Khamis, 20 Jun 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Speaker pilihan Pakatan untuk pulih imej parlimen – Anwar

Posted: 20 Jun 2013 04:00 AM PDT

Keadilan Daily

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, bertujuan untuk memulihkan integriti parlimen.

Anwar PC

Berdasarkan rekod, katanya, Pakatan percaya bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu mampu menjalankan tugas dengan lebih bebas dan menghormati lunas perlembagaan.

"Ini satu gambaran bagaimana Pakatan mahu memulihkan imej prestasi parlimen supaya tidak menjadi gelanggang yang hanya memihak kepada satu pandangan.

"Sebab itu kita usulkan Kadir walaupun beliau tidak menjadi anggota parti dalam Pakatan," ujar Ketua Parlimen Pakatan Rakyat itu dalam sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Pas, hari ini.

Pakatan Sebelum ini sebulat suara memilih Kadir yang juga pernah menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan Kes Kematian Teoh Beng Hock dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai speaker dewan.

Anwar berkata, Pakatan turut memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai timbalan speaker, memandangkan terdapat dua kekosongan jawatan itu.

"Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelas Ketua Umum KEADILAN itu.

Sementara itu, katanya, Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen pada 23 Jun nanti di Hotel De Palma, Ampang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor, Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Anwar: Tumpu kepada perpaduan, tiada keperluan mansuh sekolah vernakular

Posted: 20 Jun 2013 03:58 AM PDT

TMI

Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya sekolah vernakular dimansuhkan sebaliknya menggesa Putrajaya menfokuskan kepada perpaduan kebangsaan, ia ekoran isu perkauman yang dibangkitkan selepas keputusan pilihan raya ke-13 (PRU13).

Anwar berkata tiada keperluan menukar sistem persekolahan vernakular kerana telah diterima sejak tahun 1950-60 an sebagai salah satu dasar pendidikan negara.

“Penyata Razak, Talib dan Akta Pendidikan Kebangsaan telah mengiiktiraf sistem persekolahan vernakular, sejak itu ia berkembang dan diterima sebagai salah satu Dasar Pendidikan Negara.

 ”Kerajaan sepatutnya menumpukan kepada perpaduan kebangsaan dan kualiti pendidikan kebangsaan,” kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS di sini.

Pada Disember tahun lepas, Malaysia mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ? bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia, dalam Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011, di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas seluruh dunia.

Kajian tersebut menunjukkan pelajar Malaysia ketinggalan dalam bidang matematik dan sains berbanding dengan negara-negara lain.

Semalam, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya sekolah vernakular Tamil dan Cina ditukar menjadi sekolah kebangsaan yang mengajar pelbagai bahasa.

Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada "pengkhianatan" dilakukan dalam Pilihan Raya 2013.

Mohd Noor turut dilaporkan berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara dalam satu forum bertajuk “Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah” anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu.

“Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

“Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat,” kata beliau.

Sejurus kenyataan kontroversi itu, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab kedua-dua individu tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

PR juga mengkritik dan mengecam kedua-dua individu tersebut kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pada 15 Mei lalu membuat satu laporan polis ke atas Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang panel dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan berbentuk hasutan tersebut dan menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?".

Akhbar itu – dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain – secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.

Anwar: Unity proposals never came from Najib

Posted: 20 Jun 2013 12:29 AM PDT

Malaysiakini

PKR de facto leader Anwar Ibrahim (below) said that no official proposals for a unity government had ever come from Prime Minister and BN chief Najib Abdul Razak.


However, he does not deny that this matter has been “discussions…in private” within political circles.

“I deny hearing from Najib on any specific proposals. Period…

NONE“Let us confine ourselves to the facts. No formal or designated representation (from the BN)

“I don’t think in the realm of politics these rumours (and) discussions in public places can be an issue,” he told reporters.

PAS vice-president Salahuddin Ayub, who was also at the post-Pakatan Rakyat leadership council meeting press conference, also denied that PAS embarked on such talks with veteran BN MP Tengku Razaleigh Hamzah.

“At this stage, not at all. We stick with Pakatan. Any decision we make is under Pakatan, it’s very clear,” he said.

Secret ballot for speaker or expect trouble, warns Anwar

Posted: 20 Jun 2013 12:23 AM PDT

Malaysiakini

Parliamentarians should vote for the new Dewan Rakyat speaker in an absolutely secret ballot, or expect a “battle”, warns PKR de facto leader Anwar Ibrahim.

Speaking to reporters, he also announced that Pakatan Rakyat is also nominating PAS’ Tumpat MP Kamaruddin Jaafar (left) for one of the deputy speaker posts, while the other should be filled by a BN representative.

“If we’re talking about secret ballot, then it has to be to the letter. Don’t go on technical matters. As long as it is secret, can vote in front of friends.

“If they bulldoze through the decision on who would be the speaker, then they are in for a major battle,” he said, directing his warning to the Parliament secretariat who will organise the ballot.

‘Anwar can wait five more years, but not the rakyat’

Posted: 19 Jun 2013 10:00 PM PDT

Malaysiakini

It is the people of Malaysia who are not “patient” to wait another five years for a regime change, while the opposition, including its leaders such as Anwar Ibrahim, can wait, says PKR vice-president Tian Chua.

“Anwar can wait. A lot of other people can wait, but I don’t think the Malaysian people are patient enough to wait another five years,” Chua said in an interview with Malaysiakini on Tuesday.

“I don’t think our economy can withstand another five years of wastage. The urgency for change comes from the demands of the people,” he said when asked whether the 13th general election would be former deputy prime minister Anwar’s last opportunity to be prime minister.

“The struggle is not about Anwar becoming PM. But GE13 was the last chance for Malaysia in the democratic reform trail,” he said.

“Basic democratic reforms, such as a freer media, leadership rotation, independent and free judiciary, anti-corruption body and Election Commission, are needed…

“Our neighbouring countries, which used to be behind us, are now ahead of us in these areas. But Malaysia has yet to take the first step in basic reform,” added the MP for Batu.

NONEAsked whether the movement for democratic reforms could yield the desired results in light of the election having been recently concluded, Chua drew parallels to insurgencies in other countries, such as in Syria.

“Many countries are in a more hopeless situation than us. It is impossible for change to happen there, but still the people continue to be resilient. Politics is not our concern, people are our concern,” he said.

“With gaps in the BN getting wider, I believe the coalition will be weaker in five years from now, and Pakatan will be stronger. But in between, now and then, there must be a genuine movement,” he added.

‘No one is indispensable’

Chua also said that while Pakatan backed Anwar as its candidate for prime minister, no one is indispensable to the opposition coalition.

“If you get a good system, it does not matter who leads. I’m confident Pakatan will be strong even if Anwar is not there…,” he said.

kedah black rally 220513 anwar 2“The desire for change is not Anwar’s personal mission, but it is the wish of the majority of the rakyat.”

Chua also dismissed the idea of an unity government between BN and the opposition as “unfounded”.

“We have no such concept (of a unity government). I don’t think BN or Pakatan will agree to the matter.

“Even if they do, the PM must come from Pakatan because we won more votes. And BN will never agree to that,” he said when asked if there was any Pakatan leader mulling the idea of forming an unity government with BN.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Semalam pelatih PLKN lahir bayi, hari ni Muar dilanda jerebu teruk

Posted: 19 Jun 2013 11:55 PM PDT



Udara Muar paras bahaya, sekolah ditutup

20 Jun 2013 - Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331. Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak sihat".

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan sekolah ditutup hari ini dan esok.

Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu.

PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI DALAM TANDAS

MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah, dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu difahamkan dilahirkan di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan selain membuat laporan polis.

Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Bagaimanapun bayi tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk rawatan.

Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.


Dah 10 tahun PLKN, masih tak selesai isu pelatih hamil

Posted: 19 Jun 2013 11:54 PM PDT



Bukan 1 tahun Program Latihan Khidmat Negara dijalankan. Dah hampir 10 tahun dengan belanja beratus juta ringgit, tapi masih tak boleh selesai masalah remaja hamil, terutama pelatih PLKN. Baru sekarang nak buat peraturan ujian kehamilan pelatih !

JLKN Bincang Dengan Kementerian Pertahanan Wujud Peraturan Ujian Kehamilan Pelatih

20 Jun 2013

KUANTAN: Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan peraturan mewajibkan setiap bakal pelatih wanita menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata peraturan itu amat penting untuk dilaksanakan bagi mengelak kes pelatih hamil tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum menyertai program berkenaan dan seterusnya bersalin di dalam kem.

Beliau berkata perkara itu perlu dibawa kepada pihak atasan terutamanya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana ia melibatkan banyak agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Perkara ini perlu diputuskan di peringkat kerajaan dan bagi kami ia amat mustahak dilakukan kerana perlu pastikan pelatih yang mengikuti program tidak berdepan sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas menutup PLK NKumpulan 2 Siri 10/2013 di Kem PLKN Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata walaupun terdapat peraturan pemeriksaan kesihatan terhadap bakal pelatih namun ia bukanlah wajib dilakukan dan ujian kehamilan tiada dalam peraturan itu.

Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan ketiadaan ujian kehamilan itu juga menjadi antara faktor berlakunya kes seperti di Kem PLKN Sri Ledang di Jementah, Segamat.

Dalam kejadian semalam, seorang remaja yang sedang menjalani latihan di kem itu melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayinya dilaporkan meninggal dunia.

Difahamkan bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan selain membuat laporan polis.

"Pelatih itu kini selamat dan saya telah meminta siasatan lanjut kes dibuat dan segerakan laporan itu untuk kita melihat latar belakang bagaimana kes itu boleh berlaku dan sebagainya.

"Oleh kerana kes ini sudah jadi kes polis, saya tidak mahu ulas panjang kerana perlu hormati perjalanan kes dan keluarga keluarga mangsa, biarlah polis dan pihak kami siasat dengan terperinci," kata Abdul Hadi.

Dalam pada itu, beliau berkata semua aktiviti fizikal hendaklah dilaksanakan di dalam dewan di semua kem di negeri yang menghadapi masalah jerebu yang teruk bagi memastikan keadaan kesihatan pelatih terjaga dan selamat.

Katanya kesemua kem di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor (kecuali Kem PLKNSri Ledang) diarahkan mematuhi peraturan itu selepas Indeks Pencemaran Udara mencatatkan bacaan melebihi 100. - BERNAMA

Gagal masuk Kolej kerana wajib sertai PLKN, PTPTN pula kena bayar

Posted: 19 Jun 2013 05:48 PM PDT



20 Jun 2013 - Kuala Lumpur: Harapan seorang bapa melihat anak lelakinya menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta dalam bidang automatif di Subang Jaya, dekat sini, berkecai selepas anaknya itu gagal mendaftar masuk ke institusi berkenaan walaupun yuran pendaftaran sudah dibayar.

Azizul Rahman Shaik Yusoff, 50, berkata, pada 6 April lalu, anaknya yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di Subang Jaya.

Menurutnya, dia juga membuat pembayaran pendahuluan RM450 di Kompleks Belia dan Sukan Jawi, Pulau Pinang ketika wakil kolej terbabit datang ke kompleks itu untuk mempromosikan kolej berkenaan.

"Bagaimanapun, ketika itu anak saya sedang menjalani latihan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Bukit Mertajam tidak dapat mendaftar pada semester yang pertama dan terpaksa membuat penangguhan.

Azizul berkata, dia sekeluarga yang berasal dari Pulau Pinang kemudian datang ke kolej berkenaan pada tarikh ditetapkan dan membuat baki bayaran sebanyak RM1,050.

Menurutnya, keesokan harinya, dia menghubungi kolej itu di Bukit Mertajam, namun menerima berita mengejutkan apabila diberitahu pihak mereka tidak mengambil sesi kemasukan baru kerana penempatan sudah penuh.

"Saya juga bimbang jika mereka menyalahgunakan borang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sudah siap diisi.

Banglasia mengganas di Malaysia

Posted: 19 Jun 2013 05:48 PM PDT



20 Jun 2013 - Kuala Lumpur: Enam pelajar sebuah kolej berdepan detik mencemaskan apabila rumah sewa mereka di Jalan Genting Klang, di sini, dipecah masuk empat lelaki warga Bangladesh bersenjatakan pisau pemotong daging, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, semua mereka turut dipukul selain diugut akan dicederakan sebelum kumpulan penjenayah itu melarikan komputer riba, telefon, barang kemas dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM36,000.

Menurut sumber, ketika kejadian, semua mangsa berusia awal 20-an itu sedang bersarapan di ruang tamu rumah berkenaan.

"Semua mangsa terkejut apabila empat lelaki bersenjatakan pisau itu meluru masuk ke rumah mereka selepas mengumpil jeriji pintu hadapan.

"Dua daripada enam mangsa dilaporkan dipukul empat penjenayah itu sebelum barangan berharga milik mereka seperti telefon bimbit, komputer riba, wang tunai dan barang kemas dilarikan," katanya memberitahu, semua mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius.

Sumber itu berkata, biarpun dapat melihat wajah empat suspek terbabit tetapi semua mangsa gagal membuat pengecaman kerana terlalu panik.


Guru rugi RM46,400 ditipu pegawai Bank Negara

Posted: 19 Jun 2013 05:47 PM PDT



Ada lagi kes macam ni !

Guru rugi RM46,400 ditipu 'pegawai' Bank Negara
20 Jun 2013

Sabak Bernam: Seorang guru berusia 34 tahun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM46,400 apabila ditipu seorang individu yang mengaku 'pegawai' dari Bank Negara kerana mendakwa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit, 14 Jun lalu.

Seperti kes yang dilaporkan media sebelum ini, mangsa juga dihubungi 'pegawai' bank berkenaan yang menyatakan dia perlu membayar tunggakan kad kredit berjumlah RM4,630 sekiranya tidak mahu akaun banknya dibekukan.

Tanpa berfikir panjang selain bimbang akaunnya benar-benar dibekukan, mangsa kemudian mengeluarkan semua wang simpanan miliknya di dua bank berjumlah RM42,000.

"Mangsa pada mulanya curiga selepas didakwa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit kerana mangsa tidak pernah memohon kad kredit," katanya.