Jumaat, 5 September 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Bayaran Manfaat SMUE di Dewan MBSA Jalan Kebun

Posted: 05 Sep 2014 10:29 PM PDT

Shah Alam, 6 September 2014 - Majlis Penyampaian bayaran manfaat Skim Mesra Usia Emas telah diadakan pada hari ini di Dewan MBSA Jalan Kebun. Seramai 48 waris dari DUN Seri Andalas telah menerima bayaran manfaat yang disampaikan YB Dr. Xavier Jayakumar. Turut hadir dalam majlis adalah ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei.





Melihat Keadaan Jalan Raya Yang Perlu Diperbaiki Di Sekitar Taman Sentosa

Posted: 03 Sep 2014 02:45 AM PDT

Klang, 3 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini turun padang melihat sendiri kerja-kerja yang perlu dibuat untuk membaiki dan menurap jalan di sekitar Taman Sentosa; Jalan Dato Yusof Shahbudin dan Jalan Dato Dagang. Jalan-jalan lain dikawasan sekitar yang perlu diturap telah dikenalpasti dan kerja-kerja susulan akan diadakan.

Hadir bersama adalah pegawai dari Majlis Perbandaran Klang, En. PS Rajoo dan En. Thamilmaran.



















Kolam Tadahan Atasi Banjir Akan Mula Beroperasi

Posted: 03 Sep 2014 02:30 AM PDT

Klang, 3 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar mengadakan lawatan ke tapak kolam tadahan di Taman Sentosa, Klang untuk meninjau perkembangan terkini. Kolam tadahan ini adalah inisiatif untuk mengatasi banjir di DUN Seri Andalas yang telah melanda lebih 20 tahun. Kolam tersebut telah pun berupaya untuk mengumpul air hujan dan dijangka beroperasi mengikut jadual.

Inisiatif untuk menghijaukan kawasan tersebut sebagai tempat rekreasi telah pun dimulakan. Orang ramai digalakkan untuk menyumbang pokok bersaiz ketinggian 5 kaki keatas. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat ADUN Seri Andalas; 03-33734595.