Khamis, 3 Julai 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Empat sekeluarga dilarikan penyamun

Posted: 03 Jul 2014 02:05 AM PDT



Makin ganas kes jenayah di Malaysia

Empat sekeluarga dilarikan penyamun
3 Julai 2014

Georgetown: Dua lelaki bukan saja menyamun malah turut menculik empat ahli keluarga dalam satu kejadian di Taman Hutchings, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua suspek terbabit menceroboh rumah mangsa dan mengambil pelbagai barang berharga.

Mereka yang bersenjatakan pisau itu kemudian mengugut semua mangsa yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka masuk ke dalam kereta.

Semua mereka dibawa menuju ke Prai sebelum si suami nekad terjun dari kereta ketika berada di kawasan Bukit Mertajam.

Ketika itu, dua anak mangsa dikatakan ditinggalkan berhampiran sebuah pusat beli belah manakala ibu mereka terus dibawa hingga ke kawasan Tikam Batu, Kedah.

Wanita terbabit turut ditumbuk suspek kerana berang dengan tindakan suaminya yang terjun dari kereta.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam selepas suspek meninggalkannya di kawasan Tikam Batu.


Kerajaan China larang berpuasa, PULANGKAN SAJA PANDA

Posted: 02 Jul 2014 09:39 PM PDT




Perlukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam menghantar balik Panda ke negara China sebagai tanda protes, atau semua umat Islam di Malaysia ini jangan pergi melawat Panda di Zoo Negara?

China larang berpuasa
3 Julai 2014

BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.

Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.

Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.

"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

Perompak ugut bakar rumah jika nombor PIN ATM salah

Posted: 02 Jul 2014 09:00 PM PDT




2 Julai 2014 GEMENCHEH - Empat penyamun bertopeng bersenjatakan parang menceroboh masuk rumah didiami enam sekeluarga di Peringkat 2, Felda Bukit Rokan Utara, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu, mangsa, Zahari Malek, 45, turut dilempang beberapa kali dan ditumbuk di bahagian hidung sehingga berdarah kerana menjerit ketakutan.

Menurutnya, salah seorang penjenayah turut mengungut mahu melarikan anaknya sekiranya tidak memberitahu tempat wang disimpan.

Zahari berkata, penjenayah itu kemudian menyelongkar dan mengambil kad bank miliknya serta meminta nombor pin.

Malah, katanya, mereka mengugut akan membakar rumahnya sekiranya nombor pin diberikan salah.

Susulan kejadian itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Lavina dengan nombor pendaftaran MBT6196 milik Zahari, selain barangan kemas bernilai hampir RM10,000 dan tiga komputer riba, wang tunai RM500, enam utas jam tangan pelbagai jenama, empat kasut pelbagai jenama dan televisyen LCD 42 inci dilarikan.

Kembara Agihan Sumbangan DUN Kota , Rembau

Posted: 02 Jul 2014 06:04 PM PDT




Kepada mereka yang ingin turut serta mengagihkan sumbangan untuk keluarga yang memerlukan dalam Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan di DUN Kota, sila berkumpul di Masjid Kg Batu, Rembau pada hari Ahad 6 Julai 2014 jam 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Nasir 012-6920850

Sumbangan untuk program ini boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


GENERASI USAHAWAN HEBAT 2014

Posted: 02 Jul 2014 08:59 PM PDT



InsyaAllah.. bengkel GENUH atau Generasi Usahawan Hebat yang diadakan pada tahun 2013 akan dibuat susulannya.. Nampaknya ramai yang perlukan jawapan dan bimbingan.. 
GENUH diwujudkan untuk membantu dan bukan untuk mengaut keuntungan dari pihak2 berkenaan.. berbagai tohmahan dan kata-kata negatif timbul bila ada yang memberikan bayangan atau persepektif bahawa GENUH adalah ejen...
GENUH adalah sekelompok usahawan kecil yang perlukan bimbingan dan diwujudkan utk membantu......

WHATSAPP GROUP telah diwujudkan. Diminta kepada semua peserta GENUH 2013 di minta daftarkan kpd 0193291967...  terima kasih

26 OKTOBER 2013 ~ BENGKEL KEUSAHAWANAN GENERAS9 USAHAWAN HEBAT ~ HOTEL SAHARA RAWANG

Posted: 02 Jul 2014 08:10 PM PDT


MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


BENGKEL KEUSAHAWAN GENERASI USAHAWAN HEBAT 2014 ~~

Posted: 02 Jul 2014 08:49 PM PDT