Selasa, 25 Mac 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Condolences to families of MH 370 tragedy

Posted: 24 Mar 2014 09:59 PM PDT

I offer my deepest condolences to the families and loved ones of the
239 passengers and crew of flight MH370 which has been announced by
the Prime Minister to have crashed into the southern Indian Ocean.

There are no words to describe their pain, anguish and sorrow in the
face of this tragedy and all concerned must give them full support and
assistance in the days and months ahead no matter what it takes. Not
only should the media give them space and privacy but the authorities,
in their investigation, should show the greatest consideration to the
grieving families of the crew members.

Efforts to find the wreckage must be continued. That must remain the
priority even as many questions remain unanswered. The people, in
particular, the families and loved ones have a right to know all the
information and evidence concerning the crash particularly as to why
the government is certain, beyond reasonable doubt, that flight MH370
has crashed in the Indian Ocean.

Anwar Ibrahim

25th March 2014

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Kajang bukti referendum rakyat tolak Umno-BN

Posted: 25 Mar 2014 03:50 AM PDT

KAJANG 24 Mac: Keputusan Pilihan Raya Kecil Kajang membuktikan satu suara referendum rakyat untuk menolak Umno- BN, kata pengarah jentera pilihanraya Pas, Dr Hatta Ramli.
image hatta
Tambahnya, keputusan ini menunjukkan rakyat bangkit dan seterusnya menunjukkan sokongan yang kuat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

"PRK Kajang menunjukkan pandangan rakyat dan wajib untuk semua menolak Umno-BN atas tindakan zalim seterusnya kita harap dan yakin perasaan ini turut disuarakan di seluruh negara dan bukan hanya di Kajang sahaja," kata Hatta.
Keputusan PRK Kajang memberikan satu kemenangan yang amat besar bagi Pakatan Rakyat dan ini menunjukkan rakyat sudah mula bangkit menolak kerajaan Umno -BN.
"Ini satu kejayaan yang amat manis dan meyakinkan kita, rakyat Kajang membuat satu pungutan suara referendum atas isu-isu yang kita bangkitkan antaranya kes-kes Anwar Ibrahim dan Karpal Singh," katanya lagi..
Keputusan PRK Kajang seperti jangkaan menjadi milik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan jumlah undi sebanyak 16,741 yang diumumkan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.
"Kita sangat berpuashati terutama apabila kita membuat sedikit kajian, pertambahan undi orang Melayu dan beberapa peti undi yang sebelum ini kita kalah menunjukkan golongan muda semakin menyokong kita," ujar Hatta.
Tambahnya lagi, keputusan kemenangan ini merupakan ramuan perubahan yang amat penting untuk melakukan perubahan dengan penambahan sokongan kepada PR terutamanya di Selangor.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60345

Kemenangan bukti langkah Kajang berkesan, undi muda meningkat – Kak Wan

Posted: 25 Mar 2014 01:50 AM PDT

KAJANG 23 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN N25 Kajang bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang' dan sokongan pengundi muda.
Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti disumbangkan oleh pengundi muda daripada saluran 5, 6 dan 7.
prk_kajang_winner_540_360_100
"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang' berjaya. Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali," kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.

Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.
Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan KEADILAN di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini merupakan kubu kuat Umno, katanya.
Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan itu menyaksikan sokongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu kembali kepada Pakatan Rakyat.
"Kelazatan kemenangan ini juga mempertahankan sokongan kaum lain dan mendapat majoriti Melayu di kawasan ini. Majoriti Melayu sekarang memilih bersama Pakatan Rakyat," kata Anwar, lapor Malaysiakini.com.
Wan Azizah yang mewakili KEADILAN menang pilihan raya kecil Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada PRK ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60337

Adenan kekalkan politik kuku besi Taib Mahmud

Posted: 25 Mar 2014 01:47 AM PDT

dipetik dari FMT.com

Setiausaha Agung PKR disekat memasuki Sarawak
saifudin
PETALING JAYA: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengekalkan politik kuku besi Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil,pagi ini PKR dikejutkan dengan berita bahawa Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR telah disekat dari memasuki negeri Sarawak.
Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon PKR dalam kempen PRK Balingian.
Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.
Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Menurut Fahmi lagi, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini.
"Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

3 pemimpin kanan PKR dihalang masuk Sarawak

Posted: 25 Mar 2014 01:46 AM PDT



dipetik dari Malaysiakini.com

Tiga pemimpin kanan PKR dilarang memasuki Sarawak, dipercayai bagi berkempen membantu calon PKR Abdul Jalil Bujang dalam pilihan raya kecil DUN Balingian 29 Mac ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dihalang setelah sampai di lapangan terbang Sibu pada jam 11 pagi tadi.

Manakala Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli dalam tweetnya sebentar tadi berkata, beliau dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut mengalami nasib sama.

"Saya dan @tianchua sedang ditahan di pejabat imigresen Sibu. Akan dihantar balik selepas ini, dihalang masuk Sarawak," tulisnya.

Fahmi sebelum ini dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa, satu arahan dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac untuk menyekat Saifuddin memasuki Sarawak.

"Datuk Saifuddin (kanan) kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam kenyataan medianya pada tengah hari ini.

Sehubungan itu, Fahmi berkata PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dianggap tidak demokratik ini dan mendakwa pengaruh politik kuku besi bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud masih berleluasa walaupun telah bertukar ganti.

"Dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak," katanya.

Kelmarin PKR Sarawak melahirkan rasa bimbang sekiranya pihak berkuasa negeri itu merancang melarang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berkempen untuk pilihan raya kecil tersebut.

Naib Pengerusi PKR negeri See Chee How berkata jika pihak berkuasa negeri mengenakan larangan terhadap Anwar dan pemimpin PKR yang lain, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan saluran undang-undang.