Jumaat, 17 Januari 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perutusan Hari Thaipusam 2014

Posted: 17 Jan 2014 04:49 AM PST

PERUTUSAN HARI THAIPUSAM 2014

Thaipusam diraikan setiap tahun oleh penganut agama Hindu sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Murugan yang melambangkan kebaikan, kesucian dan penghapus kejahatan.

Saya berharap agar perpaduan agama dan kaum akan terus dipupuk dengan penuh harmoni, di samping kita membulatkan tekad untuk mengubah keadaan masyarakat dan negara ke suatu tahap yang lebih baik.

Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM