Sabtu, 19 Jun 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


ISU RM 2 JUTA : APAKAH JAMINAN KERAJAAN

Posted: 19 Jun 2010 05:50 PM PDT

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa Ahli Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk berpaling tadah.
Namun jika pendedahan di buat oleh DS Anwar Ibrahim, apa pula jaminan kerajaan terhadap pendedahan tersebut. Pelbagai pendedahan dibuat, isu V.K Linggam, isu PKFZ dan banyak lagi namun akhirnya pendedahan tersebut dibiarkan sepi tanpa berita.
AMK mencadangkan Hj. Khairi Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno untuk menyelesaikan isu2 yang pernah dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat dan negara serta penyalahgunaan wang rakyat yang banyak.
Tidak timbul isu DS Anwar Ibrahim pembohong, namun kerajaan Umno/BN wajar menyelidiki dan memberi jawapan kepada rakyat isu2 yang didedahkan masih belum lagi dijawap..
Begitu juga dengan isu sumpah seperti mana yang diwar-warkan oleh bloggers Umno.. Apakah jika DS Anwar bersumpah yang beliau tidak meliwat Saifool maka segala pertuduhan ke atas beliau akan gugur..??? Apa gunanya beliau bersumpah namun pertuduhan masih disabitkan ke atasnya. Justeru, sumpah bukanlah penyelesaian segala-galanya buat ketika ini dan Umno tidak perlu menjaja isu sumpah tersebut kerana juara sumpah yang telah menkhianati sumpahnya kini berada dalam Umno...

DATUK CHUA JUI MENG : TERUSKAN BERJUANG DEMI RAKYAT

Posted: 19 Jun 2010 06:59 AM PDT

Datuk Chua Jui Meng dalam sidang akhbarnya berkaitan isu penarikan darjah kebesaran oleh pihak Istana Johor menyatakan bahawa beliau berlapang dada dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Beliau sendiri akan menyerahkan ketiga-tiga pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Iskandar semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kesihatan ke istana Johor.Dalam sidang akhbarnya juga beliau menyatakan bahawa jika Umnolah yang menjadi dalang dalam dalam isu penarikan darjah kebesaran tersebut, rakyat pasti bangkit dan Umno akan menerima padahnya. Penarikan darjah kebesaran tersebut sedikit pun tidak mengurangkan atau mengendurkan semangat juang beliau untuk membuat reformasi dalam memartabatkan perjuangan rakyat yang menuntut pengorbanan yang lebih besar sehingga mungkin dipenjarakan.
AMK melihat bahawa penerangan yang diberikan oleh Datuk Chua cukup jelas dan tidak timbul isu penderhakaan sebagaimana digembar-gemburkan oleh bloggers Umno yang menganggap penarikan darjah kebesaran yang diterima oleh Datuk Chua dari Almarhum Sultan Johor kerana Datuk Chua telah melakukan penderhakaan. Sehingga kini pihak Istana Johor masih belum menyatakan sebab musabab penarikan darjah kebesaran tersebut dan Datuk Chua menyifatkan penarikan darjah kebesaran tersebut oleh D.Y.A.M Sultan Johor adalah kerana hak baginda berbuat demikian sebagaimana yang diperjelaskan oleh Setiausaha Mahkamah DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Justeru, AMK Gelang Patah mencabar mana2 pihak terutama bloggers2 Umno untuk menyenaraikan bentuk penderhakaan yang dilakukan oleh Datuk Chua Jui Meng sepertimana dakwaan mereka bahawa penarikan anugerah tersebut adalah kerana penderhakaan dan pengkhianatan (klik sini) yang dilakukan Datuk Chua Jui Meng. Apakah beliau menyertai PKR dianggap mengkhianati rakyat..??? Apa pula gelaran yang wajar dilabelkan kepada pemimpin Umno/BN yang mengkhianati amanah rakyat...???

Bagaimana pula ketika Umno meminda atau mengurangkan kuasa Raja2 Melayu malah pemimpin Umno jugalah mengkritik Raja2 Melayu secara terbuka..??? Apakah ini bukan bentuk pengkhianatan kepada Raja2 Melayu...??

Apakah dengan membenarkan syarikat yahudi laknatullah terlibat dalam pembangunan IT dan telekomunikasi negara merupakan tindakan tepat Perdana Menteri dan bukan pengkhianatan kepada negara...??
Isu Felda Cahaya Baru antara pengkhianatan terbesar pemimpin Umno termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun apakah pembelaan yang dilakukan oleh Umno...??? Bila peneroka berpaling kepada pembangkang, mereka dilabel sebagai pengkhianat. Apa pula yang mahu dilabelkan kepada pemimpin Umno yang "bangsat" ini...???

Tiada ulasan: