Rabu, 7 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sindiket pelacuran remaja amat membimbangkan

Posted: 07 Aug 2013 12:46 AM PDT




Memang amat membimbangkan apabila laporan akhbar di bawah menyebut jiran di kawasan perumahan tersebut bahawa anak gadis remaja 13 tahun tersebut adalah antara beberapa remaja belasan tahun yang terlibat dalam pelacuran di kawasan tersebut. Ini bermakna ramai sudah tahu masalah pelacuran remaja di kawasan tersebut, tetapi kenapa tiada tindakan pihak polis? Adakah tiada laporan polis di buat sebelum ini?

Adakah masalah ini hanya "Tip of the iceberg", bermakna gejala pelacuran remaja ini adalah begitu serius di seluruh negara?

Exclusive: 'I rescued my daughter from sex trade'
Updated: Wednesday August 7, 2013 MYT 2:01:59 PM


MALACCA: A man had to storm into a house and put up a fight with two men to rescue his 13-year-old daughter from prostitution.

"I broke down when I saw my daughter and also felt embarrassed when I was told by one of the neighbours that she was among several teenagers involved in prostitution in the area."

Belum selesai kes tembak, kini kes remaja hilang jadi pelacur

Posted: 06 Aug 2013 11:19 PM PDT


Adakah ramai remaja perempuan yang hilang di negara ini diperangkap, diculik, diperdaya dalam sindiket pelacuran yang terancang? Sesuatu yang perlu dirisaukan oleh kita semua terutama yang mempunyai anak perempuan termasuk yang di bangku sekolah rendah lagi.

'Saya Selamatkan Anak Perempuan Daripada Jadi Pelacur'
Rabu Ogos 7, 2013

MELAKA: Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.

Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.

Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.

Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah. Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripad menyelamatkan anak perempuannya.

Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.

Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.


Tembak menembak tak main lagi dah, sekarang pakai bom je

Posted: 06 Aug 2013 09:06 PM PDT


Tak lama lagi pakai C4 pula ! Walau apa sekali motifnya, orang awam boleh menjadi mangsa keadaan walaupun ianya dikatakan kes terpencil.

Kereta Ahli Perniagaan Meletup
Rabu Ogos 7, 2013

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan kaya, yang memiliki beberapa restoran dan kelab malam di Lembah Klang, terselamat daripada maut apabila kereta mewah yang dinaikinya tiba-tiba meletup.

Dia dan pemandunya, kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Sebutir bom dilekatkan di bahagian bawah kenderaan tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan bebola bearing terkoyak daripada but kereta Jaguar berkenaan.

Ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri, dan pemandunya sedang melalui Taman Taynton View di Cheras pada malam Isnin ketika alat peranti itu meletup.


Kisah Raja Kelantan dan anjing peliharaan

Posted: 06 Aug 2013 06:53 PM PDT




Perbahasan mengenai anjing bukan sekarang, malahan lama dulu tahun 1930an lagi. Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa. Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :

Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Perbahasan penuh isu ini pada ketika itu di http://journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf