Jumaat, 16 Mei 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] Pemilihan KeADILan 2014

Posted: 16 May 2014 01:26 AM PDT

16 Mei 2014

Pimpinan KEADILAN mengamati situasi perjalanan Pemilihan parti yang telah berjalan tiga minggu berturut-turut dengan cukup serius. Seperti yang telah disebut dalam sidang media saya sebelum ini, sekiranya ada isu cacat cela dalam proses pengundian – termasuk penipuan, gangsterisme, dan disiplin – maka siasatan penuh wajib dijalankan dan tindakan disiplin harus diambil. Harus ditegaskan bahawa JPP dan Lembaga Disiplin KEADILAN telah diarah supaya tidak melindungi mana-mana anggota pun.

Semalam kita telah saksikan seramai lapan anggota KEADILAN yang telah digantung keanggotaan bagi membantu siasatan berkaitan Pemilihan parti, dan saya difahamkan Lembaga Disiplin kini bermesyuarat setiap hari bagi mempercepat proses siasatan.

Pada masa yang sama, saya telah meminta ketiga-tiga calon Timbalan Presiden KEADILAN untuk bersama saya pagi ini mewakili kesemua anggota KEADILAN memberi sokongan penuh kepada JPP untuk terus bergerak dan menambahbaik proses pemilihan parti.

Pimpinan KEADILAN amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku, terutamanya sewaktu proses pengundian di Selangor. Berdasarkan maklumat yang diterima serta bukti video dan foto, didapati terdapat elemen bukan anggota parti yang telah menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian. Saya juga difahamkan ramai daripada elemen-elemen ini telah masuk KEADILAN sejurus sebelum daftar pemilih ditutup dan disahkan pada 15 Mac yang lalu.
Oleh yang demikian, pimpinan KEADILAN telah mengarahkan JPP dan Lembaga Disiplin untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan tindakan disiplin yang cukup keras mesti diambil, bagi memastikan elemen-elemen ini dibanteras dan dibuang dari parti.

ANWAR IBRAHIM

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


50 km/j tak munasabah di kawasan parlimen Rembau, DUN Chembong berhampiran Wet World Pedas

Posted: 15 May 2014 04:05 PM PDT


15 Mei 2014 REMBAU – Pengguna jalan utama Seremban-Tampin, dekat Pedas, di sini memohon pihak berkaitan mempertimbangkan semula had laju ditetapkan di kawasan berkenaan. Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati, beberapa papan tanda had laju iaitu 50 kilometer sejam (50km/j) didirikan di laluan selekoh berkenaan berbanding had laju sebenar bagi jalan persekutuan iaitu 90km/j.

"Laluan berkenaan membenarkan had laju sekitar 50km/j sedangkan had laju berkenaan agak sukar untuk dipatuhi kerana agak perlahan dan pengguna jalan raya terpaksa menekan brek melalui kawasan berkenaan untuk mengelak kemungkinan disaman.

"Ada juga pengguna yang memandu sekitar 60km/j dan turut dikenakan saman. Jadi saya harap agar pihak berkaitan dapat mempertimbangkan permohonan untuk menaikkan had laju iaitu 70km/j di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam.

Peniaga, Yau Ho Huat, 60, memberitahu, kenalannya juga terkejut apabila mendapat surat saman sebulan lalu kerana memandu dengan had laju sekitar 70km/j.

"Tentu sahajalah rakan saya terkejut kerana tidak menyangka had laju di kawasan itu hanya sekitar 50km/j. Malah, jika di Pekan Pedas pun had lajunya adalah sekitar 70km/j.