Ahad, 8 Jun 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nelayan di PD terancam, PanDa China jalani pemuliharaan

Posted: 07 Jun 2014 04:56 PM PDT


KAWASAN NELAYAN PD TERBATAS?
8 Jun 2014 - Kerancakan pembangunan di pesisir pantai di sini, termasuk pembangunan pelancongan, menyebabkan keluasan kawasan operasi nelayan di pesisir pantai Port Dickson menjadi semakin terbatas.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Negeri Sembilan, Nik Rashid Nik Jusoh berkata, projek-projek pembangunan itu mengganggu keluasan kawasan operasi para nelayan, lebih-lebih lagi dengan keadaan kawasan pantai yang agak sempit di Port Dickson.

"Kalau nak pergi jauh sangat tak boleh sebab mereka nanti akan melepasi sempadan antarabangsa dengan Indonesia dan sempadan negeri dengan Melaka. Jadi kawasan mereka sangat kecil dan menjadi bertambah kecil," katanya di sini.

Nik Rashid berkata, sekiranya projek pembangunan diteruskan di kawasan nelayan, pihaknya akan menuntut pampasan. Bagaimanapun biasanya pampasan yang diberikan tidak banyak, dalam lingkungan RM3,000 hingga RM6,000, katanya.

"Walaupun kita ada sediakan subsidi untuk minyak (RM200), tetapi dengan jarak yang lebih jauh, maka kos minyak juga akan jadi lebih mahal," tambah beliau, sambil mengakui bahawa LKIM tersepit antara pembangunan industri pelancongan dan peranannya menjaga kebajikan nelayan.