Jumaat, 1 November 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor di Jalan Tengku Kelana, Klang

Posted: 01 Nov 2013 03:03 AM PDT

Gambar-gambar ketika malam majlis sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor pada 30 Oktober 2013 di Jalan Tengku Kelana, Klang. YB Dr Xavier Jayakumar hadir bersama Ahli Parlimen Kapar, YB Manivannan dan ahli-ahli majlis PBT. Dirasmikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Negeri Selangor.














Program Jom Shopping Hargai Warga Emas

Posted: 01 Nov 2013 02:48 AM PDT

Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas telah mengadakan Program Jom Shopping Warga Emas di Pasaraya Econsave Kg Jawa pada 31 Oktober 2013. 

Dalam program ini warga emas diberi baucar RM100 untuk membeli sebarang keperluan. Hadir dalam program adalah YB Dr Xavier Jayakumar dan Encik Abdul Manaf, Ahli Majlis MBSA.

YB Dr Xavier mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat menjayakan program ini.









Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] Perutusan Sambutan Deepavali 2013

Posted: 01 Nov 2013 08:40 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
1 NOVEMBER 2013

PERUTUSAN SAMBUTAN DEEPAVALI 2013

Pesta cahaya yang meraikan kemenangan keadilan ke atas kezaliman sekali lagi disambut oleh masyarakat Hindu di Malaysia dengan penuh semangat kekeluargaan dan pengeratan semula hubungan sesama keluarga dan kenalan. Kegembiraan ini sememangnya terpancar melalui hiasan beraneka rupa, hidangan juadah pelbagai rasa dan pakaian tradisi yang penuh warna-warni.

Dalam meraikan 'kemenangan' ini, jangan teman-teman lupa akan pengajaran disebalik perayaan Deepavali iaitu penerusan perjuangan menegakkan kebaikan dan keadilan serta penentangan penuh terhadap setiap kejahatan dan kezaliman.

Perjuangan memperbaiki taraf hidup kaum India di Malaysia terutama sekali di dalam isu pendidikan dan kebajikan rakyat luar bandar wajib terus diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini penting demi memastikan masalah jurang antara yang kaya dan yang miskin – tanpa mengira kaum, sememangnya – akan dapat diatasi.

Ketika menyambut perayaan ini di dalam suasana penuh kegembiraan, jangan juga lupa akan jiran-jiran dan rakan taulan yang kurang bernasib baik. Kongsilah kegembiraan anda bersama mereka semampunya.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Deepavali Nal Valthukal" sempena sambutan Deepavali pada tahun ini.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat