Ahad, 27 Jun 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Saya sudah memulakan kerja-kerja dibidang pertanian

Posted: 27 Jun 2010 07:12 PM PDT

Saya telah bincangkan dengan rakan-rakan didalam KEADILAN bahawa saya akan melangkah ke bidang baru, dan saya telah bincangkan dengan Dato Fauzi Abdul Rahman, bahawa bidang baru yang saya sedang terokai ini akan mengurangkan masa saya di bidang politik.
Ramai rakan-rakan yang saya bincangkan itu meminta saya menangguhkan perubahan kerjaya saya tersebut, namun, saya terpaksa mengurangkan kerja-kerja dibidang politik kerana asas untuk saya didalam kerjaya baru itu sudah saya lakukan.
Bukan saja saya akan meninggalkan kerja-kerja dibidang politik secara aktif, saya juga sudah meninggalkan kerjaya saya dibidang guaman. Pejabat peguam saya telah saya serahkan 100% kepada anak saya, dan saya hanya menumpang sebuah bilik di pejabat itu untuk kerja-kerja peribadi.
Jangan ada orang menyalahtafsirkan kononnya saya akan keluar dari PKR atau tafsiran yang negatif. Dengan kerjaya saya yang baru itu maka tidaklah dapat saya bergerak aktif seperti yang saya lakukan sekarang ini, namun, untuk kerja-kerja parti, khususnya kerja-kerja semasa pilihanraya nanti, Insya Allah saya akan bergerak menyokong calon parti, khususnya di DUN Jenderak dan amnya dilain-lain kawasan.
Saya sudah nyatakan hasrat saya ini kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang dan rakan-rakan saya yang lain didalam PKR Pusat. Insya Allah, saya akan terus menjadi anggota parti yang setia, hanya sekadar terpaksa menumpukan masa dikerjaya yang baru.

Tiada Ahli Parlimen PKR mahu Khalid dikeluarkan dari jawatan MB

Posted: 27 Jun 2010 06:49 PM PDT

Sungguh berusaha UMNO dan Media pro-UMNO mahu menonjolkan kewujudan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahukan Tan Sri Khadil Ibrahim dikeluarkan dari jawatan Menteri Besar Selangor. Dan mereka telah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bahawa 15 orang Ahli Parlimen itu sedang berusaha untuk mengeluarkan Khalid dari jawatan MB.
Mereka telah menginterview Azmin Ali, Naib Presiden PKR, untuk mendapatkan pernyataan positif darinya. Mereka mahu Azmin menyatakan "ya" untuk mereka lambungkan berita sensasi ini kepada seluruh Malaysia menandakan bahawa PKR sedang menghadapi satu krisis dan akan jatuh berderai tidak lama lagi.
Tetapi Azmin telah dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu akan wujudnya komplot seumpama itu. Bahkan Azmin menyatakan bahawa pentadbiran Khalid ada kelemahanya dan kelemahan itu akan diperbaikki.
Disini menunjukkan bahawa PKR adalah lebih telus dari UMNO. Pimpinan UMNO tidak boleh mengkritik Menteri atau Menteri Besar mereka, jauh sekali Perdana Menteri mereka. Kritikan didalam UMNO terhadap pimpinan akan dianggap sebagai satu pengkhianatan dan sipengkhianat tidak boleh duduk didalam parti.
PKR amatlah terbuka. Semasa Kongres di Kota Bharu, perwakilan-perwakilan mengkritik Tan Sri Khalid secara terbuka. Khalid mengakui akan kelemahan-kelemahannya dan memberi jaminan untuk merubahkan/membaikki kelemahan-kelemahan itu.
Ini bererti wujud demokrasi yang lohor di dalam PKR. Kritik-kritik kepada Khalid tidak menafikan bahawa Selangor adalah sebuah Negeri yang ditadbirkan secara telus dan Selangor telah memberikan pelbagai faedah yang tidak didapati di negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional.
Dari segi air percumanya kepada rakyat, imbuhan untuk kelahiran anak, imbuhan otomatik terhadap kematian, pemberian wang untuk mereka yang melanjutkan pelajaran, kenaikan gaji guru-guru kafa, pemberian tanah kepada mereka yang menduduki tanah kerajaan melebihi 15 tahun, pemberian geran-geran tanah kepada penduduk orang-orang Asal dll adalah contoh nyata bahawa Selangor ditadbirkan untuk mendahulukan rakyat khususnya rakyat bawahan yang memerlukan.
Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PKR Selangor adalah mendahului mana-mana Kerajaan Negeri yang diperintah oleh UMNO/BN.
Ada kelemahan? Memang ada. Apa tah lagi kerana PKR mengambil alih sebuah Kerajaan Negeri yang sudah ditadbirkan dengan penuh penyelewengan dibawah UMNO/Barisan Nasional.
Sanggupkah Khalid mengatasi kelemahan itu? Ya, beliau telah mengeluarkan air mata di Kongres Nasional dulu, menandakan bahawa Khalid adalah seorang yang jujur.
Memang beliau didesak untuk memberhentikan "orang-orang UMNO" yang kini masih menguasai syarikat-syarikat GLC di Selangor. Jawapan Khalid adalah jujur walaupun kurang disukai oleh orang-orang PKR, bahawa pegawai-pegawai itu adalah cekap dan telah berkhidmat begitu lama dengan GLC tersebut, dan sebagai pentadbiran yang adil, beliau menyatakan bahawa beliau tidak "menghukum" diatas affliasi politik.
MP Manickavasagam yang begitu lantang mengkritik Menteri Besar Selangor juga berpandangan bahawa Khalid adalah seorang Menteri Besar yang baik dan mahu beliau dikekalkan, dan kritikan beliau terhadap Menteri Besar itu adalah semata-mata untuk menambah-baik pentadbiran Negeri Selangor.
Ketelusan yang ada di dalam PKR adalah satu pertanda baik mengenai kerajaan yang berjiwa rakyat, yakni, Kerajaan PKR boleh dikritik secara terbuka untuk kebaikan rakyat!

Tengku Razaleigh akan menjadi saksi didalam tuntutan royalty minyak Kelantan

Posted: 27 Jun 2010 06:33 PM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah, menyatakan kesediaannya untuk menjadi saksi kepada kerajaan Kelantan jika Kelantan meneruskan tuntutannya terhadap royalty minyak terhadap Kerajaan Persekutuan.
Wakil Rakyat Barisan Nasional itu menyatakan bahawa beliau adalah lebih maklum mengenai perkara ini kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab didalam penubuhan Petronas dan Petroleum Development Act.
Beliau menyatakan bahawa beliau boleh menjadi saksi kerana Petroleum Development Act yang digunapakai adalah adil kepada kerajaan-kerajaan negeri didalam tuntutan mereka kepada royalty minyak.
Tengku Razaleigh berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Husam Musa bahawa Kerajaan Kelantan akan mengemukakan tuntutan pada 30hb Ogos 2010.
Tengku Razaleigh menyatakan bahawa Petroleum Development Act telah memberikan kepada Kelantan, Sabah dan Sarawak hak untuk menuntut royalty minyak walaupun telaga minyak itu berada diluar perairan tetapi beri-negerdekatan dengan negeri-negeri itu.

Tiada ulasan: