Selasa, 29 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dilema pelajar kongsi bangunan

Posted: 28 Jun 2010 08:26 PM PDT


Sinar Harian 29 Jun 2010

SELANDAR – Janggal apabila sekolah rendah dan menengah terpaksa berkongsi kemudahan, namun itu yang berlaku kepada Sekolah Rendah Agama Islam Melaka (Jaim) di sini apabila 'menumpangkan' lima daripada kelasnya kepada 160 pelajar.

Lebih mengecewakan kerana perkongsian itu menyebabkan kemudahan kelas untuk belajar menjadi terhad apabila sebahagian ruang perlu digunakan untuk perpustakaan, makmal dan sebagainya.

Akibatnya, ibu bapa melahirkan rasa terkilan kerana mereka terpaksa 'menempah' tempat untuk pendaftaran anak masing-masing bagi sesi 2015.

Itulah situasi yang dihadapi ibu bapa yang pertama kali datang ke sekolah rendah berkenaan kerana dua blok bangunan tiga tingkat itu bukan sahaja menjadi tempat murid menuntut ilmu, bahkan pelajar Sekolah Menengah Arab As-Syakirin turut sama 'bersekolah' di situ.

Sinar Harian difahamkan, tahun ini jumlah murid yang mendaftar di sekolah rendah hanya 192 orang sahaja.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7881756.asp

Jalan sempit undang sesak

Posted: 28 Jun 2010 08:25 PM PDT


Sinar Harian 29 Jun 2010

SELANDAR – Kemudahan sudah cukup melegakan penduduk sekitar Pekan Selandar, tetapi lain halnya bagi ibu bapa dan pentadbiran Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sini serta pentadbiran Sekolah Menengah Arab (SMA) As-Syakirin.

Mereka bimbang dengan keadaan jalan masuk utama sekolah agama itu yang didakwa sempit.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA Jaim Selandar, Jaafar Othman, 44, berkata, ia berbeza dengan jalan lebar di hadapan Sekolah Menengah Selandar dan Klinik Komuniti terletak hanya beberapa meter dari situ.

"Setiap pagi dan waktu tengah hari, kesesakan luar biasa pasti berlaku di sini.

"Ibu bapa di sini turut meluahkan rasa bimbang tentang keselamatan anak-anak yang keluar masuk melalui jalan ini setiap pagi. Selain kenderaan penduduk yang mahu ke tempat kerja, lori juga melalui jalan ini," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, bapa pelajar, Jalil Md Nor, 54, berkata, permasalahan tersebut pernah diutarakan pada mesyuarat PIBG dan dipanjangkan kepada pihak berkenaan.

"Kita memang berharap pihak berwajib dapat melebarkan kedua-dua kiri kanan jalan ini untuk kemudahan ibu bapa serta pengguna lain.

"Kita dapati di kiri kanan memang terdapat jalan rizab. Jadi harapan kami agar jalan ini dapat dilebarkan bagi mengelakkan ia berterusan mengundang masalah," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7877898.asp

Lagi isu Mawi nak dipeluk guru di Seremban

Posted: 28 Jun 2010 06:24 PM PDT

Tiada ulasan: