Rabu, 24 Disember 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[PRESS STATEMENT] Kerajaan Persekutuan Perlu Luluskan Geran Bantu Kerajaan Kelantan Atasi Bencana Banjir

Posted: 24 Dec 2014 03:26 AM PST

Kerajaan Persekutuan Perlu Luluskan Geran Bantu Kerajaan Kelantan Atasi Bencana Banjir

Hingga ke hari ini lebih 30,000 orang telah terkesan dan terpaksa dipindahkan akibat bencana banjir yang menimpa negeri Kelantan dan Terengganu. Ini merupakan antara bencana banjir yang paling teruk pernah dialami, hingga buat pertama kali sejak beberapa tahun yang lalu Kota Baru sendiri dinaiki air hari ini.

Sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini.

Saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini.

Pada masa yang sama, saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin, bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri ini mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini.

ANWAR IBRAHIM

Perutusan Hari Natal 2014

Posted: 23 Dec 2014 09:06 PM PST

Sebagaimana kebiasaan inilah waktu di mana masa diluangkan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang. Meski sarat dengan beban tugas harian yang seakan saling mengejar, keakraban kalangan famili tercinta wajar diberi apresiasi tertinggi tanpa kompromi.

Kasih sayang dan kesepaduan inilah yang harus dipupuk dalam konteks masyarakat Malaysia melangkaui agama, ras dan kepercayaan. Indahnya sebuah peradaban manusia ialah apabila perbezaan dirai dengan adil, hormat dan santun. Inilah tunjang kestabilan sebuah masyarakat yang nuansa dan luwes sifatnya, dengan memupuk iltizam kebersamaan di samping mengekal kestabilan dan keharmonian tanpa cacat cela serta adu domba.

Semoga tahun baharu 2015 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dengan iltizam kebersamaan ini, atas paksi keadilan dan kesaksamaan yang dijamin Perlembagaan pastinya.

Selamat Hari Natal buat sekalian penganut Kristian Malaysia dari saya mewakili pimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya.

ANWAR IBRAHIM

Isnin, 22 Disember 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Solidarity for Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Posted: 22 Dec 2014 02:57 AM PST

Solidarity for Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

I called Sheikh Yusuf Al-Qaradawi last night to ask about the latest developments concerning Interpol's action. The Muslim world is clearly shocked with the move by Interpol to issue a warrant of arrest on Sheikh Yusuf on grounds of his association with the Ikhwanul Muslimin in Egypt. Alhamdulillah, Sheikh Yusuf is neither demoralised nor deterred by this latest act of intimidation. On the contrary, he is highly appreciative of the concern and solidarity shown by the international Muslim community and has asked me to convey his best wishes and regards to the people of Malaysia for the support shown. This latest move by General Abdel Fattah al-Sisi of Egypt is totally unwarranted and disappointing and constitutes an act of gross oppression on a world renowned scholar of Islamic jurisprudence as well as a most highly respected cleric in the Muslim world. In this regard, I call on Interpol to withdraw the red notice that has been issued on Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.

ANWAR IBRAHIM

Solidariti Buat Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

Posted: 21 Dec 2014 09:03 PM PST

Solidariti Buat Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Malam tadi saya sempat menelefon Sheikh Yusuf Al-Qaradawi untuk mendapatkan maklumat terkini bersabit tindakan Interpol.

Dunia Islam Antarabangsa nyata sekali terkejut dengan tindakan Interpol yang mengeluarkan waran tangkap ke atas beliau, atas justifikasi perkaitan beliau dengan ativisme Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Alhamdulillah, Sheikh Yusuf tetap bersemangat dan sekelumitpun tidak tergugat dengan intimidasi ini. Di samping beliau terharu dengan keprihatinan dan solidariti masyarakat Islam antarabangsa, beliau sempat meminta saya menyampaikan salam beliau buat sekalian rakyat Malaysia dan menghargai sokongan yang diberikan.

Saya merakamkan perasaan dukacita dan kekesalan terhadap kezaliman Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Mesir atas tindakan ini ke atas seorang ulama’ muktabar yang disanjung dunia Islam seluruhnya.

Justeru saya menggesa Interpol menarik balik notis merah yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf kerana jelas sekali tindakan tersebut tidak berasas dan hanya memperlihatkan Interpol diperalat oleh diktator yang zalim.

Dalam masa yang sama, mewakili Pakatan Rakyat saya turut menggesa pertimbangan serius Perdana Menteri Dato’ Sri Najib serta Kerajaan Malaysia amnya untuk mengambil satu pendirian serta ketetapan yang tegas untuk membantah tindakan tersebut.

Jelas, tindakan ini keterlaluan malah secara sentimental turut mengesani Malaysia yang dahulunya telah menobatkan Sheikh Yusuf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabanga pada tahun 2009 serta anugerah Ijazah Kehormat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996.

Sumbangan beliau dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional ke atas Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ketimbang menjadi alat sang penguasa desperado.

ANWAR IBRAHIM

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Sambutan Maulidur Rasul 1436 H / 2015 M

Posted: 22 Dec 2014 01:04 AM PST







Sambutan Maulidur Rasul 1436 H / 2015 M Peringkat Negeri Negeri Pulau Pinang akan diadakan diseperti ketetapan berikut. Semua dijemput hadir bagi menyemarakan lagi sambutan ini

Selamat Hari Natal & Tahun Baru 2015

Posted: 20 Dec 2014 01:43 AM PST



Pihak Warga n37 Batu Maung, ingin mengucapkan Selamat Hari Natal & Tahun Baru 2015 kepada semua penduduk N37.

Ahad, 21 Disember 2014

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Blessed Christmas n Happy New Year

Posted: 21 Dec 2014 04:06 PM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Sumbangan Beg Sekolah Sempena Musim Kembali Ke Sekolah

Posted: 21 Dec 2014 03:25 AM PST



Menyampaikan Sumbangan di Program Masih Ada Yang Sayang

Posted: 21 Dec 2014 03:22 AM PST

Klang, 21 Disember 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang akan memulakan sesi persekolahan 2015 di program Masih Ada Yang Sayang yang dianjurkan di Dewan JKKK Kg. Jawa, Klang oleh JKKK Kg, Jawa.

Turut hadir adalah Tok Penghulu Mukim Jalan Kebun Tok Wahab Othman, wakil YB Dr. Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, En. Azmi Jusoh dan Ketua Kampung, Tuan Hj Ismail Abdullah.





Gotong-royong Hulubalang

Posted: 21 Dec 2014 03:20 AM PST

Klang, 21 Disember 2014 - Program gotong-royong diadakan pada pagi ini di Taman Sentosa, Klang.







Program Jom Shopping Back to School MPP Zon 15

Posted: 21 Dec 2014 03:16 AM PST

Shah Alam, 20 Disember 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar menghadiri program Jom Shopping Back to School MPP Zon 15 di Mydin Seksyen 18, Shah Alam. Turut hadir bersama adalah Ketua Kampung Tok Miswan & Ahli Majlis Zon 15 Abdul Manaf Yusoff. Program diadakan dari pukul 10.00 pagi - 11.30 pagi.




Sabtu, 20 Disember 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Allahyarham Tan Sri Ani Arope Dalam Kenangan

Posted: 20 Dec 2014 03:30 AM PST

Perkhabaran duka saya terima awal Subuh tadi dengan pemergian Allahyarham Tan Sri Ani Arope ke rahmatuLlah tatkala sedang dalam rawatan di hospital swasta di Subang Jaya.

Allahyarham dahulunya pegawai Kanan MARDI, Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRI), dan terakhir menyumbang khidmat bakti selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB). Allahyarham dikenali sebagai seorang ketua yang tegas khususnya dalam kontroversi pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menyaksikan perjanjian berat sebelah yang nyata sekali membebankan rakyat terbanyak. Asakan politik ketika itu membuatkan Allahyarham terpaksa membayar harga yang mahal: meletakkan jawatan selaku pengerusi TNB atas prinsip dan integriti.

Memoir beliau yang dilancarkan tahun lepas, meskipun ringkas tetapi padat dengan maklumat dan pendedahan yang sewajarnya membuka mata rakyat.

Kesihatan Allahyarham acapkali terganggu beberapa tahun kebelakangan berikutan kanser prostat yang beliau hidap sekian lama tetapi dikesan hanya pada tahun 2010. Azizah berkelapangan beberapa kali menziarahi Allahyarham mewakili kami sekeluarga.

Sekalung takziah buat Puan Sri Sakinah dan keluarga atas pemergian Allahyarham kembali menemui Sang Pencipta. Nyata sekali ia satu kehilangan besar buat negara khususnya atas batu tanda integriti Allahyarham yang telah dipasak dalam lembaran sejarah.

Anwar Ibrahim

Jumaat, 19 Disember 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


50 Wanita Terima Sumbangan Back to School PEKAWANIS

Posted: 19 Dec 2014 08:32 PM PST

Semenyih, 19 Disember 2014 - Seramai 50 wanita terima RM100 seorang dalam satu program Back to School oleh PEKAWANIS. Dihadiri oleh YB Dr. Xavier Jayakumar dan sumbangan disampaikan Puan Sheila Devaraj.







N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Posted: 19 Dec 2014 12:09 AM PST

UNTUK PENDAFTARAN TUISYEN PERCUMA

Ahad, 14 Disember 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[BOOK] Critical Muslim 12: Dangerous Freethinkers

Posted: 14 Dec 2014 12:23 AM PST

Critical Muslim 12: Dangerous Freethinkers (October-December 2014 edition)

 

PDF: Dangerous Freethinkers

Khamis, 11 Disember 2014

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Gotong Royong 2014

Posted: 11 Dec 2014 06:31 PM PST



Semua Penduduk Seisi Keluarga Dijemput Hadir ... Hadiah disediakan bagi Pertandingan Mencari Jentik-Jentik & Pemeriksaan Kesihatan turut disediakan pada Gotong-Royong ini.

Isnin, 8 Disember 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Sambutan Krismas DUN Seri Andalas

Posted: 08 Dec 2014 07:07 PM PST

Majlis sambutan Krismas di DUN Seri Andalas yang telah diadakan di Dewan MPK Taman Sentosa, Klang pada 5 Disember 2014. YAB Azmin Ali, Dato' Menteri Besar turut hadir.









N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Pemergian Isteri Ke -2 YACOB MOHAMAD NOOR (Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut) ke rahmatullah

Posted: 08 Dec 2014 01:59 AM PST

Salam & Salam Sejahtera...

Ucapan Takziah dari warga kerja n37batumaung kepada keluarga YACOB MOHAMAD NOOR Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut Kawasan N37 Batu Maung diatas pemergian Isteri Ke -2 beliau ke rahmatullah pada pagi tadi ( 8/12/2014 ).
Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan para-para Solihin. Al- Fatihah.


Bantuan Pukat & Bantuan Persekolahan Kepada Nelaya

Posted: 08 Dec 2014 01:10 AM PST

 Bantuan Pukat & Bantuan Persekolahan Kepada Nelayan








Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2014

Posted: 08 Dec 2014 12:05 AM PST