Suara Sri Andalas |
| Rafizi : Kertas Undi Lebih Daripada Jumlah Sebenar Posted: 24 May 2013 02:30 AM PDT PETALING JAYA 24 MEI : Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lalu dengan dakwaan undi melebihi kertas undi dikeluarkan dalam peti undi sepertimana terjadi di kawasan Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bagi pengundian di saluran 2 di SRJK(C) Yu Chye tercatat perbezaan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian dijalankan. "Borang 13 iaitu Penyata Kertas Undi bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan. "Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 iaitu penyata pengundian selepas pengiraan undi, keputusan menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi iaitu 138 undi melebihi daripada jumlah kertas undi yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jumlah undi di dalam peti undi yang lebih menyeleweng keputusan bagi parlimen dan DUN di antara 138 hingga 318 undi. Katanya, dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 itu sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan bagi peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang. "Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi daripada kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. "Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat lain," katanya. Sementara itu, PR juga mendakwa mempunyai bukti berlaku insiden membeli undi sepertimana di Pulau Pinang dalam PRU13 lalu. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa wang tunai diberikan kepada pengundi selepas keputusan tidak memihak kepada PR dengan penukaran baucer yang diberikan sebelum itu. "Ia berlaku di DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Tanjung Bungah. Mereka memberi wang secara tunai di tiga tempat iaitu selama tiga hari beroperasi iaitu pada 10, 11 dan 12 Mei lepas. "Kita telah melakukan pemeriksaan ke tempat itu dan laporan polis telah dibuat mengenainya," ujarnya. Sumber: Selangorku |
| Mahkamah Tolak Permohonan Reman, Tian Chua, Tamrin dan Haris Dibebaskan Posted: 24 May 2013 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Mei — Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman. Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang. Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. "Kami puji majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa penahanan kami adalah tanpa asas," kata Chua semasa berjalan keluar daripada lokap dengan peguamnya, beliau merujuk kepada majistret Norashikin Sahat. "Sebab itu kami dibebaskan tanpa syarat" tambah naib presiden PKR tersebut semasa berjalan keluar, manakala Tamrin dan Haris terlebih dahulu keluar daripada lokap. Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah mengadakan bantahan kecil di luar lokap, melaungkan slogan dan menaikkan sepanduk menggesa pembebasan ketiga-tiga tahanan tersebut. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Adam, 24, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Walaupun ketiga-tiga mereka dibebaskan hari ini, Chua mendakwa mempunyai maklumat akan lebih ramai yang mungkin akan ditangkap selepas ini. "Dengan hujah yang sama, kami berharap bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan bukan sahaja hak individu, tetapi juga prinsip-prinsip asas undang-undang," kata Ahli Parlimen Batu itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua. Sumber: TheMalaysianInsider |
| You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Early this week, Mahathir Mohamad (left) warned against street rallies on his blog, saying that "in many instances the police had to withdraw or they may be directed to withdraw. They become disinclined to carry out their duties. Some people would take advantage of this by committing minor crimes. The people would feel insecure".
That's why Adam (right) has been amazing. With his simple but brave act of defiance, he has won the hearts and minds of many Chinese parents. He has changed radically their perception about student politics, and given them tremendous hopes for the future generations. Adam and his supportive father have done Malaysia proud indeed.
“With Home Minister (Ahmad Zahid Hamidi) trying to outdo his predecessors in being high and mighty, and (Prime Minister) Najib (Abdul Razak) remaining in 'elegant silence’, we certainly can expect more arrests and prosecutions of opposition leaders and civil rights activists,” Azmin (left) said in a statement.
The crackdown also attracted the attention of international human rights watchdog Amnesty International, which called on the government to release all peaceful protesters arrested under the Sedition Act 1948.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.
“The Election Commission (EC) should focus more on the management of elections and not be burdened with the responsibility to propose redelineation of constituency boundaries.
Last night DAP publicity secretary Tony Pua (right) told a rally in Petaling Jaya that Pakatan Rakyat MPs will push for a bi-partisan parliamentary select committee on redelineation when the new Parliament convenes on June 24.

Telling this to about 20,000 people at a ‘Blackout 505′ rally in Kuala Ibai, Terengganu last night, Anwar said he would fight on so long as the people continued to support him.
Also at last night’s rally were PAS deputy president Mohamad Sabu and party vice-president Husam Musa.
Police also detained human rights activist Haris Ibrahim and PAS member Tamrin Ghafar in separate locations yesterday.
They include Seri Setia assemblyperson Nik Nazmi Nik Ahmad, student activist Adam Adli Abdul Halim, Pandan MP Rafizi Ramli, DAP veteran Dr Chen Man Hin, Taiping MP Nga Kor Ming and Serdang MP Ong Kian Ming.
