Jumaat, 2 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


66 peratus tahi judi yang ditahan ialah orang Melayu

Posted: 01 May 2014 03:39 PM PDT


Bangsa mana agaknya yang paling takut apabila hukuman hudud dilaksanakan? Apakah bentuk hukuman hudud yang dikenakan terhadap kaki judi yang beragama Islam?

66 peratus tahi judi yang ditahan ialah orang Melayu

SEREMBAN 1 Mei 2014 - Judi siber kini menjadi ancaman besar kepada kesejahteraan rakyat di negeri ini, malah dianggap sebagai krisis yang perlu dibanteras dalam apa juga cara. Sebanyak 271 orang kaki judi siber telah ditahan sepanjang Januari sehingga 19 April lalu. Daripada jumlah tersebut, bangsa Melayu adalah yang paling ramai ditahan iaitu sebanyak 178 orang.

"Selain mereka, bangsa India yang ditahan sebanyak 45 orang, Cina 39 orang dan lain-lain bangsa sembilan orang.

2 suri rumah didenda kerana cederakan jiran angkara komen dalam Facebook

Posted: 01 May 2014 03:37 PM PDT


Buek malu oghang Nismilan yo. Mano poei eh semangat ukhuwwah Islamiah dan semangat kejiranan kito? Jangan pulak ado cikgu yang tumbuk guru bosa lopeh ini angkara Whatsapp atau Facebook sudahlah, buek malu anak mughid yo ! Campak an yo telipon tu kok buek doso yo, dongan kekawan bukan main laei bebughak dalam Fesbuk dan Watsup, dongan dongan mak ayah kek kampung tak di jongok eh.

2 suri rumah cederakan jiran angkara komen dalam Facebook didenda

1 Mei 2014 Seremban: Gara-gara mencederakan jiran mereka, dua suri rumah masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa akibat tidak puas hati dengan komen dibuat dalam laman sosial Facebook.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Maziah Samion, 31, dan Melor Abu Bakar, 51, yang mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengikut kertas tuduhan, Maziah dan Melor didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap Saridah Sohib, 39, di sebuah rumah di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin, 21 Februari lalu, kira-kira jam 10 malam.

Mengikut fakta kes, ketika Saridah (pengadu) berada di rumahnya di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin, dia didatangi kedua-dua tertuduh dan berlaku pertengkaran antara mereka.