Khamis, 17 Oktober 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Chomsky: No one can alienate the Muslim Brotherhood

Posted: 17 Oct 2013 05:09 AM PDT

Middle East Monitor

Noam Chomsky has insisted that nobody can alienate the Muslim Brotherhood in Egypt. He criticised the military coup which ousted Egypt’s President Mohamed Morsi in July, accusing its supporters of making a major mistake.

The American professor of linguistics was speaking at a seminar organised by the Egyptian Students Association in New York when he made his comments. He said that a military regime cannot build a state and pointed out that it is inaccurate to refer to “Egyptians” as if everyone in Egypt is thinking the same way; they’re not, and it is misleading to suggest otherwise, he claimed. Professor Chomsky urged the army leaders to avoid using the term “the people” to give credibility to the action that they took in July.

He acknowledged that a large crowd took to the streets on June 30th to protest against the Muslim Brotherhood, but what happened thereafter was definitely a military coup. He told the audience that he feels that the people of Egypt have been divided by the belief that the military leadership is committed to defending them against the Brotherhood. The Muslim Brotherhood’s political decisions could be criticised, said Chomsky, but one cannot ignore the movement because “it is part of the people”. That’s yet another reason, he added, for the coup leaders not to claim that they are acting on behalf of “the people” of Egypt.

“It would be wrong for the supporters of the coup to believe that the generals will build a secular, democratic state,” Chomsky insisted. “They will act as army officers usually act and seek to control the system and economy while crushing their opponents and human rights.” Those who welcome the coup will turn out to be its victims, he warned his secular, liberal and leftist friends.

The 85 year old is a renowned linguist, philosopher, political activist and sociologist. He is known for his opposition to US foreign policy as well as for his criticism of the Israeli occupation of Palestine.

Pakatan mahu PLKN dihentikan kerana membazir

Posted: 17 Oct 2013 05:00 AM PDT

TMI

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mencadangkan supaya Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan kerana ia membazirkan wang negara.

Anwar menegaskan program tersebut perlu dihentikan bermula tahun depan sehinggalah satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang ditubuhkan selesai berbincang dan mengkaji semula mengenai isu berbangkit melibatkan PLKN.

“Kami cadangkan program tersebut dihentikan bermula tahun depan sebagai memberi laluan penangguhan untuk membenarkan satu PSC ditubuhkan bagi membincangkan dan mengkaji perkara berbangkit.

 ”Program tersebut yang sehingga kini telah menyebabkan 22 kematian perlu disemak semula,” kata Anwar dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

Anwar menyifatkan langkah itu mampu menjimatkan perbelanjaan negara serta mengurangkan defisit negara kepada sasaran tiga peratus.

“Defisit negara adalah masalah utama negara, kami (Pakatan Rakyat) merancang untuk mengurangkan defisit kepada tiga peratus pada 2013.

“PLKN adalah antara contoh pembaziran kepada negara setiap tahun,” katanya lagi.

Negara telah mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penarafan global Fitch Ratings baru-baru ini juga meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif ekoran hutang negara meningkat kepada 53.3% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada penghujung tahun 2012 daripada 51.6% pada hujung tahun 2011 dan 39.8% pada hujung 2008.

PLKN adalah kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat latihan seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan SPM atau berumur 17 tahun ke atas.

Tahun lepas PLKN mendapat peruntukan sebanyak RM700 juta daripada kerajaan pusat untuk menjalankan operasi melatih pelajar lepasan SPM.

Dalam belanjawan bayangan oleh Pakatan Rakyat (PR) yang bakal dibentangkan pada 20 Oktober nanti, Anwar menerangkan terdapat beberapa mekanisma dan cadangan lain yang akan dikemukakan untuk menangani masalah defisit negara.

Dalam perkembangan lain, Anwar juga memberitahu sekretariat PR akan sekali lagi menghantar pelawaan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan dan menangani masalah ketirisan susulan pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini.

“Kita baru putuskan dalam Majlis Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini kami tulis kepada PM mencadangkan supaya ada perbincangan khusus untuk ini dan isu-isu yang kita sudah bangkitkan dalam usul cadangan pertemuan sebelumnya,” katanya.

Tawaran tersebut adalah kali kedua selepas tawaran Anwar pada 31 Ogos lalu ditolak oleh Najib.

Anwar menyifatkan cadangan tersebut bertujuan menyelesaikan masalah negara melibatkan isu ekonomi dan juga keselamatan negara.

Pakatan supports non-Muslims over the use of Allah

Posted: 17 Oct 2013 05:00 AM PDT

TMI

Pakatan Rakyat (PR) maintained its stand today that non-Muslims can refer to God as Allah, despite the Court of Appeal's Monday ruling that banned the Catholic weekly, Herald, from using the word.

“We remain consistent with what we said earlier,” said opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) at a press conference at the PKR headquarters in Tropicana today. Also present were DAP's Lim Kit Siang and Datuk Mustafa Ali from PAS.

The opposition pact had in January this year said they supported the non-Muslims’ use of the word Allah in their publications and worship. – October 17, 2013.

 ”We ask everyone to remain calm while waiting for the judiciary process to continue and the appeal to happen,” Anwar said.

Anwar had previously said that Allah can be used by anyone as long as it was used in a proper manner and with good intentions.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had also maintained that there was nothing wrong with non-Muslims using the term in their faiths provided it was not misused or misinterpreted.

On Monday, a three-man panel of the Court of Appeal reversed a High Court ruling allowing Catholic weekly Herald to use the word Allah. It reasoned that the word was not an integral part of the Christian faith and practice.

Anwar criticised Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s silence on the issue, noting that it reflected on his “poor” style of leadership.

"The PM never seems to be around for this issue so I think it reflects on poor leadership in this country. The country is like running on auto-pilot,” he said.

Anwar also pointed out that there was no need for those who supported the Court of Appeal’s decision to condemn those with deferring views.

“The general consensus is for calm and discourse on the subject and not curse those who may have different views with us,” he said, referring to the statement by the former mufti of Johor, Datuk Noh Gadut, who warned that Muslims who questioned the Allah ban could be regarded as infidels.

PAS secretary-general Mustafa said he hoped this issue will not be used by Umno in the Sungai Limau by-election.

“I think Umno will use it to campaign but it is a sensitive issue that will cause a lot of confusion,” he said.

PKR persoal ‘larangan’ ke program Anwar

Posted: 17 Oct 2013 04:59 AM PDT

Malaysiakini

PKR menuntut penjelasan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang didakwa menghalang mahasiswa Australia daripada menghadiri program berkaitan demokrasi dan perbezaan pendapat bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ingin meminta penjelasan dari pihak JPA dan khususnya Pejabat Penasihat, Konsulat Malaysia di New South Wales apakah benar e-mel ini dihantar oleh pegawai berkenaan?” soal pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi (kanan) melampirkan e-mel yang didakwa berhubung perkara itu, yang sebahagian kandungannya berbunyi:

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak terlibat.”

Justeru, Fahmi berkata, jika benar, insiden itu membawa implikasi besar terhadap kebebasan akademik mahasiswa yang dihantar untuk belajar di luar negara.

“Mengapa emel yang ditulis sebegini rupa, yang lebih berbentuk ‘ancaman’ dari ‘nasihat’, perlu dihantar? Adakah ia sebahagian dari Prosedur Operasi Standard (SOP) JPA,”soal Fahmi.

Dengan sinis, Fahmi juga berkata, golongan ‘moderat’ dan ‘progresif’ dalam Umno perlu menjelaskan pendirian mereka terhadap apa yang disebutnya sebagai budaya mengongkong minda itu.

“Jika emel ini benar telah dihantar, maka jelas kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Umno-BN teramat paranoid dan terancam dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim hingga mahasiswa pun menjadi sasaran ancaman,” katanya.

Berita baik buat Ketua Pembangkang dalam bajet?

Posted: 17 Oct 2013 04:58 AM PDT

Malaysiakini

Pada 9 Oktober lalu, negeri Pakatan Rakyat Selangor sekali lagi menandakan peristiwa penting dalam usaha mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini dengan memberi elaun istimewa berjumlah RM8,620 kepada ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bayaran bulanan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980, sebagai pengiktirafan dan penghormatan terhadap peranan ketua pembangkang negeri.

Sesungguhnya, langkah ini merupakan perubahan yang 'pecah rekod’ bagi memartabatkan dan menjunjung prinsip demokrasi dengan mempertahankan hak suara oposisi.

Justeru, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan rendah dirinya meneladani kesungguhan Selangor untuk mengiktiraf ketua pembangkang.

Sesungguhnya, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi Westminster seperti negara-negara Komanwel lain, pengiktirafan terhadap kedudukan ketua pembangkang di Malaysia seharusnya dipertingkatkan dari segi saraan dan elaun pelbagai bentuk.

Kedudukan itu mustahak bagi merapatkan jurang saraan dan elaun antara ketua pembangkang dengan menteri kabinet atau yang dipertua Dewan Rakyat.

Ketua pembangkang sekurang-kurangnya berhak menikmati pengiktirafan yang setaraf dengan menteri kabinet atau yang dipertua, sekiranya bukan perdana menteri, tanpa dipinggirkan dalam sistem demokrasi berparlimen ini.

Di samping itu, KPRU berpendapat, pejabat ketua pembangkang patut diberi peruntukan untuk menggaji kakitangan bagi menjalankan pelbagai tugas merangkumi pegawai penyelidik, pegawai media dan pembantu eksekutif seperti di negara-negara lain.

Peruntukan ini penting bagi membolehkannya memperoleh tenaga kerja yang mencukupi dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang pemimpin pembangkang dan juga wakil rakyat dengan lancar.

Pengiktirafan di Malaysia

Mengikut seksyen 3(1) Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], seseorang ahli Parlimen yang dilantik sebagai ketua pembangkang berhak mendapat elaun bulanan RM3,846.59.

Ini di samping elaun bulanan yang diperuntukkan untuk setiap Ahli Dewan Rakyat yang berjumlah RM6,508.59, iaitu sejumlah RM10,355.18.

Bagi yang dipertua Dewan Rakyat pula, saraan beliau ialah RM14,907.20 selain daripada elaun bulanan yang kena dibayar kepada ahli Dawan Rakyat, iaitu RM6,508.59.

Ini tidak kira sama ada yang dipertua itu seorang ahli Dewan Rakyat atau tidak. Secara keseluruhannya, yang dipertua Dewan Rakyat berhak mendapat sejumlah RM21,415.79.

Saraan dan elaun bulanan bagi menteri adalah sama dengan yang dibayar kepada yang dipertua Dewan Rakyat, iaitu RM149,07.20, ditambah pula dengan elaun RM6508.59, sekiranya beliau merupakan ahli Dewan Rakyat.

Secara perbandingan dengan negara-negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, ataupun sistem demokrasi Westminster yang diikuti oleh sistem berparlimen Malaysia, saraan dan elaun yang dinikmati ketua pembangkang di Malaysia tidak setaraf dengan kedudukan atau pengiktirafan yang seharusnya diberikan kepadanya – yang dilihat sebagai “perdana menteri dalam penantian”.

Dari Britain sampai Kanada

Di Britain, seperti kemaskini 1 April 2010, ketua Pembangkang dibayar £73,617 selain daripada saraan yang dibayar kepada setiap ahli Parlimen sebanyak £65,738, sejumlah £139,355, iaitu £11,613 setiap bulan.

Sementara itu, menteri kabinet dan yang diipertua dibayar £79,754, ditambah dengan saraan untuk setiap ahli Parlimen yang berjumlah £65,738, mencatat saraan sejumlah £145,492.

Ketua pembangkang juga ditawarkan sebuah kereta serta seorang pemandu bagi urusan rasmi, kos dan spesifikasi kenderaan tersebut setaraf dengan kenderaan yang digunakan oleh kebanyakan menteri kabinet. 
Sesungguhnya saraan menteri kabinet/yang dipertua tinggi daripada ketua pembangkang di Britain, namun perbezaan antaranya adalah jauh lebih kurang, iaitu hanya 4.22 peratus.

Di Malaysia pula, perbezaan saraan antara ketua pembangkang dengan menteri kabinet/yang dipertua mencecah 51.65 peratus!

Di samping itu, Australia, New Zealand dan Kanada merupakan antara negara yang memberi pengiktirafan sama kepada ketua pembangkang, di mana gajinya hampir setaraf menteri kabinet.

Di Australia, merujuk kepada data yang dikemaskini pada 1 Julai 2011, gaji tahunan bagi ketua pembangkangnya ialah $116,150 manakala elaun tahunan ialah $140,910, berjumlah $257,060.

Elaun tahunan yang ditawarkan setaraf dengan menteri kabinet dan yang dipertua. Lebih-lebih lagi, saraan kelayakan ketua pembangkang lebih tinggi daripada yang diberikan kepada menteri kabinet dan yang dipertua Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, saraan ahli Parlimen di Australia telah pun ditingkatkan 2.4 peratus. Ia penambahan gaji kali ketiga dalam tempoh 16 bulan. Saraan bagi ketua pembangkang kini telah mencatat AUS$360,000. 

Di Kanada pula, ketua pembangkang juga diperuntukkan saraan setaraf dengan menteri kabinet dan yang dipertua Dewan Rakyat.

Ketua pembangkang mendapat sebanyak $76,700 sebagai gaji tambahan untuk jawatannya selain daripada gaji asal untuk setiap Ahli Parlimen sebanyak $160,200 setiap tahun.

Secara keseluruhannya, ketua pembangkang di Parlimen Kanada dibayar sejumlah $239,900 bagi setiap tahun. 

Selain itu, ketua pembangkang turut berpeluang menikmati elaun seperti elaun kenderaan sebanyak $2,000, seperti yang diperuntukkan untuk perdana menteri, menteri kabinet, dan yang dipertua.

Beliau juga akan ditawarkan kediaman rasmi di Ottawa yang digelar sebagai Stornoway dan berada di tempat ke-14 dalam Order of Precedence.

Begitu juga di New Zealand, saraan yang dibayar kepada ketua pembangkang di New Zealand setaraf dengan yang dipertua speaker dan menteri kabinet.

Saraan terkini mencapai $257,800 selepas dinaikkan dari $249,100 seperti yang disebut dalam Jadual 1: Gaji yang perlu dibayar, di bawah Seksyen 16 Akta Senarai Awam 1979 (Schedule 1 Salaries payable under section 16 of Civil List Act 1979).

Nyatanya, ketua pembangkang di negara kita diberi layanan yang tidak setimpal. Biarpun Singapura tidak mengiktiraf ketua pembangkang, gaji yang dinikmati oleh ahli Parlimen biasanya masih jauh lebih tinggi daripada gaji ketua pembangkang di Malaysia.

Peruntukan sedemikian mengehadkan sumber dan ruang yang dapat diakses oleh ketua pembangkang bagi melaksanakan tanggungjawab beliau dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, amat dinanti-nantikan sama ada Datuk Seri Najib Razak, selaku perdana menteri yang turut menyandang jawatan menteri kewangan akan membawa berita baik untuk mengangkat kedudukan ketua pembangkang dalam pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.