Jumaat, 5 April 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Anak Mahathir antara miliki syarikat luar pesisir secara rahsia

Posted: 04 Apr 2013 10:02 PM PDT


KUALA LUMPUR 4 Apr: Ahli politik ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara yang memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands (BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.
Mereka termasuk anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) berpangkalan di Washington dan diteliti Malaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir – yang digelar Switzerland baru – serta BVI, syurga percukaian rendah.
Senarai ICIJ terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.
Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin mengalirkan wang haram antara RM871.4 bilion  dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan  pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI)- RM
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49313

PR NS bersedia hadapi PRU-13

Posted: 04 Apr 2013 08:30 PM PDT

Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang memperlihatkan PR telah membuat persiapan dan persediaan awal berbanding negeri-negeri lain. Ia terbukti dengan kewujudan sebuah badan penyelaras iaitu Pusat Koordinasi PRU-13 PR NS yang menjadi pusat kerjasama dari segi gerakan, kempen, penganjuran program selain membincangkan hal-hal strategik melibatkan sebelum pilihanraya, semasa tempoh berkempen dan persiapan ke arah berkerajaan.

PR Negeri Sembilan juga menjadi negeri pertama yang selesai perbincangan pembahagian kerusi dengan Keadilan NS bertanding 13 Dun, DAP NS (11) dan PAS NS (12) manakala kerusi parlimen kekal status-quo dengan Keadilan (3), DAP (2) dan PAS (3).

Persiapan dan persediaan barisan calon dari setiap parti telah selesai 90 peratus dan menunggu masa untuk diumumkan dalam tempoh terdekat ini.

Keadilan dan Pas dijangka akan membariskan 80 peratus muka baru, manakala Dap dijangka mengekalkan kebanyakan penyandang dan cuma menampilkan beberapa calon baru. 


Kenapa Najib tergesa-gesa beli senjata seminggu sebelum bubar Parlimen?

Posted: 04 Apr 2013 08:08 PM PDT


GERIK 5 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang tergesa-gesa membeli peralatan persenjataan, hanya seminggu sebelum Parlimen dibubar.
"Seminggu sebelum bubar, beli lagi senjata RM4 bilion, tak sabar. Sain (tandatangan) cepat-cepat," katanya depan hampir 10,000 orang pada Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi.
JMR Grik (3)
Ketua Umum KEADILAN itu tekad membatal kontrak itu sebaik sahaja Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dengan mengambil kira nasihat pegawai tentera.

"Kita menang, saya batalkan kontrak. Kita minta (pandangan) pegawai tentera, kena tanya orang yang pakar. Mana ada orang tahu semua bidang, jadi jangan takbur," katanya.
Beliau berkata, masalah keselamatan dan pertahanan yang berlaku dalam negara ini berlaku akibat ia dikendali oleh orang yang tidak berkelayakan khususnya kroni Umno BN.
"Kalau alatan pertahanan laut, serahkan urusan ini kepada Laksamana (B) Imran Abdul Hamid sebab dia berpengalaman, bukan bagi pada kroni Umno.
"Kalau tidak, mereka pilih senjata yang boleh dapat komisen yang banyak. Macam kes beli dua kapal selam (Scorpene), komisen RM500 juta," katanya.
(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49262

80% rakyat Perak, N9, Melaka tak percaya fitnah terhadap Anwar

Posted: 04 Apr 2013 08:07 PM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL: 80 peratus rakyat di negeri pantai barat tidak mempercayai kes-kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Menurut Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude Ghazali, negeri terlibat adalah negeri di bawah pemerintahan BN – Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, selain Selangor.
Beliau berkata, responden yang ditanya berkenaan fitnah terhadap Anwar, kebanyakan yang percaya hanya 20 peratus.
"80 peratus lagi tidak percaya langsung. Mereka (responden) anggap ini sebagai perkara yang sengaja diada-adakan," katanya.
Amer berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai reputasi Anwar pada Seminar PRU 13 'Memperkasakan Demokrasi' anjuran Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Senat, Dewan Canselor, UKM, semalam.
Beliau selanjutnya hairan berkenaan dakwaan kononnya Ketua Umum KEADILAN itu tidak berkaliber, tidak berpengaruh dan zamannya berakhir.
"Saya hairan orang kata beliau tidak ada pengaruh, zaman beliau sudah berakhir, tidak berkaliber dan sebagainya, tapi mengapa serangan yang dilakukan kepada Anwar hampir setiap hari, dari satu kes ke satu kes.
"Tapi beliau (Anwar) tetap dapat memimpin. Perkara ini yang perlu diberi perhatian di sebalik serangan pelbagai pihak kepada beliau," katanya dipetikMedia Selangorku.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49282

Senarai Calon PR Parlimen setakat 5 April 2013

Posted: 04 Apr 2013 08:05 PM PDT

dipetik daripada wargamarhaen.blogspot.com

SENARAI CALON KEADILAN DAN APS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini  5 April 2013)

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum disahkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah – Dr Azman Ismail 
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail 
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju                  
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal – Dr Mansor Othman 
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong 
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob 
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat – Datuk Idris Jauzi
32. Alor Setar – Gooi Hsio Leung
33. Bandar Tun Razak – Tan Sri Khalid Ibrahim (penyandang)
34. Tebrau – Steven Choong Siow
35. Muar – Mohd Hizwan Ahmad
36. Ketereh – Ab Aziz Ab Kadir (penyandang)
37. Kemaman – Azan Ismail (belum diumumkan)
38. Lumut – Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abd Hamid
39. Tanjung Malim – Brig Jen (B) Datuk Abd Hadi Khatab (belum diumumkan)
40. Tambun – Siti Aishah Shaik  Ismail (belum diumumkan)
41. Sungai Siput – Michael Jeyakumar Devaraj (penyandang)
42. Teluk Kemang – Datuk Kamarul Baharin Abas (penyandang)
43. Kuala Pilah – Nazeri Yunus (belum diumumkan)
44. Subang – Sivarasa Rasiah (penyandang)
45. PJ Selatan – Hee Loy Sian (Penyandang)
46. Machang – Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan)
47. Beaufort – Datuk Seri Lajim Ukin (penyandang)
48. Labuan – Ibrahim Manudin (belum diumumkan)
49. Bera – Zakaria Abd Hamid (belum disahkan)
50. Tuaran – Datuk Seri Wilfred Bumburing (penyandang)
51. Sri Aman – Nicholas Mujan
52. Konawit – Thomas Laja
53. Kota Samarahan – Dr Ramblam Rahmat
54. Julau – Andy Wong Hong Yu
55. Selangau – Joshua Jabeng
56. Lubuk Antu – Nicholas Bawing Anggat
57. Mambong – Willie Mongin
58. Sibuti – Dr Michael Teo (belum sahkan dan diumumkan)
59. Padang Rengas – Dr  Mior Ahmad Isharra Ishak



SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 5 April 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
7. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
8. Bentong - Wong Tuck
9. Seputeh - Teresa Kok (penyandang) 
10. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
11. Raub – Datuk Ariff Sabri (Sakmongkol)
12. Cheras – Tan Kok Wai (penyandang)
13. Bukit Bintang – Fong Kui Lun (penyandang)
14. Segambut – Lim Lip Eng (penyandang)
15. Kepong – Dr Tan Seng Giaw (penyandang)
16. Bukit Mertajam – Chong Eng (penyandang)
17. Batu Kawan – Dr P. Ramasamy (peyandang) 
18. Petaling Jaya Utara – Tony Pua Kiam Wee (penyandang)
19. Rasah – Anthony Loke Siew Fook (penyandang)
20. Teluk Intan – M Manogaran (penyandang)
21. Bagan  – Lim Guan Eng (panyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 5 April 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum sahkan dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat -  Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar – Datuk Ustaz Hj Mujahid Hj Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling – Brig Jen (B) Dato Najmi Ahmad
14. Titiwangsa – Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
15. Temerloh – Ust Nasrudin Hassan Tantawi
16. Kuala Selangor – Dr Dzulkly Ahmad (penyandang)
17. Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin
18. Jerai – Firdaus Jaaafar (penyandang)
19. Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar (penyandang)
20. Dungun – Ust Wan Hassan Mohd Ramly (belum disahkan)
21. Kuala Terengganu – Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (belum disahkan)
22. Kangar – Baharuddin Ahmad (belum disahkan)
23. Larut – Datuk Fauzi Saari
24. Padang Besar – Azamhari Mahmood (belum disahkan)
25. Bachok – Ariffin Mahmod (belum disahkan)
26. Grik – Hajjah Norhayati Kassim (belum diumumkan)
27. Jeli - Mohd Apandi Mohamad (belum diumumkan)
28. Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kain rentang Bob Lokman dikoyakkan di DUN Paroi

Posted: 04 Apr 2013 07:21 PM PDT




Kain rentang program Bob Lokman yang dijadualkan diadakan di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau telah dikoyakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Program bersama Bob Lokman, Hj Taufek, Chegubard dan Ustaz Norazman akan diadakan pada hari Isnin 8 April 2013 jam 9 malam di Taman Desa Melor (bersebelahan dengan Balai Bomba Senawang).

Khamis, 4 April 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Posted: 04 Apr 2013 06:05 PM PDT

Pujukan penyokong, Anwar tangguh 24 jam pengumuman kerusi Parlimen - http://www.keadilandaily.com/pujukan-penyokong-anwar-tangguh-24-jam-pengumuman-kerusi-parlimen/

Posted: 04 Apr 2013 12:04 AM PDT

PRU-13: SPR perlu pastikan daftar pemilih telus - http://www.keadilandaily.com/pru-13-spr-perlu-pastikan-daftar-pemilih-telus/

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Newsflash: Anwar Ibrahim Di Lenggong Perak 04/04/2013

Posted: 04 Apr 2013 10:12 AM PDT

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Perlis & Kedah Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 04 Apr 2013 10:05 AM PDT

7 April 2013 (Ahad)

1) 6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Kampong Jeram, Tunjang, Kedah

2) 7.20 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Masjid Pekan Tunjang, Kedah

3) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

& Pengumuman Calon PKR Perlis
Lokasi: Jln Wai, Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis

4) Penceramah:

i. Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Ust Hashim Jassin

iii. Brig. Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad

iv. YB Chan Ming Kai

v. YBhg Mohd Faisol Abd Rahman

vi. YB Dato' Johari Abdul

5) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

& Pengumuman Calon PKR Kedah

Lokasi: Padang Bandar Laguna Merbok, Kedah

6) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YB Dato' Amiruddin Hamzah

iv. YB Senator Saiful Izham

v. YBhg Surendren

vi. Sdr Badrul Hisham Shahrin

[BANNER] Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang Esok 5 April 2013

Posted: 04 Apr 2013 10:03 AM PDT

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kelantan

Posted: 03 Apr 2013 08:42 PM PDT

6 April 2013 (Sabtu)

1) 8.30 – 12.00 – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat &

Pengumuman Calon PKR Kelantan
Lokasi: Padang Awam Bandar Tanah Merah

2) 8.30- 12.00 – Ceramah Perdana – KEKAL Kelantan

Lokasi: Padang Kemahkotaan Jeli

3) Barisan Penceramah:

i. YAB Dato' Bentara Setia TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

ii. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

iii. YB Dato' Husam Musa

iv. YB Dato' Saifuddin Nasution

v. YB Dato' Dr Mohd Fadzli Dato' Hasan

vi. YB Dato' Abdul Fattah Mahmood

vii. YB Abd Aziz Abdul Kadir

viii. YB Amran Abdul Ghani

ix. YBhg Mohd Afandi Muhammad

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


SIARAN LANGSUNG LIVE CERAMAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT DUN BATU MAUNG N37

Posted: 04 Apr 2013 10:08 AM PDT



Sila klil pada link di bawah untuk mengikuti siaran langsung Program Ceramah Pakatan Harapan Rakyat.




INIKALILAH!!!! TUKAR!!! MOHON KONGSIKAN UNTUK TATAPAN UMUM

Posted: 04 Apr 2013 09:52 AM PDT

Mohon share untuk tatapan umum. Realiti yang dinafikan oleh keluarga menteri yang terlibat. Inikalilah!!!!!! Tukar!!!!!!!!!!!!

CERAMAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT DUN MAUNG N37 [MALAYSIAKINI]

Posted: 04 Apr 2013 09:39 AM PDT

Ceramah Umum sempena Pilihanraya Umum ke-13 DUN Batu Maung N37, Turut hadir Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim & Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein