Khamis, 8 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jambatan RUNTUH di Rompin sebab kerajaan tak prihatin

Posted: 08 Jul 2010 02:22 AM PDT

Jambatan berdekatan Balai Polis Rompin telah runtuh pada petang semalam 7 Julai 2010. Sebelum ini, pihak berkuasa dan kerajaan memang telah dimaklumkan mengenai hakisan tanah serius berlaku di lokasi tersebut. Tetapi, tiada langkah pencegahan diambil untuk memulihkan keadaan. Akibatnya jambatan runtuh dan menyebabkan jalan Bahau - Rompin/Gemas terputus.

***********************
Dari Blog ADUN Bahau YB Teo Kok Seong

08 July 2010

Ketidak Perihatinan Kerajaan Punca Jambatan Runtuh

Jambatan berdekatan Balai Polis Rompin telah runtuh pada petang semalam. Sebelum ini, pihak berkuasa dan kerajaan memang telah dimaklumkan mengenai hakisan tanah serius berlaku di lokasi tersebut. Tetapi, tiada langkah pencegahan diambil untuk memulihkan keadaan. Akibatnya jambatan runtuh dan menyebabkan jalan Bahau - Rompin/Gemas terputus.

Kerajaan haruslah dengar kepada suara dan juga pandangan rakyat. Jika kerja-kerja pemulihan dilakukan sejak awal, tidak mungkin jambatan ini tiba-tiba runtuh.

Saya amat berharap pihak kerjaan dapat ambil tindakan segera untuk memulihkan keadaan. Selain itu, pastikan setiap jambatan di Negeri Sembilan selamat digunakan oleh semua rakyat.

Gambar-gambar jambatan di Rompin runtuh di http://teokokseong.blogspot.com/2010/07/ketidak-perihatinan-kerajaan-punca.html

Jalan Bahau-Rompin tidak boleh dilalui kenderaan akibat tanah runtuh
Berita Harian 2010/07/08

SEREMBAN: Jalan Bahau-Rompin dekat pekan Rompin, Negeri Sembilan masih tidak boleh dilalui kenderaan akibat kejadian tanah runtuh jam 8.30 malam tadi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JalanBahau-Rompintidakbolehdilaluikenderaanakibattanahruntuh/Article

Kapal TLDM yang diMuziumkan

Posted: 07 Jul 2010 11:52 PM PDT





Sesiapa yang nak tengok kapal TLDM atas daratan bolehlah pergi Muzium TLDM di Melaka. Muzium TLDM dilengkapi juga dengan Kapal Ex-Kd Sri Terengganu yang disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan dan TLDM. Kapal ronda yang ditauliahkan pada 16 Disember 1963 telah beroperasi selama 31 tahun

dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang Pegawai Pemerintah. Kapal ini pernah terlibat dalam menjaga keamanan semasa konfrontasi Indonesia dan operasi rondaan di Pantai Timur Semenanjung.

Kapal Ex-Kd Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dari kumpulan pertama yang ditempah khas oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dari Syarikat Vosper Limited, Portsmouth England dalam tahun 1961.

Pada tahun 1994, TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai melengkapkan lagi koleksi Muziurn TLDM untuk tatapan masyarakat tempatan dan pelancong asing.

PERZIM telah melantik syarikat perkapalan Naval Dockyard Sdn. Bhd. untuk membaik-pulih kapal yang menelan belanja sebanyak RM160,000 ini sebelum di bawa ke Melaka.

Pada 6 Januari 1996, kapal ini telah selamat di bawa ke Melaka melalui jalan laut oleh Megalith Sdn. Bhd. dengan kerjasama pegawai dan anak kapal TLDM sendiri.

Antara objektifnya adalah:
Untuk melengkapkan koleksi Muzium TLDM yang sedia ada di samping menghayati sejarahnya semasa konfrantasi dengan Kerajaan Indonesia pada tahun 1963.
Untuk mempamerkan salah sebuah kapal ronda Di Raja yang digunakan untuk mempertahankan kedaulatan negara di samping menghayati suasana di atas kapal bersama peralatan yang digunakan.

Sumber : http://www.perzim.gov.my/kapal_exkd.htm

Rumah dah nak roboh, PPRT tak lulus lagi

Posted: 07 Jul 2010 07:45 PM PDT


Roshita berkata, keadaan rumah itu memang menunggu masa untuk rebah. Sudah banyak yang reput dan beberapa kali zink rumah tercabut diterbangkan angin kuat. Sebelum ini, permohonan rumah PPRT ditolak kerana kami tiada tapak untuk membinanya. Dia kini melakukan kerja kontrak dan pendapatannya sebulan RM500 hingga RM600 berdasarkan peluang yang ada

HIDUP FELDA ! HIDUP MELAYU !

****************************
Rumah lama tunggu masa roboh

Sinar Harian 8 Julai 2010

KAMPUNG AIR MELELEH, Port Dickson – Rumah yang sudah reput dan senget menunggu masa rebah menyembah bumi malah, pernah bahagian dinding tercabut apabila dilanda hujan atau angin kuat.

Pemilik, Norazizan Osman, 49, ketika ditemui di rumahnya meluahkan kebimbangan mengenai keadaan rumah itu.

"Saya amat risau jika rumah tempat kami sekeluarga berlindung ini runtuh menyembah bumi sebelum rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dimohon siap dibina.

"Rumah ini adalah peninggalan arwah ayah dan sudah hampir 60 tahun usianya. Dahulu rumah ini, kakak yang menghuninya namun, selepas dia meninggal dunia saya pula berpindah ke sini," katanya.

Sinar Harian difahamkan, sebelum ini, Norazizan adalah seorang kakitangan kerajaan dan tinggal di flat disediakan.

Namun, kini dia sudah tidak bekerja di situ dan tiada pilihan lain selain tinggal di sini kerana masalah kewangan untuk menyewa rumah lain.

Norazizan berkata, dia kini melakukan kerja kontrak dan pendapatannya sebulan RM500 hingga RM600 berdasarkan peluang yang ada.

Keluarga itu turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan Baitulmal.

Isteri Norazizan, Roshita Baharum, 45, ketika ditemui baru selesai menjalani rawatan hemodialisis di sebuah pusat perubatan di Lukut.

"Mujur saya penerima bantuan Socso namun, ia hanya lepas untuk rawatan hemodialisis bukan rawatan lain.

"Tiga daripada empat anak sudah bersekolah sementara yang bongsu masih berusia lima tahun. Wang gaji suami habis untuk urusan keperluan sekolah, rawatan perubatan hemodialisis dan keperluan rumah," katanya.

Roshita berkata, keadaan rumah itu memang menunggu masa untuk rebah. Sudah banyak yang reput dan beberapa kali zink rumah tercabut diterbangkan angin kuat.

"Ketika hujan pula, seluruh rumah akan basah kerana tempias hujan masuk melalui lubang-lubang yang terdapat di sekeliling rumah.

"Sebelum ini, permohonan rumah PPRT ditolak kerana kami tiada tapak untuk membinanya tetapi kini masalah itu sudah dapat diselesaikan," katanya.

"Dengan itu, saya amat berharap permohonan dapat segera diluluskan dan kami memperoleh rumah baru," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7918738.asp

Banjir kilat 50 rumah tenggelam
Sinar Harian 11 Mei 2010
KAMPUNG AIR GELAM – Hujan lebat selama empat jam mengakibatkan beberapa kawasan di Kampung Air Meleleh dan Kampung Gelam dilanda banjir kilat.
http://amkns.blogspot.com/2010/05/banjir-kilat-50-rumah-tenggelam.html

Pengusaha cili Port Dickson rugi RM12,000
Sinar Harian 13 Okt 2008
KAMPUNG AIR MELELEH – Seorang pengusaha cili kecil-kecilan, Irwan Hussain, 28, terpaksa berputih mata apabila lebih 600 pokok cilinya yang dianggarkan lebih RM12,000 musnah akibat takungan air di kawasan penanaman cili miliknya.
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2008/10/pengusaha-cili-port-dickson-rugi.html

Rumah rakyat Sabah Hampir roboh

Posted: 07 Jul 2010 06:01 PM PDT



Berita Harian 8 Julai 2010

PULAU SEBATIK (Tawau): "Kami tak berani mengeluarkan duit untuk membaiki rumah. Semakin lama, semakin banyak kerosakan. Bumbung dan dinding rumah semakin banyak reput. Hanya menunggu waktu untuk menyembah bumi.

