Khamis, 15 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerjasama erat Israel dan N.Sembilan ?

Posted: 15 Jul 2010 12:29 AM PDT


AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama menyeru semua rakyat Malaysia supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L'oreal dan Nestle.

( Tak lama lagi kilang Coca Cola antara yang terbesar di rantau ini akan siap di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Kilang Nestle pula dah lama bertapak di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.)

**********************************

Kenyataan Media AQSA SYARIF

AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel.

Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L'oreal dan Nestle.

Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF

AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P.

Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.

AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor.
No. Telefon: 013-7444428;
E.mail: admin@aqsasyarif.com ; myhasanuddin@gmail.com ;
Laman Web: http://www.aqsasyarif.com/.

http://kedah-karisma.blogspot.com/2010/03/kenyataan-akhbar-aqsa-syarif-situasi.html

Pondok usang jadi rumah, PPRT tak dapat

Posted: 14 Jul 2010 08:32 PM PDT


Saya tidak tahu kenapa saya tidak menerima bantuan itu sehingga kini sedangkan permohonan dilakukan. Saya hanya mengambil hasil hutan sebagai pendapatan sampingan. Hasil pendapatan bergantung kepada hasil hutan tetapi hanya sekitar RM200. Saya juga tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

************************
Pondok usang tempat berteduh
Sinar Harian 15 Julai 2010

CHERGUN , Batu Kikir , N.Sembilan – Satu keluarga perkampungan Orang Asli masih tinggal di pondok menggunakan daun palas sebagai atap, berlantaikan pokok batang pinang dan berdindingkan pokok buluh serta kayu.

Entah di mana silapnya, hanya satu keluarga belum menerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) setelah tinggal di kampung itu sejak 26 tahun.

Samsul Ikal, 26, berkata, permohonan dilakukan pada 2006 tetapi sehingga kini masih tidak menerima sebarang khabar berita daripada pihak berkaitan.

"Saya lahir di kampung ini. Pondok ini dibina sebelum saya lahir lagi. Justeru, permohonan dilakukan pada 2006 untuk menggantikan pondok ini kepada sebuah rumah selesa kerana saya sudah berkeluarga.

"Saya mempunyai tiga anak yang masih kecil lagi. Mereka akan membesar, sudah pasti saya ingin memberi keselesaan kepada anak dan isteri," katanya.

Menurutnya, sebanyak 10 rumah Orang Asli di kampung itu menerima rumah PPRT tetapi hanya keluarganya sahaja belum menerima bantuan itu.

"Saya tidak tahu kenapa saya tidak menerima bantuan itu sehingga kini sedangkan permohonan dilakukan.

"Mungkin kerana nama saya tercicir atau terlepas pandang daripada pihak berkaitan. Saya mohon kepada mereka supaya membantu saya dan keluarga untuk hidup dalam keadaan selesa," katanya.

Samsul berkata, kehidupannya menjadi semakin rumit apabila tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Saya hanya mengambil hasil hutan sebagai pendapatan sampingan. Hasil pendapatan bergantung kepada hasil hutan tetapi hanya sekitar RM200.

"Saya juga tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika tidak dapat meringankan beban sekeluarga," katanya.

Pondok kecil didiaminya sekarang serba kekurangan apabila tidak mempunyai bekalan elektrik dan setiap malam hanya bertemankan cahaya lilin.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7955060.asp

Pelajar Melayu dapat 10A+ tak dapat biasiswa

Posted: 14 Jul 2010 06:36 PM PDT


Apa cerita ? Pelajar Melayu dapat 10A+ (bukan 9A+) tak dapat biasiswa ni. Pelajar Cream of the Cream di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Ibu bapa mereka telah membayar sebanyak RM5,692 dan juga RM720 untuk yuran pendaftaran untuk semester pertama. HELLO ! Mana pergi PM, mana pergi TPM, mana pergi Umno, mana pergi Perkasa ?

****************

Pelajar UTP kecewa layanan Petronas

Saya mewakili pelajar lepasan SPM 2009 yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kemasukan Januari (menggunakan keputusan percubaan SPM), ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan kepada kami.

Untuk pengetahuan tuan, kami disenaraipendekkan untuk belajar di UTP melalui temuduga dan keputusan percubaan. Mengikut faktanya ,semua pelajar kemasukan Januari dan juga Mei lepas telah ditaja penuh oleh Petronas.

Namun, berbeza pada tahun ini 2010 kerana kami dimaklumkan bahawa terpaksa belajar dengan tanggungan sendiri pada semester pertama dan dijanjikan biasiswa untuk semester kedua (bersama dengan kemasukan Mei 2010).

Walau bagaimanpun, ramai yang terkejut dengan keputusan biasiswa Petronas yang baru dikeluarkan. Hanya 68 orang daripada sekitar 300 pelajar yang ditaja oleh Petronas sedangkan kami semua dijanjikan biasiswa tersebut sekiranya keputusan SPM kami mencapai atau melebihi 9A. Ramai pelajar yang mencapai 10A+ ke atas tidak mendapat tajaan tersebut.

Tambahan lagi, ada sebilangan kecil pelajar yang mana ibu bapanya sanggup berhutang untuk membayar semester pertama dengan harapan ditaja bagi semester kedua berdasarkan apa yang dijanjikan oleh Rektor Universiti Teknologi Petronas , Datuk Dr Zainal Abidin.

Apa yang mengejutkan, pelajar yang mana ibu bapanya sanggup berhutang telah mendapat keputusan yang amat cemerlang iaitu 13A dalam peperiksaan SPM 2009 akan tetapi tidak mendapat biasiswa Petronas.

Berita ini telah mengecewakan ramai pihak kerana kami telah membayar sebanyak RM5,692 dan juga RM720 untuk yuran pendaftaran untuk semester pertama. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup yang tinggi di sini. Kami semua (termasuk ibu bapa) telah merasa begitu bangga kerana layak untuk menjejak kaki di UTP ini, tetapi kami dilayan sebegitu rupa. Disebabkan keadaan ini, ada yang telah keluar daripada sini dan memasuki matrikulasi dan IPTA. Mereka telah membazir masa dan wang yang banyak. Kami seolah-olah dipermainkan dan diperniagakan.

Untuk pengetahuan tuan, kemasukan Mei 2010 ini, majoritinya ditaja oleh Petronas. Memang benar PTPTN ada memberikan pinjaman kepada pelajar IPTA dan IPTS , namun pinjaman yang diberikan setiap tahun tidak dapat menampung yuran pengajian yang agak mahal berbanding IPTA.

Untuk pengetahuan tuan, yuran bagi satu tahun pengajian asasi adalah sebanyak RM14,235. Apa yang dimaklumkan kepada kami, PTPTN hanya memberikan pinjaman maksimum sebanyak RM7,000 bagi setahun pengajian asasi . Hal ini jelas bahawa pinjaman yang diberikan oleh PTPTN tidak cukup untuk membiayai kos pengajian asasi selama setahun di sini.

Selain itu , kami telah membuat beberapa perbincangan dengan wakil pelajar UTP dan Education Support Unit (ESU) daripada KLCC. Akan tetapi kertas kerja yang dibuat oleh wakil pelajar UTP tidak dilayan oleh piihak ESU. Kami begitu kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak Petronas iaitu sebuah badan kebajikan dan mempunyai 'social responsibility' yang tinggi namun sanggup tidak menepati janji.

Akhir sekali, kami berharap agar pihak tuan dapat membantu dengan mencari jalan penyelesaian agar pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dari segi kewangan seperti kami dapat meneruskan pengajian di sini. Kami juga berharap dengan pennyebaran masalah ini dalam media massa dapat menyedarkan pihak Petronas dan UTP atas masalah sebenar yang kami hadapi.

Sekian terima kasih.
Wakil pelajar Jan 2010

Sumber Harakahdaily : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26482:pelajar-utp-kecewa-layanan-petronas&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Tiada ulasan: