Isnin, 26 Januari 2015

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] Tarikh Penghakiman 10 Februari

Posted: 25 Jan 2015 10:06 PM PST

26 JANUARI 2015
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh Penghakiman 10 Februari

Saya menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari hadapan sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan kes saya di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya.

Berdasarkan penghujahan pasukan guaman, saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.

Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan.

ANWAR IBRAHIM