Khamis, 22 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pertemuan Pimpinan UMNO dan PAS 1 Ogos 2010

Posted: 21 Jul 2010 11:53 PM PDT


Mungkin pemimpin UMNO dan pemimpin PAS boleh gerakkan ahli mereka untuk menyertai program di bawah ini. Tak perlu bincang isu politik, cukup dengan solat subuh berjemaah, dengar kuliah , sarapan , lepas tu balik rumah sambung tidur kalau ngantuk. Utusan Malaysia pun boleh tolong promosi headline frontpage. Mesti melimpahnya Masjid WP 1 Ogos nanti.

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
(Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau )
Tarikh : 1 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 5.00 Pagi
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL.
Anjuran : Sekretariat Gerakan Subuh

Acara :
• Qiyamullaill / Iktikaf di Masjid
• Solat Subuh Berjemaah
• Zikir Munajat
• Kuliah Khas Subuh "Keajaiban Solat Subuh Berjemaah" oleh Y.Bhg Us Wan Sohor Bani Leman (UIA)
• Taklimat Khas Gerakan Subuh oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
• Perasmian Pelancaran Gerakan Subuh oleh Y.Bhg Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd Aziz (KP JAKIM)
• Sarapan Pagi

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

"MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH"

Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh Masjid Wilayah, JAWI, TERAS, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, PUM WP, JAMIYAH, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS.

Pihak Sekretariat amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana organisasi / persatuan yang berminat untuk menyertai Sekretariat ini bagi menyusun dan melaksanakan Gerakan Subuh – Kempen menggalakkan masyarakat menunaikan Solat Subuh berjemaah.

Hubungi 013-6714932

UMNO, PAS, Wahabi, Syiah, ESQ, JAKIM

Posted: 21 Jul 2010 11:29 PM PDT


Menang Sorak , Kampung Tergadai

Artikel di bawah sebagai renungan kita semua :

Kemajuan Sains & Teknologi Tanpa PPSMI
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/kemajuan-sains-teknologi-tanpa-ppsmi.html

Mengapa Islam Tidak Akan Bangkit Semula Dari Sini?
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/mengapa-islam-tidak-akan-bangkit-semula.html

Baiki basikal sara hidup

Posted: 21 Jul 2010 11:27 PM PDT

Harian Metro 22 Julai 2010

MELAKA : Seorang lelaki warga emas mendakwa hidup dalam kesempitan apabila hanya bergantung kepada pendapatan diperoleh hasil membaiki basikal di rumahnya di Taman Bukit Rambai, dekat sini.

Abdul Kadir Yahya, 76, yang tinggal bersendirian terpaksa menyara hidup dengan pendapatan hasil membaiki basikal pelanggan terdiri daripada kanak-kanak dan penduduk berhampiran.

Menurutnya, sejak kematian isteri kira-kira 20 tahun lalu, dia hidup bersendirian memandangkan dua anak perempuan tirinya sudah merantau ke negeri lain mengikut suami masing-masing.

"Hampir setiap hari saya menunggu jika ada pelanggan datang ke rumah untuk membaiki basikal dan mampu memperoleh upah antara 50 sen hingga RM7 sehari.

"Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya tidak mampu berjalan dan hanya mampu bekerja di rumah untuk menanggung perbelanjaan harian," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, dengan upah membaiki basikal, dia hanya mampu memperoleh kira-kira RM400 sebulan yang sudah tentu tidak mencukupi.

"Dengan wang itu, saya perlu membeli makanan, surat khabar, ubat-ubatan selain modal bagi membeli barang keperluan membaiki basikal.

"Pernah wang perbelanjaan membeli barang keperluan membaiki basikal lebih banyak berbanding pendapatan diperoleh setiap bulan," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, dia tidak pernah mengharapkan bantuan kedua-dua anak tirinya memandangkan mereka masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal jauh di perantauan.

"Anak-anak hanya dapat membantu membayar bil elektrik dan air, namun selebihnya terpaksa mencari sendiri bagi menampung perbelanjaan meneruskan kehidupan.

"Saya pernah cuba mendapatkan bantuan bulanan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, namun hingga kini tiada maklum balas," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Baikibasikalsarahidup/Article

Program Sumbangan Ukhuwwah Manafaat Bersama

Posted: 21 Jul 2010 06:17 PM PDT


Kepada mereka yang ingin membantu mereka yangmemerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang dan berkasih sayang bolehlah menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN
RAMADHAN & SYAWAL 1431 H – 2010 M
Untuk Keluarga Fakir Miskin Dan Mereka Yang Memerlukan

Anjuran : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Borang Sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Tn Hj Roni – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

SUMBANGAN MELALUI ATAU BANK IN ATAS NAMA :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Umno parti Melayu terbesar buat apa dgn PAS ?

Posted: 21 Jul 2010 05:49 PM PDT

Najib kata Umno merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan kini mencecah 3,186,850 orang. Kalau dah kata parti Melayu terbesar, apa nak dirisaukan perpecahan Melayu. Jaga sajalah perpaduan Melayu dalam Umno tu. PAS bukannya parti Melayu terbesar. Jaga ahli-ahli Umno dan keluarga ahli Umno yang ramai tu yang ada pelbagai masalah macam cerita di bawah ini.

Berapa juta anak ahli Umno yang tak dapat biasiswa ? Berapa juta anak ahli Umno yang menganggur ? Berapa juta anak ahli Umno yang tak dapat bayar PTPTN ? Berapa juta ahli Umno yang kena saman ekor ? Dan lagi, dan lagi, dan macam-macam masalah lagi.

******************************
Umno Parti Melayu Yang Terbesar, Kata Najib
Mstar 22 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Umno merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Presiden Umno berkata keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850 orang dan pelbagai usaha berterusan dijalankan untuk menambah bilangan keanggotaan.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/21/mstar_berita/20100721213241&sec=mstar_berita

BEKAS PEMIMPIN DAKWA DIPINGGIR MASYARAKAT
Berita Harian 22 Julai 2010

MELAKA: "Saya ini dianggap macam orang luar atau anak tiri sehinggakan segala derita dan keluhan saya langsung tidak dipeduli oleh penduduk sekeliling. Padahal saya ini penyokong kuat kerajaan.

"Malah, saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Lembah Pantai sebelum pulang ke Melaka 10 tahun lalu. Tapi lihatlah apa yang berlaku pada saya sekarang. Saya terpinggir daripada masyarakat," kata Azli Bujang, 49.

Beliau yang ditemui di kediamannya di Solok Bukit Bayan, Bukit Katil, meluahkan perasaan kecewanya itu selepas mendakwa tidak ada pihak yang sudi membantunya akibat terpengaruh tohmahan pihak tertentu.

"Bagaimana saya nak menyara isteri dan seorang anak berusia lapan tahun?

Azli mendakwa tambah membuatkan perasaannya terguris apabila ada sesetengah pihak yang sebelum ini berjanji membantu beliau sekeluarga, termasuk menyediakan modal membuat kuih, selain membaiki kerosakan rumahnya, tidak menunaikan janji itu.

Isterinya, Mardiana Mahamad, 29, berkata, setiap hari beliau sekeluarga hanya makan ala kadar kerana mahu berjimat berikutan tidak mampu untuk membeli lauk.

"Dulu saya bekerja sebagai pembantu di kedai makan, tetapi akibat kesihatan suami yang semakin hari semakin uzur, saya terpaksa berhenti kerja kerana mahu menjaganya," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Bekaspemimpindakwadipinggirmasyarakat/Article

Rumah kerap dinaiki air di Melaka

Posted: 21 Jul 2010 05:03 PM PDT


Utusan Malaysia 22 Julai 2010

MELAKA 21 Julai – Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Umbai dekat sini kian resah apabila rumah mereka kerap dinaiki air apabila setiap kali berlakunya hujan lebat.

Awal pagi semalam, rumah mereka sekali lagi dinaiki air setinggi antara 0.2 hingga 0.5 meter ekoran hujan lebat yang berlaku.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan keresahan penduduk terbabit kerana tidak sampai sebulan, tiga kejadian banjir kilat melanda di kawasan tersebut.

Penduduk mendakwa kejadian berkenaan berpunca akibat kegagalan petugas pintu air di Pengkalan Pernu, Umbai membuka pintu berkenaan ketika air sungai sudah mulai melimpah.

Seorang penduduk, Mohammad Hitam, 43, berkata, kebiasaannya kejadian itu berpunca daripada fenomena air laut pasang tetapi kejadian yang berlaku semalam jelas berpunca daripada kecuaian manusia.

Menurutnya, dia kesal dengan kejadian itu yang telah menyebabkan sebilangan besar peralatan rumahnya termasuk perabot dan beberapa barangan elektrik rosak akibat ditenggelami air.

Katanya, kejadian ini mula disedarinya kira-kira pukul 6 pagi apabila sebahagian besar rumahnya dimasuki air.

''Pada mulanya, saya ingat air laut pasang tetapi setelah keluar rumah melihat keadaan laut, ia surut dan tidak ada kena-mengena dengan air laut pasang.

''Setelah disiasat dengan beberapa penduduk lain, kita mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan petugas yang tidak dapat mengawal pintu masuk air," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya yang hanya 100 meter dari Jeti Pengkalan Pernu, Umbai.

Mohammad berkata, penduduk kampung kecewa dengan pihak berkenaan yang sepatutnya peka akan kejadian-kejadian seperti ini dan bukannya menambahkan lagi kepayahan hidup penduduk kampung di sini.

Keadaan yang sama juga dilalui, seorang warga emas, Hatijah Abdul Manaf, 54, yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan petugas yang menyelenggarakan pintu air di kawasan terbabit sehingga menyebabkan rumahnya dinaiki air.

''Kalau keadaan ini sering berlaku, kehidupan kami di sini akan susah setiap kali hujan lebat kerana terpaksa meredah air sungai yang melimpah ke dalam rumah," katanya.

Masalah yang sama dihadapi oleh orang kurang upaya (OKU), Rahmah Abdul Manaf, 52, yang terpaksa mengalihkan sebahagian peralatan rumahnya secara sendiri kerana bimbang ia mengalami kerosakan.

''Lihatlah dengan keadaan saya sebegini, ia bagaikan satu bebanan untuk melakukannya secara sendirian. Habis keseluruhan rumah saya termasuk bilik tidur dinaiki air," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Tong sampah tak cukup di Melaka

Posted: 21 Jul 2010 05:03 PM PDT

Berita Harian 22 Julai 2010

MELAKA: Busuk dan menjijikkan. Itulah situasi yang saban hari perlu dilalui oleh setiap penduduk Pangsapuri Peringgit Indah, Peringgit, dekat sini, apabila terpaksa berhadapan dengan masalah tempat pembuangan sampah tidak sempurna.

Melangkah saja keluar dari pangsapuri berkenaan, bau busuk berpunca dari sampah berselerak pasti menusuk hidung sesiapa saja kerana tempat pembuangan di situ tidak disediakan dengan tong yang mencukupi.

Penduduk di situ mendakwa mereka tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa membuang bungkusan sampah harian di tepi jalan berdekatan ruang khas yang hanya dibiar kosong tanpa tong. Berita Harian yang berkunjung ke pangsapuri berkenaan selepas menerima aduan mendapati hanya satu tong sampah besar disediakan di situ dan ia tidak dapat menampung jumlah buangan oleh kira-kira 1,000 penduduk di situ.

Longgokan sampah yang dibuang penduduk itu mengundang pelbagai jenis haiwan seperti anjing dan kucing liar selain tikus untuk mencari sisa makanan.

Keadaan bertambah buruk apabila terdapat sisa makanan yang diselongkar haiwan berkenaan bertaburan hingga ke jalan berhampiran dan mengeluarkan bau yang amat busuk.

Masalah ini dikatakan bukan baru berlaku sehari dua tetapi sudah berlarutan sejak setahun tanpa ada sebarang penyelesaian.
Seorang penghuni di situ, Mohd Afiq Zakaria, 21, berkata dia sendiri tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa membuang sampah di tepi jalan berhampiran kerana tong sampah yang ada, penuh.

Beliau mendakwa sebelum ini memang ada dua tong sampah besar disediakan, tetapi ia tidak digantikan dengan yang baru apabila satu daripadanya rosak.

"Memang benar sehingga sekarang satu tong sampah besar berkenaan tidak lagi mampu menampung buangan penduduk di sini sehingga menyebabkan ia menjadi tarikan kepada pelbagai haiwan liar.

"Kedatangan haiwan yang menyelongkar sampah saban hari membuatkan jalan berhampiran menjadi kotor dan lebih membimbangkan saya ia boleh mengundang sebarang penyakit berjangkit yang dibawa haiwan perosak ini.

"Seperti juga penghuni lain, saya berharap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Hashim Jaafar, 49, berkata, walaupun kerja mengutip sampah oleh pihak berkuasa terbabit tepat pada hari tertentu dan tidak pernah lewat, mereka juga perlu memikirkan keadaan kebersihan di kawasan berkenaan.

"Sampai bila penduduk terpaksa membuang sampah di tepi jalan. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada kereta atau motosikal yang terlanggar sampah.

"Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menempatkan lebih banyak tong sampah besar bagi kemudahan penduduk di sini membuang sampah dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Gan San San, 32, berkata dia bimbang dengan kehadiran anjing liar yang datang berkeliaran berhampiran kawasan sampah berkenaan selain kawasan itu dikatakan seperti tempat pembuangan kucing.

"Bilangan kucing terbiar di sini juga semakin hari semakin bertambah bilangannya dan selalu menyelongkar longgokan sampah untuk mencari sisa makanan.

"Keadaan ini sememangnya mengotorkan kawasan jalan berhampiran selain haiwan berkenaan membuang najis di merata tempat di kawasan ini. Kita harap ada tindakan segera bagi mengatasinya," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Tongtakcukup/Article

Betong pekan usang di Sarawak

Posted: 21 Jul 2010 05:02 PM PDT

Berita Harian 22 Julai 2010

BETONG: Imej baru tetapi masih berwajah lama. Itulah nasib Bahagian Betong yang diisytiharkan sebagai Bahagian Pentadbiran ke-11 di Sarawak pada 26 Mac 2002.

Biarpun sudah lapan tahun dinaikkan taraf kepada Bahagian, namun bandar Betong masih dihiasi bangunan lama, kedai makan yang tidak mengikut piawaian bandar baru serta papan tanda jalan yang sudah uzur. Tinjauan Berita Harian ke bandar itu baru-baru ini mendapati papan tanda nama jalan seperti 'Jalan Chung Hua' dekat Gerai Bumiputera Majlis Daerah Betong (MDB), langsung tidak dapat dibaca. Begitu juga dengan papan tanda 'Lorong Saribas dan Lorong Rimbas' tidak diganti. Tanda 'Awas' yang ditulis di tepi jalan di hadapan sebuah hotel juga sudah tidak dapat dibaca.

Beberapa bangunan kedai lama yang menjual pelbagai barangan runcit di situ masih seperti lapan tahun dulu dan susunan barangnya juga bukan seperti sebuah bandar baru.

Seorang penjaja, Margaret Janda, 55, berkata walaupun bandar ini sudah dinaikkan taraf, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagaikan tidak kisah untuk menukar imejnya, tidak seperti bandar lain seperti Kuching dan Miri.

"Kadang-kadang, ada orang luar yang menginap di hotel bandar ini yang bertanya mengapa keadaan bandar ini masih tidak terurus," katanya.
Sementara itu, seorang penginap hotel yang berasal dari Kuching yang hanya mahu dikenali sebagai Salihi berkata, ini kali pertama beliau datang ke sini kerana menghadiri satu majlis rasmi.

"Saya membayangkan bandar Bentong sebagai sebuah bandar yang lebih tersusun dan bersih, tetapi selepas berada di sini, saya amat terkejut," katanya.

"Saya berharap, pihak yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan bandar ini merombak serta menyusun semula semua program pembangunan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan Betong setaraf dengan bandar lain di Sarawak," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Betongpekanusang/Article

Rakyat Sabah Taruh nyawa

Posted: 21 Jul 2010 05:02 PM PDT

Berita Harian 22 Julai 2010

Penduduk Tundun Bohangin redah sungai ke Sandakan

KINABATANGAN: Setiap kali hendak mendapatkan rawatan kesihatan atau pelbagai urusan lain, kira-kira 1,500 penduduk Kampung Tundun Bohangin dekat sini, terpaksa bergadai nyawa merentasi sungai berarus deras dan laut bergelora selama empat hingga lapan jam untuk ke bandar Sandakan. Situasi itu disebabkan ketiadaan perhubungan jalan raya sejak kampung itu wujud pada 1940, menyebabkan mereka menggunakan jalan laut untuk ke bandar. Lebih membahayakan ialah apabila berlaku kes kecemasan seperti penghantaran pesakit ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Difahamkan, lebih 10 kes wanita bersalin mengalami kekurangan darah selepas terpaksa menempuh perjalanan jauh ke hospital.

Pada masa sama, seorang penduduk yang menghidap taun diberitakan meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan pada Februari lalu.

Ketua Kampung Tundun Bohangin, Pulok Asmad, 65, berkata penduduk tiada pilihan kecuali menggunakan laluan sungai dan laut untuk ke bandar Sandakan.
Katanya, perkhidmatan doktor udara yang disediakan di kampung itu hanya sekali dalam sebulan, menyebabkan mereka tetap perlu ke bandar untuk mendapat rawatan kecemasan.

"Kami bergantung sepenuhnya kepada jalan laut yang mengambil masa empat jam jika menggunakan bot sendiri dan lapan jam jika menumpang kapal nelayan.

"Lebih membebankan, kami perlu mengeluarkan kos tinggi untuk ke bandar Sandakan iaitu RM200. Keadaan ini pasti menyukarkan penduduk yang sebahagian besarnya nelayan kecil dan miskin," katanya kepada Berita Harian.

Kampung Tundun Bohangin berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau mempunyai 74 rumah termasuk 21 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), balai raya, masjid dan sebuah sekolah rendah.

Pada Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM87.8 juta bagi melaksanakan projek infrastruktur di Parlimen Kinabatangan yang dilaksanakan tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM30.3 juta adalah bagi membina jalan raya sepanjang 12 kilometer yang menghubungkan kampung berkenaan dengan pekan Kinabatangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Asman Agoi, 46, merayu kerajaan mempercepatkan pembinaan jalan itu kerana belum ada perkembangan sejak diumumkan hingga hari ini.

Katanya, mereka tidak mahu nyawa penduduk terus terancam setiap kali keluar atau pulang ke kampung menggunakan laluan laut.

"Dua lagi kampung berhampiran iaitu Kampung Kulamba dan Sri Ganda juga tidak mempunyai jalan raya. Kami harap suara kami didengari dan keadaan akan berubah menjadi lebih baik selepas ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Taruhnyawa/Article

Tiada ulasan: