Khamis, 31 Julai 2014

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Kenyataan Media berhubung TanSri Khalid Ibrahim

Posted: 31 Jul 2014 08:38 PM PDT


KENYATAAN MEDIA
1hb Ogos 2014


KAMI INGATKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM BAHAWA KEPUTUSAN PARTI KEADILAN ADALAH DATUK SERI DR WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU - HORMATILAH KEPUTUSAN PARTI!

Kami, Ketua-Ketua Cabang dan Ranting KEADILAN  ingin mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN-ADUN KEADILAN di negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar. 

Oleh yang demikian, kami menggesa agar semua anggota KEADILAN termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai yang lalu, iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Pada masa yang sama, akar umbi berpendapat peralihan kuasa perlu dibuat secara tertib, baik, dan bermaruah. Oleh yang demikian, ingin kami menasihatkan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim menghormati keputusan parti dan melepaskan jawatan dengan baik dan penuh rela hati, demi kesinambungan pentadbiran negeri Selangor dan kemaslahatan rakyat Selangor khususnya. 

Tan Sri Khalid perlu ingat, jika beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut, ini hanya akan merosakkan imej beliau. Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan Rakyat. Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan Rakyat untuk membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri Selangor. 

Sivarasa Rasiah
Ketua Cabang Subang dan Ahli Parlimen Subang.

William Leong
Ketua Cabang Selayang dan Ahli Parlimen Selayang

Yew Boon Lye
Ketua Cabang Kelang

David Cheong
Ketua Ranting Sg. Jarom, Cabang Kuala Langat yang mewakili 25 Ranting di Kuala Langat



Sekiranya penjelasan lanjut diperlukan, sila hubungi Sivarasa di no 012 213 8613 atau setiausaha politik beliau, Peter Chong 012 9059948