Ahad, 11 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kapal selam negara, siapa nak bakar Malay Mail ?

Posted: 10 Jul 2010 07:49 PM PDT


Laporan akhbar Malay Mail pada 7 Julai 2010 menyatakan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman mengalami kerosakan selepas ujian di laut tropika. Pada 11 Julai Panglima TLDM menafikan laporan tersebut dan mengatakan laporan Malay Mail adalah tidak tepat dan mengelirukan. Nah , memang rakyat dah keliru. Kalau tidak tepat dan mengelirukan KDN sila ambil tindakan, siasat Malay Mail dan batal permit. Siapa pula nak demo bakar akhbar Malay Mail ? Peneroka Felda ? Laskar TLDM ? Perkasa ?

**********************
TLDM NAFI KAPAL SELAM ROSAK
Berita Harian 11 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan laporan media, bahawa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) sudah tidak berupaya menyelam disebabkan mengalami kerosakan besar.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyelar laporan akhbar harian berbahasa Inggeris itu dan menyifatkannya tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan maklumat tidak tepat dan mencemarkan imej TLDM. "TLDM kesal dengan laporan itu yang ternyata tidak tepat dan mengelirukan, menyebabkan orang ramai menerima maklumat salah mengenai status sebenar KD TAR," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Aziz berkata, tidak ada negara yang membincangkan mengenai status operasi kapal salam berkenaan melalui media kerana ia adalah senjata strategik yang sensitif.

Beliau menjelaskan, kapal selam itu selamat berlabuh di Kota Kinabalu pada 17 September tahun lalu dan sudah menyelam 8,300 batu nautika dengan 31 hari menyelam sepanjang 43 hari berada di laut.

"Baru-baru ini, kapal selam itu juga berjaya dalam tembakan ujian peluru berpandu semasa beroperasi di Laut China Selatan," katanya.

Katanya, isu 'Keupayaan Operasi Awal' atau 'mengisytiharkan operasi sepenuhnya' tidak timbul memandangkan kapal selam terbabit tidak akan berjaya menamatkan perjalanannya sekiranya tidak beroperasi sepenuhnya.

"KD TAR sudah memperbetulkan kerosakan dan kelemahannya, tetapi kerosakan itu tidak membahayakan krew dan kapal selam sehingga menyebabkan ia tidak mampu menyelam seperti didakwa laporan akhbar berkenaan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TLDMnafikapalselamrosak/Article

*****************

'KD Tunku Abdul Rahman' moored as more problems crop up
Submitted by Najiah on Wednesday, July 7th, 2010

KD Tunku Abdul Rahman Local Royal Malaysian Navy (RMN) Sabah submarine Teluk Sepanggar naval base

MARHALIM ABAS
Wednesday, July 7th, 2010 12:35:00

PETALING JAYA: KD Tunku Abdul Rahman remains at the Teluk Sepanggar naval base in Sabah as problems have again resulted in the submarine being docked.

The Malay Mail was informed by defence industry sources that the unspecified problems were detected after the submarine completed its tropical water trials last month. A routine maintenance check later revealed the problems.

Since then, the submarine has remained at the naval base unfixed.

It is learnt although the vessel obtained its Initial Operational Capability (IOC), it may take longer to be declared fully operational.

However, the arrival of the second Perdana Menteri-class submarine, KD Tun Razak, on July 2, was a godsend for the crew of its sister ship, KD Tunku Abdul Rahman. The crew is expected to take over the second submarine during its mandatory tropical water trial.

Sources said this was necessary as the KD Tunku Abdul Rahman crew may lose their submariners rating if they remained on land.

In February, The Paper That Cares reported that KD Tunku Abdul Rahman suffered a technical defect that prevented it from diving for three months. The submarine started tropical water trials on Feb 20.

KD Tunku Abdul Rahman was commissioned early last year after undergoing a two-year trial period in France.

The Royal Malaysian Navy procured the two submarines for RM3.4 billion in 2002 from French/Spanish shipbuilders, DCNS and Navantia

http://www.mmail.com.my/content/42364-kd-tunku-abdul-rahman-moored-more-problems-crop

Selamat Tinggal BN kerana Saman Ekor

Posted: 10 Jul 2010 07:30 PM PDT


Rakyat faham polis tertekan isu saman ekor. Rakyat hanya minta pemimpin negara berbincang dengan polis penyelesaian terbaik isu saman ekor. Bukan rakyat tak nak bayar, rakyat mohon pertimbangan. Jangan nanti BN tumbang hanya semata-mata kerana isu saman ekor. Yang Najib kata jangan pertikai saman ekor, yang Hishamuddin pula kata minta polis, JPJ timbang saman ekor. Entahlah, bye bye BN.

Yang rakyat pertikaikan ialah :
1. Ketelusan saman ekor, adakah pemandu yang bersalah pemilik sebenar kenderaan ?
2. Kenapa perlu senarai hitam untuk perbaharui cukai jalan ?
3. Kalau notis saman tidak sampai kepada pemilik kenderaan kenapa tidak dibuat rangkaian dengan JPJ, JPN, Bank dan sebagainya untuk mempastikan notis saman sampai kepada pemilik kenderaan ?
4. Bagaimana pula dengan yang disaman plet kenderaan palsu ?
5. Kenapa tidak dihantar bersama notis saman gambar kenderaan yang ditangkap oleh kamera saman ekor ?

Rakyat faham, polis trafik hanya mengikut arahan. Arahan datang dari atas, dari Menteri Dalam Negeri, Menteri dapat arahan dari Perdana Menteri.

*********************
JANGAN PERTIKAI SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 11 Julai 2010

PUTRAJAYA 10 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai tidak mempertikaikan tindakan saman ekor kerana ia dikuatkuasakan untuk memastikan supaya mereka lebih bertanggungjawab di jalan raya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

HISHAM MINTA POLIS, JPJ TIMBANG SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 11 Julai 2010
SUNGAI SIPUT 10 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mempertimbangkan alasan orang ramai yang tidak menerima notis saman ekor daripada disenaraihitamkan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

RUNGUTAN RAKYAT 1MALAYSIA DALAM BLOG :

saman..saman..cedih aku... my total summons (perodua viva) :
1 speeding, 1 no parking, 7 traffic obstruction, 1 disobeying traffic sign = RM890.00
my husband's summons (proton gen2 & honda ex5 nya) :1 speeding, 2 disobeying traffic sign = RM470.00 total should pay diz month = RM 890 + 470 = RM1360!!
http://babywify.blogspot.com/2010/07/samansamancedih-aku.html


Jangan sekat sekarang untuk orang yang mempunyai saman ekor tertunggak dari membayar cukai jalan atau lesen memandu.
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/06/senarai-hitam-saman-ekor-kerajaan-perlu.html

Sepatutnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan ketelusan, perbuatan saman ekor boleh dijalankan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Aku terkejut besar dalam senarai saman ekor tu ada juga saman ekor tak pakai tali pinggang keledar RM100
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5907

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.
http://penyapusial.blogspot.com/2010/06/saman-ekorsumber-pendapatan-haram.html

Check punya check.. di dapati saman ekor terkumpul kekal kepada 7 dengan jumlah pembayaran tertunggak ialah RM2,000.00. liau!
http://cik-zura.blogspot.com/2010/06/mari-kita-check-saman-trafik.html

Seingat aku saman yang bersignature sahaja yang kena blacklist. Jumlah terkumpul yang diperolehi aku adalah 7 saman
http://www.azamrashid.com/?p=1035

APA APA YANG LUAR BIASA JADI KAT MALAYSIA
http://cdposter.blogspot.com/2010/06/saman-ekor-bontot-boleh-kena-blacklist.html

Tiada ulasan: