Rabu, 30 Jun 2010

SKUAD DUN BATU CAVES

SKUAD DUN BATU CAVES


Dua Adun PR ke SPRM Esok, SPRM Sekali Lagi Diperkuda

Posted: 30 Jun 2010 06:17 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi diperkuda Umno-BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Esok, Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan Adun Batu Caves Amirudin Shari diarah tampil ke SPRM Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung kes yang dirahsiakan.

Shuhaimi ketika dihubungi Tv Selangor menjangkakan beliau akan ditekan hebat di sesi soalsiasat itu nanti. Beliau membayangkan sejenis tawaran akan dibuat SPRM bagi memastikan rancangan Umno-BN berjaya.

"Bermula dengan serangan kononnya ada pergeseran antara YB Azmin dan Tan Sri diikuti oleh nama tiga lagi ADUN. Kemudian disusuli panggil untuk penyiasatan oleh SPRM Putrajaya dan saya hendak tambah selepas ini tekanan akan diberikan kepada kita dan mungkin akan bermula tawar menawar sekiranya mereka mendapati tidak ada apa-apa kesalahan," katanya.

Sementara itu Adun Batu Caves Amirudin Shari berkata SPRM enggan memaklumkan apakah mereka berdua dipanggil sebagai saksi atau suspek dalam siasatan rahsia itu.

Beliau bagaimanapun yakin media arus perdana akan memainkan isu ini untuk melakar persepsi negatif terhadap Adun-Adun Pakatan Rakyat.

"Tetapi jalan ceritanya hampir sama dan kemungkinan ada unsur-unsur untuk beri tekanan kepada kita untuk membuat keputusan bertindak luar kewajaran.

"Namun saya yakin, saya dan teman-teman lain berada pada landasan yang betul dan terus mengekal perjuangan dengan PKR dan terus memastikan usaha memartabatkan Selangor dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya. - TV SELANGOR

TERKINI - YB Amirudin dan YB Mat Shuhaimi diarah ke SPRM esok

Posted: 30 Jun 2010 05:05 AM PDT

Dua ADUN Selangor telah diarahkan ke pejabat Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok bagi merakamkan kenyataan mereka.

Wakil PKR Mat Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) menerima notis berasingan pada Isnin lalu bagi membantu penyiasatan di bawah Seksyen 17(a), Akta SPRM.

Mat Shuhaimi, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau menerima notis berkenaan.

Katanya, walaupun tidak mengetahui apa yang ingin disiasat oleh SPRM, tetapi beliau akan tetap ke Putrajaya.

"Saya fikir ini adalah serangan kedua oleh BN yang menggunakan SPRM untuk memalukan perwakilan Pakatan di Selangor," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sementara itu, pengarah penerangan Selangor, Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan berkata langkah SPRM itu merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada tahun 2009," katanya.

Sehubungan itu, Badrul Amin menggesa SPRM bersikap professional dalam menjalankan tugas.

"Kami turut menggesa SPRM menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," katanya.

Menurut beliau, kedua-dua ADUN Pakatan itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok untuk memberi kerjasama yang sewajarnya.

- Malaysiakini

.. YA ALLAH SELAMATKANLAH YB AMIRUDIN SHARI DAN KELUARGA..AMIN....

Tiada ulasan: