Isnin, 5 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ulama Umno dibenar cabar Majlis Agama N.Sembilan

Posted: 04 Jul 2010 09:37 PM PDT


Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda menyertai Umno bulan lalu, Fathul Bari Mat Jahya dan rakannya untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendakwa mereka menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di negeri itu. Kamarul Hisham berkata mengikut hukum-hukum kumulatif yang termaktub dalam al-Quran dan sunah mengajar agama Islam tanpa tauliah bukan satu kesalahan mahupun perkara terlarang.

********************************
Ulama muda Umno dibenar cabar Majlis Agama Negeri Sembilan
Oleh Syed Mu'az Syed Putra July 05, 2010

PUTRAJAYA, 5 Julai — Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda menyertai Umno bulan lalu, Fathul Bari Mat Jahya dan rakannya untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendakwa mereka menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di negeri itu menggunakan Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Alaudin Sharif, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk James Foong.

Menurut peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, permohonan petisyen itu dibuat bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah tidak sah dan terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami memohon petisyen ini untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan di bawah seksyen tersebut.

"Ini kerana Artikel 72(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan untuk membuat undang-undang kesalahan jenayah bagi perbuatan mengajar agama tanpa tauliah," katanya ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan di sini.

Selain Majlis Agama Islam Negeri Sembilan petisyen itu turut difailkan ke atas kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Malaysia.

Turut hadir, Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25, yang membuat permohonan yang sama.

Mahkamah juga membenarkan permohonan beliau.

Kedua-dua diwakili oleh Kamarul Hisham.

Kamarul Hisham berkata mengikut hukum-hukum kumulatif yang termaktub dalam al-Quran dan sunah mengajar agama Islam tanpa tauliah bukan satu kesalahan mahupun perkara terlarang.

"Dalam Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah ia bukan satu kesalahan, jadi Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicara dan menghukum di bawah seksyen tersebut.

"Melalui petisyen ini segala perbicaraan di Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan tidak boleh dijalankan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya.

Fathul Bari, 30, dan Nik Amirul bersama dua pengikutnya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada pukul 11.30 pagi, 28 Feb lalu.

Ketika itu beliau sedang menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul kepada 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.

Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di Negeri Sembilan.

Tiga pengikut kanannya, Nik Amirul, 25; Abdullah Sanusi Othman, 40, dan Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.

Fathul Bari, 30, didakwa mengajar tanpa tauliah di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).

Ketiga-tiga pengikutnya pula didakwa bersubahat dengan Fathul Bari pada tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun.

Fathul Bari yang beralamat di Utan Kandis, Arau, Perlis merupakan lulusan Universiti Madinah dan memperoleh Ijazah Sarjana di Jordan. Dia kini mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa dan merupakan penasihat agama di Institut Jantung Negara.
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-muda-umno-dibenar-cabar-majlis-agama-negeri-sembilan/

Muhyiddin rimas dengan Program Permata Negara ?

Posted: 04 Jul 2010 08:32 PM PDT


Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba berdolak dalih dalam isu Kementerian Pelajaran mengambil alih program Permata Negara ? Adakah Kementerian Pelajaran diarah untuk mengambil alih Program Permata Negara ? Kata beliau : "Apa yang penting ialah bagaimana hendak urus program seperti itu yang memerlukan satu bentuk latihan yang agak istimewa, kerana hendak jaga anak-anak yang masih kecil lebih sukar".

Ke manakah dasar pelajaran negara kita ? Adakah anak-anak kita akan menjadi mangsa ujikaji demi ujikaji atas sistem pembelajaran yang sering berubah ? Akhirnya Yang Dikejar Tak Dapat , Yang DiKendong Berciciran.

Kementerian Pelajaran sudah ada sistem Prasekolah sejak sekian lama untuk pelajar dari usia 4 ke 6 tahun. Adakah sistem prasekolah Kementerian Pelajaran ini akan dirombak semula sesuai dengan Program Permata Negara ?

Adakah semua guru-guru dalam Program Permata Negara dari 24,091 buah pra sekolah akan dikawal selia oleh Kementerian Pelajaran ?

Mereka di Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah, Pengarah , say something on this issue of Permata Negara. Adakah ianya akan menjadi aset atau liabiliti ?

******************************
Berita Harian 1 Julai 2010
MENGENAI PROGRAM PERMATA NEGARA YANG AKAN DIAMBIL ALIH PELAKSANAANNYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MULAI 2012, MUHYIDDIN BERKATA PIHAK KEMENTERIAN SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN RAPI.

"APA YANG PENTING IALAH BAGAIMANA HENDAK URUS PROGRAM SEPERTI ITU YANG MEMERLUKAN SATU BENTUK LATIHAN YANG AGAK ISTIMEWA, KERANA HENDAK JAGA ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL LEBIH SUKAR.

"CARA PEMBELAJARAN DAN PENYAMPAIAN PUN TIDAK BOLEH MACAM BIASA, IA LEBIH DALAM BENTUK MAINAN, MUNGKIN MENYANYI...BIMBINGAN ITU AGAK BERBEZA SEKALI DAN MEMERLUKAN GURU YANG TIDAK SERUPA (DENGAN YANG BIASA)," KATANYA.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukewajaranUPSR_PMRdiputuskantahunini_Muhyiddin/Article/index_html

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada kementerian.
"Program itu membabitkan pendidikan bagi kanak-kanak berusia satu bulan hingga empat tahun, ia memerlukan satu pendekatan berlainan dengan pendidikan prasekolah," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive


Peruntukan RM150 Juta Licinkan Pelaksanaan Program Permata
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2009 (Bernama) - Kerajaan memperuntukkan RM150 juta kepada lebih 300 Pusat Asuhan dan Jagaan Kanak-kanak (Taska) yang dijadikan pusat Permata bagi melicinkan pelaksanaan Program Anak Permata Negara (Permata).
http://www.ypkt.gov.my/index.php/pusat-sumber/koleksi-artikel/73-artikel-1

Kerajaan arus perdanakan sistem pendidikan pra sekolah
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengarus perdanakan prasekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan dan memastikan murid dapat membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki tahun empat.
Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010 yang dikeluarkan hari ini, sebanyak 80 peratus daripada kanak-kanak akan mempunyai akses kepada prasekolah dan 100 buah sekolah akan dibangunkan sebagai pusat berprestasi tinggi menjelang 2012.
Menurut laporan itu, Permata telah diberikan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi menaik taraf 478 pusat aktiviti meliputi 18,000 kanak-kanak dengan sokongan 1,200 guru.
http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2010/Terkini/20091023161652/Article/

Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka.
Atas dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep 'learning is fun through play' dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
http://www.permata.jpm.my/index.asp

RM300 juta bina kelas prasekolah
SRI AMAN 26 Jun 2009 - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM300 juta untuk membina 1,153 buah kelas prasekolah di seluruh negara bagi tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan usaha meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah berumur empat dan lima tahun sebanyak 20 peratus daripada 67 peratus pada 2009 kepada 87 peratus pada 2012.
Sehingga kini katanya, kelas prasekolah di bawah kementerian berjumlah 7,511 buah manakala sebanyak 8,525 lagi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan pihak swasta berdaftar 6,412 kelas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah

PENDAFTARAN KE TASKA PERMATA KEMAS KINI DIBUKA
Moto : SETIAP ANAK "PERMATA" NEGARA
Kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun.
http://www.kemas.gov.my/120

PENDAFTARAN KE TABIKA KEMAS KINI DIBUKA
Moto : Ceria, Cerdik, Cergas
Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun
http://www.kemas.gov.my/121

MESYUARAT PELAKSANAAN PEMERKASAAN PROGRAM PERMATA NEGARA 2010 BIL.2 / 2010
SIARAN MEDIA
26 JUN 2010
KUALA LUMPUR, 26 Jun 2010 – Pada tahun 2009, Program PERMATA telah berjaya diperluaskan pelaksanaannya di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1 (PRE 1) di mana sebanyak 427 buah TASKA telah pun mendapat faedah dari perluasan tersebut.
Pada tahun 2010, di bawah rancangan memperkasa program PERMATA sebuah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) akan dibina di 3 parlimen di setiap negeri kecuali Terengganu dan Sarawak. Setakat Jun 2010, sebanyak 27 buah PAPN telah pun memulakan kerja pembinaan dan penaiktarafan. Ini termasuk cadangan pembinaan sebuah PAPN di kawasan parlimen Hulu Selangor sebagaimana yang dijanjikan oleh Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
http://permata-negara.blogspot.com/

UiTM Jengka Tak Bankrap, UiTM Pilah Lalat

Posted: 04 Jul 2010 07:27 PM PDT


Bagaimanakah para pelajar hendak memberi tumpuan terhadap pelajaran jika terpaksa berkongsi bilik seramai enam orang? Keadaan sebegini diibaratkan seperti tinggal di dalam tin sardin. Bagaimanakah anak-anak Melayu boleh maju jika terpaksa mengharungi keadaan yang menyedihkan sebegini. Dengan keadaan barang-barang yang banyak, bilangan katil dan lokar yang tidak mencukupi sehinggakan selebihnya dua orang itu tidur di atas lantai beralaskan tilam sahaja.

(APO NAK DIKATO ? Pemimpin Melayu tak ada masa nak layan masalah pelajar-pelajar Melayu di UiTM Jengka dan Kuala Pilah ni. Mereka sedang sibuk bermesyuarat agung dan mengadakan demonstrasi membantah artikel Suara Keadilan FELDA BANGKRAP , juga sibuk menghadapi pilihanraya !)

Di UiTM Kuala Pilah , pelajarnya bertarung dengan lalat-lalat pula. Kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/lalat-menyerang-kampus-uitm-kuala-pilah.html

*************************
Kecewa dengan UiTM Jengka

Utusan Malaysia 5 Julai 2010

SAYA merupakan ibu kepada salah seorang pelajar di sebuah UiTM yang terletak di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Pada hari Sabtu, 3 Julai 2010 saya sekeluarga telah menghantar anak saya melapor diri untuk sesi Julai hingga Oktober 2010.

Selepas siap melaporkan diri, anak saya terus menuju ke bilik yang telah ditetapkan. Alangkah hampanya apabila anak saya diberitahu bahawa terpaksa berkongsi enam orang sebilik. Sepatutnya sebuah bilik hanya menempatkan empat orang sahaja. Tetapi dengan pentadbiran baru, peraturan sebegini amat mengecewakan.

Dengan keadaan bilik yang kecil dan sempit, bagaimanakah UiTM mampu memberi keselesaan kepada para pelajarnya?

Bagaimanakah para pelajar hendak memberi tumpuan terhadap pelajaran jika terpaksa berkongsi bilik seramai enam orang? Keadaan sebegini diibaratkan seperti tinggal di dalam tin sardin. Saya sebagai ibu berasa sangat dukacita di atas keadaan sebegini.

Bagaimanakah anak-anak Melayu boleh maju jika terpaksa mengharungi keadaan yang menyedihkan sebegini.

Saya juga mewakili semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menuntut di UiTM tersebut sangat-sangat kecewa dan terkejut dengan arahan daripada pentadbiran baru ini. Sampai bilakah anak-anak kami harus mengharungi keadaan sebegini?

Tambahan pula bulan Ramadan semakin hampir. Di situlah tempat bersolat, menelaah pelajaran, menanti waktu berbuka dan bersahur.

Dengan keadaan barang-barang yang banyak, bilangan katil dan lokar yang tidak mencukupi sehinggakan selebihnya dua orang itu tidur di atas lantai beralaskan tilam sahaja.

Di manakah perginya slogan yang diagung-agungkan oleh Perdana Menteri kita, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Kalau beginilah keadaannya, maka makin mundurlah bangsa Melayu Kita. Saya mengharapkan penjelasan daripada semua pihak yang berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Terengganu Darul Maksiat ? 10 tangkapan sehari di pantai

Posted: 04 Jul 2010 05:45 PM PDT


Namanya cantik, Terengganu Darul Iman. Tapi sayang, laporan akhbar The Star 5 Julai 2010 menyatakan 10 pasangan ditangkap setiap hari oleh sukarelawan pencegah maksiat di pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang. Pasangan yang ditangkap ini sedang melakukan aksi di belakang pokok kelapa, belakang batu, dalam kereta dan ada kalanya di pantai secara terbuka.

Itu baru di 2 pantai sahaja, belum seluruh Terengganu lagi.

Dalam kebanyakan kes tangkapan , pasangan ini ditangkap tanpa memakai sebarang pakaian. Dan kebanyakan mereka adalah merupakan para pelajar dari institusi pengajian tinggi.

Sukarelawan pencegah maksiat yang berumur 48 tahun berkata dia telah menangkap 1,200 pasangan (2,400 orang) sejak mula menjadi sukarelawan pada tahun 2004.

Tapi beliau sudah mengatakan beliau tidak sanggup lagi melakukan kerja tersebut kerana ianya tiada kesudahan.

ADAKAH MELAYU SUDAH LESU, SUDAH BANGKRAP HARGA DIRI ?

******************************

Monday July 5, 2010

10 COUPLES CAUGHT NAKED DAILY ON TERENGGANU BEACHES

KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice volunteers along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are increasingly becoming favourite haunts for sexual trysts.

Many of them are said to be students from institutes of higher learning.

A volunteer, who requested anonymity, said most of the couples were caught "doing it" behind coconut trees, rocks, inside cars and even openly on the beaches.

"For non-Muslim couples, we could only advise them on the sensitivity of their action to the locals but Muslims caught will be produced before the Syariah Court," he said.

He said anti-vice officers would go to places identified as "hot spots" to catch the culprits in the act.

"We listen for sounds of heavy breathing and kissing.

"We then move in and aim our torchlights on the couples. In most cases, they are caught naked."

The officer said the procedure was to wait awhile before approaching the couples so as to get evidence for prosecution purposes.

"I have daughters and I feel sorry for the parents of these couples," he said, adding that the youngsters had betrayed the trust of their folk who hoped their children would excel in their education.

The 48-year-old volunteer, who claimed to have caught 1,200 couples on the beaches since signing up as a volunteer in 2004, said he had had enough.

"I cannot take it any longer and am thinking of giving up this work. I have decided that enough is enough after six years as a volunteer," he said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/5/nation/6607657&sec=nation


MAKSIAT BERLELUASA DI PANTAI TOK JEMBAL

Seorang pegawai penguatkuasa syariah yang enggan disebut namanya berkata masalah gejala sosial serta aktiviti maksiat semakin menjadi-jadi sejak hampir dua tahun kerajaan BN memerintah negeri ini.

Katanya, aktiviti tersebut berlaku bukan sahaja pada waktu malam atau di tempat tersembunyi malah turut berlaku di waktu siang serta di tempat-tempat awam.

"Saya cukup bimbang dengan masalah gejala tidak sihat yang semakin berleluasa berlaku terutama di kawasan peranginan di tepi laut ini.

"Aktiviti itu dilakukan oleh pasangan belia remaja di dalam kereta, di atas motosikal dan di tepi pantai yang terlindung daripada pandangan umum," jelasnya.

Katanya, gejala muda mudi duduk berdua-duaan, berpeluk cium serta aktiviti seks ringan sudah menjadi perkara biasa sekarang ini.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu berlaku antara jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang pada waktu kerja golongan 'kaki maksiat' mengambil peluang bercengkerama.

Katanya, beberapa kes tangkapan serta serbuan banyak melibatkan golongan pelajar dari pusat pengajian tinggi yang berhampiran dengan kawasan peranginan tersebut.

"Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan petugas penguatkuasa syariah kes maksiat dan aktiviti tidak bermoral itu ramai melibatkan golongan pelajar.

Abdul Malik Chik, 38, dari Batu Enam berpendapat gejala tidak sihat itu semakin berleluasa kerana pihak berkuasa sendiri yang sering kali mengundang aktiviti hiburan melampau.

"Saya masih ingat di awal kemenangan kerajaan BN Terengganu banyak konsert hiburan, pertunjukan pentas dan karnival yang melibatkan artis yang tidak bermoral. Kerajaan kena pantau dan ambil tindakan tegas melalui penguatkuasa undang-undang yang telah digubal semasa kerajaan PAS Terengganu," ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=666:maksiat-berleluasa-di-pantai-tok-jembal&catid=13:dalam-negeri&Itemid=51

PANTAI 'RINGAN-RINGAN'

Lokasi remaja berkhalwat tanpa kira waktu

KUALA TERENGGANU: Penduduk di Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Batu Buruk dekat sini bosan dengan gelaran tidak enak, 'pantai maksiat' yang dilabelkan kepada kawasan berkenaan kerana ramai pasangan terutama remaja menjadi tempat itu sebagai lokasi memadu kasih, termasuk di bulan Ramadan.

Kawasan itu antara lokasi ideal sebagai tempat riadah keluarga di siang hari, tetapi menjelang senja dan lewat malam, pantai berkenaan menjadi lokasi paling digemari pasangan kekasih.

Berikutan status negatif terhadap kawasan pantai itu, ramai kini malu untuk membawa keluarga dan anak-anak ke kawasan itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan tanggapan negatif itu, terutama di kawasan Pantai Tok Jembal paling banyak merekodkan kes tangkapan khalwat.

Tinjauan Berita Harian di lokasi itu ketika hari menjelang senja mendapati terdapat banyak pasangan yang kelihatan sedang asyik berdua-duaan penuh romantik di sepanjang pantai tanpa menghiraukan orang ramai lalu lalang.

Sementara ketika lewat malam hingga menjelang dinihari, keadaannya berlainan apabila kereta yang membawa pasangan berhenti di kawasan itu, tetapi tiada yang ke pantai. Keadaan yang samar-samar daripada lampu jalan tidak jauh dari situ menjadikan persekitaran sangat sesuai untuk pasangan berkenaan terus duduk dalam kereta dan terbabit kegiatan 'ringan-ringan'.

Keadaan itu sedikit sebanyak memberikan imej buruk kepada masyarakat tempatan, terutama nelayan di kawasan itu yang terpaksa menahan 'pedih mata' melihat perkara cemar yang dilakukan pasangan berkenaan.

Seorang penduduk yang ditemui, Khairuddin Ahmad, 40, kawasan pantai sering menjadi lokasi pilihan remaja dan muda mudi terutama pelajar institusi pengajian tinggi untuk berdua-duaan dan memadu kasih.

"Kami tahu pihak berkuasa banyak membuat serbuan dan tangkapan hasil maklumat yang diberikan sukarelawan serta penguat kuasa agama, namun tren itu hanya sepi sekejap dan selepas beberapa ketika ia kembali menjadi tumpuan.

"Kalau keadaan ini berterusan, usaha pihak berkuasa untuk mengubah kembali lokasi kedua-dua pantai ini sebagai kawasan riadah dan bersantai mungkin tidak akan menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus kekal sebagai pantai maksiat kerana kejadian khalwat dan tangkap basah masih banyak dilaporkan di kawasan ini," katanya.

Seorang sukarelawan cegah maksiat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang enggan namanya disiarkan ketika ditemui berkata, kedua-dua kawasan berkenaan memang panas dan sentiasa berada di bawah perhatian pasukannya. Sudah banyak tangkapan dibuat, bukan hanya membabitkan pasangan remaja dan muda mudi malah turut membabitkan pasangan dewasa yang sudah berkahwin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata pihaknya memang menerima aduan kedua-dua lokasi itu sebagai antara `lokasi hitam' yang memang selalu diadakan intipan dan tangkapan membabitkan kegiatan tidak bermoral terutama berkhalwat.

Katanya, pihaknya juga sudah mengarahkan JHEAT membuat pemantauan kerap termasuk ketika Ramadan bagi memastikan golongan berkenaan tidak mengambil kesempatan ketika Ramadan kerana kebanyakan orang sibuk mengerjakan solat sunat Tarawih.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090909074756/Article/
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=47&thread_id=16377&pid=256146

Tiada ulasan: