Selasa, 10 Mac 2015

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Soalan Parlimen YB Sivarasa

Posted: 10 Mar 2015 01:18 AM PDT

 Berikut adalah soalan-soalan untuk Jawab Lisan oleh YB Sivarasa bagi sessi Parlimen yang bermula minggu ini.

Soalan Jawab Lisan

 

1. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Kerja Raya menyatakan samaada kerajaan setuju dan akan pastikan jajaran lebuhraya Damansara Shah Alam (“DASH”) akan dipinda supaya tidak melalui kawasan perumahan dan komesial yang padat di kawasan Damansara Perdana dan juga Mutiara Damansara

2. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Kewangan menyatakan bila RM 7 billion dana milik 1Malaysia Development Bhd ( 1MDB) yang dulu  ditempatkan di Cayman Islands dikembalikan ke Malaysia saperti yang umumkan oleh pengarah eksekutif 1MDB En Arul Kanda Kandasamy dan kenapa 1MDB tidak berupaya membayar hutang RM2 billion kepada Maybank dan RHB pada bulan Disember 2014.

3. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menjawab dakwaan Tun Mahathir di The Edge Malaysia bertarikh 6 Oktober 2014 bahawa "1MDB tidak mempunyai sebarang sumbangan kepada negara mahupun kewangan kerajaan" (“1MDB has not contributed anything to the country, even to the government's Finance”).

 

4. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyenaraikan semua penumpang pesawat negara 9M-NAA ( yang membawa Perdana Menteri ke luar negara ke Hawaii di bulan Disember 2014) semasa pulang ke Malaysia pada 4hb Januari 2015.

 

5. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan apa sebab Peguam Negara tidak membuat permohonan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 di Mahkamah Rayuan selepas Korporal Sirul Azhar Umar dan Ketua Insp Azilah Hadri dibebaskan dan juga di Mahkamah Persekutuan untuk waran tangkap atau perintah sekatan atas pergerakan mereka semasa menunggu penghabisan rayuan Peguam Negara.

6.  Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri dan/atau Menteri Dalam Negeri  menyatakan status siasatan dan semakan di peringkat Peguam Negara berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Dato Mat Zain Ibrahim terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah ( Putrajaya Presinct 7 Rpt 10437/13 bertarikh 15.12.2013 yang menuduh bahawa Shafee telah melakukan kesalahan jenayah dengan membuat kenyataan palsu dalam afidavitnya di Mahkamah.

7.  Tuan R.Sivarasa [Subang[ meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status siasatan kes 1MDB berikutan laporan polis Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB dan subsidiarinya (The Star, 13 Disember 2014, Umno man lodges police report against 1MDB).

8. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan apakah harta pusaka yang diwarisi oleh beliau yang dirujuk dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri kepada New York Times yang disebut dalam rencana bertajuk ” Jho Low, Well Connected in Malaysia, Has an Appetite for New York ” bertarikh 8hb Februari 2015.

9. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta  Perdana Menteri menyatakan samaada kenyataan-kenyataan dalam rencana bertarikh 8.2.15 di New York Times yang berkata saperti berikut adalah betul atau tidak: (a) Isteri beliau Rosmah Mansor memiliki sekurang-kurang 9 beg tangan berjenama Birkin (b) isteri PM membeli barang kemas bernilai berjuta-juta ringgit dari Hong Kong di 2008 dan 2009  dan (c) Banyak wang tunai disimpan dalam peti besi PM saperti yang dikatakan oleh Ariff Sabri, mantan kakitangan PM tempoh 2000 – 2004.  

10. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan punca “dana keluarga” atau “family wealth” yang dikatakan digunakan oleh anak tiri beliau Riza Aziz untuk membeli hartanah mewah di New York dan Beverley Hills bernilai tidak kurang daripada 60 juta USD dan juga untuk melabur beberapa ratus juta USD dalam industri filem di US.