Rabu, 27 November 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Membaiki dan Menaik Taraf Padang di Sekitar DUN Seri Andalas

Posted: 27 Nov 2013 07:22 PM PST

Bagi memastikan padang-padang dan taman rekreasi di sekitar DUN Seri Andalas dapat dimanfaatkan sepenuhnya, kerja-kerja membaiki dan menaik taraf dilakukan sepanjang masa.

Terkini, padang bolasepak di Jalan Seruling, Taman Klang Jaya telah dinaik taraf dan pagar di belakang tiang gol diperbaiki oleh Majlis Perbandaran Klang.

YB Dr Xavier Jayakumar bersama-sama Ahli Majlis sering turun padang untuk melihat sendiri keadaan di sekitar DUN Seri Andalas supaya kepentingan awam sentiasa terjaga. Dengan adanya kemudahan yang terjaga baik, amalan hidup sihat dan menjauhi gejala-gejala negatif dapat dipupuk terutamanya golongan belia.



Program Berkhatan Beramai-ramai di Sungai Kandis Sempena Cuti Sekolah

Posted: 27 Nov 2013 07:10 PM PST

Pada 24 November yang lepas, satu majlis Program Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Dewan MBSA, Kampung Sungai Kandis, Shah Alam.

Program adalah anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 15 dan Ahli Majlis MBSA, Encik Abdul Manaf. Program diadakan seawal jam 7.00 pagi dan program ini telah diadakan setiap tahun pada musim cuti sekolah.

YB Dr Xavier Jayakumar, selaku ADUN Seri Andalas hadir meraikan pererta-peserta program dan menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Program ini bertujuan bagi melaksanakan tuntutan syarak dan ibadah "sunat muakkad"  secara berjemaah, sekaligus menghilangkan perasaan takut dan bimbang di kalangan kanak-kanak semasa berkhatan.









Ketua Pembangkang Selangor Anggap Kenaikan Saraan ADUN, MB wajar

Posted: 27 Nov 2013 07:00 PM PST

SHAH ALAM 28 NOV: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu adalah berpatutan serta wajar.

Shamsuddin berkata, hal itu berikutan kenaikan terakhir pada 2011 yang dilakukan perlu dikaji semula selaras dengan meningkatnya bebanan tugas tanpa mengira masa, perbelanjaan untuk masyarakat yang diwakili dan kos sara hidup semakin meningkat.
 
"Memang wajar sebab ia selaras daripada aspek pelarasan gaji yang dibuat di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga aspek kutipan hasil Selangor yang semakin meningkat.

"ADUN Selangor dinaikkan tidak melebihi 70 peratus daripada kenaikan yang diterima ADUN di Sarawak," katanya di lobi Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Shamsuddin menganggap kenaikan itu adalah motivasi kepada semua yang terbabit dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

ADUN (PKR-Seri Muda) Shuhaimi Shafiei pula menganggap keputusan itu adalah satu inisiatif kepada semua pihak terbabit dalam menjayakan dasar kerajaan negeri.

"Ia satu semakan semula memandangkan ia kali terakhir pada 2010 hanya membabitkan ADUN tetapi kali ini secara menyeluruh termasuk gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker. Kita harap ia akan menyuntik semangat semua anggota kerajaan dan legistatif dalam mengurus tadbir lebih baik lagi," katanya.

Sumber: SelangorKini

Kenaikan Gaji Exco, ADUN Berpandukan JPM, Sarawak

Posted: 27 Nov 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 27 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Ia dipersetujui sebulat suara ahli dewan yang turut mengandungi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan diluluskan mengikut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan)(Pindaan) 2013.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia berpandukan kenaikan sama di Sarawak dan gaji Kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bercakap pada sidang DNS), beliau berkata, kenaikan dilakukan selepas mengambil kira peningkatan hasil yang diperoleh Kerajaan Negeri.

"Beban tugas yang dipikul tanpa mengira waktu, keberkesanan melaksanakan tugas dan menunjukkan hasil terus meningkat menjadi pertimbangan," katanya, menambah kenaikan kali terakhir dibuat pada 2004.

Gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15 bakal meningkat kepada RM29.250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker Dewan (RM6.109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500) dan Timbalan Speaker (RM3,327.50 kepada RM15,570).

Bagi saraan Ahli Exco Kerajaan Negeri pula, gaji RM6,109.29 bakal meningkat kepada RM20,250, meningkat 231 peratus.

Melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan itu, saraan bagi setiap ADUN mengikut Seksyen 3 juga dipinda, daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.

Abdul Khalid juga mengingatkan semua pihak berkaitan, kenaikan itu juga menandakan tanggungjawab semua pimpinan tertinggi negeri akan meningkat dan bertambah berat.

Sumber: SelangorKini

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa ejected from Parliament | Free Malaysia Today

Posted: 27 Nov 2013 01:16 AM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[MAKLUMAN MEDIA] Dato Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah 28/29 Nov

Posted: 26 Nov 2013 07:58 PM PST

MAKLUMAN MEDIA

27 NOVEMBER 2013

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Civil 2, Tingkat 3 pada 28 dan 29 November 2013 dari jam 9 pagi untuk kes saman fitnah terhadap Khairy Jamaluddin.

Sdr/sdri rakan2 media dijemput hadir.

Terima kasih.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM