Khamis, 26 Disember 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apa sudah jadi Bot Udara JPAM untuk misi bantuan banjir?

Posted: 26 Dec 2013 12:45 AM PST




Mana perginya "Airboat" atau Bot Udara JPAM ini semasa misi bantuan mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan yang menghadapi kesukaran kerana bot biasa tidak boleh digunakan di tempat tertentu terutamanya di kawasan perumahan?

Airboat JPAM guna kepakaran tempatan

23 Mei 2011 - Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengatakan mereka adalah yang pertama mencipta kenderaan tersebut di negara ini bagi kegunaan operasi mencari dan menyelamat terutama ketika banjir.

Airboat ciptaan JPAM dengan kerjasama dua syarikat tempatan itu menggunakan aluminium seberat 600 kilogram.

''Idea untuk mencipta Airboat ini timbul apabila melihat kesukaran yang dialami anggota untuk melaksanakan operasi menyelamat di kawasan air cetek seperti taman perumahan ketika banjir yang mengakibatkan kipas bot sering rosak.

Airboat JPAM ini menggunakan enjin terpakai jenis Toyota dengan kapasiti enjin 4000 cc dan mampu memuatkan lapan penumpang serta kelajuan enjin sehingga 20 knot.

Kos keseluruhan untuk membina Airboat itu sebanyak RM90,000 dan ia lebih murah berbanding yang diimport dari Amerika Syarikat iaitu sekitar RM280,000.


Perpaduan Sunni dan Syiah perkukuh umat Islam

Posted: 25 Dec 2013 10:32 PM PST




Bernama 26 Dis 2013 : International Movement for a Just World (JUST) pada Rabu merayu kerajaan pusat dan mufti kerajaan negeri agar memperakukan secara terbuka Risalah Amman berhubung isu Sunni-Syiah.

Risalah Amman dibentuk secara rasmi 200 cendekiawan Islam terkemuka dunia dari 50 negara termasuk Malaysia pada persidangan antarabangsa di Amman, Jordan pada Julai 2005 inisiatif Raja Abdullah II, akan membantu memperkukuhkan perpaduan umat Islam.

Risalah itu itu merangkumi tiga perkara penting:

* Ia mengiktiraf kesahihan kesemua lapan mazhab Sunni, Syiah dan Islam Ibandhi, teologi Islam tradisional, fahaman Tasawuf dan pemikiran Salafi yang tulen;

* Ia melarang takfir (mengisytiharkan murtad) antara umat Islam dan

* Ia menetapkan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa, sekali gus mendedahkan fatwa yang jahil dan tidak sah yang dibuat atas nama Islam.

Terdapat beberapa sebab kenapa risalah itu harus diperakukan secara terbuka termasuk memperkuatkan komitmen ke arah perpaduan umat Islam terutamanya apabila jurang antara Sunni-Syiah dieksploitasi pelbagai kumpulan untuk melemahkan perpaduan umat Islam.

JUST juga mencadangkan risalah itu bukan sahaja diperakukan secara terbuka tetapi diedarkan secara meluas ke sekolah menengah agama Islam dan kepada golongan ustaz serta ustazah di seluruh negara.

Risalah itu juga boleh dimuatkan dalam kutbah Jumaat dan disiarkan menerusi radio dan televisyen serta media lain, katanya.

JUST yakin risalah itu yang diterima pakai pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Makkah pada Disember 2005, akan menggalakkan persefahaman dan muhibah antara Sunni dan Syiah di negara ini. – BERNAMA

Semakin bijak menteri-menteri kita, TV percuma untuk mangsa banjir

Posted: 25 Dec 2013 04:23 PM PST




Adakah sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan akan digunakan untuk membeli TV? Lepas beri TV percuma, bolehlah lepas ni beri Astro percuma. Sejak bila menonton TV boleh menguatkan semangat kekeluargaan? Bijak, Bijak !