Ahad, 3 Ogos 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Najib berbangga Coca Cola dirikan kilang di N.Sembilan

Posted: 02 Aug 2014 09:09 PM PDT


Tanah dibeli dari anak syarikat Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera antara pemegang saham terbesar kilang Coca Cola. AMEKAW.

SEREMBAN 16 Mac 2010 - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melakukan pecah tanah pembinaan kilang pembotolan pertama syarikat Coca-Cola di Bandar Enstek, Nilai dekat sini dengan jumlah pelaburan AS$285 juta (RM1 bilion) bagi tempoh lima tahun akan datang.

''Oleh itu saya berbangga, dalam tempoh empat bulan sahaja, kilang itu kini telah menjadi kenyataan," katanya sewaktu berucap merasmikan pecah tanah pembinaan kilang pembotolan pertama syarikat Coca-Cola di Taman Perindustrian Enstek, Bandar Enstek, Nilai dekat sini, hari ini.

''Pembinaan kilang pembotolan Coca-Cola ini merupakan yang pertama di negara ini.

Kilang seluas 123,024 meter persegi milik Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. ini akan dibina di atas tanah yang dibeli daripada TH Properties yang juga pemaju kawasan berkenaan.

Kilang baru ini dijangka memulakan operasinya sebelum penghujung 2011.

Coca-Cola Investing $302M In Malaysia
03/16/2010

NILAI, Malaysia (AP) -- Coca-Cola said Tuesday it will build a new bottling plant in Malaysia and invest 1 billion ringgit ($302 million) over the next five years to boost growth in the Southeast Asian market.

Jordan said Malaysian investors have 15 percent stake in the new bottling facility, with the Armed Forces Fund Board holding a 10 percent stake and private firm AAD Equity, led by former finance minister Daim Zainuddin, 5 percent.

Sumber :

Khamis, 31 Julai 2014

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Kenyataan Media berhubung TanSri Khalid Ibrahim

Posted: 31 Jul 2014 08:38 PM PDT


KENYATAAN MEDIA
1hb Ogos 2014


KAMI INGATKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM BAHAWA KEPUTUSAN PARTI KEADILAN ADALAH DATUK SERI DR WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU - HORMATILAH KEPUTUSAN PARTI!

Kami, Ketua-Ketua Cabang dan Ranting KEADILAN  ingin mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN-ADUN KEADILAN di negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar. 

Oleh yang demikian, kami menggesa agar semua anggota KEADILAN termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai yang lalu, iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Pada masa yang sama, akar umbi berpendapat peralihan kuasa perlu dibuat secara tertib, baik, dan bermaruah. Oleh yang demikian, ingin kami menasihatkan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim menghormati keputusan parti dan melepaskan jawatan dengan baik dan penuh rela hati, demi kesinambungan pentadbiran negeri Selangor dan kemaslahatan rakyat Selangor khususnya. 

Tan Sri Khalid perlu ingat, jika beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut, ini hanya akan merosakkan imej beliau. Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan Rakyat. Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan Rakyat untuk membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri Selangor. 

Sivarasa Rasiah
Ketua Cabang Subang dan Ahli Parlimen Subang.

William Leong
Ketua Cabang Selayang dan Ahli Parlimen Selayang

Yew Boon Lye
Ketua Cabang Kelang

David Cheong
Ketua Ranting Sg. Jarom, Cabang Kuala Langat yang mewakili 25 Ranting di Kuala Langat



Sekiranya penjelasan lanjut diperlukan, sila hubungi Sivarasa di no 012 213 8613 atau setiausaha politik beliau, Peter Chong 012 9059948

Selasa, 29 Julai 2014

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Posted: 28 Jul 2014 09:42 PM PDT

Posted: 28 Jul 2014 09:23 PM PDT

Ahad, 27 Julai 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perutusan Eidulfitri 1435 Hijrah

Posted: 26 Jul 2014 10:56 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
Wallillailhamd.

Segala puji kita panjatkan ke hadrat Ilahi, setelah sebulan Ramadhan diharungi, kini bulan mulia Eidulfitri bakal dirai.

Mewakili keluarga besar KEADILAN, saya merakamkan ucapan Salam Eidulfitri buat seluruh muslimin muslimat di Malaysia. Semoga Allah SWT menerima segala amat ibadah yang telah kita imarahkan sepanjang Ramadhan yang berlalu.

Ramadhan yang bakal meninggalkan kita seharusnya dimaknai sepenuhnya dengan ibadah yang telah dikerjakan untuk mencapai redhaNya, di samping kita terus disaran memupuk ukhuwah sesama manusia khususnya kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan dihambat penderitaan. Inilah falsafah agung di sebalik Ramadhan: kita memperkukuh iktikad dan rohani ke derajat taqwa.

Ramadhan kali ini kita turut dikejutkan dengan penderitaan saudara seagama di Gaza, akibat kezaliman regim Zionis Israel yang semakin angkuh dan biadap. Demikian juga kekejaman gerombolan di Ukraine yang mengorbankan anak kapal serta penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17. Dunia Islam terus dilanda malapetaka – di Syria, Iraq dan Afghanistan. Kita meneruskan ikhtiar melalui doa dan munajat, agar pertolongan Allah SWT dapat mempermudahkan keadilan tertegak, insyaAllah.

Pastinya Syawal yang menjelang harus kita lapisi dengan penuh rasa syukur dan penuh keinsafan. Madrasah Ramadhan yang telah diimarah harus mensiap siagakan kita dengan penghayatan Rabbani agar ukhuwah insani terus diperkukuh, ketaqwaan padaNya kekal ampuh. Roh Islami terus kita sematkan demi mencapai kemenangan, sebagaimana firman Allah SWT di dalam ayat 48 Surah Al-Fath Ayat 1-2:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata; Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Semoga Syawal ini terus kita raikan sebagai hari kemenangan, tidak terhad kemenangan melawan hawa nafsu, tetapi juga dimaknai dengan iktiqad memperbanyakkan amalan, menegakkan keadilan dan meruntuh kezaliman.

Salam Eidulfitri 1435 Hijrah.
Minal 'aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum KEADILAN

Jumaat, 25 Julai 2014

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Isa Samad ibarat ludah ke langit

Posted: 24 Jul 2014 10:36 PM PDT

dipetik daripada FMT

Memegang dua jawatan penting sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Felda dalam masa yang sama juga boleh disifatkan sebagai gila kuasa.
Karip Mohd Salleh
JEMPOL: Ketua PKR Cabang Jempol, Karip Mohd Salleh mengingatkan seterunya di Jempol iaitu Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad agar mencermin dirinya dahulu sebelum sibuk menuduh orang lain.

"Isa kata tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, sebagai satu perebutan kuasa.
"Isa sedar tak yang dia sendiri gila kuasa apabila memegang dua jawatan yang sangat penting.
"Dia Ahli Parlimen Jempol, sepatutnya kena luangkan banyak masa di kawasan Parlimen Jempol untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
"Sebaliknya dia juga pegang jawatan Pengerusi Felda. Perkara sebegini, apabila seorang Ahli Parlimen turut memegang jawatan nombor satu dalam sesebuah GLC, tidak pernah berlaku ketika zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
"Memegang dua jawatan besar sekaligus kita panggil apa pula?
"Apakah ianya gila kuasa atau gila nak makan gaji sini dan sana?
"Tidak cukupkah khidmat beliau sebelum ini sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun?
"Saya nasihatkan Isa muhasabah diri dia dulu sebelum nak mengata orang," kata Karip.
Karip, seorang peneroka Felda, berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Isa yang menyifatkan isu pertukaran Menteri Besar di Selangor sebagai satu perebutan kuasa dan cubaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


ALASAN TUKAR MB TIDAK KUKUH : TG HJ HADI SOKONG YB ISKANDAR

Posted: 25 Jul 2014 03:16 AM PDT

MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.

Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?

Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun  di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.

(S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?

(J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.

(S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?

(J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.

(S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?

(J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.

(S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?

(J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.

(S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?

(J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.

(S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?

(J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.

(S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?

(J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).

(S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?

(J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.

(S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?

(J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.

(S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?

(J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


ALASAN TUKAR MB TIDAK KUKUH< TG HJ HADI SOKONG YB ISKANDAR

Posted: 25 Jul 2014 03:15 AM PDT

Khamis, 24 Julai 2014

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Program penerangan SMUE di PKNS Shah Alam

Posted: 24 Jul 2014 03:16 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Jejak Fakir Cabang Telok Kemang

Posted: 24 Jul 2014 01:38 AM PDT

Program sehari jejak faqir di DUN Chuah bersama YB Chai Tong Chai merangkap Ketua Cabang Telok Kemang yang baru.







Ketua-Ketua Cabang Sesi 2014-2017

Posted: 23 Jul 2014 11:31 PM PDT

Ketua Cabang Jelebu
MOHD SHAHRIL ZAKARIA
Ketua Cabang Jempol
KARIP MOHD SALLEH
Ketua Cabang Seremban
DR AHMAD AZAM HAMZAH










Ketua Cabang Tampin
KAPTEN (B) ZOLKAPLI KASSIM
Ketua Cabang Kuala Pilah
ROSLI OMAR
Ketua Cabang Rasah
TANGAM RAJU
Ketua Cabang Rembau
YUSOF TAPAR
     
Ketua Cabang T.Kemang
YB CHAI TONG CHAI

Program Agihan Bubur Lambuk Parlimen Telok Kemang

Posted: 23 Jul 2014 09:56 PM PDT

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK DI PEKAN PORT DICKSON ANJURAN PEJABAT PARLIMEN TELOK KEMANG BERSAMA CABANG TELOK KEMANG PADA 11 JULAI 2014 YANG TURUT DISERTAI OLEH AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG, YB DATO KAMARUL BAHARIN ABBAS, KETUA CABANG TELOK KEMANG-YB CHAI TONG CHAI & KETUA AMK TELOK KEMANG-HO BOON LEONG









Sumbangan Kepada Asnaf 2014 Parlimen Telok Kemang

Posted: 23 Jul 2014 09:50 PM PDT

Pegawai khas Ahli Parlimen Telok Kemang, Saudara Zulkifly Mohamad menyantuni golongan asnaf di sekitar Paroi. Bantuan merentasi sempadan dan yang penting golongan asnaf ini dibantu. Bantuan yg disalurkan melalui Pejabat Parlimen Telok Kemang.








Jejak Asnaf 2014 Dun Sikamat

Posted: 23 Jul 2014 09:32 PM PDT

Selasa 22hb Julai 2014: selepas solat taraweh di Surau Al Falah, Taman Desa Rhu, Sikamat meneruskan ziarah jejak asnaf Dun Sikamat. Enam buah keluarga sempat disantuni.









Keadilan Bahagian Tampin

Keadilan Bahagian Tampin


Bak Sirih Pulang Ke Gagang: Kapten Zolkapli Kassim menang Ketua Cabang Tampin

Posted: 24 Jul 2014 01:13 AM PDT

Kapten Zolkapli (kiri) ketika bersama pasukan petugas Tampin di Saujana Impian, PRK Kajang.

Kemenangan bermakna Kapten (B) Zolkapli Kassim dalam pemilihan parti pada 10 Mei 2014 lalu ibarat sirih pulang ke gagang. Sebelum ini iaitu pada tahun 2007-2010, beliau merupakan Ketua Cabang Tampin yang telah berusaha bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan menghidupkan semula Keadilan Tampin yang merundum sejak tahun 2000.

Kapten (B) Zolkapli Kassim
Sepanjang tempoh tersebut beliau telah berjaya menjadikan Cabang Tampin kembali aktif sehingga mendapat perhatian serius pihak Umno-BN yang selama ini tidak melihat ancaman politik daripada Keadilan.

Ketika beliau memegang tampuk cabang, beberapa ranting Keadilan telah berjaya ditubuhkan iaitu Tampin Sentral (Dun Repah), Air Kuning (Dun Gemencheh) dan Jelai Kompleks (Dun Gemas). 

Namun pada pemilihan parti 2010, beliau tewas kepada mantan Ketua Cabang sesi lalu, Haji Baharuddin Arif. Walaupun tewas, beliau tetap berjiwa besar dalam politik dan masih aktif bersama anggota-anggota cabang dalam kegiatan parti.


Semoga dengan kemenangan Kapten Zolkapli dan pasukan beliau akan lebih menggerakkan Keadilan Tampin ke hadapan dan kembali menguatkan kesepakatan antara anggota cabang disamping memperkukuhkan kerjasama dengan Pas dan Dap Tampin.

Keputusan Pemilihan 2014 Cabang Tampin

Posted: 24 Jul 2014 12:21 AM PDT

Pemilihan peringkat Cabang Tampin telah berlangsung pada 10 Mei 2014 lalu. Tahniah buat semua yang bertanding dan yang telah memenangi pertandingan.

Berikut adalah keputusan pemilihan;

(Nama calon)-(jumlah undi)

Ketua:
Kapten (B) Zolkapli Kassim: 111 undi
Abd Latif Tambi: 64 undi
Rahmat Hashim: 0

Timbalan Ketua:
Jeffery Young Ahmad: 109 undi
Sha'arni Abdul Rashid: 65

Naib Ketua:
Suresh Krishna Pillai (menang tanpa bertanding)

AJK: (15 teratas)
RAFZUZAKI BIN RAZALI 119 Undi
NALLAYA A/L ARUMUGAN 119 Undi
MOHD NOR BIN YASSIN 119 Undi
AZMAN BIN MAARIS 116 Undi
ABDUL SHUKOR BIN AB AZIZ 116 Undi
SANIHIRON A/L MANIRASH 116 Undi
AB RAHIM BIN SHARIF 114 Undi
MANSOR BIN YUSOF 112 Undi
ZUL BIN SALIM 112 Undi
AZHAR BIN BASIR 112 Undi
THIYAGARAJAN A/L VELU 111 Undi
ROSLAN BIN MAULUD 110 Undi
ABD RAHMAN BIN SAID 109 Undi
MOHD DALI BIN AMUN 108 Undi