Selasa, 22 Jun 2010

PKR PENGKALAN HULU

PKR PENGKALAN HULU


Mereka sebenarnya cuak

Posted: 22 Jun 2010 08:00 AM PDT

Dalam kes gigit telinga polis, MP Batu bernasib baik kerana dendanya telah dikurangkan kepada RM2000 atau penjara dua bulan. Ini bermakna kerusi Parlimen bagi kawasan Batu kekal di tangan Tian Chua/PR.

Hooraayyy!!! No pilihan raya. Kalau ada pilihan raya ler.... yang teruk bukan PR tetapi UBN/APCO. Ini bukan pilihan raya kecil bagi DUN tetapi Parlimen. So... belanjanya tentu banyak giler. Kos untuk menampung pilihan raya tersebut satu hal tetapi yang lebih mengerunkan mereka ialah peluang untuk mereka menang adalah amat tipis. Urban voters bukan bangang untuk memilih BN. Don't mimpi ler... Ini yang membuatkan mereka berasa cuak untuk menghadapi satu lagi PRK. Ongkos eilek... peluang eilek!!

Sebab tu.... dalam keadaan mereka tengah kekeringan ongkos.... mereka tak mampu untuk menghadapi satu lagi pilihan raya kecil yang belum tentu akan menang. Tak berani mereka nak ambil risiko weh.... So, mau tak mau.... mereka terpaksa kekalkan Tian Chua sebagai MP kawasan Batu dengan menolak rayuannya tetapi telah mengurangkan denda yang dikenakan ke atasnya.

So.... Tian Chua selamat dan mereka pun selamat. Ini juga menunjukkan yang walaupun bancian Merdeka Centre telah menunjukkan ada peningkatan dalam populariti Najib tetapi mereka masih ada perasaan cuak dan masih tidak berani nak berdepan dengan pilihan raya. Kalau kalah nanti.... ia akan memberi petunjuk yang bertentangan dengan hasil bancian yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre.

Merdeka Centre kata... Najib popular tetapi rakyat pulak akan berkata.... popular taik kucing!! Kekalahan dalam PRK Parlimen Batu nanti, mungkin akan menimbulkan persepsi lain pulak tentang populariti Najib. Dan... Najib tak mau ini berlaku.

Ha... ha... ha... dia masih mahu terus dibuai mimpi indah. Bukankah dia tengah syok perasan yang dia tengah popular giler. Korang ingat dia nak PRK Parlimen Batu merosakkan mimpi dan lamunan indah yang sedang membuainya??

Come on la.... kasi chance ler sama dia!! Biarkanlah dia terus dibuai dengan mimpi yang indah-indah. Apabila terkejut dari mimpi nanti.... biar dia terkejut beruk!!

Sumber dari sini.

Sumber artikel: http://motherof3mohd.blogspot.com/

Press Statement dari YB Chan Ming Kai yang keluar di akhbar Sinar Harian, Oriental Daily News, China Press, Nanyang Siang Pao dari 26 hingga 30 Mei 20

Posted: 22 Jun 2010 07:53 AM PDT



Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (PKR) YB Chan Ming Kai mengutuk pihak polis Pengkalan Hulu telah mengganggu pekerjaan pihak LPKP menjalankan tugas dan menghalang aktiviti NGO pada bulan yang lalu.

YB Chan memberitahu kepada media bahawa, seorang aktivis masyarakat di Pengkalan Hulu Encik Lee Sing Liong telah mengadakan satu persidangan media pada 29hb April, jam 10 pagi yang dianjurkan ataas nama Persatuan Pemandu Kereta Sewa Pengkalan Hulu mengenai masalah kereta sapu haram dari Negara jiran (disebut kereta pelancongan oleh pihak Negara Thailand) yang mencuri pelanggan mereka.

Akan tetapi, oleh kerana pihak polis telah menjemput pengerusi dan 4 orang ahli jawatankuasa persatuan tersebut ke balai polis untuk soal siasat tentang perkara ini, dan menasihatkan mereka membatalkan aktiviti tersebut. Mereka membuat perjanjian kepada pemandu tersebut bahawa polis, JPJ dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan menyelesaikan masalah mereka dan ramai anggota polis telah berkeliar di kawasan stesen teksi dan perhentian basyang berhampiran pada awal pagi.

Semua pemandu-pemandu teksi merasakan ketakutan dan tidak berani hadir pada persidangan media tersebut, walaupun pegawai LPKP dan wakil Pertubuhan Pengguna Perak turut hadir bersama. Ini telah menunjukkan pihak polis Daerah Pengkalan Hulu telah mengganggu perkerjaan LPKP dan aktiviti NGO.

YB Chan dan aktivis masyarakat Lee Sing Liong membantah tindakan polis yang menunjukkan tiada professional dan merayu pihak yang berkenaan dengan masalah tersebut bertindak segera dengan ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang telah lama wujud ini.

YB Chan dan Lee turut merasakan kecewa kerana pihak polis Pengkalan Hulu tidak menunaikan janji mereka kepada pemandu-pemandu teksi kita, kereta sapu haram masih berada, namun mereka bebas keluar masuk dari sempadan Betung-Pengkalan Hulu.

Mereka berharap pihak berkenaan supaya mengambil tindakan seperti pegawai-pegawai JPJ dan Kementerian Pelancongan Negeri Kedah yang telah membuat keputusan terhadap semua kereta pelancongan Thailand yang dikatakan membawa "Pelancong" masuk ke Malaysia mesti mengadakan seorang "Pemandu Pelancong" atau "tours guide" Malaysia yang berlesen di dalam setiap kenderaan pelancongan Thailand. Peraturan ini sebenarnya telah lama wujud tetapi tidak diamalkan oleh pihak berkenaan keran rasuah yang berleluasa berlaku.

Sekali lagi YB Chan mengutuk pihak polis Daerah Pengkalan Hulu dan JPJ Gerik yang masih nyenyak tidur dengan tiada apa-apa tindakan untuk mencegah kereta sapu haram Thailand yang masuk mencuri pelangan teksi kita.

Tiada ulasan: