Isnin, 27 Oktober 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Harapan rakyat terbanyak; terima kasih semua

Posted: 27 Oct 2014 05:40 PM PDT

Dear Anwar Ibrahim,

As someone who had the great pleasure to met both you and your wife at the 2006 Shakespeare World Congress in Brisbane, I am of course – as with so many of my fellow Australians – thinking of you more especially today, further to this appalling trumped up sodomy case that you have been charged with for such a long period.

For now, my very best and most heartfelt good wishes for your total exoneration, while we will do all that is possible to criticise and oppose any decision that goes against you, even if I am very hopeful about you being cleared of these charges.

In haste – albeit with my most fervent and total support,

Marcus Adamson,
Sydney, Australia
==============================================================================

Menzahirkan sokongan dan harapan semoga DSAI yg dikasihi sentiasa dalam rahmat dan sejahtera.

Insyaallah, kita sentiasa bersama DSAI dalam hal2 yg makruf, kita terasa peritnya kegentiran yg DSAI terpaksa depani demi sebuah perjuangan, semoga dicatit akan sebagai amal kebajikan, dikira dengan ganjaran yg besar berpanjangan.

Yg kami dapat sertai ialah dgn solat dan munajat, memohon Allah untuk ketentuan yg terbaik, kesan yg paling mendalam untuk kebaikan DSAI, keluarga , dan ummah.

Aduhai gagahnya seorang pejuang
Rebahnya untuk bangun semula
Lelahnya tersorok di sebalik genggaman
Harapannya melingari ruang dan zaman
Semoga Tilikan Rahmat Tuhan pemberi rangsangan.

Tenanglah dalamannya ya Tuhan,
Syurgakan dadanya dgn kebersamaan-Mu
Teguhkan pendirian sebagai penyaksian
Yg kebenaran tidak luntur kerana lebatnya kepalsuan

Zaidi

[CATATAN] Kes Fitnah II dan #RakyatHakimNegara

Posted: 27 Oct 2014 05:09 PM PDT

Di saat-saat akhir menjelang perbicaraan Mahkamah Persekutuan esok hari, program menjadi semakin padat. Malah program hari ini sahaja sudah cukup memakan kudrat yang bukan sedikit.

Daripada Pulau Pinang hinggalah ke majlis terakhir di Subang Jaya sebentar tadi, seakan muncul satu kekuatan yang berbeda tatkala melihat rakyat tidak putus-putus menterjemahkan sokongan ke atas saya. Saya kembalikan rasa syukur pada Ilahi.

Pagi tadi Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang, mungkin yang terakhir kali saya pengerusikan. Perbincangan berjalan lancar dan harmonis, dengan tekad agenda dan maslahah rakyat terbanyak terus menjadi fokus Pakatan Rakyat di masa akan datang.

Hati ini tersentuh melihat teman-teman lama dalam ABIM dahulu berkumpul di kediaman untuk sama-sama menunaikan Solat Maghrib dan mendengar tazkirah sahabat lama Prof. Razali Nawawi. Ukhuwah yang sekian lama terjalin ini nyata sekali sesuatu yang tak terbanding nilainya di dunia ini.

Meski ditekan dan diugut, dorongan mahasiswa Universiti Malaya luar biasa sekali. Di sebalik pelbagai sekatan termasuklah menutup pintu utama universiti sehinggalah memutuskan bekalan elektrik, saya dapat kembali ke UM memanfaatkan ruang untuk saya mengongsikan nostalgia dan kenangan di tapak pemula aktivisme saya. Ironi sekali jika dibanding persediaan rapi tatkala Presiden Obama melawat Universiti Malaya dibanding dengan saya, alumnus UM. Lucu juga, di sebuah Universiti yang sewajarnya menjadi gedung ilmu ikonik yang bebas, wadah pidato sebegini dihalang, tetapi program memecah rekod Malaysia yang pelik-pelik diangkat menjadi tradisi. Saya rakamkan setinggi penghargaan atas inisiatif pimpinan Persatuan Mahasiswa UM mengembalikan sireh ini pulang ke gagangnya.

Semalam saya terharu menerima perutusan khusus daripada sahabat akrab Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang mengulas mengenai keperluan perbicaraan yang bermula esok hari dilaksanakan dengan penuh adil dan saksama. Surat daripada John L. Esposito kepada kerajaan Malaysia juga sangat mengharukan saya di saat kepekaan mereka yang cakna dengan perkembangan pengakhiran perbicaraan ini setelah bertahun lamanya.

Jauh di sudut hati, saya meyakini akan prinsip keluhuran undang-undang yang jelas memihak kepada saya dan pasukan pembela. Fakta kes sedia ada cukup kredibel.

Sungguhpun begitu, sebarang bentuk kebarangkalian tetap saya sedia untuk hadapi, kerana saya yakin dan percaya wamaakaru wamaakaraLlah, waLlahu khairul maakiriin.

Apresiasi saya buat Azizah dan keluarga yang saban waktu mendoakan yang terbaik buat saya; demikian juga sokongan yang tidak putus-putus daripada akar umbi dan kepimpinan KEADILAN seluruh negara; muafakat rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PAS; ingatan sahabat sahabat jalinan ukhuwah di seantero dunia; dan terpenting sekali harapan rakyat yang tidak pernah pudar usai September 1998 sehingga kini.

Perjuangan ini, semangat ini, nurani ini akan tetap berpadu meski terkurung di balik tirai besi, takkan kuundur walau seinci. Andai yang tidak diingini tetap berlaku, perjuangan ini perlu diteruskan; maslahah rakyat terus ditegakkan; keadilan sosial dipertahankan; kezaliman perlu terus dibenamkan.

Kepada Allah Yang Maha Esa, harapan akhir kita sandarkan.

Seeru ‘ala barakatiLlah.

ANWAR IBRAHIM

[VIDEO] Pakatan ulangi komitmen tentang kezaliman

Posted: 27 Oct 2014 01:38 AM PDT

[VIDEO] Anwar: 16 tahun dia serang, saya nak jawab tak boleh?

Posted: 27 Oct 2014 01:38 AM PDT

[PERUTUSAN] Sheikh Yusuf al Qaradawi Tentang Malaysia dan Fitnah Terhadap Anwar Ibrahim

Posted: 27 Oct 2014 01:07 AM PDT

Perutusan Sahib al Samaha Sheikh Yusuf al Qaradawi tentang Malaysia dan fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.

Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh
(As Saff: 4)

Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.

Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.

Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.

Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah swt tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

(Surah An Nur 12-13)

Aku menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling bantu-membantu. Aku berharap saudara-saudara di Malaysia menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan, tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan kebaikan.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

YUSUF AL-QARADAWI
Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam
26 Oktober 2014
2 Muharram 1436

UM must guarantee academic freedom and freedom of speech

Posted: 27 Oct 2014 12:16 AM PDT

TMI

Universiti Malaya Academic Staff Association (PKAUM) views with great concern the recent developments surrounding Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya’s (PMUM) event of October 27, “40 tahun dari UM ke penjara”, featuring UM alumnus Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKAUM affirms that Universiti Malaya, our place of work, learning, research and intellectual exchange, and a public university of a country aspiring for democratic maturity, must safeguard academic freedom and freedom of speech.

We urge Universiti Malaya to provide a safe environment for tonight’s “40 tahun dari UM ke penjara”, as UM has done for recent peaceful public assemblies by students as well as staff.

Universities must be safe havens for our youth to explore ideas and ideals, and to express their thoughts and sentiments. The only prohibitions should be on hate speech, defamation, violence, and other legal infringements, for which general laws are adequate.

Anwar is, of course, the leader of the federal opposition and his speech will assuredly touch on social and political matters. But how is this so bad for the university?

UM’s administration claims – before the event – that it will tarnish the image of the university. As thinking members of UM’s academic body, we do not see any basis for this fear.

PKAUM rejects the unwarranted labelling of this event as “illegal” and disapproves the threat of expulsion and penalties against PMUM president Fahmi Zainol.

Let us be mature, and let us nurture the maturity of our students, by encouraging diversity of ideas and opinions, instead of constricting exposure.

If anything critical is said of the university or the Malaysian government, the response should be to safeguard the same space to other parties. In fact, we are glad that two Umno political figures, Pulai MP Datuk Nur Jazlan Mohamed and Global Movement of Moderates CEO Datuk Saifuddin Abdullah, participated in a student event on UM campus a few weeks ago.

The UM administration’s antagonistic stance toward PMUM’s October 27 gathering is inconsistent with aspirations to be an internationally recognised and top ranked institution.

We ought to emulate various leading global universities in Westminster parliamentary democracies, which open their doors to prominent persons and thought leaders – who are accountable to students and the academic community. In recent months, UK opposition leader Ed Milliband and Australian opposition leader Bill Shorten, respectively, visited Cambridge University (QS ranked #2) and the University of Melbourne (QS #33), without disapproval and obstruction by the universities’ high offices.

Let us stop pretending that we can be a top university without guaranteeing and protecting academic freedom and freedom of speech.

Azmi Sharom is president of PKAUM

Malaysia: Keep politics out of the courtroom in Anwar Ibrahim’s appeal

Posted: 26 Oct 2014 09:48 PM PDT

Paris, Kuala Lumpur, 27 October 2014

Malaysia's Federal Court must keep politics out of the courtroom and put an end to more than 15 years of judicial persecution of opposition leader Anwar Ibrahim, FIDH and its member organization Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) said today.

On 28-29 October, the Federal Court in Putrajaya will hear Anwar's appeal against a decision by the Court of Appeals which convicted him on charges of sodomy. The Federal Court will also hear an appeal filed by the prosecution to seek a jail sentence harsher than the Court of Appeals' sentence of five years. Under Article 377 of the Criminal Code, a conviction for sodomy carries a penalty of up to 20 years of imprisonment.

"The Federal Court's judgment is a decisive test for Malaysia's judiciary. Politics must be kept out of the courtroom if Malaysia wants to help restore the battered reputation of its justice system," said FIDH President Karim Lahidji. "It's imperative that Malaysia respects international standards for fair trials, including the right to be heard by a competent, independent, and impartial tribunal."

On 7 March 2014, the Court of Appeals overturned the High Court's acquittal of Anwar of charges of sodomy and sentenced him to five years in prison. Anwar was released on 10,000 Ringgit (2,200 Euros) bail pending the outcome of his Federal Court appeal.

Anwar was brought to trial on charges of sodomizing his former aide Saiful Bukhari Azlan on 26 June 2008 in Kuala Lumpur. On 9 January 2012, the Kuala Lumpur High Court found Anwar not guilty based on tainted DNA evidence presented by the prosecution. However, the Court of Appeals ruled that the trial judge erred in finding that DNA samples had been compromised because of a break in the chain of custody.

In an indication of political involvement in the judiciary, the Court of Appeals' trial was conducted in an unusually hasty manner and the sentencing process was expedited. As a result, Anwar was prevented from running in the by-election for the Selangor State Assembly seat of Kajang. The Kajang by-election, held on 23 March, could have paved the way for Anwar to become Chief Minister of Selangor State, Malaysia's richest and most populous state.

In a prelude to the 28-29 October hearing, on 14 October, the Federal Court rejected Anwar Ibrahim's motion that sought to disqualify Muhammad Shafee Abdullah from the prosecution team. The court ruled that Shafee, a lawyer associated with the ruling party United Malays National Organization (UMNO), was a "fit and proper person" to lead the prosecution. Anwar's defense team had unsuccessfully attempted to disqualify Shafee on two previous occasions.

Anwar's unsuccessful challenge to Shafee's presence on the prosecution team followed another disturbing development related to the forthcoming trial. On 19 August, one of Anwar's lawyers, N. Surendran, was charged with sedition for criticizing the Court of Appeals' 7 March ruling as "flawed, defensive, and insupportable."

"Developments leading up to the Federal Court's hearing do not bode well for the fairness of the proceedings. It's time for Malaysia's judiciary to end the political abuse of justice and the flawed prosecution of Anwar Ibrahim," said SUARAM Executive Director Yap Swee Seng.

The trial of Anwar Ibrahim takes place amid an ongoing crackdown on opposition politicians and government critics. Since May 2013, about 50 people, including MPs, activists, and lawyers have been either charged or investigated under the 1948 Sedition Law. Anwar himself was questioned by police on 26 September 2014 as part of a sedition investigation stemming from a speech he made during a political rally in Gombak, Selangor State, on 25 March 2011. In September, two activists were sentenced to prison terms on sedition charges.

In coordination with FIDH, Mr. Danthong Breen, Senior Advisor to the Union for Civil Liberty (UCL), FIDH member organization in Thailand, will attend the 28-29 October hearing at the Federal Court as an independent observer. Mr. Breen observed the previous appeal hearings on February 12 and March 6-7.

http://www.fidh.org/en/asia/malaysia/16322-malaysia-keep-politics-out-of-the-courtroom-in-anwar-ibrahim-s-appeal

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُون َ Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.(An-Nahl :90) Menjelang 28.10.2014 dan 29 .10.2014 merupakan tarikh penting buat pencinta Keadilan.Tarikh keramat yang akan meninggalkan kesan kepada mereka yang memahami erti dizalimi dan penderitaan. Keputusan akhir kes liwat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ( Keadilan-Permatang Pauh) melawan Mantan Pembantu peribadi beliau Saiful Bukhari Azlan dan Kerajaan Malaysia secara tidak langsung. Istana Kehakiman Putrajaya menjadi saksi pertarungan antara Keadilan dan kezaliman, antara Hak dan Batil , pertarungan antara Rakyat dan Sistem yang korup. Kes yang sudah berlarutan lamanya bukanlah suatu yang baru buat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu, kerana kes liwat pertama tahun 1999 direka khas oleh musuh politik beliau yang ingin melihat kerjaya politik beliau terkubur, tetapi atas semangat cintakan Keadilan dan Rakyat Hakim Negara Yang menyakini Allah Maha Adil telah mengugurkan tuduhan jahat dimana Ketua Umum itu hanya dipenjara enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa yang juga direka musuh politiknya. Sistem Kehakiman yang suatu ketika dahulu heboh dengan tuduhan pembelian Hakim-hakim perbicaraan telah mencalarkan imej institusi kehakiman dan Negara Malaysia. Penglibatan ahli politik dalam mempengaruhi sistem kehakiman dikutuk sekeras kerasnya kerana institusi tersebut adalah badan tertinggi selain Eksekutif dan legislatif. Justeru, tidak hairan Kes Liwat 2 yang akan berlangsung pada 28 Oktober ni akan menggunakan modus operandi yang sama untuk mengheret Ketua Pembangkang Ke jeriji besi untuk menamatkan kerjaya dan pengaruh politik beliau. Kempen Rakyat Hakim Negara adalah sambungan dari kempen kes Liwat pertama pada tahun 1999 di mana rakyat yang cakna dan simpati pada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menzahirkan kesedaran dan perpaduan bahawa sistem keadilan negara tidak boleh dicabuli dan harus bergerak seadilnya tanpa campur tangan politik. Rakyat Hakim Negara akan menjelaskan pada anak muda yang lahir selepas reformasi 1999 bahawa badan kehakiman negara telah dirosakkan oleh regim UMNO dan Barisan Nasional untuk memenuhi nafsu politik mereka. Angkatan Muda Keadilan Cabang Shah Alam mengambil pendirian bahawa kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim harus digugurkan kerana banyak kelemahan pada bukti kes yang melibatkan DNA tertuduh dan yang dituduh.Justeru, AMK Shah Alam mendesak badan kehakiman menjatuhkan hukuman seadil -adilnya tanpa menzalimi dan dipengaruhi politik atau menghadapi kemarahan rakyat yang inginkan badan kehakiman negara bebas dari pengaruh politik. Rakyat Malaysia diseru berdoa dan bertawakkal kepada tuhan agar Keadilan sebaik baiknya diberikan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan hak mendapat keadilan bertahun lamanya. Rakyat Hakim Negara adalah slogan bahawa Pencinta Keadilan dan Penentang Kezaliman akan menghakimi UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 14 kelak. #Justice4Anwar #RakyatHakimNegara Yang benar ( ABU ZAR AHMAD ZUBIR) Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Cabang Shah Alam

Posted: 27 Oct 2014 10:16 AM PDT