Ahad, 19 Januari 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


PR Kesal Najib Terus Anggap Isu Harga Barang Remeh

Posted: 19 Jan 2014 10:00 PM PST

SHAH ALAM, 20 JAN: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus menganggap isu kenaikan harga barang sebagai 'remeh'walaupun berulang kali dinasihatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata walaupun jelas kemarahan rakyat dapat dilihat, namun isu perkauman sekali lagi digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Katanya, Kebimbangan ini disuarakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Saya rasa, perkara ini sudah agak serius dan sudah ada beberapa pemimpin BN memberikan peringatan seperti itu. Malangnya, Perdana Menteri kita masih mengambil remeh dengan kenaikan ini seolah-olah menganggap isu kangkung.

"Bukan sahaja begitu, bila rakyat marah beliau tidak ambil serius perkara ini sebaliknya cuba mengalihkan isu ini kepada isu perkauman. Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan sengaja mencetuskan is uperkauman," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Laporan akhbar semalam memetik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar "betul tapi tak popular" dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz berkata, kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana 'pihak yang disokong tidak prihatin dan tidak peduli suara akar umbi'.

Sehubungan itu, Tian Chua turut melahirkan kekesalan berkenaan himpunan mempertahankan imej Najib yang dibuat dengan menyebarkan mesej berbaur perkauman dan boleh menggugat keamanan sedia ada, pada 18 Januari lalu.

Tegasnya, pihak polis perlu menyiasat perkara berkenaan dengan segera tanpa bersikap berat sebelah.
 
"Mesej (himpuan) berbaur perkauman dan menghasut. Tetapi, nampaknya pihak polis langsung tidak mengambil tindakan.

"Ada 'double standard' kerana isu seperti ini abila dibangkitkan BN tidak ada tindakan dengan poster keganasan yang mengugut," katanya.

Sebelum ini, Najib dalam satu majlis membidas rakyat yang enggan berterima kasih terhadap kerajaan sedangkan ketika ini harga kangkung turun.

Namun, perkara berkenaan menjadi bahan jenaka pengguna laman sosial di Malaysia sehingga menarik perhatian media antarabangsa berkenaan perkara itu.

Sumber: SelangorKu

PKR Desak Putrajaya Tarik Balik Laporan Terhadap Anwar Kepada Jepun

Posted: 19 Jan 2014 09:00 PM PST

Peguam PKR, Latheefa Koya mendesak Putrajaya agar menarik balik laporan yang dihantar kepada kerajaan Jepun sehingga menyebabkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang masuk ke negara tersebut.

Anwar semalam dihalang pihak berkuasa imigresen Jepun daripada memasuki negara tersebut atas alasan laporan terbaru yang melibatkan dirinya.

"Ia sangat pelik apabila Anwar dihalang masuk atas alasan hukuman bermotifkan politik pada tahun 1999 sedangkan beliau memasuki Jepun beberapa kali sebelum ini.

"Ini adalah satu siri serangan dan gangguan oleh kerajaan terhadap Ketua Pembangkang yang kini masih berdepan kemungkinan satu lagi pertuduhan yang sengaja direka," kata Latheefa, yang juga Pengarah Biro Hak Asasi dan Undang-Undang PKR.

Beliau kemudian mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya membetulkan keadaan ini dengan segera dan menarik balik laporan yang kononnya dihantar mereka kepada kerajaan Jepun.

"Kami menyeru supaya perdana menteri memperbetulkan keadaan ini segera dengan menarik balik laporan yang tidak berasas kepada kerajaan Jepun dan memberi pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar," katanya.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen malah diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

Anwar yang hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa terus mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun, lalu alasan diberi adalah ia mungkin disebabkan laporan terbaru membabitkan dirinya pada tahun 2013.

Bekas timbalan perdana menteri tersebut berdepan ulangan pendakwaan pada 1999 apabila Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan "Liwat II" tersebut.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu dan masih belum selesai sehingga kini.

Dalam perkembangan terbaru, Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes liwat beliau apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak penggunaan akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang juga seorang bekas pegawai tertinggi polis.

Sumber: TheMalaysianInsider

Pihak Luar Tak Perlu Masuk Campur Hal Parti - Dr Xavier

Posted: 19 Jan 2014 02:00 AM PST

SHAH ALAM: Pihak-pihak luar diingatkan untuk tidak masuk campur dalam urusan parti sebaliknya menyerahkannya kepada kepimpinan untuk membuat keputusan, demikian tegas bekas Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa konflik Azmin Khalid berhubung isu PKNS adalah lakonan semata-mata di mana pengarah di sebalik 'drama' ini adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya ingat Noh tahulah, sebab dia pun seorang pelakon yang besar di dalam Umno dan Selangor. Banyak cerita tentang Noh kalau kita keluarkan isu-isu seperti ini. Dia gunakan waktu sebegini untuk melontarkan tuduhan ini tetapi kebelakangannya, Noh pun jahat juga.

"Beliau juga adalah "a lot of skeletons in cupboard". Satu-satu kita boleh buka tentang Noh. Saya ingat orang luar tak payah campur tentang isu parti, kita akan buat sesama kita di dalam parti, pemimpin akan buat keputusan," katanya ketika ditemubual bersama Antarapos.

Jelasnya lagi, apa yang berlaku di dalam parti itu seperti mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya PKR mengamalkan budaya saling tegur-menegur antara satu sama lain jika berlaku kesilapan, tanpa mengira kedudukan seseorang itu.

Azmin sebelum ini digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Khalid kemudiannya menyatakan beliau tidak terlibat dengan pemecatan Azmin.

Setiausaha Kerja PNKS, Norita Mohd Sidek kemudiannya memberitahu PKNS hanya menjalankan ketatapan yang diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Lazimnya, mesyuarat itu dipengerusikan Khalid sendiri.

Sehubungan itu, Xavier berkata Khalid harus menjawab kekeliruan yang telah timbul agar ianya jelas di mata pimpinan parti dan juga rakyat.

"Beliau kena jawab kepada pemimpin PKR mengapa tindakan ini diambil kepada timbalan presiden parti. Ini saya nampak sebagai tidak sihat. Kita ada agenda yang lebih besar untuk bawa perubahan di Selangor.

"Beliau adalah seorang yang saya katakan kuat dan tahu apa fakta-faktanya. Apa yang dia cakap, dia hujah bersama fakta yang ada. Beliau sangat terperinci apabila bercakap tentang sesuatu isu. Dan memang ahli-ahli PKR terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.

Mengulas lebih lanjut perihal Khalid yang sering membelakangi parti dalam membuat dasar dan keputusan kerajaan negeri, Xavier yang juga bekas Exco menasihatkan Khalid supaya berpegang kepada prinsip parti.

"Kita kena ada pendirian parti yang kuat di dalam kerajaan.

"Mana-mana individu yang masuk politik adalah disebabkan kerana suka politik dan melalui parti politik yang ada di kawasan atau negeri yang didaftarkan. Apabila sudah menjadi ahli politik, sudah semestinya beliau setuju dengan falsafah dan pendirian parti itu.

"Ini ada kaitannya dengan parti. Walaupun dikatakan Exco membuat keputusan, tapi kita masih beri nasihat. Contoh isu lesen, kita nasihatkan mereka tidak menaikkan kadar lesen, sebab rakyat dibebankan dengan pelbagai kenaikan. Kita nasihatkan MB dan Exco untuk ambil tindakan, tapi sampai sekarang saya tak nampak apa tindakan selanjutnya atau diterima atau tidak," jelasnya.

Anwar sebelum ini pernah mengkritik Khalid seorang yang lambat melaksanakan arahan yang diberikan selain mendakwa menteri besar itu gagal membelanjakan wang negeri dengan baik walaupun mempunyai rizab negeri sehingga RM3 bilion.


Sumber: AntaraPos

PKR: Harga Naik Kenapa Salahkah Orang Tengah?

Posted: 19 Jan 2014 01:00 AM PST

PKR hari ini mempersoalkan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyalahkan orang tengah ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Kenyataan menteri ini cubaan mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Fahmi justeru menyifatkan kenyataan Tengku Adnan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana peningkatan inflasi itu sudah pun diingatkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, kata Fahmi, dalam kenyataannya sebelum ini menyebut, kadar inflasi Malaysia meningkat 2.4 kali ganda dari 1.2 peratus (Disember 2012) kepada 2.9 peratus (November 2013).

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno semalam dilapor menyelar sikap orang tengah yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Ku Nan: Mereka sokong pembangkang

Beliau mendakwa, orang tengah itu cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil.

"Kenapa hendak buat cara ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti Acheh Malaysia di ibu negara.

Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi menggesa Tengku Adnan serta parti pemerintah menghentikan "retorik tidak berasas" dan berusaha mengetengahkan dasar bagi menangani inflasi dengan efektif.

Ia antaranya, tambah Fahmi lagi, menurutnkan harga petrol, memecahkan monopoli perniagaan gula dan penarikan balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pelbagai yang dicadangkan, seperti tol dan tarif elektrik.

"Sekurang-kurangnya kerajaan Umno-BN wajib menangani ketirisan dan rasuah yang mengakibatkan berbilion ringgit wang rakyat lesap begitu sahaja, seperti yang dilaporkan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.

Sumber: MalaysiaKini

Selangor Mampu Terus Program Bantuan Rakyat, Saat Ekonomi Negara Kritikal

Posted: 18 Jan 2014 01:00 AM PST

SHAH ALAM 18 JAN: Selangor mampu meneruskan pelbagai program membantu rakyat seperti skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan menampung perbelanjaan penting lain jika kerajaan pusat berhadapan masalah kewangan yang semakin kritikal.

Keupayaan itu berikutan amalan pengurusan kewangan cemerlang dengan mengawal pembaziran, ketelusan dan menghindar amalan budaya rasuah secara total yang diamalkan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata amalam itu adalah faktor utama yang membolehkan kerajaan negeri mengumpul rizab hampir RM3 bilion.
 
"Ini salah satu sebab mengapa kita kena pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Pengurusan kewangan yang baik mampu menampung kekurangan jika keadaan kewangan parah di pusat nanti dan Selangor masih boleh pertahan program membantu rakyat hasil simpanan dan harta kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri ada kemampuan untuk meneruskan pelbagai skim sedia ada bagi membantu rakyat ketika kerajaan pusat tidak mmepunyai keupayaan untuk melaksanakannya kerana tidak mempunyai kedudukan kewangan dan harta yang kukuh seperti Selangor," katanya ketika ditemu bual Selangor Kini, di Ibu Pejabat PKR, baru-baru ini.

Katanya, rakyat negara ini termasuk di Selangor bakal terkesan dengan dasar baru yang terpaksa dilaksanakan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah kewangan peringkat persekutuan yang semakin meruncing.

"Kuasa menetapkan kadar faedah, petrol, barangan keperluan, gaji dan banyak dasar lain semuanya ditetapkan kerajaan pusat. Kerajaan negeri lebih berkuasa seperti soal tanah dan jika masalah seperti itu berlaku, kedudukan kewangan pusat yang lemah menyebabkan kadar faedah naik serta gaji kakitangan awam turun," katanya.

MB Majlis Ramah Mesra  bersama Belia Jaya Setia 02Sementara itu, kakitangan awam yang berada di bawah skim kerajaan negeri dan gaji mereka dibayar seperti peringkat sokongan dijangka terselamat daripada pemotongan gaji dan skim pemberhentian pekerja yang bakal dilaksanakan kerajaan pusat bagi mengurangkan perbelanjaan.

Sebelum ini, Rafizi berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam dan memotong gaji jika gagal mengawal hutang negara terus mencecah paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, langkah itu diambil sebagai memenuhi syarat yang akan dikenakan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa jika kerajaan terpaksa mengambil pinjaman kewangan daripada salah satu bank terbabit bagi menjana semula dana kerajaan.

Pada 25 November 2013, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen menyatakan bahawa kadar hutang negara meningkat kepada RM529.6 bilion atau 53.6 peratus berbanding KDNK, sekali gus menghampiri 55 peratus had siling hutang yang dibenarkan.


Sumber: SelangorKu

Pengendali Laman Sosial Fitnah Isu Giat Mara Akan Disaman

Posted: 16 Jan 2014 01:00 AM PST

SELAYANG 16 JAN : Blogger dan pengendali laman sosial 'Facebook' pro Umno diminta untuk menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.

Jelasnya, sebagai ahli parlimen, beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA yang didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri.

"Saya tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ianya dikeluarkan di media massa, lalu saya menghubungi Exco Negeri untuk penjelasan.

"Apa yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh penilaian 'Task Force' yang ditubuhkan Kerajaan Negeri, kerana itu notis dikeluarkan," kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-duanya iaitu blogger 'Pahangku Media' dan pengendali laman 'Facebook' Boikot Barangan Cina DAP untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.

"Kami kini dalam proses mencari mereka yang terlibat dengan kedua-dua laman sosial ini, kemudian kami akan hantar surat peguam secara rasmi untuk mereka menarik balik kenyataan.

"Sekiranya selepas tempoh tujuh hari dari tarikh surat dikeluarkan mereka gagal untuk berbuat demikian, maka mereka perlu berdepan tindakan saman daripada saya," kata William.

Antara lain, melalui blog Pahangku Media yang boleh dilayari di www.pahangku.com, William dikatakan bersetuju bersama anggota Exco DAP untuk meroboh pusat latihan berkenaan bagi membina kondominium bersaiz kecil di atas tapak itu.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pihak Kerajaan Negeri bersedia menimbang kembali keputusan sebelum ini sekiranya pihak pentadbiran menambah baik bangunan sedia ada serta mempertingkatkan kursus dan program latihan.

Sumber: SelangorKu

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SIVARASA on RadioAustralia

Posted: 23 Apr 2013 09:04 PM PDT

Sivarasa was interviewd by Radio Australia in a programme aired at 8:00pm Malaysian Time, on Wednesday 23rd April 2013.

go to:
http://www.radioaustralia.net.au/pacific/radio/program/asia-pacific

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[PRESS STATEMENT] Anwar Protest Against Deportation From Tokyo

Posted: 19 Jan 2014 05:08 AM PST

MEDIA RELEASE
19th JANUARY 2014

ANWAR PROTEST AGAIN DEPORTATION FROM TOKYO

I arrived at Narita International Airport at 6.45 this morning from Kuala Lumpur but was barred from entry by the Japanese immigration authorities and was told to board the first flight back home or face deportation.

When I asked why I was not allowed to enter, they told me that it was because of my previous conviction in 1999. I told them this could not be a valid reason on account of the fact that prior to this I had already entered Tokyo without hindrance on three previous occasions in 2006, 2009, and 2012.

I told the immigration authorities there must be some mix-up in this matter and protested that it was not proper for them to bar me from entering the country without a bona fide and valid reason. As I persisted in asking for an explanation, they finally told me that they had to take this action "because of a latest report" possibly in 2013.
I then had no choice but to take the next flight home at 10.45 am.

I had gone to Tokyo on a personal invitation by Mr Sasakawa, Chairman of the Nippon Foundation, to present a paper on Muslim Democrats. As a routine pre-travel procedure, my office had made inquiries with the Japanese Embassy in Kuala Lumpur last week and was informed that there would be no issues outstanding which would be an impediment to my entering the country.

I protest in the strongest terms this unwarranted action of the Japanese government in refusing me entry and denying my legitimate rights to travel freely without let or hindrance. It is indeed inconceivable for one of the world's leading democracies to take this unprecedented action under such tenuous grounds and leaves me with the impression that hidden hands may be at work here.

In this regard, I demand an explanation from the Malaysian Minister of Foreign Affairs, in particular, as to what role Wisma Putra has played in this scandalous episode in respect of the so-called "latest report" that has purportedly led to my being forcibly evicted from Japan.

ANWAR IBRAHIM