Jumaat, 18 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Petugas Harakah dibawah paras kemiskinan ?

Posted: 18 Jun 2010 01:23 AM PDT


Adakah artikel ini benar atau fitnah ? Adakah ianya ditulis oleh ahli , bukan ahli , musuh , agen , talam dua muka , SB , perisik ? Untuk tidak menokok tambah apa yang ditulis oleh penulis sila baca sendiri tulisan penulis ini pada pautan berikut http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=11228

Gaji minimum...petugas HARAKAH masih dibawah paras kemiskinan?
Tarikh : Friday, June 13 @ 15:56:21 PDT
Topik : Aduan @ Laporan

Datuk Shahrir Samad dan Flat daif Johor

Posted: 17 Jun 2010 09:06 PM PDT


Penduduk di flet Taman Skudai Kanan berdepan kebimbangan. Penduduk gusar air hujan yang memasuki menerusi bumbung yang bocor akan menyebabkan litar pintas seterusnya kebakaran. Walaupun sudah banyak kali melaporkannya kepada pihak berwajib dan juga wakil kerajaan, tiada tindakan dilakukan. Kami terpaksa menadah air dari bumbung yang bocor dan hanya memasang lilin ketika malam.

******************************************
Berita Harian 18 Jun 2010

PENGHUNI flat Taman Skudai Kanan menunjukkan siling rumah yang bocor akibat dipukul ribut baru-baru ini belum dibaiki.Penduduk Taman Skudai Kanan kesal bumbung rosak dipukul ribut belum dibaiki

JOHOR BAHRU: Sebahagian 600 penduduk di dua blok flet Taman Skudai Kanan dekat Bandar Baru Uda, di sini berdepan kebimbangan berlaku kebakaran akibat litar pintas selepas kediaman mereka dilanda ribut baru-baru ini yang menyebabkan bumbung dan tingkap rumah mereka rosak.

Penduduk gusar air hujan yang memasuki menerusi bumbung yang bocor akan menyebabkan litar pintas seterusnya kebakaran. Seorang suri rumah, Siti Asnah Dalimin, 39, yang menetap di blok G, berkata dia dan keluarga tidak berani memasang lampu atau menggunakan alat elektrik ketika hujan.

"Kami tidak mahu mengambil risiko kerana amat berbahaya jika air masuk ke dalam kabel elektrik berkenaan," katanya.

Beliau berkata, dia dan keluarga membeli unit rumah di tingkat empat yang juga paling atas dengan harga RM32,000 daripada pemaju, Uda Holdings Berhad sejak 10 tahun lalu.

Katanya, sebelum diserahkan kepada penduduk, bangunan itu diselenggara dengan baik tetapi sekarang ia agak terbiar.

"Walaupun kami sudah banyak kali melaporkannya kepada pihak berwajib dan juga wakil kerajaan, tiada tindakan dilakukan. Kami terpaksa menadah air dari bumbung yang bocor dan hanya memasang lilin ketika malam," katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Razak Aini, 27, berkata apabila pulang daripada kerja dia melihat sebahagian atap bangunan itu sudah diterbangkan angin.

Beliau yang menyewa unit berkenaan dengan sewa RM300 sebulan, berkata dia terpaksa mencari rumah lain jika keadaan sama masih berterusan.

"Saya takut tinggal di sini, sebahagian atap bila-bila masa saja boleh jatuh jika angin kuat. Pemegang tangga juga boleh tercabut dan berbahaya kepada kanak-kanak," katanya.

Yusof Daud, 48, berkata dia dan keluarga termasuk dua cucunya sudah menetap di flat terbabit sejak 13 tahun lalu.

Beliau menjelaskan, sebahagian penduduk sudah menyuarakan masalah mereka kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru tetapi sehingga kini keadaan masih tidak berubah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Rumahpangsadaif/Article

10 tahun orang Johor bergelumang bau hanyir

Posted: 17 Jun 2010 09:05 PM PDT


Penduduk Taman Sri Sulong, Batu Pahat sejak 10 tahun lalu terpaksa menghidu bau busuk dipercayai berpunca dari pusat penyembelihan dan memproses ayam berhampiran. Penduduk sering kali mengadu kepada PBT namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Air untuk memproses ayam dibuang dan mengalir ke dalam longkang besar di hadapan rumah penduduk

***********************************
Utusan Malaysia 18 Jun 2010
10 tahun terpaksa bergelumang dengan bau sisa ayam dan hanyir

kira-kira 100 penghuni Taman Sri Sulong terpaksa menghidu bau busuk akibat sisa ayam yang diproses dibuang dan mengalir ke dalam longkang besar di hadapan rumah mereka di Batu Pahat, Johor, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

BATU PAHAT 17 Jun - Busuk dan meloyakan!

Itulah yang dialami kira-kira 100 penduduk Taman Sri Sulong dekat sini sejak 10 tahun lalu kerana terpaksa menghidu bau busuk dipercayai berpunca dari pusat penyembelihan dan memproses ayam berhampiran.

Penduduk mendakwa pusat berkenaan terlalu hampir iaitu kira-kira 30 meter sahaja dari kediaman mereka.

Utusan Malaysia dimaklumkan, ahli jawatankuasa penduduk taman berkenaan telah membuat aduan dan merayu supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) memindahkan pusat terbabit ke kawasan lain kerana menimbul bau busuk setiap hari.

Seorang penduduk, Norliza Shukor, 32, yang baru dua bulan tinggal di rumah yang baru dibelinya berkata, setiap hari mereka sekeluarga menghidu bau busuk yang datang dari pusat penyembelihan dan memproses ayam yang terletak bertentangan rumahnya.

"Tetapi sejak kilang itu memindahkan tempat menyembelih, bau busuk itu kurang sedikit tetapi orang yang dekat dengan tempat penyembelihan pula menjadi mangsa," katanya

Katanya, bau busuk itu tetap 'datang' kerana air untuk memproses ayam dibuang dan mengalir ke dalam longkang besar di hadapan rumah penduduk di situ.

Seorang peniaga kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Heng mengakui masalah itu telah berlarutan terlalu lama dan penduduk sering kali mengadu kepada PBT namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami sudah tidak boleh buat apa-apa, masalah ini tidak selesai hingga kini terpaksalah hidu bau busuk setiap hari," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedudukan pusat itu terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan sisa buangan disalurkan terus ke longkang besar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

Tiga tahun berdepan risiko

Posted: 17 Jun 2010 07:59 PM PDT



Sinar Harian 18 Jun 2010

DUYONG - Penduduk Kampung Bukit Duyung, di sini mengeluh dengan masalah dihadapi mereka lebih tiga tahun lalu.

Mereka mendakwa, kekurangan penyelenggaraan sempurna di kawasan tersebut menyebabkan mereka bimbang dijangkiti pelbagai penyakit, selain berdepan bahaya pada waktu malam.

Difahamkan, dua penduduk di situ dijangkiti demam denggi dan kini terlantar sakit.

Tinjauan Sinar Harian di kampung terbabit mendapati, lalang di kawasan itu mencapai enam meter dan hampir keseluruhan sistem perparitannya menghadapi masalah tersumbat.

Seorang penduduk, Soknah Kurus, 62, berkata, ancaman Aedes di kampung itu berlanjutan selama tiga tahun, tetapi pihak berkenaan didakwa tidak mengambil sebarang usaha membantu membanterasnya.

Menurutnya, bilangan penduduk dijangkiti wabak itu semakin meningkat, termasuk anaknya sendiri yang kini terlantar di hospital kerana denggi berdarah.

"Sudahlah bimbang dengan ancaman Aedes, penduduk juga risau untuk keluar rumah kerana sering terserempak babi hutan yang tiba-tiba keluar daripada semak.

"Bukan seekor tetapi lebih daripada 10 babi hutan, selain haiwan liar yang mengancam tanaman penduduk," katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, baru-baru ini.

Selain itu, menurutnya, penduduk dibelenggu masalah jalan berlubang kerana kerap menjadi kawasan alternatif lori mengangkut tanah bagi projek pembinaan di tempat lain.

Dia mendakwa, masalah itu kerap diajukan kepada pihak berkenaan, tetapi ia tetap berlaku.

"Sebelum ini permukaan jalan dilihat sempurna, tetapi apabila sejak dilalui lori besar mengangkut tanah di kampung ini, jalan mula rosak.

"Tidak cukup dengan itu, keadaan rumah sering berhabuk dan penduduk terpaksa membersihkan rumah setiap hari hari untuk mengelak diserang penyakit batuk dan asma," katanya.

Beliau berkata, apabila penduduk menyuarakan masalah mengenai kerosakan jalan, pihak berkenaan meminta penduduk bersabar kerana kerja membaikinya sedang berjalan.

Sementara itu, Md Anuar Hashim, 25, mendakwa, lampu jalan di kampung itu tidak berfungsi dan membahayakan pengguna.

Menurutnya, kemalangan terutama melibatkan penunggang motosikal kerap berlaku kerana keadaan sekitar terlalu gelap.

"Ada kes terbaru apabila ada pelajar sekolah hampir terjatuh ke dalam longkang akibat terbabas setelah mengelak lubang di laluan di sini.

"Saya hairan sebab tiang lampu sudah lama didirikan, tetapi sehingga hari ini, ia masih belum boleh berfungsi. Ada juga tiang tersebut sudah rosak," katanya.

Menurutnya, masalah itu bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna, tetapi turut menyumbang kegiatan jenayah pecah rumah di kampung tersebut sejak kebelakangan ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7830957.asp

Beriadah di tempat usang, busuk

Posted: 17 Jun 2010 07:55 PM PDT



Sinar Harian 18 Jun 2010

MASJID TANAH – Biarpun menyedari risiko bakal ditanggung, sebahagian penduduk sekitar kawasan ini masih memberanikan diri menggunakan Dewan Masjid Tanah, dekat sini untuk aktiviti riadah.

Dalam keadaan dewan tidak sempurna, selain keadaan lampu siling yang sudah terkulai dan akan jatuh bila-bila masa, keadaan itu sudah semestinya membahayakan pengguna dewan berkenaan.

Ditambah lagi dengan masalah tahi burung, kelawar serta tikus bertaburan sehingga mengundang bau busuk.

Bagaimanapun, mereka tidak ada pilihan lain, selain menggunakan kemudahan dewan itu untuk aktiviti riadah memandangkan tiada lagi tempat sesuai di kawasan sekitar.

Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paya Rumput, Ithnin Minhat, 53, berkata dewan berkenaan terbiar sejak kira-kira enam tahun lalu.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang usaha untuk membaik pulih kemudahan berkenaan.

"Sudah banyak kali aduan disalurkan kepada pihak berkenaan, namun hingga hari ini masih tiada tindakan diambil. Memang ia menjadi tumpuan penduduk bermain badminton di situ tetapi keadaannya tidak selesa," katanya.

Ithnin berkata, biarpun begitu, bayaran untuk menggunakan dewan terbabit tetap dikenakan sebanyak RM6 sejam .

"Bukan saja kita yang bermain terpaksa keluar duit untuk menggunakan dewan ini, tetapi pernah mengambil inisiatif mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membaiki kemudahan di sini." katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Bagi Saiful Bahri Harun, 42, yang merupakan pengunjung tetap dewan itu juga memberi reaksi sama berhubung keadaan dewan berkenaan.

"Lampu siling sudah tercabut dan cuma bergantung kepada wayar mampu mengundang bahaya kepada sesiapa saja yang berada di bawahnya.

"Lampu itu juga sudah terkulai dan akan jatuh bila-bila masa. Ada sesetengah ibu bapa datang membawa anak-anak dan keadaan ini amat bahaya terutama mereka yang tidak sedar keadaan itu," katanya.

Menurutnya, jika dulu dewan itu menjadi tumpuan masyarakat setempat berbilang kaum untuk pelbagai majlis, namun kini tiada siapa lagi mahu menggunakannya akibat kecewa dengan keadaannya.

Seorang penduduk, Hee Kuang How, 50, turut meluahkan kekesalan atas sikap pihak tidak mengambil berat tentang kemudahan di situ.

"Ini adalah satu-satunya gelanggang badminton yang ada di kawasan ini, tetapi jika tidak diselenggara dengan baik, bagaimana ia boleh berfungsi kepada orang ramai.

"Bagaimanapun, kami tetap datang kerana tiada gelanggang lain untuk dijadikan tempat sukan badminton," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7829648.asp

Penduduk derita berkongsi jalan

Posted: 17 Jun 2010 07:53 PM PDT



Sinar Harian 18 Jun 2010

AIR TAWAR – Jika sebelum ini, keadaan jalan menghubungkan 20 keluarga di Jalan Air Tawar Baroh sempurna dan selesa, namun ia berubah wajah sejak setahun lalu.

Penduduk mendakwa, keadaan itu berlaku kerana laluan itu turut dikongsi bersama kenderaan berat yang membawa muatan untuk kerja-kerja pembinaan sebuah sekolah di situ.

Penduduk, Aduka Din, 56, berkata, jalan mula pecah dan rosak teruk selepas digunakan kenderaan itu.

"Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk yang tinggal di sini. Keadaan ini menyebabkan penduduk tidak selesa menggunakannya dan boleh menyebabkan kereta rosak.

"Apatah lagi jika selepas hujan, jalan berlubang menakung air sehingga penduduk bimbang sesuatu yang buruk berlaku," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum ini terdapat kenderaan berat yang membawa muatan daripada sebuah kilang perabot di kawasan berhampiran.

"Namun begitu, pemilik kilang berkenaan bertanggungjawab dengan membaiki semula jalan jika ada kerosakan," katanya.

Sementara itu, pengusaha kafe di situ Zulkefli Mantan, 52, mendakwa, perniagaannya turut mengalami kerugian kerana pelanggan yang semakin kurang mengunjungi kawasan tersebut.

Katanya, kebanyakan pelanggan tidak mahu datang ke kafenya pada sebelah malam kerana bimbang kenderaan mereka akan mengalami masalah jika melalui jalan itu.

"Berbanding dahulu, ramai pelanggan yang datang untuk makan dan minum di kafe saya, tetapi kini untuk dapat RM10 setiap malam pun susah.

"Penduduk di sini terseksa untuk melalui jalan ini, apatah lagi memikirkan anak-anak yang mahu keluar ke kelas mengaji al-Quran pada waktu malam. Jalan di sini banyak kelopak air, debu dan kadangkala kenderaan terkandas di lubang jalan khususnya selepas hujan," katanya.

Zulkefli mendakwa, penduduk ada mengadu kepada pihak tertentu supaya dapat bertanggungjawab atas kerosakan jalan di sini.

"Kita meminta pihak berkaitan dapat mengambil tahu mengenai keadaan jalan di sini. Kita mohon agar ia dapat dikembalikan seperti sedia kala seperti dahulu dan pihak terlibat dapat bertanggungjawab," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7829547.asp

Pelajar India bersatu tuntuh hak, pelajar Melayu ?

Posted: 17 Jun 2010 07:25 PM PDT


Pelajar berbangsa India bersatu menuntut hak mereka. Pelajar Melayu kita bagaimana , terutama di program Matrikulasi dan Asasi Sains ? Pelajar India menuntut hak sama rata dalam Matrikulasi dan Asasi Sains , mereka menuntut STPM dimansuhkan. Adakah pelajar Melayu masih berbangga-bangga dengan keputusan SPM dan tidak bersungguh-sungguh belajar di IPTA ?

Adakah pelajar Melayu kita leka dengan Chatting , Twitter , Coupling , Piala Dunia , Rempit , Akademi Fantasia dan sebagainya. Begitu banyak Blog pelajar India menuntut STPM dimansuhkan, tapi Blog Remaja Melayu leka dengan cinta cintun , piala dunia , dunia artis dan sebagainya.

Sebelum salahkan orang lain, sebelum salahkan bangsa lain, cari kesalahan diri sendiri dan bangsa sendiri.

Jangan salahkan bangsa lain jika mereka bersatu, salahkan bangsa sendiri kerana tidak bersatu, Menang Sorak , Kampung Tergadai.

Allah menjadikan manusia , bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kita saling kenal mengenal antara satu sama lain bukan untuk bersengketa.

Agak-agak pelajar Melayu kita berani nak buat macam ni, buat desakan kepada kerajaaan, tandatangan petisyen, letak nama penuh, alamat sekolah dan No KP , bantu rakan sekelas mereka atas dasar semangat 1Malaysia ?

Beberapa Blog dibawah yang mendesak kerajaan memansuhkan STPM :
http://www.hrp-my.org/2010/06/16/video-hindraf-hrp-abolish-stpm/
http://www.hrp-my.org/2010/06/15/photos-memo-to-pm-najib-razak-at-parliament-15610/
http://national-express-malaysia.blogspot.com/2010/06/blog-post_17.html
http://cj.my/yuthra/?p=792
http://poobalan.com/blog/borninmalaysia/2010/06/17/hrp-memo-to-abolish-stp/
http://malaysianindian1.blogspot.com/2010/06/abolish-stpm-one-exam-one-matriculation.html


HRP handed over a memo to a representative of PM Najib at the parliament yesterday to call for the abolishment of STPM in favor of single program (matriculation) for all.

Abolishing a tougher program for the lesser one doesn't seem to be a wise move, but maybe HRP is just trying to create some heat to force reaction from the authorities.

Its only fair that a single point of entry is provided, or if there's multiple entry points, then every rakyat is given equal and fair opportunity to make use of the entry point. Any attempts to defend or justify otherwise is just excuse to practice discrimination.

So, for me, make only one way to enter IPTA – STPM (UEC also should not be used to enter IPTA). Other routes must be removed. OR, open matriculation to all and close down STPM. Not enough places, well, convert all STPM classes into matriculation classes, just need to retrain teachers and change the syllabus.

They also handed over a list of 48 names of students who did not get any offers:

NO NAME IC ADDRESS RESULT
1 Deborah Anne a/p John Philip 920608-14-5120 SMK Covent Bukit Nanas 13 As
2 Mohana Priya a/p Kasanathan 920122-14-5390 SMK Ibrahim 13 As
3 Shobanaa Rubini a/p Ganesarao 920305-08-6522 SMK Perempuan Methodist, Ipoh 12 As
4 Elwinder Singh a/l Jasvir Singh 920121-14-6017 SMK Sri Dasmesh KL 12 As
4 Sasvin a/l Manimaran 920816-10-5717 SMK Taman Sea 11 As
5 Sharmalla a/p Subramaniam 921218-05-5124 SMK Senawang Seremban 11 As
6 Gomalah a/p Ganeswaran 920728-05-5082 SMK Tuanku Jaafar Seremban 11 As
7 Sangitha a/p Elango 921218-05-5474 SMK King George V Seremban 11 As
8 Thenmoli Hanbrasi a/p Jothy 920520-08-5180 SMK Tawar 11 As
9 Deepashini a/p Rajindran 921106-08-5580 SMK Methodist (ACS), Sitiawan 11 As
10 Arvind a/l Rajan 920605-14-5045 SMK Kepong 11 As
11 Santhini a/p Ramani 921012-10-6096 SMK Pusat Bandar Puchong 1 11 As
12 Shivanashini a/p Mathiyalagan 920428-02-5914 SMK Covent Father Barre 11 As
13 Prabagaran a/l Kanapathy 920829-08-5539 SMK Anderson Ipoh 10 As
14 Santhira a/p Vijaya Kumar 920814-14-5156 SMK Tengku Ampuan Rahimah 10 As
15 Divya Mala a/p Shanmugam 921118-10-5358 SMK Tawau 10 As
16 Serena Susan a/p Peter Manickom 920528-01-5078 SMK Iskandar Shah 10 As
17 Eiswaran a/l Ramasamy 920125-05-5227 SMK King Gedage V Seremban 10 As
18 Komathi a/p Muniandy 920719-02-5094 SMK Kulim 10 As
19 Pavithiraen a/l Segeranazan 921225-08-5903 SMK Dato' Haji Hussein 10 As
20 Jayasri Nair a/p Janardanan 921219-07-5338 SMK Bedong 10 As
21 Ravind a/l Amaresan 920928-14-5867 SMK Ibrahim 10 As
22 Prabagaran a/l Kanapathy 920829-08-5539 SMK Anderson, Ipoh 10 As
23 Mogan a/l Mahadevan 921022-07-5641 SMK Datuk Haji Abd Kadir P.Png 10 As
24 Yuana Rooja a/p Murugah 921002-02-6092 SMK Ibrahim 10 As
25 Moganpriya a/p Thillamuthu 920924-02-5868 SMK Covent Father Barre
10 As
26 Thulasi a/p Palakrisnan 920310-08-6412 SMK Sains Raja Tun Azlan, Taiping 9 As
27 Uneshddarann a/l Nagandran 921125-01-5123 SMK Buloh Kasap 9 As
28 Nageeshvari a/p Tachinamurti 920129-14-6142 SMK Damansara Damai 1 9 As
29 Kesevaan a/l Morgan 920717-14-5947 SMK Raja Abdullah KL 9 As
30 Ghaithrie a/p Subramaniam 920312-01-5140 SMK Tinggi Kluang 9 As
31 Pavitra a/p Sehalinggam 920926-07-5658 SMK Convent Pulau Tikus Pinang 9 As
32 Priyatharisan a/l Balaraman 920609-05-5153 SMK Bukit Mewah Seremban 9 As
33 Yogeswary a/p Gunasegaran 920808-14-5416 SMK Convent Jalan Peel KL 9 As
34 Nandarcobini a/p Rajendran 920917-01-5662 SMK Dato Penggama Timur 9 As
35 Tarashini a/p Suthesan 920228-14-6682 SMK Convent Kajang 9 As
36 Lingeswaran a/p Ratnam 921110-01-6027 SMK Dato' Penggama Timur 9 As
37 Rupini a/p Manoharan 920418-04-5428 SMK Undang Rembau N. Sembilan 9 As
38 Narmatha Darshini Nanthini Subramaniam 920903-14-5238 SMK (P) Sri Aman 9 As
39 Pavitra Sri a/p Ramaya 920202-02-5866 SMK Taman Ria Jaya 9 As
40 Parthiban a/l Perumal 920520-07-5105 SMK Kulim 9 As
41 Yasheera a/p Vasudevan 920103-14-5950 MAKTAB 8 As
42 Thennarasei a/p Pannir Selvam 920373-07-5018 SMK Tinggi Bkt Mertajam P. Pinang 8 As
43 Saraniah a/p Kalidasan 920624-08-5324 SMK Covent Father Barre 8 As
44 Kogulavarman a/l Asokan 920302-14-5195 SMK (L) Bukit Bintang 7 As
45 Dineshwary a/p Nadthan 920121-10-5370 SMK Subang Jaya 7 As
46 Kalaimalar a/p Perumal 921113-14-5502 SMK Seri Garing 7 As
47 Gadura Kishdra a/l Viswenaden 921103-14-5015 SMK Hillcrest 7 As
48 Navindren a/l Murugasen 920614-14-5135 SMK (L) Bukit Bintang 7 As

So, what do you think?

I doubt 7As can be considered as excellent results due to number of As easily accumulated by students. However it would be a good achievement for students coming from challenging backgrounds. While we can argue that only the best should given scholarship or only deserving ones given place in matriculation, it should be true for all, and not applied selectively. That's the contention point, not because we are jealous or want to grab other people's opportunities.

Thought of uploading the photos of the memo submission, but since its at HRP website, view it there:

http://www.hrp-my.org/2010/06/15/photos-memo-to-pm-najib-razak-at-parliament-15610/

http://www.hrp-my.org/2010/06/16/photos-2-memo-to-pm-najib-razak-at-parliament-15610-abolish-stpm/

http://poobalan.com/blog/borninmalaysia/2010/06/17/hrp-memo-to-abolish-stp/

Hari Guru, Rekod Bubur Lambuk MB N.Sembilan

Posted: 17 Jun 2010 05:51 PM PDT


Seluruh rakyat Negeri Sembilan harus rasa berbangga kerana pada tahun 2007 Negeri Sembilan telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 200 periuk bubur lambuk berjaya dimasak. Pada 26 Jun 2010 akan diadakan Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan pada hari SABTU 26 Jun 2010 mulai jam 8.00 MALAM bertempat di Padang Majlis Bandaran Seremban. Adakah mungkin sekali lagi Negeri Sembilan akan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai jamuan makan malam paling ramai dihadiri guru iaitu seramai 15,000 guru dari seluruh Negeri Sembilan ?

Mungkin guru-guru dari Palong , Gemencheh, Gemas, Jelebu pasti seronok , gumbira dan tertunggu-tunggu majlis makan malam terbesar pernah diadakan ini.

************************************
Sambutan Hari Guru tak membazir

Utusan Malaysia 18 Jun 2010 . SEREMBAN 17 Jun – Sambutan Hari Guru buat pertama kalinya yang dianjurkan oleh kerajaan negeri pada 26 Jun ini bukan program membazir seperti dakwaan sesetengah pihak.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Guru itu, Mohamad berkata, program berkenaan akan dihadiri 15,000 guru di seluruh negeri ini dan beberapa pengisian akan dijalankan sepanjang majlis berkenaan termasuklah jamuan makan malam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

***********************************
Cipta rekod bubur lambuk


Utusan Malaysia SEREMBAN 15 Sept. 2007 – Satu lagi rekod tercipta dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 200 periuk bubur lambuk berjaya dimasak sempena pelancaran Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2007, di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang ini.

Katanya, sijil pengiktirafan kejayaan itu akan disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena majlis pelancaran bazar itu petang ini.

Sebanyak 3,000 kilogram (kg) beras digunakan, selain ramuan lain seperti 1,200 kg daging, 1,200 kg santan, 200 kg udang kering dan 400 kg kacang tanah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Tiada ulasan: