Isnin, 12 Mei 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[PERUTUSAN] Hari Wesak 2014

Posted: 11 May 2014 09:55 PM PDT

Perutusan Hari Wesak 2014

Kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia saya ucapkan selamat menyambut Hari Wesak bersempena kelahiran Gautama Buddha ribuan tahun yang lalu.

Sifat mulia dan kasih sayang sesama manusia yang didokong oleh Gautama Buddha sepanjang hidupnya merupakan prinsip yang penting yang wajar diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sejajar dengan nilai yang kami perjuangkan selama ini, kepedulian terhadap hak dan kebajikan rakyat jelata, khususnya golongan miskin dan yang terpinggir, harus dibela.

Sebarang percubaan untuk menimbulkan kebencian atas nama agama mahupun kaum terhadap kaum dan penganut agama lain harus ditentang sama sekali kerana keadilan sosial dan perpaduan negara hanya dapat direalisasikan dengan adanya ruang demokrasi dan kebebasan untuk berdialog, bukannya dengan menghina dan mencerca.

Saya menyeru agar seluruh rakyat bersama menghayati falsafah ajaran Buddha yang menitikberatkan unsur kasih sayang, toleransi dan kemuliaan insan.

ANWAR IBRAHIM