Selasa, 13 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Wanita nyaris terkena tembakan dalam cubaan samun

Posted: 13 Aug 2013 12:41 AM PDT


13 Ogos, 2013

Seorang wanita nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dipercayai penyamun dalam satu kejadian awal hari ini di Jalan Haji Ahmad, Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Katanya, selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu.

Beliau berkata,lelaki terbabit memegang sepucuk pistol, mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya.

"Mangsa yang terkejut terus memecut kenderaannya dan terdengar bunyi cermin keretanya pecah tetapi mendengar bunyi seperti letupan," katanya.

Mohd Jasmani berkata, mangsa yang beralamat di Precint 9, Putrajaya dan menjalankan perniagaan kedai cermin mata di Kuantan itu terus memecut kenderaannya dan berhenti berhampiran sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat satu das tembakan dilepaskan di cermin pemandu dan dipercayai hinggap di rangka kiri pintu hadapan MPV itu dan motif kejadian dipercayai cubaan menyamun," katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami luka kecil di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca dan dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. - Bernama

Perdana Menteri Norway menyamar jadi pemandu teksi dekati pengundi

Posted: 13 Aug 2013 12:41 AM PDT


13 Ogos 2013

Ini kisah benar yang berlaku di Norway. Perdana Menteri Jeans Stoltenberg mengambil risiko menyamar sebagai pemandu teksi. Beliau memakai baju seragam teksi Oslo, dan berkaca hitam untuk mengelakkan dirinya dari dikenali.

Jadi apakah tujuan Perdana Menteri itu menyamar sebagai pemandu teksi?

Melalui wawancara beliau bersama media Norway, Stonlberg menerangkan tindakannya itu.

Katanya, beliau mahu memahami sendiri suara sebenar pengundi Norway dan merasakan kisah pemandu teksi dan penumpangnya adalah kisah yang jujur kerana ia dari akar umbi.

"Ia amat penting untuk saya mendengar sendiri apa yang difikirkan rakyat,"katanya.

Stonlberg mengakui ini kali pertama dalam hidup beliau selepas lapan tahun untuk kembali memandu.

Ia mengundang kritikan dari Menteri Buruh yang menyatakan perbuatannya itu membahayakan nyawa penumpang.

Ini berlaku apabila Perdana Menteri itu dikatakan sering tertekan pedal brek kerana menganggap ia pedal clutch.

Tindakannya itu menjadi topik hangat dalam politik Norway.

Stonlberg diakui sebagai pemimpin terkenal di negara itu, namun kajian dari pusat pilihan raya menunjukkan beliau ketinggalan dari pembangkang.

Stonlberg turut ditanya adakah dia akan mempertimbangkan menukar kerjaya sebagai pemandu teksi sekiranya kalah pada pilihan raya nanti.

"Saya fikir rakyat dan penumpang teksi Norway akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik sekiranya saya jadi Perdana Menteri bukannya pemandu teksi," kata beliau diiringi derai ketawa.

Pemilik restoran nasi kukus di Paka pula dibunuh

Posted: 13 Aug 2013 12:39 AM PDT


Harakahdaily, 13 Ogos 2013

KUALA LUMPUR: Pemilik restoran Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis tersebut kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam.

"Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall," ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.

Jangan memotong di jalan raya, anda mungkin akan ditembak

Posted: 12 Aug 2013 04:19 PM PDT

Akibat pemandu bas ekspres memotong sebuah kenderaan, pemilik kenderaan tersebut naik berang serta memotong semula bas tersebut sambil melepaskan dua das tembakan ke udara menggunakan pistol.

Cops: We know car's licence plate
12 August 2013 

RANAU: Police have details of the black Toyota Fortuner from which two shots were fired at an express bus on Friday.

District police chief Deputy Superintendent Abdul Rahman Kassim said police had the registration number of the four-wheel- drive vehicle.

"No arrest has been made yet," he said.

In the 2.20pm incident, the express bus was carrying 43 passengers from Semporna to Kota Kinabalu when its driver overtook the 4WD.

The driver of the 4WD, who was travelling with a man and a woman, chased the bus, drove past it and ordered the driver to stop.

One of the men pulled out a pistol and fired two shots into the air before speeding off.

Bom sana, bom sini, Tahun Mengebom Malaysia 2013

Posted: 12 Aug 2013 04:04 PM PDT


Nasib malang si pelancong kereta dibom
13 Ogos 2013

Georgetown: Letupan kuat dipercayai bom buatan sendiri yang diletak di bawah sebuah kereta membuatkan keadaan tenang di Jalan Love Lane, di sini, bertukar menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seorang wanita yang juga pelancong dari China turut mengalami kecederaan di kaki akibat terkena serpihan letupan terbabit.

Menurut sumber, ketika kejadian terbabit dikatakan pemilik kereta Honda Civic hitam itu sedang minum di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, dia yang mendengar letupan kuat itu terkejut apabila melihat belakang kenderaannya berasap manakala bumper pecah.
"Kebetulan juga seorang pelancong China bersama rakannya, seorang wanita tempatan berjalan berhampiran kawasan lokasi tumpuan pelancong merakam gambar.

"Nasib wanita terbabit agak malang kerana serpihan letupan itu terkena kakinya, manakala rakannya bernasib baik kerana tidak cedera," katanya.

Menurutnya, keadaan di sekitar kawasan itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran melarikan diri kerana bimbangkan keselamatan mereka.

"Selepas hampir 10 minit, keadaan mula reda dan polis turut tiba di lokasi kejadian. Siasatan lanjut kemudiannya menemui serpihan letupan yang dipercayai adalah bom buatan sendiri.

"Mangsa dan juga pemilik kereta membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Central, manakala mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Menurut sumber, polis sudah mengambil keterangan daripada pemilik kereta terbabit dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Polis disamun hilang senjata api

Posted: 12 Aug 2013 04:03 PM PDT

Polis disamun hilang senjata api
13 Ogos 2013

Shah Alam: Seorang anggota polis yang berhenti rehat dalam kenderaannya kerana keletihan di satu kawasan di bandar raya ini menjadi mangsa samun membabitkan kerugian sejumlah wang tunai selain kehilangan beberapa dokumen penting dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam.

Lebih merisaukan, anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu bukan saja kerugian wang tunai malah senjata api dipercayai dibawa bersama turut dilarikan penjenayah bermotosikal yang menyamunnya.

Setakat ini, polis percaya hanya seorang suspek terbabit dalam kejadian itu namun siasatan lanjut bagi mengetahui gambaran sebenar kejadian sedang dilakukan dengan pengumpulan bukti dan saksi untuk membantu proses siasatan.

Sumber berkata, mangsa berusia 47 tahun itu baru selesai menguruskan pengebumian seorang ahli keluarganya dan berhenti di satu kawasan di Seksyen 7, dekat sini, untuk tidur seketika sebelum menurunkan sedikit cermin kenderaannya.

Bagaimanapun katanya, mangsa terkejut apabila menyedari badannya disentuh sebelum melihat seorang lelaki menarik dengan kuat senjata apinya menyebabkan tali yang diikat bersama senjata berkenaan terputus.

"Mangsa cuba mengejar penjenayah itu namun suspek yang menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran disyaki palsu itu sempat melarikan diri sebelum membuat laporan polis," katanya.

Pistol polis kena curi, penjenayah dah tak takut polis

Posted: 12 Aug 2013 03:33 PM PDT

Sarjan Mejar dari Bhg Jenayah Berat hilang pistol, duit, smartphone, peluru, passport apabila dicuri ketika dia sedang tidur dalam kereta tepi jalan.

Tired police officer loses gun while sleeping in car
Monday August 12, 2013 MYT 8:20:56 PM

PETALING JAYA: A 48-year-old serious crime officer was robbed of his gun with 15 bullets after he fell asleep in his car in Section 7, Shah Alam early Monday.

It is learnt that the sergeant-major was returning home after attending his father's funeral in Klang at around 1.45am when he stopped his car by the side of the road near a housing area.

He had wound down the car window halfway, reclined his seat and closed his eyes for some rest due to tiredness.

After a while, he felt tugging at his thigh and woke up to find that a man pulling off his Walter semi-automatic gun from the holder. The man escaped in a red Honda motorcycle before the officer could do anything.

It is believed that the officer also lost his passport, smartphone and RM600 in cash. He lodged a police report at the Shah Alam police station.

Selangor acting police chief Datuk A. Thaiveegan confirmed the incident.