Selasa, 6 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ustaz Rosli Jabar 10 Jul 2010 Senawang

Posted: 06 Jul 2010 12:25 AM PDT



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang

Semua dijemput hadir

Ustaz Kamal Ashaari 10 Jul 2010 Seremban

Posted: 05 Jul 2010 11:20 PM PDT



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Kamal Ashaari
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau An-Naim , Bandar Seremban Selatan Fasa 3B

Semua dijemput hadir


Lalat dan UMNO Kuala Pilah

Posted: 05 Jul 2010 07:55 PM PDT


Apakah masalah lalat yang menganggu kehidupan seharian penduduk Kuala Pilah dan pelajar UiTM tidak penting ? Suasana rancak dan riuh sewaktu pemilihan dalam parti perlu dihidupkan sepanjang masa oleh pemimpin dan ahli UMNO , Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah tersebut penting supaya UMNO terus menjadi juara di hati rakyat. Baca komen Bekas wartawan dan Ketua Biro Harian Metro isu Lalat di Kuala Pilah di http://singalautmetro.blogspot.com/2010/07/lalat-dan-tidak-cukup-bilik-di-kuala.html

**********************************
Utusan Malaysia 6 Julai 2010

UMNO perlu rancak, hebat sepanjang masa - Mohamad

KUALA PILAH 5 Julai - Suasana rancak dan riuh sewaktu pemilihan dalam parti perlu dihidupkan sepanjang masa oleh pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negeri ini bukan semata-mata ketika musim pemilihan sahaja.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah tersebut penting supaya UMNO terus menjadi juara di hati rakyat.

Katanya, sikap 'riuh rendah' cuma pada ketika musim pemilihan dalam parti perlu dihapuskan agar hati rakyat terus ditawan.

"Ini yang saya perhatikan terjadi, janganlah UMNO hanya nampak hebat dan rancak pada ketika musim pemilihan atau pertandingan dalam parti saja. Jika tidak lesu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah di sini baru-baru ini.

Mohamad berkata, UMNO boleh rancak dan hebat sepanjang masa sekiranya semua pemimpin dan ahlinya aktif dan agresif dalam melaksanakan pelbagai gerak kerja dan mengatur aktiviti berkaitan demi penyatuan parti.

"Kita berharap tumpuan janganlah kepada pemilihan sebaliknya tumpukan kepada gerak kerja termasuk aktiviti kita supaya UMNO akan dilihat sebagai parti yang mendukung kerajaan, menjadi tulang belakang kerajaan dan sentiasa bergerak aktif," katanya.

Tambah Mohamad, keghairahan ahli dan pemimpin parti dalam memfokuskan semata-mata kepada pemilihan saja boleh mengundang perpecahan dalam parti.

"Kalau terlalu menumpukan perhatian kepada pemilihan itu sebabnya parti kita makin lama makin berpecah belah, tetapi kalau tumpuan kepada untuk menjalankan aktiviti saya rasa UMNO semakin lama semakin kuat.

"Bila banyak aktiviti gerak kerja dan pemfokusan untuk memperkukuhkan parti jadi orang ramai akan tertarik dan terpikat dengan UMNO sekali gus menjayakan hasrat untuk terus menjadi juara di hati mereka," katanya lagi.

Katanya, UMNO perlu kukuh untuk terus dijadikan tempat bergantung oleh rakyat dan pejuang nasib mereka.

"Kalau kita kuat bolehlah mereka jadikan UMNO ini sebagai dahan untuk mereka bergantung dan meletak harapan sebagai parti untuk masa depan.

"Jika perkara itu ada dalam hati kita... dalam agenda kita... baik di peringkat cawangan, bahagian dan sayap-sayap kita, pasti orang akan terus bersama UMNO.

"Bagaimanapun rakyat akan meninggalkan kita jika mereka nampak UMNO terus berpecah belah atau berpuak-puak," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm

Najib, Muhyidin patut lawat sekolah ini

Posted: 05 Jul 2010 06:51 PM PDT


Dah 4 bulan, bukan 4 hari. Lebih 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pulai di sini terpaksa menghidu bau busuk setiap hari berikutan longkang besar tersumbat berhampiran sekolah itu sejak empat bulan lalu. Air dari kawasan perumahan dan beberapa rumah di Kampung Paya Pulai yang sepatutnya mengalir ke longkang utama terpaksa melalui longkang dalam kawasan sekolah sehingga menimbulkan bau busuk.

*************************

800 murid hidu bau busuk setiap hari

Utusan Malaysia 6 Julai 2010

TEMERLOH 5 Julai - Lebih 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pulai di sini terpaksa menghidu bau busuk setiap hari berikutan longkang besar tersumbat berhampiran sekolah itu sejak empat bulan lalu.

Berikutan keadaan itu, air longkang kecil dari beberapa kawasan perumahan berhampiran tidak dapat mengalir ke longkang utama sebaliknya masuk ke dalam kawasan sekolah terbabit.

Tinjauan Utusan Malaysia ke sekolah itu mendapati, air dari kawasan perumahan dan beberapa rumah di Kampung Paya Pulai yang sepatutnya mengalir ke longkang utama terpaksa melalui longkang dalam kawasan sekolah sehingga menimbulkan bau busuk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Lalang, Zainuddin Izharulhaq berkata, air yang tersumbat itu semakin busuk apabila ia bertakung dalam kawasan sekolah.

Menurutnya, tukang kebun sekolah dan beberapa penduduk kampung sebelum ini cuba membersihkannya namun ia hanya bertahan untuk seketika.

''Kami yang menghantar anak ke sekolah ini juga tidak tahan dengan bau busuk, inikan pula murid-murid dan guru yang belajar serta mengajar di sini setiap hari," katanya.

Zainuddin memberitahu, dia telah menemui jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung masalah itu pada Mac lalu dan pihak berkenaan bersetuju membaik pulih longkang tersebut.

Bagaimanapun beliau mendakwa, sehingga kini kerja-kerja membaik pulih longkang itu masih belum dijalankan.

''Kami kecewa kerana isu ini sepatutnya diberikan keutamaan, namun pihak berkenaan sebaliknya mengambil masa lama untuk membaiki longkang ini," katanya.

Sementara itu seorang peniaga, Mat Yunus @ Adam Awang Hassan, 40, berkata, akibat longkang utama itu tersumbat, ibu bapa terpaksa menggunakan satu pintu untuk menghantar anak ke sekolah.

Sebelum ini kata beliau, ibu bapa turut menggunakan pintu kedua yang terletak di bahagian belakang sekolah.

"Oleh kerana kawasan berkenaan becak dan dilimpahi air busuk, ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka melalui pintu utama.

"Akibatnya, pintu utama yang terletak di jalan utama Temerloh-Maran semakin sesak pada sebelah pagi dan berbahaya kerana kawasan berkenaan dilalui banyak kenderaan setiap pagi.

Sehubungan itu, Mat Yunus meminta JPS segera membaik pulih longkang tersebut kerana ia boleh menyebabkan berlaku banyak masalah lain.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_05.htm

Pahang tak ada perpustakaan negeri rupanye

Posted: 05 Jul 2010 06:27 PM PDT


Baru ku tahu negeri Pahang yang gah ini rupanye satu-satunya negeri di Malaysia yang tak ada perpustakaan awam negeri. Habis apa yang ada di Pahang ? FELDA ? Kelab Malam ? Karaoke ? Kasino ? Kedai Judi Berlesen ? Kafe Siber ? Konsert ? Ahli Muzik ? Tolong jangan bakar akhbar yang melaporkan berita ini, siasat dulu, kalau tak betul, dakwa akhbar ini, jangan bakar. Bakar-bakar nanti Jabatan Alam Sekitar boleh saman.

***********************
PAHANG MASIH TIADA PERPUSTAKAAN NEGERI

Utusan Malaysia 6 Julai 2010

KUANTAN 5 Julai - Pahang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang masih belum mempunyai perpustakaan awam negeri yang serba moden.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Pahang, Farizah Jaafar berkata, perpustakaan awam yang terdapat di bandar ini tidak boleh diiktiraf sebagai perpustakaan negeri berikutan keadaan fizikalnya yang ketinggalan zaman.

Menurut beliau, pihaknya difahamkan hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak mempunyai perpustakaan awam negeri masing-masing.

''Malah ada negeri bakal mempunyai dua perpustakaan walaupun perpustakaan sedia ada masih elok dan moden," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Pembangunan Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Komuniti: Fungsi dan Peranan Perpustakaan di Kompleks Dagangan Mahkota di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia PNM), Datuk Raslin Abu Bakar serta Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_08.htm

Sebulan tiada air di FELDA, takpe, Tak Bankrap

Posted: 05 Jul 2010 04:57 PM PDT


Sejak hampir sebulan lalu, lebih 2,000 penduduk di Felda Neram Satu , Terengganu di sini hidup seperti zaman sebelum merdeka apabila terpaksa kembali menggunakan air telaga dan sungai selepas bekalan air paip ke kawasan itu terputus. Penduduk mendakwa mereka tiada pilihan selain terpaksa menggali telaga atau mengambil air sungai untuk kegunaan harian walaupun menyedari kesihatan mereka mungkin terjejas kerana menggunakan sumber air yang tidak dirawat.

**********************

Berita Harian 6 Julai 2010

SEBULAN TIADA AIR

PENDUDUK FELDA NERAM SATU GUNA AIR TELAGA, SUNGAI UNTUK KEGUNAAN HARIAN

SERI BANDI: Sejak hampir sebulan lalu, lebih 2,000 penduduk di Felda Neram Satu di sini hidup seperti zaman sebelum merdeka apabila terpaksa kembali menggunakan air telaga dan sungai selepas bekalan air paip ke kawasan itu terputus.

Penduduk mendakwa mereka tiada pilihan selain terpaksa menggali telaga atau mengambil air sungai untuk kegunaan harian walaupun menyedari kesihatan mereka mungkin terjejas kerana menggunakan sumber air yang tidak dirawat. Seorang suri rumah yang ditemui, Khazimah Awang Kecik, 54, berkata mereka terpaksa berjalan kaki kira-kira 500 meter ke sebuah perigi untuk mengangkut air.

"Kami terpaksa berbalik kepada zaman susah dengan menggunakan air telaga untuk minum dan membersihkan diri," katanya sambil menambah bekalan menerusi lori tangki yang disediakan Syarikat Air Terengganu (SATU) sebanyak dua tong kecil sehari tidak mencukupi.

Penduduk, Sulong Taib, 48, berkata penduduk bersyukur dengan bekalan yang disalurkan SATU kerana boleh dijadikan air minuman, bagaimanapun berharap lori tangki berkenaan datang mengikut jadual yang tetap.

"Ada ketikanya, lori tangki berkenaan menghantar bekalan air pada waktu malam menyebabkan penduduk terpaksa berjaga," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan bekalan air paip menyusahkan kanak-kanak sekolah yang terpaksa berjalan kaki ke telaga atau sungai pada setiap awal pagi dan keadaan itu menjejaskan keselamatan mereka.

Musa @ Ngah Abdullah, 67, berkata keadaan menjadi bertambah sukar apabila penduduk ingin berjemaah di masjid atau surau kerana tiada bekalan air.

"Tangki air sementara yang disediakan pihak berkaitan untuk kegunaan jemaah tapi jumlahnya tidak cukup untuk menampung keperluan jemaah," katanya.

Tinjauan Edisi Timur ke kawasan itu mendapati penduduk sudah terputus bekalan air sejak sebulan lalu dan terpaksa menggunakan air telaga atau sungai berdekatan. Lori tangki SATU yang membekalkan air di kawasan itu dapat meringankan sedikit beban penduduk mendapat bekalan air bersih.

Sementara itu, Jurutera SATU Daerah Kemaman, Atemin Sulung, ketika dihubungi menjelaskan, masalah berkenaan disebabkan jumlah pengguna terlalu ramai tetapi pengeluaran air daripada Loji Rawatan Air Sungai Cerul tidak dapat menampung keperluan pengguna.

"Loji air yang digunakan sekarang dibina sejak berpuluh tahun lalu, justeru tidak dapat menampung bekalan air yang mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan ini.

"Bagaimanapun, sebagai langkah sementara SATU terpaksa membekalkan air ke beberapa kawasan berpenduduk padat yang terbabit seperti Bandar Cheneh Baru, Felda Cherul, Felda Neram dan beberapa kampung lain secara bergilir-gilir selang sehari," katanya.

Katanya, bagi kawasan perumahan di kawasan tinggi dan mempunyai tekanan air rendah, kami terpaksa menghantar lori tangki bagi membekalkan air ke rumah mereka dan menempatkan beberapa buah tangki statik di beberapa tempat awam seperti surau dan masjid.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Atemin berkata, kerja pembesaran dan menaik taraf loji rawatan itu sudah dijalankan dan dijangka siap beberapa bulan lagi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Sebulantiadaair/Article

Pemimpin Melayu tak boleh harap bela nasib Melayu

Posted: 05 Jul 2010 02:18 AM PDT

Nampaknya orang Melayu di Negeri Sembilan semakin kecewa dengan sikap pemimpin Melayu di Negeri Sembilan ini yang tidak mahu membela nasib pemilik tanah orang Melayu apabila pampasan yang diberikan adalah amat tidak munasabah. Keluhan ini bukan dari ahli atau penyokong pembangkang, tetapi dari ahli dan penyokong kerajaan sendiri.

Jangan salahkan pembangkang kenapa orang Melayu kecewa dengan pemimpin kerajaan. Baca kekecewaan penyokong kerajaan ini pada pautan berikut http://gemasindah.blogspot.com/2010/07/dailog-one-way-kerajaan-nsdk-apa.html

Juga nasib serupa dialami oleh pemilik tanah penyokong kerajaan di Felda Palong dan orang kampung di Rembau di bawah ini :

PAS selar kerajaan tindas peneroka Felda Palong
http://pasns.blogspot.com/2010/07/pas-selar-kerajaan-tindas-peneroka.html

Pengambilan tanah orang Melayu di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html

Tiada ulasan: