Rabu, 16 Jun 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan YB N.Bobalakrishnan ke Felda Jenderak Utara, Kuala Krau pada 16hb Jun 2010

Posted: 16 Jun 2010 08:42 PM PDT

Dar Kiri: Pn Hendon Jaafar, Bendahari KEADILAN Cabang Kuala Krau, Abd Razak Haji Hussain, Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Kuala Krau, YB N.Gobalakrishnan, Noraini Md Isa, AJK KEADILAN Kuala Krau, Letchemy, AJK KEADILAN Kuala Krau, Haji Suhaimi Said, Ketua KEADILAN Kuala Krau
Sdr Hassanuddin Salim, Ketua Penerangan Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Pahang. Didalam ucapannya beliau menyatakan bahawa UMNO terpaksa menyerang PAS kerana UMNO mengetahui bahawa di hampir ke semua kawasan Pilihanraya yang bermajoritikan Orang Melayu, UMNO berhadapan dengan PAS. Jika PAS memenangi di kawasan Orang Melayu itu maka sudah tentu UMNO akan kecunadang dan Pakatan Rakyat akan dengan mudah menawan Putrajaya. PAS, katanya, bukanlah sebuah parti perkauman seperti UMNO, tetapi PAS memperjuangkan Islam, dan Islam memperjuangkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama. Beliau juga menyentuh mengenai isu Judi yang mana beliau menyatakan bahawa judi bukanlah menjadi tradisi orang Melayu, Cina atau India, tetapi adalah budaya UMNO. Menteri UMNO yang meluluskan judi dan pihak DAP serta Gerakan menentang kelulusan lesen judi, tetapi UMNO yang mempertahankan judi.

N. Gobalakrishnan adalah nama yang tidak asing lagi bagi penduduk Temerloh. Ucapannya cukup bernas dan mengusik hati, dan diselang-seli pula dengan ayat-ayat Al-Quraan dengan juga memeting maksud-maksud ayat-ayat Quraan dan Hadis. Ucapannya juga mencuit hati dengan bercerita bahawa ada dari kalangan keluarganya yang berkahwin dengan orang-orang keturunan Kerala. Beliau menyatakan bahawa keturunannya adalah jauh lebih awal datang ke Malaya, jauh lebih awal dari keturunan Kutty. Tetapi anak kepada Kutty telah menjadi Melayu dan pernah memimpin UMNO sebagai Presidennya sedangkan Kutty itu datangnya dari Kerala, India. Secara berjenaka dia menyatakan bahawa dia juga bersaudara dengan Kutty itu tetapi dia hitam sedikit dan Kutty itu putih sedikit maka anak kepada Kutty layak menjadi orang Melayu. Beliau juga berasa sedih kerana beliau dihalang dari melawat Sarawak dan beliau sangat sedih kerana tidak dapat menziarahi ayah angkatnya di Kapit. Beliau menyatakan bahawa beliau adalah anak angkat Orang Iban dan nama Ibannya adalah Jugam anak Jugah.
YB Gobala mendedahkan pelbagai masalah skandal yang berlaku didalam Negara ini yang melibatkan pemimpin-pemimpin Negara tetapi tidak diambil tindakan oleh Pihak-Pihak yang berkuasa, beliau juga mendedahkan bahawa pengarah-pengarah Felda Holdings mempunyai pendapatan tahunan hingga berjuta ringgit manakala peneroka-peneroka di rancangan Felda hanya sekadar RM1500.00 sebulan. Reserve Felda di zaman Raja Alias menjadi Pengerusinya berjumlah hingga RM4.5 billion, tetapi dibawah pentadbiran Najib Tun Razak reserve itu tinggal hanya RM500 juta sahaja. Wang dari keringat peneroka-peneroka Felda telah dibazirkan oleh Kerajaan UMNO/BN yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada peneroka-peneroka.

Para hadirin yang hadir

Rebin Birham, Ketua AMK Negeri Sembilan turut berucap. Didalam ucapannya beliau mendedahkan tentang nasib seorang Peneroka Felda di Negeri Sembilan yang berasal dari Negeri Kelantan. Semasa isteri dan anaknya sakit, beliau telah membawa pulang isteri dan anaknya untuk berobat di kampong. Tetapi apabila beliau kembali ke rancangan dimana dia menjadi peneroka, beliau dapati bahawa semua kulit getah didalam ladangnya sudah habis ditoreh, dan apabila beliau mengadu kepada Pengurus, maka pengurus itu langsung tidak menunjukkan simpati sebaliknya menyatakan bahawa: "Kamu tak dipecat dari rancangan ini pun sudah bernasib baik" dan tidak memperdulikan aduannya. Dari dari masa ke masa Pengurus itu mengambil sikap yang kasar terhadapnya dan baru-baru ini beliau diambil tindakan untuk disingkirkan dari Felda diatas alasan bahawa Peneroka itu mendatangkan masalah sosial kepada peneroka-peneroka lain, walhal, Peneroka itu sudah mengetahui siapa-siapakah yang telah menoreh getahnya semasa beliau tidak ada di rancangan. Kulit getahnya sudah hancur, tetapi hutangnya di Felda tidak ditolak. Beliau mahu membuat aduan polis bahawa ada pihak-pihak yang mencuri menoreh getahnya dan orang-orang yang terlibat itu adalah dari kalangan JKKK dirancangan itu. Sebagai anak peneroka Felda, Rebin menyatakan bahawa anak-anak peneroka Felda perlu dibela, dan menyatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat didalam Konvensyennya pada 20hb Februari 2010 di Jerantut telah membuat ketetapan bahawa apabila Pakatan Rakyat mentadbir negara ini, tindakan utama yang akan diambil adalah untuk memansuhkan Felda Plantation dan tanah-tanah ladang Felda Plantation yang akan dipecah-pecahkan dengan lot seluas 10 ekar satu lot akan diberikan kepada anak-anak peneroka dan generasi baru Felda dan jika itu dilakukan seramai 84000 generasi baru Felda boleh ditempatkan sebagai peneroka dan boleh mengatasi masalah sosial dan pengangguran didalam rancangan Felda.



Rebin Birham di Kg Pasu

Posted: 16 Jun 2010 08:16 PM PDT

Sdr Rebin Birham, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan berucap didalam Majlis Lawatan ke Kg Pasu, sebuah perkampongan Orang Asal Kuala Krau pada 16hb Jun 2010. Didalam ucapannya beliau menegaskan bahawa UMNO/BN telah meminggirkan kehidupan Orang Asal. Dengan peruntukan kerajaan yang begitu besar untuk masyarakat minoriti yang kecil, sepatutnya Orang Asal sudah berada ditahap kemajuan yang munasabah dengan pendapatan yang sederhana, tahap pendidikan yang baik, dan tahap kesihatan yang sempurna.Tetapi oleh kerana Kerajaan UMNO/BN meminggirkan Orang Asal, maka tahap pembangunan mereka adalah rendah, golongan terbesar daripada kalangan mereka adalah miskin tegar, dengan tahap pendidikan yang rendah dan tahap kesihatan yang tidak sempurna.
UMNO/BN sengaja meminggirkan Orang Asal bertujuan supaya mereka itu dapat digunakan untuk tempat memancing undi semasa pilihanraya dengan habuan-habuan yang kecil.
Turut berucapan didalam Majlis itu ada Sdr T. Kumar, seorang Peguam yang juga Timbalan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat.
Haji Suhaimi Said, selaku Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang, mengalu-alukan kehadiran Sdr Rebin Birham dan Sdr T Kumar. Haji Suhaimi mengambil pendekatan yang mudah dengan melontarkan pertanyaan-pertanyaan kepada para hadirin. Soalan pertama yang dilontarkan adalah: Adakah tuan/puan yang hadir ini Orang Melayu atau Orang Asal dari kaum Jahut? Dijawab hadirin: Orang Asal dari kaum Jahut. Soalan kedua: Adakah UMNO (Parti Kebangsaan Melayu Bersatu) itu parti kaum Orang Asal? Dijawab: Tidak, UMNO adalah parti Orang Melayu. Soalan Ketiga: Patutkah Orang Asal menjadi ahli parti perkauman Melayu? Dijawab: Tidak patut. Haji Suhaimi lantas menerangkan bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah parti untuk semua kaum di Malaysia. Dan didalam Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat tercatat didalam tujuan asasnya untuk membela hak dan kepentingan Orang Asal. Didalam KEADILAN terdapat semua kaum dari semua agama bersatu menegakkan keadilan khususnya bagi mereka yang selama ini terpinggir dan dari kalangan rakyat biasa. Soalan seterusnya yang ditanyakan oleh Haji Suhaimi adalah:
Apakah Parti Politik pilihan tuan/puan di Kg Pasu ini? Dijawab Parti Keadilan Rakyat! Haji Suhaimi lantas mengajak para hadiri bangun beramai-ramai dengan menggunakann Bahasa Jahut iaitu Beg Meg hek semuak jinjuong untuk laong penghalau hantu UMNO. Dan hadiri semua bangun untuk melaongkan REFORMASI tiga kali berturut-turut. Para hadirin yang hadir
Para hadirin yang hadir
Sdr Basri Hok, Ketua KEADILAN Ranting Kg Pasu memberikan ucapan alu-aluan





YB Gobalakrishnan di Felda Jenderak Utara

Posted: 15 Jun 2010 09:56 PM PDT

CERAMAH UMUM
TEMPAT: MARKAS PAS FELDA JENDERAK UTARA, KUALA KRAU
TARIKH: 16HB JUN 2010 (RABU)
JAM 9.00 MALAM
PENCERAMAH-PENCERAMAH
YB GOBALAKRISHNAN
HASSANUDDIN SALIM
REBIN BIRHAM
HAJI SUHAIMI SAID
CERAMAH KELOMPOK
TEMPAT: RUMAH DIN BERAMBOI
KG PASU, KUALA KRAU
JAM: 4.30 PETANG
TARIKH: 16HB JUN 2010
PENCERAMAH-PENCERAMAH
REBIN BIRHAM
HAJI SUHAIMI SAID
RAMLI LOGAN
HAFEZ HARUN

Tiada ulasan: