Rabu, 23 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


MB Negeri Sembilan, Keluarlah Dari Kepompong

Posted: 23 Jun 2010 01:21 AM PDT


Seruan ini bukan dibuat oleh Pemuda PAS ataupun Pemuda PKR mahupun Pemuda DAP. Tetapi ianya dibuat oleh Pemuda UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang, Bahagian Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Kenapa ye ?

Seruan Pemuda UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang pada pautan berikut http://pemudatbk.blogspot.com/2010/06/mb-negeri-sembilan-keluarlah-dari.html

Bandingkan dengan artikel berikut : Mohamad Hasan aset besar Pakatan Rakyat

Sekiranya Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti sebagai calon DUN atau Parlimen, ianya akan menjadi aset besar kepada Pakatan Rakyat di peringkat Negeri Sembilan mahu pun di peringkat pusat.

Artikel penuh di http://amkns.blogspot.com/2010/05/mohamad-hasan-aset-besar-pakatan-rakyat.html

5 tahun peneroka Felda guna air hujan

Posted: 22 Jun 2010 06:23 PM PDT


Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.

Himpunan kisah derita rakyat di negeri pentadbiran BN akibat masakah bekalan air di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

***********************

Felda Palong 2 tiada air

Utusan Malaysia 23 Jun 2010


seorang penduduk, Sarah Kompot terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian di Blok B, Felda Palong 2, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

JEMPOL 22 Jun - Pada ketika penduduk lain tenang menjalani kehidupan dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan harian, penduduk Blok B, Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu.

Mungkin juga pada ketika orang lain lena diulit mimpi, penduduk terbabit perlu berjaga malam demi mendapatkan bekalan air dari tangki termasuk menadahnya jika hujan.

Entah di mana silapnya, penduduk mendakwa bukan sehari dua mereka terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air tetapi sejak lima tahun lalu.

Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.

Menurut salah seorang penduduk, Ja'afar Lonak, 70, pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.

"Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Apabila bekalan air tidak sempurna, ia turut menjejaskan kehidupan kami. Air cuma datang pada pukul tiga sehingga lima pagi.

"Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana saya sudah kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan. Oleh kerana bekalan yang sering tidak mencukupi, saya terpaksa menadah air hujan menggantikan air paip," katanya.

Seorang lain penduduk, Fon Kon Sang, 68, berkata, masalah bertambah teruk apabila hujung minggu apabila semua ahli berkumpul.

"Walaupun bekalan air yang diterima agak kotor, namun penduduk di sini masih dapat menerimanya. Cuma kami berharap agar dapat mendapat air bersih seperti orang lain.

"Saya amat berharap, agar pihak yang berwajib segera mengambil langkah untuk mengatasi masalah bekalan air kami ini," katanya.

Seorang lagi peneroka, Abdul Talib Saat, 62, melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan masalah tersebut selama lima tahun.

"Apabila tiba musim perayaan dan perkahwinan pastinya kami lebih memerlukan bekalan air. Walaupun pihak berkenaan tetap menghantar bekalan air ke rumah, namun ia masih tidak mencukupi. Begitu juga apabila ada kematian dan ketika itu air amat diperlukan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan yang bermasalah.

"Namun Sains telah menyediakan tujuh buah tangki di kawasan tinggi. Penghantaran air ke tangki juga sentiasa dibuat bagi mengelak bekalan air tangki berkurangan.

"Masalah ini akan diatasi dengan segera. Buat masa kini, kami sedang memperbetulkan masalah tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada Ogos nanti," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

143 terseksa sejak tujuh tahun

Posted: 22 Jun 2010 06:22 PM PDT

Utusan Malaysia 23 Jun 2010


Kilang papan yang didakwa penduduk menyebabkan habuk dan bunyi bising di Kampung Parit Lintang Satu Separap, Parit Sulong, Batu Pahat.

--------------------------------------------------------------------------------

BATU PAHAT 22 Jun - Bunyi bising serta udara tercemar dari sebuah kilang kayu di Taman Perindustrian Sri Sulong 'mengganggu' kehidupan 143 penduduk di Kampung Lintang Satu Separap, Parit Sulong dekat sini sejak tujuh tahun lalu.

Seorang penduduk yang rumahnya hampir dengan kilang berkenaan, Hamdan Surani, 47, mendakwa, bunyi bising dan habuk yang berterbangan dari kilang berkenaan amat 'menyeksa' keluarganya.

Menurutnya, kedudukan kilang yang hanya kira-kira 150 meter dari rumahnya benar-benar memberi tekanan kepada mereka terutamanya semasa hendak melelapkan mata setiap malam.

"Habuk dari kilang berkenaan akan berterbangan dibawa angin dan rumah saya sering dipenuhi habuk," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Lebih menyeksakan, bunyi bising daripada kilang yang beroperasi 24 jam sehari itu amat mengganggu tidur mereka dan anak-anak tidak dapat belajar dengan tenang.

Katanya, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan agensi berkenaan.

"Mereka turut mengakui yang kilang terbabit melanggar had pencemaran terutamanya bunyi yang ditetapkan apatah lagi kilang itu terlalu hampir dengan kawasan penempatan penduduk. Tapi peliknya, bagaimana kilang kayu itu boleh dibenarkan beroperasi di kawasan berdekatan penempatan penduduk," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung, Mohd. Zainuddin Abdul Samad mengakui penduduk sering mengadu kepadanya mengenai kilang terbabit yang beroperasi sehingga hampir 24 jam dan mengeluarkan bunyi terlalu bising sepanjang masa.

Beliau berkata, penduduk kini amat tertekan dan bosan kerana pencemaran yang berlaku terutama bunyi bising mengganggu kehidupan harian mereka.

Katanya, JAS telah sedia maklum dengan masalah ini dan wakil kilang terbabit turut menemui penduduk kampung bagi mendengar keluhan mereka tetapi sehingga kini masalah itu tiada jalan penyelesaian.

"Kami semua berharap agar kilang terbabit dapat dipindahkan ke kawasan lain kerana ia kilang industri berat dan tidak sesuai didirikan di kawasan terlalu hampir dengan penempatan penduduk," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati bukan sahaja kedudukan kilang berkenaan terlalu hampir dengan penempatan penduduk Kampung Parit Lintang Satu tetapi juga berhampiran beberapa kampung serta taman perumahan.

Difahamkan kilang berkenaan telah diminta memasang jaring menahan habuk atas arahan JAS tetapi ia hanya dibuat pada separuh kawasan kilang berkenaan dan habuk masih lagi mencemari udara di kawasan sekitarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm

Tiada ulasan: