Sabtu, 24 Julai 2010

AMK KLGT

AMK KLGT


Senator EZAM

Posted: 24 Jul 2010 07:08 AM PDT


Ezam: Wujud rasuah dalam BN

Ezam Mohd Nor dalam ucapan selepas itu bagaimanapun tidak menafikan wujudnya rasuah dalam pentadbiran BN.
"Saya tidak kata semua pemimpin BN tidak rasuah... Tapi tidak semua. Kalau ada rasuah pun, setidak-tidaknya BN sudah memerintah lebih 50 tahun.

Ini dia HERO REFORMASI tahun 1997 yg lantang bersuara tentang RASUAH apa dah jadi mengaku memang RASUAH berlaku di BN tapi nak JILAT juga dgn mereka , Kpd saudara EZAM anda tidak perlu buat roadshow SELAMATKAN SELANGOR di seluruh negeri SELANGOR krn rakyat tahu apa yg berlaku sebelum 2008 dan selepas PR memerintah selangor.

Saudara EZAM cuba guna idea lain utk berceramah jgn asyik nak HENTAM DSAI tentang isu Anwar pro-Yahudi klu DSAI pro YAHUDI hampa punya bos Najib pro apa ? Tuduhan terhadap DSAI tentang beliau pro Yahudi smpai skrg tiada sebarang bukti tapi Bos Hampa bayar utk Apco Worldwide knp ? skrg sape Pro Yahudi Fikir2 lah sendiri Senator EZAM , jgn asyik nak tertumpu di selangor je siapa tahu anda semua sibuk di selangor negeri lain yg di perintah oleh BN terlepas kpd PAKATAN RAKAYT di PRU13

Insaflah Wahai Saudara KU Senator EZAM


KP AMK KLGT

Umno Tetap Untung Disebalik Pelawaan terhadap PAS – Aziz Bari

Posted: 24 Jul 2010 06:55 AM PDT

PETALING JAYA: Semuanya bermula dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyatakan kesediaan Umno bekerjasama dengan PAS, sehingga membawa polemik politik ini berterusan dicanang di media-media massa.

Umno membuka 'dasar buka pintu', namun sehingga kini tiada nada positif diberi malah pemimpin tertingginya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat awal-awal lagi sudah menutup pintu tersebut.

Menurut ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari, 'pelawaan' Umno itu hanya untuk memecahkan PAS daripada rakan seangkatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak syak lagi ini adalah helah politik Umno. Mereka tahu jika PAS termakan pujukan, PAS akan maut kerana kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Melayu. Begitu juga negeri seperti di Kedah.

"PAS tewas di Terengganu dan Perlis sebab negeri itu negeri Melayu dan PAS tidak boleh bersaing dengan Umno. Ertinya Umno menggunakan PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat kerana PR bergantung kepada PAS. Ini mekanisma yang Umno lihat," katanya kepada Free Malaysia Today.

Menurut beliau, Umno sentiasa mendapat keuntungan daripada polemik politik ini, sedangkan PAS masih terkial-kial kerana mempunyai 'musuh dalam selimut'.

Umno dilihat bijak dengan memainkan isu tersebut agar dapat memesongkan perhatian rakyat daripada isu ekonomi, rasuah yang sentiasa dibangkitkan Pakatan.

"Kerjasama ini sukar terjadi kerana tokoh utama iaitu Nik Aziz menentang keras. Dari perspektif Umno isu ini menguntungkan mereka kerana sekali lagi mereka dapat mengganggu permainan dengan isu yang tidak relevan ini.

"Isu ini dapat memesongkan perhatian rakyat dari isu lain seperti ekonomi,rasuah dan lain-lain yang penting buat Pakatan. Sebab itu yang untung – baik ia menjadi atau sebaliknya – ialah Umno.

pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa.

AMK Kepada Bekas Ketua: Bangkit Siasat Najib!

Posted: 24 Jul 2010 06:53 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan menggesa Senator Ezam Mohd Noor supaya menggerakkan kempen terhadap Presiden Umno Najib Abdul Razak yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi.

Senator Umno itu disaran mendesak satu siasatan telus, terbuka dan terperinci dijalankan menyiasat isu pemberian komisyen RM520 juta kapal selam Scorpene, pemberian lesen judi sukan kepada hartawan Vincent Tan, serta skandal membabitkan wanita warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Jika tidak, kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, maka Ezam Mohd Noor membuktikan bahawa beliau kini tidak lebih dari kuda tunggangan cita-cita Umno merampas Selangor.

Shamsul berkata orang pertama yang harus diselidikinya ialah 'tuannya' sendiri, serta skandal-skandal lain membabitkan pimpinan Umno-BN, seperti mahligai bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo, serta skandal penjualan peralatan nuklear kepada Libya.

Beliau melahirkan rasa terkilan dengan perubahan sikap Ezam Mohd Noor yang rakus menyerang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tetapi menikus di hadapan pemimpin Umno.

"Beliau sepatutnya bercakap tentang Perdana Menteri itu sendiri.Dalam kes PI Bala misalnya. Jelas ada sumbangan, jelas ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan tetapi SPRM sehingga sekarang masih belum selesai penyiasatan," tegas Shamsul.

Senator Ezam, yang terkenal dengan kotak-kotak rahsia mengandungi butiran rasuah pimpinan-pimpinan Umno semalam melibatkan diri dalam kempen merampas kembali Selangor bersama-sama Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Umno mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah disalahguna untuk membiayai jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya akan datang. Umno turut mendakwa KSSB mengamalkan kronisma, dakwaan yang dibidas keras oleh Kerajaan Negeri.

Kedua-dua pemimpin Umno itu bagaimanapun tidak mengesahkan fakta bahawa keseluruhan jumlah royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diraih kerajaan negeri dan KSSB telah meningkat sebanyak 86.1 peratus dari RM4.39 juta pada 2007 dibawah BN kepada RM8.17 juta pada 2008 dalam masa sesingkat 9 bulan dibawah Pakatan Rakyat.

Bahkan, keuntungan industri pasir Selangor terus meningkat kepada RM13.76 juta pada 2009. Bagi suku pertama 2010 sahaja, Kerajaan Negeri telah mengaut sebanyak RM15.3 juta.

Barisan Nasional tumpas di negeri terkaya di Malaysia ini dalam pilihanraya umum ke-12, 8 Mac 2008, dan melipat-gandakan usaha untuk merampas Selangor selepas berjaya menggulingkan kerajaan negeri di Perak.

Difahamkan program berkenaan turut diadakan di Klang dan bakal disusuli 17 siri ceramah lagi di seluruh negeri Pakatan itu sehingga 8 Ogos ini.

"Mereka mahu selamatkan Umno dari apa? Mahu selamatkan Selangor dari ancaman urustadbir yang bersih dan telus? Kalau kita lihat laporan Audit Negara, Selangor diberi taraf 4 bintang, menunjukkan betapa licinnya jentera pentadbiran Selangor mengurus wang rakyat," tegas Shamsul.

"Kempen mereka itu menunjukkan bahaawa media yang saban hari digunakan menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid telah gagal," tambah beliau.

Shamsul yakin Umno semakin resah kerana Selangor adalah lubuk emas yang menjana kemewahan untuk kroni-kroni pemerintah.

"Noh Omar, dengan disokong Datuk Najib selaku Pengerusi Umno Selangor, menggunakan tokoh-tokoh yang dahulunya bersama kita dalam gerakan rakyat untuk menyerang Pakatan Rakyat," ujar Shamsul.

"Saya yakin ada kelompok-kelompok Khir Toyo yang akan menyerang balas dan akan berlaku lagi perpecahan di dalam UMNO Selangor itu sendiri," katanya lagi.

Tiada ulasan: