Ahad, 1 November 2015

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mewujudkan Budaya Ketakutan di Malaysia

Posted: 01 Nov 2015 05:09 PM PST

M ereka sedang mewujudkan budaya ketakutan. Sekiranya kamu me/ibatkan diri dalam mana-ma na perbincangan mengenai kepentingan awam, pol is akan datang ke rumah kamu, kamu mungkin ditangkap, dibawa ke balai polis, direman. Ahli-ahli Parliamen pun diperlakukan sedemikian.

-Yap Swee Seng, mantan pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kuala Lumpur, 14 April 2015

Kebebasan bersuara dan berhimpun di Malaysia kini terancam, dibantu oleh kewujudan undang­ undang yang sengaja dibahasakan dengan luas dan samar-samar dan dipergunakan oleh pihak kerajaan untuk menangkap, menyoalsiasat, dan memenjarakan pengkritik-pengkritiknya. Penggunaan undang-undang secara berleluasa untuk menjenayahkan hak bersuara secara aman sejak kebelakangan ini adalah suatu langkah mundur bagi sebuah negara yang sebelum ini seolah­ olahnya melangkah maju dalam perlindungan hak-hak asasi. Laporan ini memeriksa bagaimana kerajaan Malaysia menggunakan dan menyalahgunakan undang-undang terse but, dan bagaimana undang-undang itu sendiri tidak mencapai piawaian antarabangsa.

Semasa penggal pertama Perdana Menteri Najib Razak (sepanjang tahun-tahun 2009 hingga 2013), kerajaan Malaysia telah memansuhkan beberapa akta, termasuk Akta l<eselamatan Dalam Negara (AKDN) yang zalim, yang sering digunakan untuk menyekat hak-hak sivil dan politik, termasuk hak bersuara. Sepanjang kempen pilihanraya 2013, Najib telah berjanji untuk turut memansuhkan Akta Hasutan. Sebagaimana aktivis lama Hishamuddin Rais memaklumkan Human Rights Watch:

Apabita /SA dimansuhkan, wujudnya rasa kebebasan. Saya fikirkan Malaysia bergerak ke arah yang benar. Apabila Najib menjanjikan pemansuhan Akta Hasutan, saya pikir: “Kita sudah tiba. Kita dijatan yang benar.”

Sikap optimistik itu kini lenyap. Apabila berhadapan dengan populariti yang menjunam serta ketidakpuashatian orang ramai yang kian memuncak atas pelbagai isu, perdana menteri telah membalas dengan mengambil tindakan keras terhadap pengkritik dan dengan menyokong undang­ undang baru, seperti Akta Pencegahan l<eganasan (API<), yang meniru kebanyakan kelemahan yang wujud dalam undang-undangyang telah dimansuhkan itu. Pada November 2014, Najib mengingkari janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan dan telah mengisytiharkan bahawa undang-undang itu sebaliknya boleh “diperkuatkan dan dijadikan lebih berkesan,” dengan “kewujudan klausa khas untuk melindungi kesucian Islam, manakala lain-lain agama turut tidak boleh dihina.” Pada April 2015, kerajaan telah mendesak-luluskan pindaan yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat serta sekatan tambahan terhadap kebebasan bersuara, terutamanya di media sosial.

Tahap penindasan telah meningkat di sekitar lewat 2014 dan awal 2015 apabila kerajaan menghadapi kritikan dari orang awam terhadap cara mantan ketua pembangkang Anwar Ibrahim diperlakukan serta pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan yang baru. Skandal rasuah yang semakin berlingkar-lingkar melibatkan syarikat koprat milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mana lembaga penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri Najib, telah menyebabkan kerajaan menyekat beberapa laman web serta menggantung surat khabar yang melaporkan skandal tersebut, malah mereka mengumumkan rancangan untuk memperkuatkan kuasa untuk mengambil tindakan keras terhadap kebebasan bersuara di Internet.

Walaupun pada asalnya fokus tindakan keras adalah terhadap ahli-ahli politik pembangkang, setelah kritikan awam terhadap kerajaan menjadi semakin lantang, pelajar-pelajar, wartawan-wartawan, aktivis masyarakat sivil, dan orang awam turut menjadi mangsa gelombang penindasan ini.

Aktivis pelajar Adam Adli bin Abdul Halim, contohnya, telah ditahan sebanyak enam kali kerana mengambil bahagian dalam protes-prates aman terhadap kerajaan dan mengajak orang lain turut menyertainya. Pada September 2014, beliau telah disabitkan atas kesalahan hasutan bagi suatu ucapan yang dibuatnya dalam membantah pilihanraya am 2013 dan telah dihukum satu tahun penjara. Pada ketika ini, beliau bebas atas ikat jamin sementara menunggu rayuan, dan kini menghadapi pertuduhan baru kerana melibatkan diri dalam “prates jalanan haram” pada bulan Februari serta menghadapi siasatan bagi pertuduhan “aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen” atas peranan yang beliau mainkan dalam penganjuran satu prates baru-baru ini. Beliau telah digantung dan sejurus itu dibuang dari kursus latihan pengajar beliau di Kolej Latihan Guru Sultan Idris disebabkan aktivismnya itu. Beliau kini mengikuti pengajian bidang undang­ undang di sebuah institusi swasta.

Apabila disoal mengapa beliau terus bersuara walaupun berhadapan risiko sedemikian, Adli membalas:

la merupakan suatu tanggu ngjawab bagi kita bersuara apabila kerajaan menggugat kedaulatan undang-undang untuk memastikan mereka terus berkuasa …. Bukan hasil atau apa yang boteh dicapai dalam jangkamasa pendek yang penting. Prates adalah perlu untuk membu ka ruang demokrasi … Kebebasan bersuara di Malaysia kini diancam oleh pihak kerajaan. }etas sekali piha k berkuasa tidak berpihak kepada hak- hak kebebasan bersuara.

Chua Tian Chang, naib-presiden parti pembangkang Malaysia, Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga menjadi mangsa kerana lantang bersuara mengenai isu-isu politik. Beliau dikenakan pertuduhan hasutan dalam satu kes dan sedang disiasat untuk pertuduhan hasutan untuk kes satu lagi, sementara pihak kerajaan sedang merayu terhadap pembebasan beliau dari pertuduhan hasutan dalam kes ketiga. Pada 12 Ogos 2014, pertuduhan baru telah dibawa terhadapnya di bawah seksyen 509 kanun keseksaan kerana didakwa melakukan penderaan lisan terhadap pegawai­ pegawai polis yang berlaku beberapa bulan sebelum itu apabila mereka merampas telefon bimbit serta iPad beliau untuk menyiasat salah satu dari kenyataannya di media sosial. Sebelum itu beliau telah dibebaskan dari pertuduhan menyertai protes haram, tetapi kini di bawah siasatan untuk penyertaannya dalam beberapa “perhimpunan haram” dan kerana memakai kemeja-T kuningyang telah diharamkan yang mempunyai lambang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), sebuah kumpulan yang berkempen untuk penambahbaikan pilihanraya sejak 2012. Menurut Chua, tindakan kerajaan adalah bermotivasikan politik:

Bagi pihak berkuasa, apa sahaja yang saya cakap merupakan masalah … Kalau kamu pegi ke prates aman, mereka tangkap kamu kerana berkumpu l . Ka/au kamu mengkritik kerajaan, mereka buru kamu kerana hasutan .

Penggunaan Undang-Undang Yang Terlampau Ketat sebagai Alat Penindasan

Semenjak berakhirnya penjajahan pada tahun 1957, Malaysia telah diperintah oleh suatu gabungan yang didominasi parti United Malays National Organization (UMNO). Gabungan terkini, Barisan Nasional (BN), telah berkuasa semenjak tahun 1974. Sepanjang tempoh 40 tahun berkuasa, BN telah menggunakan pelbagai undang-undang yang sengaja dibahasakan dengan luas dan samar-samar untuk mengganggu dan mendiamkan pengkritik serta pembangkang politiknya. Beberapa undang-undang tersebut telah wujud semenjak Malaysia memperolehi kemerdekaannya

dari United Kingdom pada tahun 1957, sementara banyak undang-undang lain telahpun diwujudkan atau dipinda baru-baru ini.

Najib ketika menyandang jawatan pada April 2009 telah memberi ikrar untuk “menegakkan kebebasan sivil ” serta untuk “menghormati hak-hak asasi rakyat,” tetapi penggunaan undang­ undang jenayah yang dibahasakan dengan terlalu luas untuk mendiamkan pengkritik dan aktivis masyarakat sivil telah meningkat dengan dramatik semenjak pilihanraya tahun 2013, di mana BN masih memenangi majoriti parlimen tetapi gaga! mendapat undi popular. Di saat-saat menjelang pilihanraya, lebih dari 200 orang telah ditahan dan disoalsiasat oleh pihak polis hanya kerana melontarkan kritikan terhadap pihak berkuasa atau badan kehakiman ataupun melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Senjata yang paling kerap digunakan dalam tindakan keras ini, seperti yang ditunjukkan dalam kes Adli dan Chua, adalah peruntukkan yang paling terkenal di Malaysia: Akta Hasutan, yang telah diacukan terhadap ahli-ahli politik pembangkang, aktivis masyarakat sivil, wartawan, ahli akademik, dan rakyat biasa yang menggunakan media sosial.

Dalam usahanya mendiamkan pengkritik, pihak kerajaan turut menggunakan peruntukkan kanun keseksaan yang juga dibahasakan dengan luas, termasuk seksyen-seksyen 504 dan 505(b), yang mengharamkan ucapan yang mengarah kepada pelanggaran “keamanan awam,” dan seksyen 499, yang mengharamkan ucapan yang merosakkan nama baik seseorang , samada hidup atau sudah mati.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan telah digunakan untuk menyekat beberapa akhbar cetak, menggantung penerbitan suratkhabar yang melaporkan perlakuan rasuah, mencegah mesin cetak dari mencetak buku-buku yang mengkritik kerajaan, dan turut mengisytiharkan pengharaman logo Bersih. Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) telah digunakan untuk menghalang laman-laman web yang melaporkan rasuah, menghukum stesen radio yang menyiarkan perbincangan atas perkara-perkara hal-ehwal kepentingan awam, dan menahan serta menghukum pengguna­ pengguna media sosial.

Mereka yang melibatkan diri dalam protes aman telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman dan seksyen 143 Kanun Keseksaan, yang menjenayahkan perhimpunan “haram”, sementara mereka yang mengaturkan atau mengajak orang menghadiri perhimpunan aman telah didakwa atau disoalsiasat atas tuduhan hasutan. Pada tahun 2015, apabila berhadapan dengan fokus awam yang semakin meningkat terhadap pertuduhan rasuah melibatkan 1MDB, kerajaan telah mengancam mereka yang bersuara lantang terhadap rasuah dengan pertuduhan “aktiviti-aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen” di bawah seksyen-seksyen 124(b) dan 124(c) kanun keseksaan. Pihak kerajaan nampaknya tidak sedar betapa ironinya kegunaan undang-undang yang diwujudkan bagi melindungi demokrasi untuk tujuan menyekat percakapan kritis.

Paling membimbangkan adalah undang-undang yang mengenakan hukuman jenayah kerana ini memberi kesan yang menggerunkan terhadap kebebasan bersuara. Sepertimana yang dinyatakan oleh rapporteur khas UN bagi promosi dan perlindungan hak-hak kebebasan berpendapat dan bersuara, dengan kewujudan undang-undang tersebut:

lndividu-individu menghadapi ancaman yang berterusan bagi risiko ditangkap, ditahan dalam tahanan pra-bicara, dikenakan perbicaraan jenayah, denda dan pemenjaraan yang memakan belanja ya ng banyak, serta stigma sosial kerana mempu nyai suatu rekod jenayah.

Ramai di antara individu-individu yang ditemubual Human Rights Watch telah merujuk kepada kewujudan suatu “budaya” atau “suasana” ketakutan di Malaysia. Ketakutan membawa kepada penapisan diri, dan penapisan diri membawa kepada tekanan dalam perdebatan politik yang merupakan teras suatu masyarakat demokratik.

Menyasarkan Pembangkang Politik

Ahli-ahli politik dari pihak pembangkang sudah lama menjadi sasaran undang-undang yang lebih menindas di Malaysia, dan trend ini telah berterusan dalam tindakan keras yang diambil oleh pihak kerajaan baru-baru ini. Sekurang-kurangnya lima ahli parlimen pembangkang telah dikenakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan untuk mengkritik pihak kerajaan, pegawai kerajaan, atau badan kehakiman semenjak pilihanraya, dan sekurang-kurangnya tiga orang lagi telah dikenakan pertuduhan di bawah undang-undang jenayah lain. Sekiranya disabitkan dan dijatuhkan hukuman melebihi satu tahun penjara atau dikenakan denda melebihi RM2,ooo (kira-kira US$484), mereka terus tidak layak untuk berkhidmat di Parlimen untuk tempoh lima tahun selepas dilepaskan dari penjara. Ahli-ah Ii politik pembangkang yang berkhidmat di dewan undangan negeri dan mereka yang memegang peranan utama dalam parti-parti politik pembangkang turut menjadi sasaran dalam tindakan keras tersebut.

Muatturun Ringkasan dan Syor dalam Bahasa

Download Full Report in English

 

 

 

 

Charge escaped by Anwar for joining Bersih 3 rally

Posted: 01 Nov 2015 04:45 PM PST

From : Legal Monitor Worldwide.

Datuk Seri Anwar Ibrahim former opposition leader no longer faces a charge for participating in the Bersih 3.0 rally in 2012, after the Court of Appeal decided that his appeal challenging the constitutionality of the charge was a non-issue since an order prohibiting the demonstration at Dataran Merdeka was defective.

The appellate court’s three man bench chaired by judge Datuk Abang Iskandar Abang Hashim said Anwar’s bid to challenge the constitutionality of the charge brought against him was not sustainable because a magistrate court order that prohibited the Bersih 3.0 rally at Dataran Merdeka was defective.

Anwar had previously challenged the constitutionality of the charge under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 before the High Court but it was refused, and he then filed an appeal to the Court of Appeal.

Ramkarpal Singh, who appeared for Anwar, told reporters it was impossible to charge the former opposition leader for the same offence.

The magistrate’s order, dated April 26, 2012, had prohibited any assembly at Dataran Merdeka from April 28 to May 1, 2012.

Another Court of Appeal bench led by Datuk Linton Albert then set aside the magistrate’s order on grounds it was ill-conceived in January 2014.

Subsequently, the Sessions court last year gave Anwar and five others a discharge not amounting to acquittal on the charges under the PAA in relation to the rally.

The then Sessions court judge Ahmad Bache said he found the charges defective following Linton’s decision which declared that the magistrate’s order invalid.

Anwar had claimed trial to two summons charges.

In the first charge, Anwar was charged with breaching an order by Magistrate Zaki Asyraf Zubir, which barred the public from entering Dataran Merdeka during Bersih 3.0 rally on April 28, 2012.

In the second charge, Anwar together with PKR’s deputy president Mohamed Azmin Ali and Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard were jointly charged for allegedly inciting and abetting R.Tangam, G.Rajesh Kumar and Farhan Ibrahim, in breaching a court order issued by the magistrate.

While Anwar had chosen to challenge the constitutionality of the charge, Azmin, Badrul Hisham and the thee others had taken a different route by appealing the magistrate’s order that was issued under Section 98 of the Criminal Procedure Code.

They appealed at the Court of Appeal, which set aside the magistrate’s order.

 

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Kaca Film Merek Ini Diskon Jor-joran di Jakarta Auto Show

Posted: 31 Oct 2015 04:01 PM PDT

Grand New Avanza yang Terus “Bandel”

Posted: 31 Oct 2015 04:00 PM PDT