Selasa, 22 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Umno akan jatuh kerana Saman Ekor

Posted: 22 Jun 2010 07:51 AM PDT


Nampaknya makin ramai Blogger yang naik angin isu saman ekor dan blacklist JPJ ni. Eloklah tu , yang terlibat dalam isu saman ekor ni bukan orang PKR, DAP dan PAS je. Orang UMNO pun terlibat, Mat Rempit, Puteri UMNO , peneroka dan lain-lain. Jangan marahkan polis dan JPJ, mereka cuma ikut arahan Menteri dan Kerajaan. Biarlah isu saman ekor dan blacklist JPJ ini tidak diselesaikan hingga Pilihanraya Umum nanti, biar lagi ramai yang teraniaya, biar cepat jatuh UMNO BN.

Di bawah beberapa Blog dan Laman Web yang angin dengan Saman Ekor dan Blacklist JPJ :

Jangan sekat sekarang untuk orang yang mempunyai saman ekor tertunggak dari membayar cukai jalan atau lesen memandu.
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/06/senarai-hitam-saman-ekor-kerajaan-perlu.html

Sepatutnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan ketelusan, perbuatan saman ekor boleh dijalankan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Aku terkejut besar dalam senarai saman ekor tu ada juga saman ekor tak pakai tali pinggang keledar RM100
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5907

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.
http://penyapusial.blogspot.com/2010/06/saman-ekorsumber-pendapatan-haram.html

Check punya check.. di dapati saman ekor terkumpul kekal kepada 7 dengan jumlah pembayaran tertunggak ialah RM2,000.00. liau!
http://cik-zura.blogspot.com/2010/06/mari-kita-check-saman-trafik.html

Seingat aku saman yang bersignature sahaja yang kena blacklist. Jumlah terkumpul yang diperolehi aku adalah 7 saman
http://www.azamrashid.com/?p=1035

APA APA YANG LUAR BIASA JADI KAT MALAYSIA
http://cdposter.blogspot.com/2010/06/saman-ekor-bontot-boleh-kena-blacklist.html

Pakatan Rakyat akan menang sebab BN tak ikut SPR

Posted: 22 Jun 2010 06:17 AM PDT


Nampaknya pimpinan BN terutamanya UMNO iaitu Dr Rais Yatim dah mula bimbang kerana masih ramai orang Melayu yang belum mendaftar sebagai pengundi. Tulah SPR dah nak buat daftar pengundi secara otomatik , tapi UMNO tak nak dengar cakap SPR. Sekarang yang ramai daftar pengundi baru ialah DAP, PKR dan PAS. Oleh itu Pakatan Rakyat jangan desak lagi SPR buat daftar pengundi secara otomatik, kerana ianya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Jadi jentera Pakatan Rakyat perlu perhebatkan lagi kempen daftar pengundi baru di kalangan para penyokong.

***************************
Sikap Melayu membimbangkan

Utusan Malaysia 22 Jun 2010

PUTRAJAYA 21 Jun – Seorang menteri kanan hari ini membangkitkan kebimbangan berhubung sikap sebilangan besar orang Melayu yang tidak ambil peduli tentang kepentingan mendaftar sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun atau lebih.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menarik perhatian bahawa sekitar 500,000 ahli parti itu sendiri belum dipastikan sebagai pengundi berdaftar pada masa ini.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm


SPR dah cadang warga negara berusia 21 tahun ke atas menjadi pengundi berdaftar secara automatik. Tapi kerajaan tak nak dengar.

******************
10 Feb - Syor Usia 21 Tahun Jadi Pengundi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mewajibkan warga negara berusia 21 tahun ke atas menjadi pengundi berdaftar secara automatik dan dikenakan tindakan jika tidak mengundi pada pilihan raya.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5759:10-feb-&catid=383:2010-02&Itemid=27

**********************
DAP dominasi pendaftaran pengundi muda

KUALA LUMPUR, Dis 22 — Walaupun lebih dua dozen parti politik berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DAP dilihat dominant dalam menggerakkan pendaftaran pengundi-pengundi baru khususnya generasi muda sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Parti yang popular di pantai barat Semenanjung ini mengambil kesempatan perubahan landskap politik untuk menawan hati pengundi golongan muda.
Perkara ini diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/47272-dap-dominasi-pendaftaran-pengundi-muda
http://dapsy.dappg.org/?p=406

****************************
Tiada Pendaftaran Automatik Pengundi – Nazri - UMNO Online - 18 Mac 2010 ...
Tiada Pendaftaran Automatik Pengundi – Nazri ... Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang ...

http://umno-online.com/?p=6899

*****************************
13,000 daftar sebagai pemilih

KOTA BAHARU 10 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mendaftarkan jumlah pemilih paling ramai dalam suku pertama tahun ini berbanding sebelum ini, kata Pengarah SPR negeri Ab. Rahim Md. Salleh.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm&arc=hive

Sampah berulat depan pintu di Johor

Posted: 22 Jun 2010 02:42 AM PDT



Berita Harian 22 Jun 2010

Penduduk Jalan Sungai Abong tak larat hidu busuk setiap hari

MUAR: Kerja mengutip sampah yang tidak mengikut jadual terutama membabitkan kawasan perumahan sekitar Jalan Sungai Abong, di sini didakwa menyebabkan penghuni terpaksa mengambil jalan mudah dengan membuang sampah-sarap dan sisa pepejal di kawasan terbuka, termasuk di bahu jalan dan di persimpangan jalan utama di jalan berkenaan.

Beberapa penghuni mendakwa mereka terpaksa berbuat demikian kerana sampah-sarap dan sisa pepejal yang dimuatkan di dalam tong, di depan kediaman masing-masing sudah penuh. Penghuni, Yunus Ahmad, 50, berkata selain diselongkar haiwan sama ada kucing dan anjing, sampah yang lewat diangkat di dalam tong di depan pintu rumahnya akan berulat dan busuk serta melimpah ke bahu jalan. Justeru, katanya, beliau dan penghuni lain tidak mempunyai kaedah lain untuk mengatasi masalah itu, selain membuang sampah-sarap dan sisa pepejal di tempat terbuka yang jauh dari kawasan rumah.

"Kami perlu berbuat demikian kerana tidak tahan dengan bau meloyakan yang meresap ke dalam rumah, setiap kali membuka pintu sehingga menjejaskan kesihatan dan selera makan.

"Walaupun isu sampah sarap yang lambat diangkat dalam kawasan perumahan sering dilaporkan dalam media, masalah itu tidak diatasi dan berlarutan hingga kini," katanya.

Yunus mendakwa sebelum ini, lori pengangkut sampah masuk ke dalam kawasan perumahan itu setiap dua hari sekali, tetapi sejak kebelakangan ini, kerja mengutip sampah dilakukan sehingga enam hari sekali dan kadang-kadang melebihi seminggu.
Beliau berkata, penduduk juga mengalami pencemaran bau yang teruk sebaik sampah yang berulat dan busuk di dalam tong sampah diangkat oleh lori pengangkut sampah.

"Air sampah daripada dalam lori melimpah di permukaan jalan yang bukan saja mengotorkan jalan raya tetapi turut menyebabkan pakaian yang dijemur di ampaian turut dicemari bau busuk," katanya.

Sementara itu, Jamal Abdul Nasir, 50, berkata lebih menyedihkan lagi apabila sampah-sarap yang lambat diangkat di dalam kawasan perumahan menjejaskan majlis perkahwinan yang diadakan pada musim cuti persekolahan baru-baru ini.

Katanya, beliau terkejut apabila mendapati sampah-sarap dan sisa pepejal yang berlonggok di beberapa persimpangan jalan dalam kawasan perumahan ketika menghadiri majlis perkahwinan di sebuah taman perumahan di Jalan Sungai Abong, minggu lalu.

"Selain mencemarkan pemandangan, longgokan sampah sarap itu juga boleh menimbulkan rasa kurang senang tetamu juga tuan rumah yang menganjurkan majlis berkenaan.

"Berikutan itu, penduduk mahu masalah itu mendapat perhatian pihak berwajib selaras dengan moto pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Muar Bandar Bersih dan Indah," katanya.

Tinjauan mendapati antara bahu jalan yang menjadi lokasi pembuangan sampah terbuka ialah di kawasan perumahan KKDTI 2 dan 5, Taman Pertama Indah dan Taman Baru Sungai Abong.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Sampahberulatdepanpintu/Article

Tiada ulasan: