Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anwar Ibrahim |
Fitnah 2: Najib, Rosmah Diperintah Ke Mahkamah Posted: 07 Aug 2011 10:45 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke mahkamah sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib dan Rosmah, mahkamah juga membenarkan pihak pembela, memanggil 18 saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada awal perbicaraan yang menyaksikan hari pertama Anwar dipanggil membela diri. Zabidin dalam keputusannya berkata apabila pendakwa raya menawarkan saksi maka pendakwaraya bertanggungjawab memastikan saksi hadir ke mahkamah. Hakim juga bersetuju peguam bela berhak menemubual saksi dengan syarat mereka sedia dipanggil. "Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya. Dalam permohonan sebelum ini, Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwa memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan di akhir kes mereka, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan. Anwar mahu memanggil Najib, Rosmah, pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof. Selain 5 saksi itu, Ketua Pembangkang itu juga mahu menemu bual 10 saksi alibi. Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan pada hari ini hingga 26 Ogos. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Wee Choo Keong |
KHAZANAH Stop “ANAKTIRIKAN” MAS! How about LSG Sky Chef Brahim? Posted: 07 Aug 2011 08:12 PM PDT The Star reported today that “that Khazanah, which owns a 69% stake in MAS, is said to have concluded negotiations with AirAsia chief executive officer Tan Sri Tony Fernandes to come up with a deal to save the national carrier”. ”Fernandes is to get 20% equity in MAS under the deal that is to be [...] ![]() |
You are subscribed to email updates from Wee Choo Keong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dari RAKYAT Kepada RAKYAT |
Nombor Pendaftaran KDA Catat Tawaran Tender RM762,601 Posted: 07 Aug 2011 04:52 PM PDT |
JAWAPAN BUKU `Sejahterakah Kedah' Posted: 07 Aug 2011 04:47 PM PDT |
Kerajaan MISMAH atau Pilih tuntutan Bersih Posted: 07 Aug 2011 04:39 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Dari RAKYAT untuk RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
Murahnya Malaysia beli kereta perisai Indonesia Posted: 07 Aug 2011 07:38 PM PDT ![]() Laporan berita dari Indonesia pada 7 Ogos 2011 menyebut kerajaan Malaysia telah menempah 23 buah kereta perisai untuk kegunanaan tentera pada harga Rp 7 miliar atau RM 2.4 juta sebuah. Murah gila. Malaysia akan buat kereta perisai sendiri sebanyak 257 buah pada harga RM 8 billion atau RM31.1 juta sebuah. Mahalnya. Kalau beli 257 buah kereta perisai dari Indonesia baru RM 620 juta. Boleh jimat RM 7.3 Billion. Bayangkan dengan RM 7.3 Billion berapa ramai veteran tentera boleh dibantu, berapa ramai balu tentera boleh dibantu. Berapa ramai anak-anak tentera dan veteran tentera boleh dapat biasiswa, tak perlu pinjam PTPTN dan sebagainya. Berapa banyak universiti untuk anak-anak tentera boleh dibina. Kalau ada lebih RM 7.3 Billion tu boleh salurkan ke Pusat Zakat pula untuk elakkan orang Islam minta bantuan dari pihak gereja. Nampaknya Zahid Hamidi kena jawab kenapa lebih mahal buat sendiri dari beli kereta perisai ni. Mungkin kereta perisai Malaysia lebih tebal dindingnya, lebih jimat minyak, boleh masuk lebih banyak peluru berpandu, boleh tembak jet pejuang, tayarnya lebih 2 biji. MALAYSIA PESAN 23 UNIT PANSER PINDAD Minggu, 07 Agustus 2011 20:11 WIB TEMPO Interaktif, BANDUNG- Pemerintah Malaysia memesan 23 unit panser buatan PT Pindad tahun ini. "Prosesnya sudah sampai Perdana Menteri Malaysia, Departemen Pertahanan mereka sudah oke," kata Direktur Utama Pindad Adik Avianto Soedarsono di Bandung Ahad 7 Agustus 2011. Panser yang dibanderol Rp 7 miliar per unit itu, menurut Adik, makin diminati setelah diakui oleh Perserikatan Bangsa-Bangsa. Adik mengatakan panser buatan putra-putri Indonesia itu telah digunakan dalam menjaga perdamaian di Lebanon. "Sebanyak 13 unit telah digunakan di Lebanon," katanya. Juli lalu, rencana pembelian itu disampaikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jenderal Tan Sri Datu Sri Zulkifli Mohammad Zein saat bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Panglima TNI Laksamana Agus Suhartono di Istana Kepresidenan. http://tempointeraktif.com/hg/bisnis/2011/08/07/brk,20110807-350489,id.html (DEFTECH), ANAK SYARIKAT MILIK PENUH DRB- HICOM BHD. SEDANG MEMBANGUNKAN KERETA PERISAI 8X8 - DEFTECH AV-8 DALAM PROJEK BERNILAI RM8 BILION . PEMBINAAN ITU MELIBATKAN 257 BUAH KENDERAAN. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive |
Bakal Guru, Kera dihutan disusukan, anak dirumah? Posted: 07 Aug 2011 07:37 PM PDT ![]() Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di akhbar saja. Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. RINTIHAN BAKAL GURU 8 Ogos 2011 UMUM mengetahui bahawa seramai 13,000 guru GSTT akan diserap sebagai guru tetap. Bagi saya dan rakan-rakan yang bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP), kami mengucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun sedikit cemburu, namun kami percaya kepada rezeki di tangan Tuhan. Kami masih sabar dan setia menunggu borang petempatan yang akan keluar entah bila dan waktunya. Laman web Kementerian Pelajaran sentiasa dilawat bagi memeriksa sama ada borang itu sudah keluar atau tidak. Namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda bahawa Kementerian Pelajaran mengeluarkan borang tersebut dalam tempoh terdekat. Hal ini menyebabkan kami berasa gusar dan tertanya-tanya masih adakah peluang bagi kami, graduan ISMP untuk menjadi guru. Adakah kami yang mempunyai segulung ijazah dan ikhtisas dalam pendidikan ini telah dipinggirkan? Kami mengharapkan supaya pihak kementerian terbabit mengumumkan bilakah kami boleh mengisi borang petempatan dan bagaimanakah status nasib kami? INGIN TAHU Bagan Serai, Perak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm SISTEM SAPS BANYAK MASALAH Berita Harian 6 Ogos 2011 SAYA bersetuju dengan komen oleh 'Norhisham Mohamad, Alor Setar' mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk 'kewujudan SAPS bebankan guru'. Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain. Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali. Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi. Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali. Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang 'enter' pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang 'enter'. Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah 'pelajar telah didaftarkan' tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai. Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna. GURU TENSION, Kajang, Selangor. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article **************** KEWUJUDAN SAPS BEBANKAN GURU Berita Harian 30 Julai 2011 Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS memang ditunggu-tunggu sebagai pelengkap sistem peperiksaan sedia ada. Malangnya SAPS tidak membenarkan sistemnya berpadu dengan Sistem Maklumat Murid menyebabkan guru terpaksa memasukkan data pelajar. Bayang guru terpaksa bangun 4 pagi dan ke kafe siber. SAPS jelas hanya menambah beban guru di seluruh negara. NORHISYAM MOHAMAD, Alor Setar, Kedah. **************** MANY TEACHERS COMPLAIN OVER SLOW ONLINE SYSTEM The Star, Thursday August 4, 2011 PETALING JAYA: The school exams online data analysis system is not working out well as teachers complained that it was not user-friendly and slow. The system known as SAPS or System of Analysis for School Examination has caused frustration among teachers. Under the Education National Key Result Area (NKRA) initiative, teachers are required to submit the exam data online. Many teachers described the portal as "extremely slow" and not user-friendly. "The system often hangs due to heavy traffic. We are advised to use it late at night or early in the morning when the portal is less busy. "Why must the MOE punish the teachers? We need time to prepare our lessons at home," one teacher said. The system has been developed to collect, store and analyse examination marks online for the Education Ministry, state education departments, education district offices and schools to access the data for analysis. The National Union of Teaching Union (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng said she had received many complaints from teachers in Selangor and Federal Territory. "It's not fair to the teachers because their normal routine has been affected. "MoE should have made sure it was ready for use. NKRA is supposed to solve problems and not create more problems for teachers," she said. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912 |
Melaka negeri maju, surau pun tak ada Posted: 07 Aug 2011 05:04 PM PDT Kesian, kesian, kesian orang Melaka ya, negeri majulah katakan. Surau pun canggih, guna khemah untuk solat terutama solat Tarawaih pada bulan Ramadhan ini. Sabarlah ye , orang Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (Jamil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah. Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS ![]() JEMAAH bersolat beratapkan khemah kanvas beralaskan papan di Taman Seri Putih.Penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai mohon surau sejak 2008 Melaka 8 Ogos 2011 : Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan. Tinjauan, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain. Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan. "Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini. "Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun," katanya. Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa. "Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Solatdalamkhemahkanvas/Article KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah menerusi 28 skim bantuannya. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan. Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=606504 |
Mualaf di Melaka maju rayu dapatkan rumah Posted: 07 Aug 2011 05:03 PM PDT Kesian, kesian, kesian mualaf di Melaka ya, negeri majulah katakan. Dah sembilan tahun memeluk agama Islam masih lagi terpinggir. Sabarlah ye , mualaf di Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (Jamil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah. Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html MUALAF HARAP DAPAT RUMAH SENDIRI ![]() ABDUL RAHIM bersama isteri dan anak merenung masa depan yang kabur kerana terpaksa hidup menumpang di Jasin, Melaka semalam. JASIN 8 Ogos 2011 - Entah di mana silapnya, seorang mualaf bersama isteri dan tiga orang anak terpaksa menumpang di rumah orang sejak memeluk Islam sembilan tahun lalu. Keadaan itu memang menyukarkan Abdul Rahim Tan, 42, dan isterinya, Hoiriah Aman Chik, 36, serta anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan sempurna sebagaimana keluarga lain yang mempunyai rumah sendiri. Lebih membuatkan Abdul Rahim tidak sanggup menanggung situasi itu, apabila dia dan keluarganya sudah menjadi 'penumpang' di rumah rakannya, Mohd. Yusuf Abdullah, 50, yang juga seorang mualaf lebih setahun yang lalu. Malah kata Abdul Rahim, permohonannya mendapatkan bantuan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak setahun lalu, masih belum diluluskan pihak berkuasa. "Sudah setahun saya menumpang hidup dengan Mohd. Yusof di Kampung Merlimau, namun persoalannya sampai bila saya dan keluarga harus menumpang di rumahnya? "Kadang-kala terfikir untuk mencari rumah sewa yang lain tetapi memandangkan pendapatan saya sebagai pekerja kilang besi tidak cukup, saya terpaksa membatalkan hasrat itu'' katanya ketika ditemui semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah menerusi 28 skim bantuannya. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan. Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=606504 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. |
Posted: 08 Aug 2011 09:35 AM PDT |
Posted: 08 Aug 2011 09:34 AM PDT |
Posted: 08 Aug 2011 09:30 AM PDT |
You are subscribed to email updates from PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Majlis Rahmat Ramadhan di Felda Lepang Nenering: Sampul raya ada cap UMNO Posted: 07 Aug 2011 10:22 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
Dua naib presiden PAS saman IGP, tiga lain Posted: 08 Aug 2011 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan dua lagi pegawai polis ekoran tindakan pihak berkuasa menahan mereka ketika hari perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini melalui Tetuan Faiz Fadzil & Co pada pukul 10.30 pagi tadi. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Inspektor Mohd Zaid Madzizat dan Ketua Polis Daerah Brickfields. Menurut Mahfuz (gambar), pihaknya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada semua defendan berikutan tangkapan yang didakwa beliau menjatuhkan imej sebagai seorang wakil rakyat. Tindakan saman itu dibuat ekoran penahanan kedua-dua mereka pada 9 Julai lalu yang disifatkan tidak sah. Kedua-dua mereka memfailkan saman secara berasingan. "Hari ini kita telah memfailkan saman malu berikutan tangkapan salah pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di KL Sentral, tangkapan itu bertentangan dengan perintah mahkamah dan undang-undang negara. "KL Sentral bukan tempat larangan, kami tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, kami juga tidak dinyatakan mengapa kami ditahan dan polis juga tidak mengambil apa-apa keterangan kami sepanjang ditahan di Balai Polis Jinjang," kata Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata tindakan pihak berkuasa menahan mereka berdua adalah satu perkara yang memalukan. "Tangkapan ini memberi gambaran yang salah tentang kami. Oleh itu, kami menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. "Selain itu, kami juga mahu faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif atau perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah," katanya. Tambah Mahfuz, jumlah saman akan dibincangkan dengan peguam mereka Zulhazmi Shariff tapi secara berseloroh berkata "tidak kurang daripada RM1 juta." Sementara itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tindakan mereka adalah satu peringatan kepada pihak berkuasa agar bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan. "Ini sebagai satu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang terlibat, lain kali mereka perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya. Mereka juga telah membuat satu laporan polis pada 11 Julai. Pada 9 Julai lalu, Mahfuz dan Salahuddin telah ditahan di KL Sentral pada pukul 11.50 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang. Mereka dibebaskan kira-kira pukul 9.30 malam dan sepanjang tempoh penahanan mereka juga tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa termasuk peguam. Pada Himpunan Bersih 2.0 itu hampir 1,700 orang ditahan termasuk pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu dianjurkan oleh Bersih 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. |
Diam-diam Pakatan Kedah, Perlis Posted: 08 Aug 2011 04:08 AM PDT Semangat Pakatan Rakyat di utara Semenanjung umpama keluarga harimau, mesra menjaga anak-anak, garang menentang musuh. Di Kedah, Pakatan adalah kerajaan, di Perlis pula Pakatan sedang menanti mandat rakyat. Dalam kunjungan Roketkini ke dua negeri tersebut baru-baru ini, pimpinan utama gabungan Pakatan bersependapat bahawa kunci untuk memenangi pilihan raya umum yang mendatang terletak kepada usaha berterusan membantu dan menangani isu-isu rakyat. Negeri Jelapang Padi Menurut Laporan Ketua Audit Negara pada 2009, yakni setahun selepas Barisan Nasional disepak rakyat Kedah, kerajaan negeri Pakatan telah berjaya meningkatkan hasil negeri, khususnya balak sehingga 205 peratus berbanding pada 2007. Kejayaan ini dicapai berikutan langkah kerajaan Pakatan Kedah melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil melalui tender secara terbuka. Dalam pada itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan, defisit belanjawan 2010, iaitu sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi. Dan hutang kerajaan Kedah dengan Kerajaan Persekutuan juga berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit. Exco Kanan Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, melalui tinjauan oleh sebuah badan bebas yang diadakan di Kedah, semenjak perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan, sokongan rakyat Kedah melonjak dengan drastik terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Apa yang dijelaskan Phahrolrazi dapat dirasai sendiri oleh penulis itu ketika bersama beberapa penduduk Alor Setar, yang rata-ratanya di bawah lingkungan umur 30 tahun sudah tergerak dengan gelombang rakyat seluruh Malaysia akan kepentingan perubahan politik di peringkat kebangsaan. Seorang pereka grafik, yang tidak mahu namanya disebut berkata, perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Kedah semenjak mengambil alih kuasa dari BN sudah menampakkan hasil. Beliau yang mengaku sebelum ini tidak ambil peduli tentang perihal politik di peringkat negeri atau kebangsaan menjelaskan: "Barisan Nasional dah tak boleh buat apa dah… PAS punya kempimpinan lagi bagus dari BN sebelum ini. Budak-budak muda pun dah ramai sedar." Dalam pada itu, Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik pula menjelaskan penuh yakin peranan DAP sebagai rakan baik PAS dalam usaha menambahkan lagi keyakinan rakyat melalui anjuran ceramah yang diadakan bersama. "Perkara tabu seperti sentimen perkauman yang digunakan ketika era pemerintahan BN sudah dipecahkan sama sekali," katanya. Mungkin ada yang menganggap kata-kata Lee hanya sebagai penaik semangat, tetapi ketika penulis berada di pejabat perkhidmatannya di Mergong, Alor Setar, tidak putus-putus kunjungan dari rakyat pelbagai lapisan kaum. Di sini jelas sekali, walau pun penulis hanya berada di pejabatnya dalam beberapa jam, apa yang dikatakan Lee memang ada benarnya. Bagaimana pun, Pemuda DAP Kedah lebih berhati-hati dalam mencongak sokongan rakyat terhadap DAP di negeri itu, terutamanya untuk memastikan diri tidak terperangkap dengan sikap terlalu yakin atau 'over confident.' Wakil Pemuda DAP Kebangsaan Kedah, KB Teoh berkata, walau pun Pakatan Kedah pimpinan PAS dijangka mendapat mandat sekali lagi untuk penggal akan datang, beliau gusar kerana penjaja-penjaja di Alor Setar dikatakan telah "dibeli" oleh MCA. Memang mengikut sejarah DAP dan melalui apa yang dikatakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong, semenjak penubuhan DAP, kaum penjaja adalah tunjang utama kepada kekuatan DAP. Namun realiti semasa menunjukkan rakyat dari pelbagai lapisan kaum dan status di Kedah tidak begitu mempedulikan hal-hal "kecil" sebegitu lagi kerana rata-rata, khususnya golongan muda, sudah bosan dan meluat dengan dasar-dasar BN yang tiada tiang seri. Mereka juga sedar UMNO sebagai tonggak BN yang berangan-angan mahu merampas kembali Kedah masih tenggelam dalam kemelut rebutan kuasa dan persoalan tentang siapa mahu jadi Menteri Besar. Jawapan untuk bukti-bukti kebencian golongan muda terhadap UMNO dan BN sudah terlampau berlambak di laman-laman Facebook. Negeri Indera Kayangan Berlainan dengan Kedah yang telah menyaksikan kehadiran DAP sejak 1970-an, DAP di Perlis secara rasminya mula bertapak pada 2009 dan semenjak itu dengan cepat membangun di mana sehingga sekarang sudah mempunyai tujuh cawangan. Rekod Pakatan Rakyat atau mana-mana parti pembangkang sebelum ini di Perlis kurang cemerlang berbanding negeri-negeri lain. Bagaimana pun, itu cerita lama. Realitinya, tahap penerimaan rakyat Perlis, seperti juga di Kedah, terhadap gelombang perubahan politik peringkat kebangsaan sudah terkesan di sanubari mereka yang tercerah hatinya. Menurut Naib Pengerusi DAP Perlis, Abdul Manan Abdul Razak, orang sudah tidak takut lagi melihat logo Roket berbanding dahulu. Ini kerana, menurut Manan, ketika banjir besar di utara Semenanjung baru-baru ini, anggota DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan banyak membantu mangsa-mangsa banjir. "Oleh itu, logo Roket bukanlah dilihat sebagai hantu lagi," ujarnya, merujuk kepada propaganda UMNO-BN selama setengah abad memburukkan DAP. Ia juga membuktikan apabila sesiapa sahaja berjuang dan berkhidmat untuk rakyat dengan hati yang ikhlas, semangat budi baik dikenang juga akan timbul. Beliau yakin Pakatan Perlis bersama rakan-rakan di Kedah akan mendapat keputusan yang lebih cantik pada pilihan raya akan datang. Kesimpulan Diam-diam Pakatan berisi Diam-diam UMNO-BN buta tuli Diam-diam rakyat tajam memerhati Diam-diam PRU, UMNO-BN tinggal lidah dan gigi. -Roketkini- |
Pembangkang Paling Jahat Dan Pemerintah Paling Baik.. Posted: 08 Aug 2011 04:07 AM PDT Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri. "Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu. "Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah." Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. "Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswa. Bekas pengarang Berita Harian itu - yang meletakkan jawatan bagi membantah "meresapnya kuasa politik dalam akhbar" - juga mengambil peluang menggesa anak muda berubah. Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan regim". "Sudah tiba masanya menukar regim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya yang lantang bersuara sejak tercetus bantahan besar seniman terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2009. "Sudah 54 tahun negara ini diperintah oleh golongan bangsawan... Saya tertanya-tanya, bilakan pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?". Sebelum itu, bercakap dalam majlis yang sama, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata perkembangan media alternatif sebagai sumber maklumat akan membantu ke arah "demokrasi dan persaingan sihat". Ini kerana, tambahnya, lanskap media sekarang berada dalam keadaan tidak sihat ekoran beberapa kekangan terhadapnya seperti melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. "Jadi asas persangain kita tidak sihat. Misalnya tiada hak untuk menjawab dan tiada wacana tanding (di media arus perdana)," katanya yang juga bekas pengarang majalah Detik yang pernah diharamkan kerajaan ketika era reformasi pada 1999. Fathi bagaimanapun berkata, untuk terus beroperasi, media alternatif amat bergantung kepada sokongan pembaca kerana pasaran iklan yang terhad. "Bukan sahaja (menyokong) dengan membaca, tetapi juga melalui dana. Kalau Malaysiakini, kena langganlah," katanya yang percaya kebebasan media sentiasa disokong oleh kebebasan kewangan. Dalam majlis anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, Malaysiakini diberi peluang berucap mewakili media alternatif. - mkini |
10sen baru: Presiden Umno didakwa terima pengaruh Yahudi Freemason? Posted: 07 Aug 2011 05:57 PM PDT ![]() Najib freemason Yahudi? Blogger mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan mengenai pengaruh freemason Yahudi dalam duit syiling 10 sen yang baru dicetak oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Mengapakah logo 'Star of David' yang lazim pada bendera Israel boleh ditempa di permukaan syiling 10 sen baru. "Satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak 'Star of David' yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. "Persoalannya, adakah 'Star of David' sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? "Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama? "Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. "Jika 'Star of David' pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?" Dakwan terbaru itu, menurut sumber, sekaligus mendedahkan mengenai iltizam politik Najib yang didakwa sanggup membayar kira-kira RM77 juta kepada Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide yang sebelum ini turut dikaitkan dengan pengaruh Yahudi Israel. |
DR. UTHMAN, ULAMA UMNO ENGGAN DIALOG ISU WAHABI... Posted: 07 Aug 2011 05:55 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady telah menolak pelawaan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya agar diadakan satu dialog berhubungi isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi yang dikaitkan dengan soal fahaman Wahabi baru-baru ini. Juanda menerima surat penolakan mengenai idea berdialog itu, yang dicadang diadakan ketika Ramadan sekarang, Jumaat lalu. Sehubungan itu, Juanda berkata beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu. "Bagaimana mungkin seorang yang merupakan ahli akademik takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi buta," kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. Jelas Juanda isu itu amat penting dan mendesak untuk diselesaikan memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi dan sosial dengan pihak Arab Saudi. "Pihak di sana tentu tertanya tanya kenapakah mereka dituduh sedemikian rupa melalui premis rasmi kerajaan sedangkan kerrajaan Malaysia sering mewar-warkan mendapat kedudukan hubungan paling istimewa dengan Arab Saudi berbanding negara yang lain," kata Juanda sambil menambah, beliau berharap Uthman tidak menolak ajakan berdialog begitu sahaja. "Tak perlu dolak-dalik dengan banyak alasan. Kami sentiasa sedia menunggu beliau hadir untuk dialog ini untuk mendengar hujah-hujah beliau. Mereka yang dituduh juga ingin dengar tuduhan daripada mulut beliau sendiri terlebih lagi jika dialog ini diadakan di hadapan pihak mereka dan pihak lain yang terlibat agar mereka berpeluang menjelaskan kedudukan sebenar perkara yang dituduh itu, terutama kerajaan Arab Saudi," kata beliau lagi. Sebelum ini, banyak pihak seperti Persatuan Ulama Malaysian dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan idea diadakan dialog harmoni agar perselisihan berkaitan hal ini dapat diselesaikan dengan baik. Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini, Uthman yang dipanggil MKN untuk memberi taklimat mengenai Wahabi berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang. "Saya sanggup hadir jika (dialog yang disyorkan) jika diadakan dengan penuh disiplin, beretika dengan disertai oleh pakar-pakar dan secara tertutup... jika tidak, saya mahu menjauhkan diri (daripada dialog)," kata beliau yang juga Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (Istac). Sambil menegaskan beliau tidak mahu isu berkenaan disensasikan supaya kepentingan negara tidak terjejas, Uthman memberitahu, hanya selepas adanya hasil perbincangan, baru keputusan yang dipersetujui perlu disebarkan kepada umum. Dalam kenyataannya hari ini, Juanda menambah, tokoh tersebut "sepatutnya tidak berdolak-dalik" memandangkan dalam laporan media sebelum ini beliau bersetuju untuk menyertai dialog secara tertutup. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |