Khamis, 24 September 2015

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Soalan-soalan Parlimen YB Sivarasa, Ahli Parlimen SUBANG.

Posted: 24 Sep 2015 01:56 AM PDT

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 yang bermula pada 19 Oktober 2015

Soalan-soalan jawab lisan dan bertulis seperti berikut:

Soalan Jawab Lisan

1.Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan/atau Menteri Luar Negara menyatakan usaha dan hasil pemerintah dalam menyelesaikan masalah jerebu yang dihadapi Malaysia pada peringkat serantau memandangkan Malaysia merupakan pengerusi ASEAN.

2.Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan jumlah wang tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy Fund) yang telah dikutip daripada pengguna elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad bagi pihak Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 dan jumlah yang telah dibayar kepada penjana solar categori individu bersama institusi  non-profit  ( agama, ngo dsbnya ).

3.Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri/ Menteri  Pengangkutan menyatakan sebab kita membuat pengumuman pengesahan serpihan-serpihan yang ditemui di Pulau Reunion sebagai sebahagian pesawat MH370  sebelum apa-apa pengesahan  daripada pakar-pakar syarikat  Boeing di Peranchis dan negara-negara lain.

4.Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Perushaan Perladangan dan Komoditi menyatakan sebab pihak FELDA membantah dan menghalang pengeluaran lesen menjual kelapa sawit oleh Lembaga Kelapa Sawit Malaysia kepada peneroka-peneroka FELDA yang sudah selesai semua hutang dan mendapat hakmilik tanah mereka.

5.Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Luar Negeri menyatakan samada Malaysia akan mendesak Sri Lanka menghormati dan melaksanakan sepenuhnya syor-syor Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak-Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk penubuhan satu mahkamah istimewa hyrid ( special hybrid court) untuk membicarakan kes-kes jenayah perang yang dilakukan  dari tempoh 2002 ke 2011.

6. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan pandangan tentang pendedahan bahawa agensi-agensi kerajaan Malaysia termasuk Jabatan Perdana Menteri telah membeli spyware  bernama Remote Control System (RCS) melalui syarikat tempatan di Shah Alam, Selangor, bernama Miliserve Technology daripada pembuat spyware bernama Hacker Team di Milan, Italy, dan telah menggunanya untuk mengintip beberapa rakyat Malaysia.

7. Tuan R.Sivarasa [Subang[ meminta Perdana Menteri menyatakan rasional pemerintah menamatkan perkhidmatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara secara tergesa-gesa pada 27 Julai 2015 sedangkan beliau sememangnya akan bersara pada 6 Oktober 2015.

8.Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan apakah harta pusaka yang diwarisi oleh beliau yang dirujuk dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri kepada New York Times yang disebut dalam rencana bertajuk ” Jho Low, Well Connected in Malaysia, Has an Appetite for New York ” bertarikh 8hb Februari 2015.

9.Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta  Perdana Menteri menyatakan samada beliau telah dihubungi oleh wakil-wakil kerajaan Amerika Syarikat berkaitan dengan siasatan ”Grand Jury” di sana dalam tuduhah-tuduhan amalan rasuah yang membabitkan Perdana Menteri sendiri dan dua orang lagi, Riza Aziz dan Jho Low;

10.Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan punca “dana keluarga” atau “family wealth” yang dikatakan digunakan oleh anak tiri beliau Riza Aziz untuk membeli hartanah mewah di New York dan Beverley Hills bernilai tidak kurang daripada 60 juta USD dan juga untuk melabur beberapa ratus juta USD dalam industri filem di US. 

Soalan Jawab Bertulis
1. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri dan/atau Menteri Dalam Negeri menyatakan
a) untuk 12 inkues yang telah diselesaikan untuk kematian dalam tahanan polis 2009 sehingga September 2015 ( rujuk jawapan mesyuarat ketiga 2014 rujukan 7318 soalan 516, tiada tarikh),  keputusan dalam setiap kes dan samaada keputusan telah kenalpasti perlakuan jenayah dalam insiden kematian dan sekiranya ada, siapa
b) untuk 15 kes di mana magistret memutuskan tiada inkues diperlukan, senaraikan setiap kes dengan alasan untuk keputusan Magistret.

2. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri dan/atau Menteri Dalam Negeri menyatakan:
a) untuk 23 kes kematian dalam tahanan polis 2009 sehingga 2014 ( rujuk jawapan mesyuarat ketiga 2014 rujukan 7318 soalan 516, tiada tarikh) yang telah dirujuk kepada DPP, senaraikan status dan keputusan DPP untuk setiap kes; 
b) untuk 20 kes yang masih dalam siasatan, senaraikan setiap kes and menyatakan status siasatan kes tersebut.
c) untuk 6 kes yang dirujuk kepada Magistret, senaraikan setiap kes dan menyatakan apa maksud ” rujuk kepada Magistret” dan apakah hasilnya.

3.Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan jumlah gunatanah hutan yang telah ditukar kepada tanah perladangan di setiap negeri bagi sepuluh tahun yang lepas.

4.Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah terkini tahanan-tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) samada yang didakwa ataupun tidak, mengikut pecahan warganegara, negeri asal, bangsa, jantina, umur, pertuduhan, tempoh ditahan dan tempat mereka ditahan sejak SOSMA diwartakan pada 22 Jun 2012 sehingga ke 30hb September 2015.

5.Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan prestasi pengurangan kadar air tidak berhasil (NRW) di setiap negeri bagi tahun 2008 hingga 2014