Rabu, 14 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Berapa ramai Melayu dapat 9A biasiswa JPA

Posted: 13 Jul 2010 11:31 PM PDT


Agak-agaklah kan berapa ramai pelajar Melayu yang dapat 9A+ yang berjaya memperolehi biasiswa JPA untuk sambung belajar di IPT ? Kalau ikut laporan akhbar The Star 15 March 2010 hanya 2 orang Melayu dari 7 orang pelajar untuk Negeri Sembilan. Maknanya hanya 28% Melayu N.Sembilan dapat biasiswa JPA.

Minta maaflah pasangan kembar Khairun Athirah dan Khairun Amirah Abdul Razali dari SM Agama Persekutuan Labu yang mendapat 11 A , anda tak dapat biasiswa JPA kerana hanya mendapat 8A+ iaitu 8A+, 2A dan 1A.

Kementerian Pelajaran ada berani ke , senaraikan semua pelajar seluruh Malaysia yang dapat 9A+ , ikut bangsa ?

Takkan isu ni pun Umno nak ajak PAS duduk semeja ?

Keputusan PM dan TPM yang buat sendiri, buat apa lagi nak bincang semeja.

Aaah , itu semua tak penting. Yang penting Mentor minggu ni misti tengok, undi untuk menang orang Melayu. Showdown 2010 pun penting. Lepak di Dataran Senawang pun penting.

1. Justin Wee
2. V. Janaeni
3. Belinda Kaur Xavier
4. B. Kirudarshini
5. V. Shanggari
6. Khadijah Ahmad Jais
7. Syamilah Mahali

***********************
Monday March 15, 2010
SPM: Seremban school is country's top achiever

Khadijah Ahmad Jais from SM Agama Persekutuan Labu, who scored 11A+ Syamilah Mahali from Kolej Tunku Kurshiah, who achieved 10A+
Justin Wee from St Paul's Institution (SPI), who scored 10A+
Khairun Athirah and Khairun Amirah Abdul Razali from SM Agama Persekutuan Labu, 8A+'s, 2A's and 1A- each.

SMK Puteri Seremban V. Janaeni scored 9A+while classmates Belinda Kaur Xavier, B. Kirudarshini and V. Shanggari all got 9A+'s and 1A.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/3/15/central/5854234&sec=central

Makan malam AMK Melaka disabotaj

Posted: 13 Jul 2010 08:57 PM PDT



Melabelkan tindakan itu sebagai perbuatan keji, Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin berkata, tiket palsu yang dihantar itu mengandungi perkataan 'percuma' sedangkan penganjur mengenakan RM30 seorang jika mahu menghadiri majlis berkenaan. Selain itu, menurutnya, menu makan malam turut disertakan sebagai usaha menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap AMK Melaka. Ini sebab, menu yang disertakan adalah makanan tidak halal.

****************************
Makan malam AMK disabotaj
Sinar Harian 14 Julai 2010

BANDARAYA MELAKA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj majlis makan malam, yang bertujuan mengumpul dana pilihan raya.

Mereka mendakwa, pihak berkenaan cuba mensabotaj majlis yang akan diadakan Jumaat ini dengan menghantar tiket penyertaan palsu kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini.

Tindakan itu terbongkar apabila beberapa ahli PKR di kawasan Machap yang menerima tiket berkenaan memaklumkan mengenainya kepada pihak AMK Melaka, selaku penganjur majlis.

Melabelkan tindakan itu sebagai perbuatan keji, Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin berkata, tiket palsu yang dihantar itu mengandungi perkataan 'percuma' sedangkan penganjur mengenakan RM30 seorang jika mahu menghadiri majlis berkenaan.

Selain itu, menurutnya, menu makan malam turut disertakan sebagai usaha menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap AMK Melaka.

"Ini sebab, menu yang disertakan adalah makanan tidak halal.

"Saya anggap, apa yang mereka lakukan ini adalah usaha mensabotaj majlis, selain percubaan memburukkan imej AMK Melaka," katanya.

Hairiz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tiket palsu itu dihantar kepada ahli PKR di seluruh negeri ini, walaupun setakat ini ia banyak dikesan di sekitar kawasan Machap.

"Saya akan cuba berhubung dengan ahli PKR lain bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara ini.

"Kami telah membuat laporan polis mengenai perkara ini dan saya berharap pihak berkuasa segera menyiasat, seterusnya mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Sehubungan itu, Hairiz menasihatkan mereka yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai majlis makan malam berkenaan menghubunginya menerusi talian 019-687 2441 atau Timbalan Ketua AMK Negeri, Law Bing How, menerusi talian 012-631 0125.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7952235.asp

Saiful Apek takut mahkamah Padang Mahsyar

Posted: 13 Jul 2010 07:10 PM PDT


Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan rezekinya. "Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar kelak," katanya. Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.

Adakah dakwaan Saiful Apek Kena Tipu RM500,000 oleh sebuah syarikat penerbitan filem ada kaitan dengan kes ini ?

Mana pergi peguam pembela rakyat , pembela Melayu , pembela artis , pembela keadilan dalam kes Saiful Apek ini ?

*************************
Saiful Apek tidak gentar
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Terharu, sebak kerana ramai peminat terus bagi sokongan

TABURLAH apa saja kata nista atau penghinaan terhadapnya, semua itu tidak pernah sesekali menakutkan Artis Komedi Popular, Saiful Apek, 41, untuk bertentang mata dengan masyarakat.

Suara minoriti yang cuba melemahkan semangat perjuangannya itu tidak akan sesekali diendahkan. Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan rezekinya.

"Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar kelak," katanya dalam nada lemah ketika dihubungi atas bantuan pengurusnya, Adam, petang Sabtu lalu.

Diserang selsema, batuk dan demam, artis komedi kelahiran Gombak, Selangor itu berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana dipilih melalui pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Biar mungkin ada yang mencemuh, Saiful berkata, peristiwa penahanan selama lima hari kerana disyaki mengambil dadah membawanya melalui satu proses peralihan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan.

Sakit dan trauma berdepan situasi itu masih dirasai tetapi kata pelakon yang baru muncul dengan filem Kecoh Betul, peristiwa itu juga akhirnya menemukan dia dengan siapa dirinya yang sebenar.

"Saya lebih kenal siapa diri saya, juga tahu siapa yang menyayangi dan membenci saya. Saya lalui satu proses yang sukar tetapi masih ada yang menyayangi. "Saya berterima kasih kepada segelintir peminat yang bersusah payah mengumpul dana, bahkan ada yang memecah tabung wang simpanan semata-mata kerana mahu saya bebas," katanya dalam sebak yang tertahan.

Sepanjang lima hari direman, Saiful berterima kasih kepada polis kerana menjaganya dengan baik. Baginya, polis sudah menjalankan kerja mereka dengan adil dan bijaksana.

"Maaf saya tidak dibenarkan untuk mengulas kejadian malam itu. Saya juga tidak boleh memberi komen lain yang berkaitan kejadian. Apa yang dapat saya kongsi cuma pengalaman berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

"Saya percaya kepada Allah. Saya sentiasa meyakinkan diri setiap apa juga musibah yang datang tidak akan menjejaskan diri dan nama baik saya. Untuk menjadi manusia terbaik, saya harus melalui perkara yang buruk dulu.

"Kepada mereka yang cuba menutup pintu rezeki saya, mereka harus ingat Allah Maha Kaya. Dia yang memberikan rezeki kepada setiap manusia dan saya percaya itu," katanya.

Diasak pertanyaan, apa mungkin penangkapannya itu berlaku disebabkan penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk memberikan keadilan.

Pada 13 Jun lalu, Saiful ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama beberapa rakannya kerana disyaki mengambil dadah. Dia bersama-sama suspek yang lain ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, pada Jumaat lalu (18 Jun), Saiful dibebaskan dengan jaminan polis.

Mahu berehat seketika

DALAM rendah diri, Saiful yang sudah 12 tahun menekuni industri hiburan mengumumkan hasratnya untuk berundur sementara kerana enggan peristiwa penahanan itu memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar.
Katanya, keutuhan dirinya tidak tergugat dengan insiden yang berlaku sebaliknya ingin memanfaatkan kesempatan itu untuk berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

"Saya sudah terlalu penat bekerja dan banyak berhutang masa dengan keluarga. Mungkin ini fadilat yang saya peroleh daripada peristiwa penahanan itu.

"Biarpun saya berehat daripada industri seni tetapi keputusan itu tidak pernah menamatkan perjuangan saya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.
Keinsafan itu timbul ketika saya ditahan, membuatkan saya sangat bersyukur kerana kembali mendapat nikmat kebebasan," katanya.

Tidak menetapkan tempoh tertentu untuk berehat, Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu berkata, dia akan kembali ke dunia seni apabila sudah bersedia nanti.

Meniti hidup dalam bidang seni mengingatkan Saiful supaya sentiasa meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar kerana proses menimba ilmu itu tidak akan pernah berakhir.

"Jadi tidak akan ada istilah bersara atau letak jawatan, sebaliknya saya cuma mahu berundur diri seketika. Saya tidak mahu nanti akan ada suara yang mempertikai apabila saya masih tidak berubah.

"Ikhlas saya katakan, saya tidak layak dijadikan ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat baginda.


"Dalam tempoh berehat itu, saya akan cuba berusaha untuk melaksanakan impian yang saya peroleh ketika ditahan reman. Saya akan kembali jika masih ramai yang memerlukan saya dan berasakan saya layak untuk diberi sokongan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article
http://e.hmetro.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article/index_html

Saiful Apek Dakwa Kena Tipu RM500,000
Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2010 : Pelawak popular Saiful Apek atau Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 41, mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat penerbitan filem kerana tidak menjelaskan bayaran di atas pelaburan serta kerja-kerja lakonan yang dibuat menerusi dua buah filem.

Menurut Apek dia sepatutnya menerima bayaran bernilai kira-kira RM500,000 menerusi dua buah filem berkenaan daripada syarikat terbabit yang mana kedua-duanya telah pun ditayangkan pada tahun 2005 dan 2006.

Dia yang hingga masih lagi merahsiakan nama syarikat penerbitan terbabit bagaimanapun bercadang untuk mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat ini bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak umum.

Apek berkata, dia sudah pun melantik peguam dan kes ini akan membawa ke mahkamah.

"Buat masa sekarang ini saya tidak akan mendedahkan syarikat mana dan filem mana yang dimaksudkan. Sedikit masa lagi saya bersama-sama peguam akan akan mengumumkannya dalam sidang media khas.

"Saya terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana ia melibatkan wang yang besar. Bagi saya ia adalah sesuatu penganiayaan terhadap punca utama rezeki saya. Kalau orang buat macam ini pada saya habislah saya.

"Bukan sahaja duit pelaburan saya tidak dibayar, malah duit hasil lakonan pun tidak diberi satu sen pun. Nak kata filem ini tak berjaya, tidak jug. Malah, apa yang saya tahu. kedua-duanya meletup di pawagam.

"Hingga hari ini saya berdiam diri dan menyembunyikan perkara ini. Apabila sekian lama menanti, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencari pengadilan. Lagi pun saya tak mahu ambil tindakan terburu-buru.

"Sebab. kalau saya hendak ambil tindakan undang-undang, ia haruslah dilakukan menerusi saluran yang betul. Saya juga bercadang unyuk membuat aduan kepada pihak Seniman," kata Apek ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kecoh Betul di pawagam Golden Screen Cinema di pusat membeli belah Tropicana City petang semalam.

Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, Apek kini jarang muncul di layar perak. Kecoh Betul yang dibintangi Apek sebagai Abang Don misalnya adalah filem pertamanya pada tahun 2010.

Mengakui tentang hal itu, Apek berkata, dia kini memang agak jarang muncul dalam filem berbanding tiga, empat tahun dulu.Bukan disebabkan kecewa dengan apa yang berlaku (tidak dapat bayaran) terhadapnya sebelum ini.

Sebaliknya, Apek mengakui perubahan ini berlaku setelah kemunculan beberapa pelawak-pelawak baru seperti Nabil, Zizan dan Johan.

"Hidup ini seperti roda. Masa dulu kita di atas, sekarang kita di bawah pula. Benda ini saya faham sejak sebelum saya menyertai dunia hiburan. Masa awal-awal kemunculan saya dulu pun, Sabri Yunos pernah berada diatas, saya menggantikan tempatnya dan pada hari ini, mungkin Nabil atau Zizan menggantikan tempat saya.

"Saya langsung tidak menganggap perkara ini budaya cantas-mencatas sebab ia adalah lumrah dalam dunia populariti," katanya.

Filem arahan Jaswant K. Randhawa yang diterbitkan White Merpati Entertainment Sdn Bhd adalah filem aksi komedi yang berkisarkan kehidupan Mat Rempit.

Malalui filem ini, Apek turut berlakon bersama-sama pelakon lain seperti Nabil (Aiman), Diana Danielle (Dayana), Yatt (Yati), Datuk Aziz Sattar (Pak Aziz), Nasrizal Ngasri (Joe) dan Fauziah Nawi (Emak).

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=6353&c=1&s=1

Hapus semua hak istimewa Melayu SEGERA

Posted: 13 Jul 2010 05:33 PM PDT


Elok dihapuskan saja semua hak istimewa orang Melayu segera, biar orang Melayu sedar langit tinggi rendah. Bukan dihapus sikit sikit macam ni. Semakin ramai persatuan bukan Melayu menyokong dan memuji tindakan kerajaan memberi biasiswa otomatik kepada pelajar yang dapat 9A+ dalam SPM selaras dengan dasar konsep 1Malaysia, hak yang sama rata untuk semua kaum dan agama.

Tarik semua hak istimewa orang Melayu, kerana tanah orang Melayu dan tanah adat kalau kerajaan ambil pun harga murah. Asalkan orang Melayu ramai menjadi juara Akademi Fantasia, Showdown 2010 8TV, Mentor dan sebagainya.

***************************
The Star Wednesday July 14, 2010

MAICCI: 9A+ SCHOLARSHIPS A GOOD MOVE

PETALING JAYA: MALAYSIAN ASSOCIATED INDIAN CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (MAICCI) HAS WELCOMED THE MOVE TO AWARD OUTSTANDING SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) STUDENTS REGARDLESS OF THEIR RACIAL BACKGROUND.

In a press statement yesterday, its president Datuk K. K. Eswaran said the move by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to award scholarships to those obtaining 9A+ or more in the SPM based on merit and not race was a good change in the development of the country.

"This is a good move by the Prime Minister and such competitive edge is something we have been waiting for," Eswaran said.

He also added that this would curb the country's brain drain.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F7%2F14%2Fnation%2F6658813

******************************************
PELAJAR 9A+ TAK DAPAT BIASISWA DIMINTA MAKLUM KEPADA JPA
Berita Harian 12 Julai 2010

AMPANG: PELAJAR CEMERLANG YANG MENDAPAT 9A+ SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN LALU, TETAPI TIDAK MEMPEROLEH BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA), DIMINTA MEMAKLUMKANNYA KEPADA JPA UNTUK DITAWARKAN BIASISWA ITU.

TIMBALAN PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, BERKATA KERAJAAN AKAN MENUNAIKAN DASAR YANG DIUMUMKAN DATUK SERI NAJIB RAZAK, KELMARIN BAHAWA SEMUA PELAJAR TERBABIT DITAWARKAN BIASISWA JPA MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA DI DALAM DAN LUAR NEGARA TANPA MENGIRA KAUM.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajar9A_takdapatbiasiswadimintamaklumkepadaJPA/Article

Ahli Parlimen UMNO sokong ke tak saman ekor ?

Posted: 13 Jul 2010 05:03 PM PDT


Mari kita tengok apabila isu saman ekor ni dibahaskan dalam parlimen, ahil parlimen mana yang prihatin masalah rakyat. Adakah ahli parlimen UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA dan sewaktu dengannya hendak membela rakyat yang teraniaya. UMNO dan PAS tak payah bermuzakarahlah, bincang masalah rakyat mengenai saman ekor ni pun dah cukup.

**********************
NIZAR AKAN BAWA KE DEWAN RAKYAT ISU SAMAN EKOR

IPOH, 13 Julai 2010 (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.

Beliau berkata tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.

"Pengeluaran saman itu agak samar...saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman.

Abdul Aziz berkata, dakwaan itu timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=513135

****************************
BAIKI DAHULU KELEMAHAN SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 14 Julai 2010

DEWASA ini, isu saman ekor menjadi topik perbincangan. Pihak polis bertegas untuk meneruskan saman ekor. Ramai yang bersetuju dan ramai yang meminta agar saman ekor dikaji semula.

Menurut pihak polis, saman ekor merupakan satu cara untuk mendidik pemandu kenderaan yang tidak serik-serik melakukan kesalahan di jalan raya.

Bagaimanapun, saman ekor ada kelemahannya. Adakah semua orang yang menerima saman ekor itu bersalah? Kereta saya telah dilarikan oleh orang yang ingin membelinya hampir tiga tahun yang lalu.

Bakal pembeli seorang jurujual kereta. Saya menyerahkan kereta kepadanya untuk proses pindah milik dan pemeriksaan di Puspakom. Mungkin salah saya kerana begitu mempercayai bakal pembeli. Beliau berjanji untuk menyelesaikan urusan pindah milik dalam masa beberapa bulan. Bagaimanapun, beberapa bulan itu menjadi beberapa tahun dan akhirnya, bakal pembeli sudah tidak dapat dihubungi dan dikesan.

Baru-baru, ini saya dikejutkan dengan surat peringatan untuk menjelaskan beberapa saman ekor. Jika saya yang melakukan kesalahan, saya tidak akan teragak-agak untuk membayar saman tersebut walaupun terpaksa bergolok bergadai. Patutkah saya menjelaskan saman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang lain?

Inilah antara kelemahan saman ekor yang sepatutnya ditangani sebelum pihak polis berkeras untuk meneruskannya. Saya tahu ramai orang yang menerima nasib seperti saya. Tidak semua orang menerima notis pertama.

Walaupun tidak berpindah rumah, surat yang dihantar tidak 100 peratus akan tiba ke tangan penerimanya. Pihak polis tidak boleh mengandaikan semua orang telah menerima notis dan tahu bahawa saman boleh dipindahkan kepada pemandu kenderaan dalam masa 7 hari selepas menerima notis pertama.

Saya merayu pihak kerajaan dan pihak polis khasnya, baiki dahulu kelemahan yang ada pada saman ekor dan berilah peluang pemilik kenderaan untuk memindahkan saman yang diterima kepada orang yang memandu kenderaan dan melakukan kesalahan itu tanpa tempoh atau had tertentu.

MANGSA KECUAIAN
Shah Alam, Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Muhyidin tak tahu ke berjuta ringgit pasir Johor terjual ?

Posted: 13 Jul 2010 04:52 PM PDT


Laporan akhbar The Star 24 June 2010 mendakwa bahawa pasir bernilai jutaan ringgit telah secara haram dikeluarkan dari Sungai Johor. Dan ini telah berlaku sejak 3 tahun yang lalu. Penyiasat The Star mendapati pasir tersebut dijual ke Singapura. Siap dengan peta terperinci lagi macam mana pasir Johor ini dibawa keluar. TPM kata Khalid tak mampu urus isu curi pasir, nampaknya kena batang hidung TPM sendiri.

Adakah penyiasat akhbar The Star lagi cekap dari Polis Malaysia dan SPRM ?

**************
KHALID TAK MAMPU URUS ISU CURI PASIR: TPM
Berita Harian 14 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu kecurian pasir yang semakin meruncing di Selangor amat membimbangkan kerana khazanah alam sekitar dirosakkan dengan rakus atas kepentingan peribadi, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu sangat serius dan seperti terabai tanpa diambil tindakan tegas oleh kerajaan negeri serta seolah-olah ada pihak bersubahat atau mungkin berlaku elemen rasuah. "Bagi saya, soal (isu kecurian pasir) yang agak mudah tetapi menjadi rumit hanya kerana tidak mahu mengambil tindakan tegas... hentikan perkara itu, tangkap saja siapa yang membuat kesalahan dan hukum kerana (kerajaan negeri Selangor) kata kerajaan mereka bersih. "Apabila tindakan tidak dilakukan bermakna subahat. Ia perkara yang agak mudah, mengapa tidak ambil tindakan. Bukan hendak bincang dalam dewan negeri tetapi tindakan tegas pihak kerajaan negeri.

"Jelas, kerajaan Abdul Khalid macam tidak mampu menguruskan perkara sebegitu. Dia ada penasihat... dia pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri, tetapi dia tidak tahu hendak urus soal pasir," katanya.

Muhyiddin berkata, isu kecurian pasir di Selangor sudah terdedah seluas-luasnya dalam media, termasuk dikatakan ada pihak mahu mengaut keuntungan ratusan juta ringgit.

Justeru, beliau berkata, kerajaan Selangor tidak boleh berdiam diri kerana bidang kuasa berkaitan tanah, pasir dan sumber adalah di bawah pihak berkenaan dan bukan Kerajaan Pusat.

"Semua orang bimbang apabila keadaan pasir yang cantik, alam sekitar yang elok, diganggu hanya kerana untuk kepentingan diri dengan rakus," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Khalidtakmampuurusisucuripasir_TPM/Article

***************************
The Star Thursday June 24, 2010
SAND PIRATES: MILLIONS FLOATED OUT OF THE COUNTRY VIA SUNGAI JOHOR

JOHOR BARU: Sand worth millions of ringgit is being illegally "floated" out of the country daily via Sungai Johor here. And this has been going on for the past three years.

A Starprobe team investigating this lucrative trade found that the sand ends up in Singapore, despite a ban on sand export imposed by the Malaysian Government.

Sand extraction is a common sight along the river as mining syndicates illegally transport millions of tonnes of sand, even on weekends and public holidays, via Danga Bay and Port of Tanjung Pelepas.

The culprits use barges to pass through the international waters from Kota Tinggi and Ulu Tiram before arriving at local ports for shipment to Singapore.

The probe revealed that the barges are directed towards a private jetty or landing point at Pulau Punggol Timur in Singapore where the sand is unloaded.

A Singaporean company, which obtains the sand from a Malaysian partner, supplies it to the Housing Development Board of Singapore to cater for construction projects in the island republic.

The Starprobe team's visit to the landing point revealed that the sand from the barges was loaded onto trucks before being taken to the private storage area.

The Pulau Punggol Timur jetty is believed to be used to solely stock up sand.

The private jetty is filled with sand mounds, mostly from Malaysia, and some from neighbouring countries.

To circumvent the Malaysian ban on sand export, the syndicates are believed to be exporting this highly sought-after material as processed or "packed" silica sand, an item that can be exported.

By obtaining sand from its Malaysian partner, the Singaporean company is making huge profits as it only pays S$30 per cubic metre compared with S$40 for the same amount of sand from Thailand, Vietnam and Cambodia.

It is estimated that since August 2007, more than three million cubic metres of sand has been smuggled out through Sungai Johor.

Starprobe's findings also revealed that more than 90% of the sand was extracted from Sungai Johor while the rest was from sand mines from the Kota Tinggi and Johor Baru districts.

Further investigation revealed that the illegal business started after a contract worth RM62.4 mil was awarded by the Malaysian Drainage and Irrigation Department to a private company to carry out redesigning and rectification works of Sungai Johor.

This involved deepening and widening a 12km stretch of the river mouth from Kota Tinggi towards Singapore.

Checks revealed that since the project also involved sand extraction from the river, a total of three million cubic metres of sand had been mined from the river.

Based on the calculation that the sand is being sold at S$30 per cubic metre, the syndicates could have raked in RM207mil over the two-year period of the project.

After the project's completion, the syndicates continued to extract sand from the river, purportedly for local use but instead "exported" it to Singapore.

It is also learnt that an average of three sand-laden barges are transported out of Sungai Johor daily. A total of 326 barges of sand are believed to have been smuggled into Singapore over the past four months.

The syndicates have made an estimated RM44.9mil from the sale of 652,000 cubic metres of sand over the four months, which means they have pocketed a total of RM251.9mil from the illegal sale of sand to Singapore over the past three years.

The Government has also sustained heavy losses due to the fact that the sand is freely smuggled out.

The Government should have collected not less than RM37.5mil in taxes from the transaction based on RM12.50 for exporting per cubic metre of silica sand.

A Malaysian Anti-Corruption Commission source confirmed that it had received a tip-off on the involvement of government officials related to the sand stealing activity.

The source also revealed that the commission had tipped off the relevant government authorities on its findings.

On Feb 9, The Star reported that several government officials were charged with accepting bribes for allowing the smuggling of sand into Singapore.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/24/starprobe/6537751&sec=starprobe

Tiada ulasan: