dan zink.

Artikel sepenuhnya di http://abeza09.blogspot.com/2010/07/kilang-gergasi-coca-cola-di-malaysia.html

KILANG COCA-COLA DI MALAYSIA. IMPAKNYA.. (BAHAGIAN 1)
Beberapa contoh boleh diambil untuk dijadikan ikhtibar, antaranya di India. Pembinaan kilang Coke secara besar-besar telah membawa padah apabila masyarakat terpaksa menanggung krisis air yang besar dan pencemaran tanah yang teruk, masalah ini telah memaksa demontrasi secara besar-besaran dibuat di Kala Dera, Rajashtan bagi memaksa penutupan kilang Coca-cola di India.

Artikel sepenuhnya di http://abeza09.blogspot.com/2010/04/kilang-gergasi-coca-coca-di-malaysia.html

Lombong Emas ditemui di Seremban ?

Posted: 26 Jul 2010 05:12 PM PDT


Petikan akhbar Harakahdaily 26 Julai 2010. Sila klik pada petikan akhbar di atas.

Juga kisah sebenar "Lombong Emas" bernilai mungkin melebihi RM 100 Juta ini pada pautan berikut PROJEK_HADIAH UNTUK RAKYAT

Tiada ulasan: