Rabu, 21 Ogos 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Tony Phua: Harga Petrol, Barang Keperluan Akan Naik

Posted: 21 Aug 2013 02:58 AM PDT

SHAH ALAM, 21 OGOS: Masyarakat pengguna diingatkan agar tidak terkejut jika kerajaan Umno-BN mengambil langkah menaikkan harga barangan keperluan asas termasuk petrol dalam Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Oktober nanti.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua kenaikan tersebut dijangka berlaku disebabkan kedudukan dana kerajaan semakin meruncing dari akibat kegagalan kerajaan Umno-BN mengambil langkah kukuh membendung isu rasuah, pembaziran dan ketirisan dalam pentadbirannya.

"Saya rasa harga barang keperluan seperti gula, minyak masak, petrol dan lain-lain akan meningkat dalam bajet yang akan dibentangkan tak lama lagi oleh Perdana Menteri.

"Saya rasa ini berlaku kerana pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang kukuh mengatasi masalah rasuah, pembaziran, ketirisan dan langkah tidak mengadakan tender terbuka dalam projek kerajaan juga menyebabkan kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan kebajikkan orang ramai.

"Orang ramai tiada pilihan selain terpaksa mengamalkan hidup yang lebih menjimatkan seperti terpaksa 'downgrade' kenderaan dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu," kata Pua kepada TV Selangor hari ini.

Bagaimanapun menurut Pua, perkara itu tidak berlaku kepada pemimpin Umno-BN dan kroni mereka yang mampu meneruskan gaya hidup yang mewah apabila terus dianugerahkan projek kerajaan.

"Apa yang berlaku sekarang adalah akibat perbelanjaan yang tidak terkawal, kita boleh lihat ini bukan sebab kita kekurangan pendapatan, malah hasil kerajaan juga semakin meningkat mendadak sejak 10 tahun kebelakangan ini, tetapi masih tertekan di segi defisit akibat yang saya sebutkan tadi," ujar beliau lagi.

Julai lalu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggi membayangkan kemungkinan akan berlaku kenaikan kadar tarif elektrik disebabkan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik.

Bagaimanapun Moggi mendakwa kenaikan tersebut akan diputuskan oleh kerajaan.

Baru-baru ini cadangan menaikan tarif elektrik itu dilihat hampir menjadi kenyataan apabila Presiden dan ketua eksekutif TNB, Azman Mohd dipetik dari Berita Harian mengesahkan cadangan menaikkan tarif elektrik.

Sumber: Selangorku

Exco: Selangor Perlu Lebih Banyak Taska

Posted: 21 Aug 2013 02:56 AM PDT

SHAH ALAM, 21 OGOS : Kerajaan Selangor sedang giat menaiktaraf pusat penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nurseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak bagi memenuhi piawai kelayakan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata usaha itu diambil bagi menampung keperluan rakyat.

"Kerajaan Selangor sentiasa bersedia untuk sebarang perkongsian dan pelaksanaan mekanisme terbaik bersama Kerajaan Persekutuan bagi isu ini," ujarnya.

Serentak dengan usaha ini, Kerajaan Negeri turut meneliti dasar perancangan bandar untuk memperuntukkan tapak-tapak khusus bagi mendirikan Taska.

Buat masa ini, pusat penjagaan kanak-kanak hanya menggunakan rumah-rumah kediaman yang diubahsuai untuk tujuan Taska.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM, Dr Zaitol Salleh mendedahkan setakat Disember 2012 sahaja hampir 2,000 Taska di negara ini belum berdaftar dengan JKM.

Rodziah berkata Kerajaan Negeri memandang serius perkembangan ini kerana 846 kes yang dikesan adalah Taska di Selangor.

Data ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu bekerjsama meningkatkan bilangan Taska secara drastik.

Untuk rekod, pertumbuhan penduduk di Selangor mencapai 2 peratus setahun dengan kadar tenaga kerja wanita melebihi 40 peratus daripada 2762.4 juta penduduk yang bekerja.

"Jika dikira 100 ribu penduduk, sebahagian daripadanya adalah bayi-bayi yang baru lahir. Ditambah pula dengan kadar tenaga kerja wanita tinggi dan mereka ini terdiri daripada golongan wanita muda yang berkerja dan mempunyai anak kecil," kata Rodziah.

Lantas, adalah wajar Kerajaan menguatkuasakan dasar dan pekeliling tentang kemestian membuka Taska di tempat-tempat kerja dan lokasi yang releven, selain menyediakan subsidi untuk pengusaha-pengusaha Taska.

"Kerajaan mestilah mengotakan keseriusan, kesungguhan dan komitmen politiknya untuk menyediakan kualiti penjagaan, memelihara keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini,"ujarnya.

Sumber: selangorku

Forum Perlaksanaan Manifesto, Kerajaan Negeri Kembali Pada Rakyat

Posted: 21 Aug 2013 02:54 AM PDT

SHAH ALAM, 20 OGOS : Kerajaan Selangor akan menganjurkan forum awam bagi mendapatkan pandangan rakyat untuk melaksanakan Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata forum tersebut akan diadakan diperingkat pihak berkuasa tempatan dan menjangkakan ia akan berlangsung pertengahan September depan.

"Forum ini melibatkan wakil rakyat yang mana akan mengambil bahagian dalam perbincangan bersama orang awam. Orang awam akan diberi peluang menyuarakan pandangan bagi pelaksanaan manifesto ini," beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mensyuarat Exco di bangunan SUK di sini hari ini.

Urusetia forum ini akan diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar.

Abdul Khalid menambah, segala maklum balas rakyat dalam forum itu akan dikumpulkan oleh setiap jawatankuasa tetap untuk digunakan dalam penyediaan Belanjawan 2014.

"Kerajaan Selangor yakin dan percaya bahawa pandangan rakyat amat penting dalam memastikan semua polisi dan perancangan yang digariskan dalam manifesto itu menepati golongan sasaran,"ujarnya.

Jelasnya, forum tersebut juga akan dijadikan platform bagi Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti kehendak rakyat untuk menggunakan hasil negeri bagi merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Pakatan Rakyat memandang serius tanggungjawab untuk menguruskan aset negeri dengan baik demi kepentingan rakyat," jelasnya.

Sumber: selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[PROGRAM] MELAKA — Rumah Terbuka Eidul Fitri KeADILan Melaka

Posted: 21 Aug 2013 01:41 AM PDT

1185292_10151531984052063_275588141_n

[PRESS STATEMENT] On PTPTN

Posted: 20 Aug 2013 08:05 PM PDT

21 AUGUST 2013

We deplore the proposal to include the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) borrowers in the Central Credit Reference Information System (CCRIS). This is further victimization of the borrowers by stigmatizing them financially after having already burdened them with the study loans.

It must be remembered that the central issue here is not merely how the government could facilitate the loan recovery. The issue is the failure of the UMNO-BN government in discharging their social justice responsibilities of providing free tertiary education particularly to the underprivileged.

ANWAR IBRAHIM