"Bagaimanapun, kami tak ada tempat lain untuk dituju. Manalah kami ada banyak duit untuk membina rumah baru. Tapak tanah pun tak ada. Mahu tak mahu, kami terpaksa terus tinggal di sini.

Entah esok atau lusa, kami akan dihalau keluar dari kawasan ini." Itulah yang diluahkan Patimah Osman, 55, mengenai nasib beliau dan kira-kira 300 penghuni rumah kongsi bekas pekerja Syarikat North Borneo Timber (NBT) di Kampung Wallace Bay di sini yang hidup dalam keadaan tidak menentu mengenai masa depan mereka berikutan ketidakpastian status tanah tapak rumah masing-masing.

Kampung Wallace Bay yang pernah berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pemprosesan kayu balak dari Kalabakan dan Tawau pada 1970-an dan awal 1980-an sekarang seolah-olah kampung yang sudah ditinggalkan selepas pemilik asal tanah, NBT menghentikan operasi mengilang dan mengeksport kayu balak pada 1983.

Kampung yang pernah diberi jolokan `lombong emas' berikutan kerja memproses kayu balak menjadi kayu bergergaji dan papan sekitar 1970-an dan awal 1980-an itu kini tidak ubah seperti kampung yang ditinggalkan penghuninya.

Tinjauan Berita Harian di kampung itu baru-baru ini mendapati, Patimah dan penghuni lain tidak berani mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kerja pembaikan rumah.

Ketidakpastian mengenai status tanah menyebabkan mereka hanya mampu membiarkan rumah masing-masing semakin reput ditelan waktu.
Menjelaskannya, Patimah berkata, beliau yang dilahirkan di kampung itu pada 1955, berkahwin dengan suaminya, Allahyarham Majid Ahmad.

"Bagaimanapun, arwah suami saya lumpuh akibat ditimpa kayu. NBT menamatkan kerja pada 1983. Suami saya meninggal pada 2002. Sejak itu, rumah kongsi NBT ini tidak pernah dibaiki.

"Kami bimbang jika kami membaikinya, tiba-tiba ada orang datang dan beritahu tanah ini sudah dibelinya daripada NBT. Kami tidak tahu siapa pemilik sebenar tanah ini sekarang," katanya.

Beliau berkata, berikutan pemberhentian operasi NBT, semakin ramai penduduk kampung itu berhijrah ke tanah besar di Tawau untuk mencari rezeki.

"Yang masih tinggal di sini, kebanyakannya menjadi nelayan dan mengambil upah mengerjakan kebun kelapa sawit penduduk kampung lain," katanya.

Patimah yang menumpang berteduh daripada hujan dan panas di rumah kongsi itu bersama tiga anak perempuannya dan tiga cucunya, hidup dengan bergantung kepada wang yang dikirimkan suami ketiga-tiga anak perempuannya yang mencari rezeki di Sandakan.

Sehubungan itu, katanya, beliau merayu kerajaan memberi perhatian kepada hal pemilikan tanah berkenaan bagi membolehkan penduduk kampung mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Muis Picho, berkata beliau sudah meminta kerajaan negeri meneliti perkara itu demi kesejahteraan masyarakat.

"JPPS pernah bercadang membina 300 rumah untuk mereka di kawasan baru di kawasan paya bakau Tanah Merah. Bagaimanapun, apabila JPPS dimansuhkan dan digantikan dengan SDO tahun lalu, cadangan itu senyap begitu saja," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Hampirroboh/Article

Nelayan kita terus tertindas, tertindas, tertindas

Posted: 07 Jul 2010 05:08 PM PDT



Kawasan Teluk Jawa seluas 84 hektar di antara muara Sungai Lunchoo dan Selat Johor di sini terletak dalam sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang giat dibangunkan. Kerja-kerja mengorek tanah di dasar Sungai Punchoo untuk menambak tapak pembinaan perumahan itu menyebabkan penduduk yang rata-ratanya nelayan terjejas hasil tangkapan berikutan kualiti air semakin kotor.

HIDUP FELDA ! HIDUP MELAYU !

Kisah malang Nelayan Melayu di Sabah http://amkns.blogspot.com/2010/07/nelayan-melayu-dikhianati-wakil-rakyat.html

Kisah malang Nelayan Melayu di Melaka dan N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2010/07/nelayan-melayu-terus-tertindas-tanpa.html

*******************
Utusan Malaysia 8 Julai 2010

PENDUDUK GESA ATASI SEGERA MASALAH

JOHOR BAHRU 7 Julai – Sejumlah 24 keluarga dari perkampungan Orang Asli di Teluk Jawa di sini merayu pihak bertanggungjawab agar segera menyelesaikan masalah pencemaran Sungai Lunchoo yang kini menjejaskan sumber rezeki mereka.

Menurut penduduk, masalah itu sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu tetapi malangnya sehingga kini masih lagi berlarutan tanpa sebarang tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

Seorang penduduk, Dell Jatun, 60, berkata, kerakusan syarikat hartanah dari luar negara iaitu pemaju satu projek pembangunan di kawasan itu perlu dihentikan segera untuk kepentingan semua.


"Pihak pemaju perlu bertanggungjawab dan tidak hanya mementingkan keuntungan. Kita bukan anti pembangunan tetapi biarlah dengan cara yang betul," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, jika pemaju luar itu tidak menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan, tindakan perlu dikenakan ke atas pihak pengurusannya.

Penduduk lain, Ainon Nda, 47, pula melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan beberapa agensi dan wakil kerajaan negeri kerana tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita sudah mengadu kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di sini dan beberapa anggotanya ada datang tetapi selepas itu terus senyap tanpa khabar berita," ujarnya.

Dia mencadangkan agar contoh air sungai tersebut diambil dan diperiksa kandungannya bagi mengetahui tahap keselamatannya.

Meli Dulah, 50, turut berharap pihak berkenaan melakukan sesuatu sebelum hidupan di sungai itu terjejas hingga ke tahap pupus.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

*******************
Utusan Malaysia 8 Julai 2010

SELAMATKAN TELUK JAWA

JOHOR BAHRU 7 Julai – Kawasan Teluk Jawa seluas 84 hektar di antara muara Sungai Lunchoo dan Selat Johor di sini terletak dalam sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang giat dibangunkan.

Salah satu pelaburan asing yang akan meningkatkan kemajuan wilayah berkenaan ialah projek pembinaan perumahan di pesisir pantai iaitu Teluk Senibong dengan kos RM1.7 bilion.

Projek itu yang bermula awal tahun ini dibangunkan secara berperingkat dalam masa 10 tahun dan fasa pertama merangkumi pembinaan 244 unit rumah yang dijangka siap pada awal 2012.

Bagaimanapun, sejak tiga bulan lalu penduduk kampung itu yang terdiri daripada lebih 100 masyarakat Orang Asli mendakwa projek itu memberi kesan sampingan kepada mereka.

Menurut mereka, kerja-kerja mengorek tanah di dasar Sungai Punchoo untuk menambak tapak pembinaan perumahan itu menyebabkan penduduk yang rata-ratanya nelayan terjejas hasil tangkapan berikutan kualiti air semakin kotor.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jarak kawasan yang tercemar adalah hampir satu kilometer dan airnya berwarna hitam, berlumpur serta berbau busuk.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, hasil tangkapan seperti ikan, udang, ketam dan kupang semakin berkurangan.

"Ia juga kadang-kadang tidak boleh dimakan kerana dibimbangi tidak selamat. Sebelum ini mereka mampu menjual hasil tangkapan di restoran makanan laut berhampiran.

"Jika dahulu hasil tangkapan dalam sebulan antara RM70 hingga RM80 tetapi sekarang RM20 atau RM30 sahaja, itu pun tidak menentu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, masalah itu telah diajukan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Johor dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di sini tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

"Kita juga sudah memaklumkan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) di sini supaya kerajaan Johor mengambil tindakan, tetapi masih tiada jawapan,'' jelasnya.

Othman berharap pemaju terbabit memberi pampasan atas kerugian dan kehilangan mata pencarian penduduk bagi meringan beban mereka.

Beliau juga meminta pihak berkenaan menghentikan kerja-kerja berkenaan atau melakukannya dengan cara tidak merosakkan ekosistem sebelum keadaan menjadi bertambah teruk.

Othman mencadangkan agar perbincangan antara penduduk setempat dengan pihak berkaitan diadakan dengan segera untuk menangani masalah tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm

Pengedar dadah pun boleh buat kapal selam

Posted: 07 Jul 2010 01:43 AM PDT


Entahlah, pengedar dadah pun boleh buat kapal selam. Gerila Tamil Elam pun boleh buat kapal selam. Malaysia bukan buat, tapi beli kapal selam pun , tak boleh menyelam. Pengedar dadah di Colombia buat kapal selam dari gentian kaca sepanjang 30 meter dengan 6 anak kapal boleh muat 12 tan dadah dengan kelajuan 14 knot boleh menyelam dari Colombia ke Teluk Mexico tanpa henti, pada kos USD 1 juta sebuah kapal selam.

Berita sebelum ini gerila di Sri Lanka boleh buat kapal selam
http://amkns.blogspot.com/2009/01/malu-malaysia-gerila-sri-lanka-boleh.html

********************************
AS TAHAN KAPAL SELAM MAMPU BAWA DADAH

Kosmo 7 Julai 2010

WASHINGTON - Jabatan Pentadbiran dan Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (AS) menyatakan pihaknya telah membantu pemerintah Ecuador menahan sebuah kapal selam yang mampu mengangkut bertan-tan kokain.

Pegawai-pegawai DEA berkata, kapal selam berkuasa elektrik diesel itu dibina di dalam sebuah hutan terpencil dan ditahan berdekatan sebuah sungai berhampiran dengan sempadan Colombia-Ecuador.

Pihak berkuasa Ecuador menahan kapal selam itu sebelum ia melakukan pelayaran sulung ke laut.

Kapal selam itu mempunyai sebuah periskop dan sistem penghawa dingin.

Ketinggian kapal selam itu 2.7 meter dan panjangnya 30.48 meter.

Pihak DEA menyatakan kapal selam itu dibina untuk menyeludup dadah merentasi lautan.

Pengarah Serantau DEA Banjaran Andes, Jay Bergman berkata, ia merupakan satu perkembangan yang serius kerana kapal selam itu mampu belayar jauh dan berupaya membawa muatan.

Seorang suspek berhubung kes itu telah ditahan.

Kartel dadah di Colombia memang terkenal menggunakan kapal selam buatan sendiri untuk menyeludup dadah. - AP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

able to load up to 200 tonnes of cocaine in this submarine
He said the 30 metre (100ft) vessel would have been capable of carrying huge quantities of cocaine or heroin.
"The technology is advanced and the workmanship of high quality."
The Russian documents at the site led police to speculate that the Russian mafia or Russian technicians were involved in its construction.
http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/915059.stm

The sophisticated camouflaged vessel has a conning tower, periscope and air-conditioning system. It measured about nine-feet-high from the deck plates to the ceiling and stretched nearly a 100 feet long.
http://www.huffingtonpost.com/2010/07/04/drug-submarine-seized-by_n_635016.html


The 100ft-long diesel and electric-powered vessel was built in a remote jungle in Ecuador near the country's border with Colombia and covered with camouflage markings.
http://www.dailymail.co.uk/news/worldnews/article-1291900/Police-discover-extraordinary-100ft-submarine-used-Colombian-drug-runners-smuggle-cocaine.html

The submarine, found in muddy river near the Colombian had the capacity to carry around 12 tons of cocaine.
Anti-drug officials in Ecuador have described the sub as 25 metres long, air conditioned and designed to carry six people.
Its body was made of fibreglass, while the interior contained an electronic navigation system, a hybrid electric-diesel engine and periscope, with basic living quarters.
http://www.taipeinews.net/story/656364

COLOMBIAN DRUG CARTELS USING SUBMARINES TO BRING COCAINE INTO THE UNITED STATES
This submarine is made out of fiberglass. It is about 100 feet long and it carries approximately $300 million worth of cocaine. It has a crew of five.
These submarines cost the drug cartels about $1 million apiece to manufacture.
They are made in such a way that they are highly mobile. They go about 14 knots (26 km/h) apiece, and they are able to go all the way from Colombia into the United States without refueling.
http://poe.house.gov/news/DocumentSingle.aspx?DocumentID=89755

In the past decade more agile steel and fibreglass mini-submarines have been used to make the 2,400km journey from Colombia to the coast of Mexico.
http://www.theaustralian.com.au/news/world/police-seize-submarine-built-by-latin-american-drug-cartels-to-smuggle-cocaine/story-e6frg6so-1225887890853

Speed: 20 knots (37 km/h) (submerged)
12 kn (22 km/h) (surfaced)
http://en.wikipedia.org/wiki/Scorp%C3%A8ne_class_submarine

Tiada ulasan: